Hah?
Biar betul ni??
Anak bulan pun belum muncul lagi, tiba-tiba saya cakap malam ni raya?
Ya ummu hurairah, adakah engkau terlalu excited untuk menyambut raya?
Sampaikan engkau lupakan Ramadan yang masih ada?
Astaghfirullahal azim...
Malam Raya = Malam dirai
(tersenyum)
Wahai sahabat2ku sekalian,
Tak semestinya hari raya ialah Hari Raya Aidilfitri . Bukankah kita juga mempunyai satu lagi hari raya, iaitu Hari Raya Aidiladha? Yang itu pun kita namakan "hari raya" jugak kan?
Pernahkah kita fikirkan; kenapa?
Kenapa yang di bulan Syawal dipanggil "hari raya", dan di bulan Zulhijjah juga ada juga "hari raya"?
Haa..jawapannya (tapi ni bukan skema ye, tak semestinya jawapan saya ni 100% betul; ini cuma pandangan peribadi) ialah...ianya peristiwa yang kita raikan.
Suatu keraian.Suatu perayaan.Suatu yang kita nanti-nantikan...
Yang dinanti pada bulan Ramadan
Jadi, cuba sahabat2 fikirkan...ada tak apa2 peristiwa yang kita nanti-nantikan, pada bulan Ramadan yang mulia ini?
Solat sunat tarawih?
Alhamdulillah jika kita ternanti-nantikannya.
Tapi, solat sunat tarawih dilakukan setiap hari, sepanjang bulan mubarak ini. Jadi, dengan berlalunya masa, 1 ramadan, 2 ramadan, sehinggalah ke malam2 seterusnya, ianya menjadi suatu kebiasaan (insya-allah) bagi umat muslimin di seluruh dunia. Jaaadi, pada pandanganku, ianya lama-kelamaan menjadi suatu yang sudah lagi tidak dinanti.
Bukannya saya bermaksud meremehkan kelebihan dan keindahan solat sunat tarawih itu..tidaklah. Mana ada. Mana mungkin.
Fikirkan lagi wahai para sahabatku.
Apa lagi yang istimewa pada bulan Ramadan yang indah ini?
Lailatul qadri?
Masya-allah. Alhamdulillah. Baguslah, dan bersyukurlah jika kita mengingati, malah merindui lailatul qadar.
Lailatul qadar...
Sememangnya kemuncak segala malam pada bulan Ramadan.
Satu malam, tetapi Allah subhanahu wa taala merahmati umat muslimin dengan menjadikannya senilai dengan 1000 bulan!
Dalam bahasa mudahnya;
1 malam al-qadar = 1000 bulan = 83 tahun 4 bulan
Subhanallah. Maha Suci Allah.
(Menarik nafas)
Hebatkan?
Hebat tak lailatul qadar?
Bukan..bukan..sepatutnya; hebat kan Pencipta lailatul qadar?
Ya sahabat2 yang dirahmati Allah Taala,
Tidakkah kita merasakan betapa Tuhan itu sayangkan kita? Tidakkah terasa lagi, kasih sayangnya pada kita? Tidakkah terzahir lagi, nikmat dan rahmat ar-Rahim kepada hamba2Nya?
1 malam para sahabatku.
Adakah sampai 24 jam?
Tidak sampai 12 jam pun, bukan?
Baiklah, dalam masa tidak sampai 12 jam, kita dianugerahkan 83 tahun 4 bulan (lebih kuranglah). Berapa jamkah 83 tahun dan 4 bulan?
24 000 jam.
Maka, kita ganti masuk kedua-dua formula di atas maka jadilah formula terulung;
1 malam = 24 000 jam.
Hebat tak?
Tak rasa lagi..?
Kenapa tidak?
Rasa2nya...adakah seluruh hayat kita akan sampai 83 tahun dan 4 bulan?
........
Wallahu`alam (Allah Maha Mengetahui).
Setiap makhluk bernyawa ada ajal masing2.
yang bezanya cuma kita tidak tahu, awalkah, atau lambat sedikit kah?
