Wednesday, August 11, 2010

As-Saum: Antara Kaca Mata Makhluk dan Khaliq

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selamat sejahtera serta rahmat Allah dan barakahNya, kpd kamu semua.
Itulah mafhum/maksud kpd ucapan salam yang kita ucapkan kpd setiap muslim yang kita temui, sama ada di pertengahan jalan hendak ke suatu destinasi, ataupun ketika hendak masuk ke rumah/bilik seorang muslim, sebagai tanda meminta izin kpd pemilik bilik/rumah, supaya dia perasan akan kehadiran kita.

Seorang sahabat mengajarku tidak lama dulu, bahawa tanda atau cara muslimin menunjukkan kasih sayang kpd muslim yg lain ialah dengan cara di atas; yakni menyebarkan salam sesama kita.

...

Tahukah kamu, saya sebenarnya tak reti sangat nak menyebarkan kasih sayang dengan cara yang dianjurkan Rasul kita ini? Kelakar bukan? (pelik sebenarnya..) Pelik, tapi benar. Saya tak reti..ataupun mungkin tak biasa memberi salam sebagai tanda sayang kpd muslim yang lain. Kalaupun terjumpa di pertengahan jalan, entah kenapalah berat sangat lidah ni nak mengucapkan walau salam yang paling ringkas; "Assalamualaikum". Seolah-olah nak beri, tapi tersekat di celah2 kerongkong ni haa..(membebel sorg2)

(senyum) Pelik kan? Kadang2 walaupun terhadap sahabat2 yang sangat saya kasihi...saya tak mampu. Dalam hati, saya rasa malu. Hish! Sebenarnya ni malu tak bertempat namanya! Tapi..itulah kekurangan yang saya cuba perbaiki. Doakanlah agar saya mampu menzahirkan rasa kasih terhadap saudara seagama dgn cara yang sangat digalakkan oleh Rasul SAW ini.

Walaupun tak boleh secara lisan, sekurang-kurangnya di sini, saya dapat juga menzahirkan rasa sayang kepada kamu semua, yang sedang membaca saat ini. Mungkin kamulah tempat saya berlatih menzahirkan kasih sayang.. (macam pelik je ayat ni..hmm)

Baiklah, sudahlah dengan mukadimah yang jauh terpesong dengan tajuk..

Jika tadi saya menjelaskan maksud ucapan salam, kini izinkan saya menjelaskan maksud "as-Saum".

As-Saum (alif lam sod wau mim) atau pluralnya as-Siam (alif lam sod ya' alif mim) bermaksud: puasa. (maaf jika as-siam bukannya plural as-saum - sesiapa tlg betulkan saya) Mudah je kan? As-saum ni ialah perkataan Arab yang bermaksud puasa dalam bahasa Melayu.

Allah Taala, Tuhan kita berfirman, mafhumnya;

"Wahai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas org2 sebelum kamu; mudah-mudahan kamu bertakwa".
-surah al-Baqarah: 183 -

Wahai sahabat2ku,

Tidakkah kita mendengar? Mendengar apa? Mendengar ayat2 yg lisan kita sendiri melafazkannya..

"Ya ayyuhallazina aamanu = Wahai org2 yg beriman"

Tidakkah kamu mendengar kata2mu sendiri? Hakikatnya ianya kata2 Allah Taala, akan tetapi bukankah kita sendiri yg membacakannya? Jika kita sombong (na'uzubillahi min zalik - kami mohon perlindungan Allah drpd itu) dan tidak mahu mendengar firman2 Allah, apakah kita masih boleh mentulikan telinga terhadap kata2 yang kita sendiri lafazkan? Tidakkah bodoh namanya, tidak mendengar apa yang lidah kita sendiri mengucapkan..?

Tetapi kebanyakan manusia tidak mahu memikirkan...

Wahai sahabat2ku yg dikasihi Allah,

Dalam firmannya di dalam surah al-Baqarah ayat 183 ini, Tuhan kita menggunakan kalimah "orang2 beriman" untuk merujuk kpd muslimin muslimat dahulu, kini dan yang akan dtg. Allah Taala menggunakan kalimah yang cukup lembut untuk memberitahukan perintahNya kpd kita, yakni wajib bagi setiap org yang mengaku dirinya muslim, supaya berpuasa. Mengapakah Allah Taala secara spesifiknya menggunakan "org2 beriman"? Kenapa Allah tidak berfirman sahaja, "Wahai org2 Islam"?

Pada pandanganku, mungkin terdapatnya kaitan antara iman dan puasa. Memang kita sendiri tidak dpt mengetahui, adakah kita tergolong dalam kalangan mukmin (org2 beriman) atau adakah kita ini dalam kategori muslim sahaja?

