Orang lain pulang terus ke kampung halaman.
Saya pula balik ke kampung kelahiran...(tersenyum)
Ya, saya sekarang di KTM!
KTM????
Adakah aku lahir di dalam gerabak tren?
Adakah aku lahir di dalam komuter Kereta api Tanah Melayu??
(ketawa)
Ohoho..tidaklah.
Alhamdulillah, saya ditakdirkan Allah Taala dilahrikan di dalam keluarga yang serba lengkap. Di dalam sebuah keluarga yang sangat harmoni dan penuh kasih sayang. Di bawah kasih sayang seorang mak dan ayah yang mendahulukan anak-anak mereka berbanding diri mereka. Alhamdulillah.
Jasad saya kini di...Kuala Terengganu, Malaysia.
KTM=Kuala Terengganu Malaysia.
(hahahahaha...poyo kan?)
Aku anak Ganu, tapi tak ramai yang tahu
Hmhm. Itulah hakikatnya. Kalau tak kerana kad pengenalan, tiada siapa pun akan tahu yang aku sebenarnya anak kelahiran negeri Terengganu, ataupun orang Ganu lah for short.
Asal mana?
(senyum).
Ha..soalan nilah yang paling aku tak tahu nak jawab macam mana.
Aku lahir kat KTM (tak habis-habis :) ), tapi tak reti cakap Ganu langsung. Sekarang ni dah mula belajar sikit-sikit, sebab kawan-kawan sekuliah ramai orang pantai timur. Satu perkataan yang aku baru belajar; "plekong selipar". Contoh ayat: ingat tak lagi seorang jurnalis yang "memplekong seliparnya" ke arah George Bush? Haa..orang bukan Ganu, agak-agak dah boleh tahu maksudnya? =)
Lepas adik aku lahir (juga di KTM), kami terus berpindah ke Kuala Lumpur sebab ikut ayah aku kerja di sana. (takdela terus-terus lahir terus pindah kan..kesian adik aku, tak bersalah pun..) Aku tinggal kat KL sampai darjah 1, belajar sampai bulan 6, pastu kami berpindah pulak ke Kedah. Lepas tu, kami pun menetap di Kedah sampai lah aku habis SPM.
Memandangkan hampir seluruh masa kecilku, zaman comelku dihabiskan di Utara Malaysia, aku memang rasa aku ni orang Kedah la. Kata orang Kedah, "perasan orang Kedah". Perasan kat sini bukan maknanya perasan yang jenis mengada-ngada tu. Tapi perasan maksudnya "rasa diri ni macam orang Kedah je". Hmm..kalau jumpa balik member2 Mat Jiwa, (SMSSMJ), hmm alamatnya terkeluaQ habiH la bahasa kedah ku..huhu..rindunya nak cakap Kedah..
Berdasarkan cerita si ibu kucing pada malam ini...mai mana pulak "ibu kucing"? (ketawa)
Ibu kucing tu sayalah.."ummu hurairah"
Ok, sambung balik. Berdasarkan kepada ceritaku yang panjang lebar tadi, dapat disimpulkan sebenarnya jawapan kpd soalan "Awak asal mana / Awak orang mana?" boleh di senarai pendekkan kepada dua; Ganu atau Kedah.
Jadi, apalah masalah awak ya ibu kucing? Cakap je la awak ni orang Kedah atau Ganu. Habis. end of story.
Aih..masalahnya tak habis kat sini. Direktor suruh panjangkan lagi cerita si ibu kucing ni...
Ayah saya. (cerita ayah pulak..)
Ayah saya ni, lahir kat...Ganu jugak. Tapi, dia membesar kat Kelantan.
Mak saya. Lahir kat Kedah, membesar pun kat Kedah. (Direktor cakap cukup2 la putar belit kehidupan si ibu kucing ni..kesian dia. Let's make it short and simple.)
Ok. Ayah lahir kat Ganu tapi besar kat Kelantan. Dan keluarga saya pun (nenek, mak sedara pak sedara, nenek sedara, datuk sedara, dua pupu, tiga pupu, bau2 bacang, bau2 Macang, yang saya kenali, mahupun tidak mengenali saya..bla3)kebanyakannya di Kelantan. (KEBANYAKAN? hahaha) Jadi, kawan saya cakap, apa susah, cakapla mu orang Kelantan.
Ala..tapi (saya argue lagi..memang suka argue..huhu) aku lahir kat Ganu, so asal2 aku mestila Ganu. Tapi..aku tak reti cakap Ganu pon. Aku reti cakap Kedah ada la...
Last2 sekali, bila ada orang tanya aku, "Awak ni asal mana?"
Aku jawab: (tarik nafas dalam2)
"Saya lahir kat Ganu tapi sekolah kat Kedah sekarang duduk kat KL kampung kat Kelantan."
Ha..nah! Summary terus..hahaha
Perasaan di tanah tumpah darah
Hmm..aku baru sampai KTM hari ni. Sampai dalam pukul 5 petang tadi.
Walaupun aku tak ada memori sangat kat sini, tapi bila sampai tadi rasa best pulak. Rasa aman dan tenang je tengok sekitar KT tadi.
Kereta tak banyak. Eh, silap, kereta banyak je, cuma jalan tak sesak. Hmm..bestla kalau nak belajar bawak kete kat sini, fikirku.
Pastu, banyak seni architecture bangunan2 dia bermotifkan corak Islam. Yang macam dekat masjid2 tu. best2..
Banyak sekolah agama..memang bestla negeri Darul Iman ni. Ni yang nak ngaku anak Ganu ni..(haha)
Apa2 pun, perasaan di sini tenang dan mendamaikan...
Mungkin satu hari nanti nak balik sini semule la..(hmm..perancangan masa depan..)
p/s: saje nak merepek hari ni..=)
No comments:
Post a Comment