Waktu mudakah, atau waktu rambut semuanya berwarna kelabukah?
Ingatlah; Nabi Muhammad SAW pun wafat pada usia 63 tahun.
Ini sebagai contoh, kematian seorang manusia. Agaknya...ummu hurairah bilakah?
Agaknya...para sahabat ummu hurairah, bilakah?
Seistimewa Lailatul Qadar
Dah berjela pasal lailatul qadar, rupa2nya, malam raya pada kaca mataku, bukanlah malam 1000 bulan itu.
Lailatul qadar memang istimewa.
Tapi, 1 drawback/kelemahan.
iaitu: Tiadalah di dalam pengetahuan seorang manusia pun, akan bilakah sebenarnya malam itu akan hadir.
Sekurang-kurangnya, tiadalah di dalam pengetahuan manusia yang masih bernadi.
Rasulullah SAW memang tahu...tapi, demi kebaikan umat baginda, baginda merahsiakan tarikh sebenar malam itu.
Satu klu baginda SAW ialah; carilah lailatul qadar pada 10 malam yang terakhir.
Insya-allah, mari kita sama2 nantikannya.
Ya ikhwan, wa akhawat,
Sebenarnya saya masih belum mendedahkan "Malam Raya" yang saya asyik sebut-sebutkan ni. (leceh bebenor nak menunggu ye :) ) Bersabarlah wahai sahabatku, sesungguhnya sabar itu sebahagian drpd iman. (cewah, tetibe pulak kan~ haha)
Ok2.
Sebenarnya semua orang ada pandangan masing2. Cuma saya mohon, janganlah sahabat2 sekalian mentertawakan saya, walaupun tidaklah sampai ke cuping telinga saya, tapi saya ttp berharap agar kita sama2 menghormati pandangan masing2. (senyum)
Sahabat2 yg di dalam ingatan, (bukan dalam kenangan ye)
Setiap orang ada suatu yang istimewa di hati masing2.
Saya juga tidak terkecuali.
Apatah lagi pada bulan yang penuh barakah ini, lagilah dekat di hati saya, dan anda semua juga semestinya. (tersenyum lagi)
Dan apakah yang membuatkan Ramadan begitu dekat di hati saya?
Sudah tentulah kerana ianya satu peluang untuk lebih mendekatkan diri kpd Pencipta.
Sahabat2 tahukan, yang Allah Taala memandang tinggi ibadah puasa, malah memilih puasa secara spesifiknya, sebagai suatu ibadah yang hanya untuk Dia?
Apabila kita bersolat, solat itu ialah untuk kebaikan diri kita, agar kita sentiasa mengingatiNya.
Apabila kita besedekah, insya-allah pahala itu untuk diri kita, sebagai bekalan untuk ke syurga insya-allah.
Apabila kita memberi nasihat yang baik, maka nasihat itu berguna untuk orang yg kita nasihati dan juga berguna, sebagai muhasabah/renungan diri sendiri jugak.
Tengok, semua ibadah lain, semua kebaikannya untuk diri kita.
Tapi, puasa, Allah berfirman di dalam hadis qudsi;
"Semua amalan anak Adam adalah baginya kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu bagi-Ku. Dan Aku yang akan memberikan ganjarannya."
(drpd Abu Hurairah, riwayat imam Bukhari dan imam Muslim)
Allah.
Allah kata, puasa itu untuk Aku.
Kalaulah seorang hambaNya yang berasa dirinya sangat hina lagi fakir, maka sesungguhnya hatinya akan melonjak kegembiraan mendengarkan kata2 Tuhannya ini, kerana akhirnya, dirinya yang hakikatnya fakir di hadapan Penciptanya, dpt juga memberikan sesuatu 'hadiah' untuk Tuhannya.
Alangkah beruntungnya hamba2 Allah yang diberikan hidayah kepadanya.
Puasa.
Bulan untuk berpuasa.
Itulah keistimewaan Ramadan.
Akan tetapi, kenapa saya menyebutkan "malam raya"?