Buat pengetahuan sahabat2, muslim itu bererti menyerah diri kpd Allah. Bererti apabila kita mengaku diri ialah muslim, bermakna kita menyerahkan diri, kehidupan, kematian, segala masa, usaha dan tenaga, hanyalah untukNya. Bererti, kita bertawakkal dan redha dengan setiap takdir yang telahpun ditetapkan olehNya. Bererti, pada akhirnya, kita yakin penghujung "jalan kehidupan" dunia ini hanyalah satu; iaitu untuk kembali menemuiNya.

Sedangkan iman hanya akan datang selepas kita muslim. Kerana itulah dikatakan, seseorang yang muslim tidak semestinya seorang mukmin. Tetapi seorang mukmin pasti ialah seorang muslim. Ringkasnya, mukmin ialah satu tahap, tinggi sedikit di atas muslim.

Sahabat2 yang dirahmati jasmani dan rohani,

Saya tidak maksudkan firman Allah Taala di atas hanyalah utk segolongan drpd kita sahaja.

Bukan.
Bukan untuk yang mukmin sahaja.

Maha Suci Allah, Dia Maha Penyayang, ar-Rahim.

Sesungguhnya kita biasa mempunyai perasaan sayangkan sesuatu/seseorg bukan? Sayangkan mak, ayah, kucing, motor dsb.

Tapi, tidak mungkin kasih sayang kita terhadap benda2 tersebut, dapat menandingi kasihNya kpd kita.

Ya Allah...sesungguhnya barangsiapa yang berkata, "Kasih sayangku terhadap keluargaku, guru2ku, sahabat2ku melebihi kasih sayang sesiapa jua di bumi ini." Maka sesungguhnya...dia telah silap. Silap. Silap. Silap.

Sesiapa yang berkata begitu, maka sesungguhnya, dia belum benar2 merasai hebatnya...lazatnya...Maha Besar lagi Maha Agungnya kasih Allah Taala kepada hamba2Nya.

Sahabat2,

Saya tidak percaya Allah Taala pilih kasih terhadap hamba2Nya.

Kalau Allah begitu, sudah lama saya terpinggir drpd hidayahNya.

Sudah lama Bilal bin Rabah yang berkulit hitam tersisih drpd kasihNya.

Tetapi lihat. Lihat apa yang diberikanNya kpd hamba2Nya!

Bilal bin Rabah sahabat yang dekat dengan nabi Muhammad SAW, penghulu semua nabi. Beliau mendapat anugerah mengumandangkan azan sewaktu detik2 awal kelahiran Islam. Apa lagi anugerah yang lebih besar, selain dpt bersahabat dan hidup bersama Rasul Allah SAW serta bersama2 baginda mengembangkan ajaran Islam? Beritahulah pada saya...apa lagi yang lebih besar drpd itu...

Allah...tidak pernah memandang rupa paras sebagai tanda utk diberikan anugerahNya. Kamu tahu apa yang dilihat dalam pandanganNya?

Hanya satu.

Itu. (menunjuk)

Yang berdegup dalam dadamu itu.

Ya, yang itu. Yang berdegup, yang satu yang berdegup dalam dadamu itu, ya mukmin.

Ya ayyuhallazina aamanu!

Allah Taala sebenarnya memanggil hati2 kamu!

Dia menunggu hati2 kamu, supaya beriman kpdNya. Itulah yang Dia maksudkan dengan firmanNya "Wahai org2 yang beriman".

Dia tidak kisah, kamu itu muslim atau mukmin. Jika pada pengetahuanNya kamu mukmin, alhamdulillah, ayatNya ini pasti memberikan kegembiraan kpd hati2 kamu. Tapi, jika pada pengetahuanNya kamu muslim, maka inilah seruan/perintahNya dgn cara yang amat halus dan berlemah lembut.

Allah menyeru kamu, mengajak kamu supaya masuk dlm golongan org2 yang beriman! Allah Taala menunggu kamu ya ayyuhallazina aamanu! Apa lagi yang kamu tunggu? Allah sedia menantimu. Sesungguhnya Dia telah sedia menantimu sejak sebelum lagi turunnya ayatNya ini, sebelum 1400 thn yg lalu lagi! Dan saya meyakini, Dia tetap menunggumu, walaupun sehingga ke akhir hayatmu..

Wahai sahabat2ku,

Ramadhan.
Telah tiba.
Ahlan wasahlan ya Ramadhan.

Allah Taala menantimu sewaktu Ramadhan ini.

Hari ini pembukanya. 1 Ramadhan. Kamu tahu tinggal berapa lagi?
Sama ada 28 atau 29 hari sahaja lagi.

Soalan saya kepada kita semua: Kita mahu tunggu sampai bila untuk menyahut seruan Allah ini? Sampai Ramadhan ke berapakah kita hendak menunggu, barulah kita bersungguh mengejar pahalaNya? Sampai bilakah...Allah harus menunggu kita...untuk masuk ke dlm golonganNya yang mukmin?

Allahu akbar.

Wahai sahabat2,

Sekarang tibalah kita ke inti perkongsian. (dah nak habis, baru sampai kpd intinya ye)

Ilmu baru yang saya dapat drpd usrah dan juga petikan drpd majalah Solusi isu 12.

Hakikat dua pandangan berbeza, tentang satu perkara yang sama...

Marilah kita sama2 hayati; As-Saum, antara kaca mata makhluk dan khaliq (pencipta)...

...............................................................................................................................................................

Kata Siti kpd Aminah, "Eh, aminah, ko nak tau satu cerita tak?"

Aminah: Ape dia yg mcm best ko nak cite tu?

Siti: Tadi kan, dalam lecture hall...bla3...

1/2 jam kemudian

Siti: bla3...titik. Eh, apasal ko senyap je minah?

Aminah: Takdela..aku khusyuk dengar cerite ko tu...

(Sebenarnye Aminah cuba menahan nafasnya, lantaran nafas Siti yg sebenarnya sedikit berbau disebabkan dia berpuasa. Tapi demi menjaga hati Siti, Aminah menyembunyikan perasaan sebenarnya tu)

Ha..sebenarnya, personally, saya pun rasa nafas saya berbau waktu puasa. Tak tahu kenapa, mungkin itu bau mulut kerana penuh dgn air liur sepanjang hari, dah tu tak dapat nak cuci dengan cara minum air kosong, kalau kumur banyak2 kali, makruh pulak. (pebende yang aku ngarut ni..)

Takpelah. Itu semua pendapat masing2 kan. Pendapat sesama makhluk.
Ha, nak tahu apa pendapat/pandangan Khaliq pula?

Samakah pandangan Khaliq dengan makhlukNya? Adakah Allah juga memandang mulut org2 yg berpuasa itu sedikit busuk atau berbau?

Marilah kita sama2 hayati cebisan hadis riwayat imam Bukhari dan imam Muslim ini:

"Demi Allah yg diri Muhammad di tanganNya, bau mulut org yg berpuasa bagi Allah lebih harum drpd bau kasturi...."

Subhanallah.

Anda semua pernah bau kasturi tak? Saya tak pastilah bau kasturi tu macam mana. Macam limau kasturi ke? Entahla..yang pasti baunya pasti wangi, kerana Allah membuat perumpamaan "lebih harum drpd kasturi".

Saya rasa nafas saya berbau waktu puasa. Kalau nak bercakap pun, kena kurgkan bukaan mulut tu...haha. Tapi, Khaliq kata, "bagiku, mulut org yg berpuasa lebih harum drpd kasturi."

Memang hakikatnya takde pun keluar bau kasturi. Tak percaya? Cuba suruh kawan anda bukak mulut pastu hembus. Haaahh..pastu korang pun sedut udara macam tak pernah disedut sebelum ni...apa rasa? (ketawa) Ha..memang berbau. Cuma, di sini betapa Allah memuliakan puasa dan org2 yg berpuasa dengan perumpamaannya itu.

Itu yang pertama. Pasal bau mulut.

Yang kedua ialah pandangan terhadap ibadah puasa itu sendiri.

Sahabat2,
bagi kitalah, apa maknanya kita berpuasa?

Sebagai tanda ketaatan?
Sebagai tanda sayang?
Sebagai tanda syukur?

Mungkin lebih kurang begini jawapan2 para hambaNya. Mungkin salah satu. Mungkin salah dua (rosak bahasa ...). Atau mungkin ketiga-tiganya.

Namun ya sahabat2ku,
tiada satu pandangan ini yang dapat menandingi pandangan Khaliq.

Apakah makna puasa bagi Khaliq?

Diriwayatkan drpd Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda:
"Allah telah berfirman, 'Semua amalan anak Adam adalah baginya (bagi dirinya) kecuali puasa. Maka sesungguhnya puasa itu bagiKu dan Aku yg akan memberi ganjarannya....."

Telitikan hadis kudsi ini.

Allah berkata, "puasa itu bagiKu". Kenapa Allah single out puasa sebagai satu2nya ibadah yang khas, hanya untukNya? Bagaimana dengan solat, membaca al-Quran, bersedekah dll yg tidak kurg mulianya juga di sisi Allah? Kenapa puasa? Ada apa dengan puasa, sehinggakan Allah berkata sedemikian rupa?

Jawapan untuk persoalan ini, telah pun diberikan oleh Kak Sarah, naqibah/pemimpin usrahku. Katanya,
"kalau ibadah2 lain mcm solat, baca Quran, sedekah, semua amalan2 tu zahir pada pandangan orang. Tapi, puasa, misalnya puasa sunat, tidak ada siapapun yg tahu kita berpuasa, melainkan Allah. Melainkan kalau kita sendiri yang beritahu org kita berpuasa. Selain drpd tu, hanya Allah yang tahu niat kita berpuasa keranaNya."