Ya, dengan berjela-jelanya saya telah menyebutkan antara lain kelebihan, keistimewaan Ramadan, yang saya tahu, dan saya lihat.
Tapi, saya masih belum membukakan kepada para sahabat, apakah "malam" yang dimaksudkan?
Malam apakah yang begitu istimewa, sehingga ummu hurairah menyifatkan ia seperti "malam raya"?
Malam apakah yang begitu menggembirakan hati ummu hurairah, sehingga gembiranya dia seperti sudah sampai malam 1 syawal?
Malam apakah yang begitu dinantikan...begitu diraikan...begitu dialu-alukan oleh ummu hurairah, si penaip warkah maya ini?
Ya ikhwan wa akhawat yang kucintai di jalan Allah,
Itulah malam..nuzul Quran.
Firman Allah,
"(Puasa itu) pd bulan Ramadan yg diturunkannya Al-Quran pd bulan itu utk petunjuk bagi manusia dan beberapa keterangan dari petunjuk yg membezakan antara yg hak dgn yg batil..."Al-Baqarah: 185
Malam Al-Quran, kalamullah diturunkan.Malam kalam cinta Tuhan kepada manusia ciptaan-Nya diturunkan ke langit dunia dengan izin-Nya jua.
Inilah malam yang kuraikan.
Inilah malam yang kunantikan, tidak kurang penantian seperti ternantinya aku mencari al-Qadar.
Inilah malam yang menggembirakan.
Inilah Malam Raya buat ummu hurairah, hamba Allah yang tercari-cari Tuhannya, di segenap ceruk langit dan bumi.
Bukanlah aku ingin melihat Zat-Nya, maha Suci Allah. Tidaklah mampu kornea kecilku menangkap keagungan Zatmu ya Rabb.
Akan tetapi, aku sentiasa dapat 'melihat' Engkau, walau di mana jua kedua kakiku membawaku menjelajah bumi-Mu.
Ku terlihat pepatung, maka aku 'nampak' Engkau.Ku terlihat pokok semalu, maka aku teringat pada Mu.Ku teruskan penglihatan ke bawah, ke arah debu, pasir dan tanah...dan aku terkenang kehinaanku.Bahawasanya...aku daripada itu.
Asalku drpd tanah, yang aku pijak2 setiap hari itu.
Yang berada di bawah tapak kakiku itu, itulah aku.
Dan bahawasanya aku drpd air yang terpancar...
lalu Engkaulah yang memperelokkan penciptaanku, maka jadilah rupaku sempurna seperti yg kutatap di cermin pada setiap hari.
Wahai Tuhan,
Sesungguhnya aku belajar semua perkara ini, tidak lain tidak bukan, dari kalam-Mu.
Dari Al-Quran ya Rabb.
Dan bahawasanya aku bersaksi, bahawa Al-Quran,
ialah sebenar-benar mukjizat..mukjizat Nabi Muhammad bin Abdullah SAW.
Dan bahawasanya, Muhammad SAW tidak mungkin menuliskan Al-Quran.
Kerana padaku, tiada kitab lain yang menyerupai, walau satu zarah pun, dengan Al-Quran.
Jika benar Muhammad SAW menulis, mengarang sendiri Al-Quran, maka terangkan kepadaku;
mengapa hatiku tidak terasa perasaan yang sama kuat magnitudnya ketika membaca Al-Quran, mengapa tiadanya perasaan yang sama itu, tatkala aku membaca hadis2 baginda SAW...?
Jelaskanlah padaku...
kenapa tidak sama...
sedangkan jika benar baginda 'pengarang' Al-Quran, kenapa dengan membaca hadis Nabi SAW, tidak dapat kugantikan nikmat membaca Al-Quran kpd hatiku?
Kenapa tak sama...sedangkan ianya dari sumber yang sama?
Jelaskanlah padaku, wahai orang2 yang bersangka-sangkaan kpd Muhammad SAW yang di luar sana...
Kerana itulah, kerana luar biasanya kesan Al-Quran itu kpd hatinya, ummu hurairah memandang malam ini, malam 17 Ramadan 1431 H, sabagai malam raya buat dirinya.
Kerana meraikannya jugalah, dia(saya) berusaha juga mencoret warkah di ruang mayanya, sebagai sedikit tanda keraiannya pada malam nuzul Quran.
Dan, kerana ingin berkongsi sedikit...peristiwa yang dirasakan cukup istimewa, maka dirasakannya perlu untuk menulis juga, walaupun sekejap, sbagai perkongsian buat sahabat2 yang teristimewa di hatinya...
17 Ramadan 1431 H
Kira2 beberapa jam selepas isyak
Inilah dua, antara banyak firman Ilahana yang Allah tujukan khas buatku, pada malam ulang tahun nuzul Quran...yang paling menyentuh qalbi (hatiku)...
Firman Allah
"Wahai manusia! Telah dibuat satu perumpamaan. Maka dengarkanlah! Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah tidak dpt menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu utk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, mereka tidak akan dpt merebutnya kembali dr lalat itu. Sama lemahnya yang menyembah dan yang disembah."(Al-Hajj :73)
"Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untuk kamu di dlm agama. (ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu org2 muslim sejak dahulu. dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, agar Rasul (Muhammad) itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat, dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah Pelindungmu, Dialah sebaik-baik pelindung dan penolong."(Al-Hajj :78)
Allah Berkata-kata kpdmu, Kalaulah Kamu Mendengarkan
Sahabat2,
sebelum saya menoktahkan ayat terakhir, saya ingin berkongsi pengalaman iaitu, Allah Taala sebenarnya 'berkata-kata' kpd kita, melalui Al-Quran.
Ustazah saya suka berkata, "Perasan tak, Al-Quran seolah-olah menjawab apa yg di dlm fikiran kita waktu tu, sama ada ada sesuatu yang membebankan fikiran, ataupun yang menggusarkan hati, membuat kita tak tenteram, Al-Quran macam tahu2 je, nak 'cakap' apa, supaya kita tenang semula."
Maksudnya, Allah Taala yang menggerakkan hati kita untuk membaca Al-Quran waktu tu. Allah yg menggerakkan tangan kita utk membuka muka surat2 tertentu. Bagi saya, itu tandanya Allah sayangkan kita, dan ingin mengajarkan kita suatu ilmu baru yg kita tak tahu lagi sblm ni.
Jadi, ayat2 surah al-Hajj, yang saya 'kebetulannya' terbaca pada malam ni, sebenarnya sangat tepat dengan peristiwa2 yang berlaku kpd diri saya sejak akhir2 ini. Peristiwa2 tu, tak perlulah saya ceritakan kat sini, kang bila pulak nak habis bebelan ummu hurairah ni. (senyum)
Yang penting, ingatlah; Allah tidak pernah melupakan kita, sebaliknya kitalah yang melupakan Dia.
Kalau kita rasa jauh dengan rahmat Allah, rasa hidup ni susah, tak cukup masa nak study, sempit fikiran, sempit dada, mungkin itu tandanya kita dah terlupa sesuatu yang penting kpd diri kita.
Kalau tak percaya, cuba berbalik kpd Tuhan, kata orang, jaga waktu solat, kurangkan bergosip/chatting/mengumpat (susah kot nak katakan "No to gossip!" 100% :) ), selalu telefon mak ayah (jangan asyik ingat mak atau pak lagi satu yang ade we kat blkg tu )..pendek kata buatlah kebaikan, iaitu perkara yang Allah suka.
Tengok2, nanti, tiba2 rasa hidup ni seronok, rasa langit tu sangat luas, rasa ada masa nak study dan still ada masa nak meronggeng..hmm. Kan lain rasanya? Jadi, di mana titik perubahan yg crucial tadi? Ingat Allah.
Ingatlah Allah. Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan.
Yang menurunkan Al-Quran.
Rahmatal lil `alamin (sbg rahmat utk seluruh alam).
Selamat Hari Raya. Mohon maaf zahir dan yang batin. :)
No comments:
Post a Comment