Haa..bestkan penjelasan ni?
Ni pun kali pertama saya mendengar hadis ni, dan tahu pula maksud di sebaliknya. Rasa sangat bertuah sebab tahu ilmu baru ni, apatah lagi, Ramadhan datang kembali. Alhamdulillah, Allahlah yang menentukan segala sesuatu.

Sahabat2,
inilah sedikit sebanyak perkongsian ilmu yg dpt saya berikan. Saya pun berkongsi ilmu drpd org yg lebih berilmu. Bahagia bukan, jiwa2 kita, apabila mengetahui, yang Allah begitu memandang mulia ibadah puasa.

Allah Taala berfirman; semua. Semua amalan anak adam yang lain ialah untuk dirinya. Bahkan solat sekalipun. Solat yg begitu mendekatkan diri kita kepadaNya, masih dikira sebagai amalan untuk diri kita. Dan bukan khas untuk Allah.

Bila difikirkan balik, solat itu menenangkan jiwa yang gusar atau marah, mengembalikan kekuatan tubuh yg letih dan mengingatkan kita kpdNya. Ketenangan, rejuvenasi tenaga, serta ingatan kpd Tuhan, semua itu keperluan kita sebagai hambaNya. Jadi, betul bukan kata Allah, semua amalan anak Adam adalah untuk dirinya, ....kecuali, PUASA.

Sahabat2,
Tidakkah kita berasa seronok? Akhirnya...finally, ada sesuatu yg boleh kita berikan kembali kepada Allah, di atas segala nikmat kurniaanNya. Memanglah...mana boleh disamakan nilai satu hari berpuasa seorang hamba, dengan satu hari kurniaan nikmat Tuhan. Tak sama. Tapi, sekurang-kurangnya, at least, ada juga suatu...'hadiah' yang special, yang kita boleh bagi pd Allah.

Sesama manusia tak nampak. Betapa besarnya nilai puasa itu. Tapi, Khaliq memandang mulia nilai puasa itu, dan Dia berkata, "Puasa itu untukKu. Dan Akulah yang akan memberi ganjarannya."

Maksud "Dan Akulah yang akan memberi ganjarannya" kata Kak Sarah, Allah sendiri yang akan memberi pahalanya. Allah memberi jaminan, pahala puasa, Dia sendiri akan beri. Kak sarah menambah lagi, pada hari kiamat, hanya pahala puasa yang tidak akan terusik. Pernahkan, kita mendengar yang orang2 yang kita berbuat dosa padanya, akan datang menuntut pada hari kiamat, dan pahala yang susah payah kita kumpulkan, akan diberi kpd org yg menuntut itu, setelah diadili. Maka, pahala kita akan semakin berkurangan...dan berkurangan...lalu, apakah yg tinggal? Adakah waktu tu, kita tunduk sambil berjuraian air mata, mengenangkan tiada lagi peluang ke syurga?

Saat itu, siapakah lagi yg dpt menolong?

Saat itu...datanglah PUASA.
Datanglah pahala amalan puasa menyelamatkan kita.

Perhatikanlah sambungan hadis Nabi riwayat imam Bukhari dan imam Muslim tadi,
"Demi Allah yg diri Muhammad di tanganNya, bau mulut org yg berpuasa bagi Allah lebih harum drpd bau kasturi. Dan untuk orang yang berpuasa mendapat dua kali masa gembira, iaitu ketika akan berbuka puasa dan ketika ia menghadap Tuhan, akan teramat gembira menerima pahala puasanya."

Jadi sahabat2, bergembiralah dengan rahmat yg Allah berikan kpd kita dalam bentuk 30 hari Ramadhan penuh barakah ini, dan sebarkanlah berita gembira ini kepada setiap saudara Islam yang kita ingati. Jika mereka sudah pun mengetahui akan kemuliaan puasa di sisi Khaliq, maka tidak salah bukan, mengingatkan kembali berita gembira ini, buat kesekian kalinya.

Berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu bermanfaat buat org2 yg beriman.

Katakanlah kpd sahabat2 kita semuanya,
"Khaliq memberikan khabar gembira buat kita! Berupa Ramadhan, 30 hari, 720 jam, 43 200 minit, 2 592 000 saat! Saat yang penuh kemuliaan dan barakah! Ayuh, jangan siapa pun ketinggalan dalam merebut kemuliaan Ramadhan! Jadilah org2 yg berjaya..."

Selamat menghidupkan Ramadhan wahai sahabat2ku di jalan Allah...



p/s: mendapat inspirasi daripada solusi isu 12 m/s95, iklan rancangan tanyalah ustaz tv9, serta perkongsian ilmu Kak Sarah (semoga diberkatiNya, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. ameen).

No comments: