Fuh~
Tidak mampu lagi hendak berkata apa-apa.
Melainkan "fuh~".
Apakah di sebalik "fuh~" itu?
Tubuh badan yang sengal, kertas-kertas yang bertaburan, dan diri yang terkejar-kejar.
Sengal bukan perangainya sengal.
Sengal sakit-sakit sengal.
Oh, badanku kesengalan.
Kertas-kertas bertaburan.
Bertaburan ibarat fikiran tuannya.
Sungguh tidak tersusun fikiran tuannya.
Diri yang terkejar-kejar.
Bukan berkejar kerana ketinggalan bas.
Tapi kesempitan masa.
Hmm..
Sempitkah masa? (camne nak ukur tu~)
Suntukkah masa yang diperuntukkan Pencipta masa?
Subhanallah.
Apakah tidak cukup 12 jam pertukaran siang dan malam, maka menjadikan jumlahnya 24 jam satu siang dan satu malam?
Astaghfirullah.
Lalu, mahu minta kepada Pencipta agar ditambah lagikah masa kehidupan dunia?
Ah, manusia.
Bila diberi betis, mahukan paha.
Sebenarnya diri sendiri yang tidak ketahuan ke mana arah tuju kehidupan. Bila tiada arah, ibarat menaiki bas yang tiada pemandunya...(kenapa bas ye..hehe misteri) Sekalipun sudah bersedia dengan segala beg pakaian, bekalan makanan dan peralatan2 lain, tapi apa gunanya menaiki bas yang tiada pemandunya?
Bas ibarat kehidupan.
Pemandu ibarat tujuan kehidupan.
Apabila sudah ada tujuan, barulah hidup terarah.
Barulah masa yang diperuntukkan dimanfaatkan sebaiknya.
Barulah tersusun kertas2 yang bertaburan.
Barulah sengal2 badan itu berbaloi.
Barulah masa mengejar diri, bukan sebaliknya.
Bercakap pasal tujuan, macam biasa, penulis yang seorang ni paling su...sah. Susah yang amat hendak terus kepada tujuan penulisan. haha..anda semua lebih mengenali saya bukan..?
Isyarat tak kesampaian
Wahai sahabat2ku yang kukasihi dan kurindui,
Saya ingin berkongsi suatu peristiwa yang berlaku dalam minggu ini, di surau tempat saya menuntut ilmu daripada para dr. dan prof. yang saya hormati.
Ketika itu, azan telah berkumandang. Menandakan telah masuk waktu solat. Maka jemaah yang hadir pada waktu Zuhur menunggu solat jemaah untuk dimulakan. Masing2 mengambil kesempatan menunaikan solat sunat qabliyah (solat sunat 2 rakaat sebelum solat fardu) sambil menunggu untuk meraih kenikmatan2 solat berjemaah.
Sedang dalam keasyikan munajat itu..tiba2...
Hmm...
Bzzz...
Eh, bukan lalat! (ketawa)
Bukan juga serangan tebuan!
Lantas, apakah ia?
Rupa-rupanya, itulah bunyi lisan-lisan insan di belakang sana.
Rupa-rupanya, lisan-lisan insan di belakang jemaah perempuan, sedang 'bermunajat' juga. Malangnya 'munajat' mereka bukan kepada Ilahi. Akan tetapi tentang duniawi.
Benar, hanya kedua pengawas pada setiap manusia, seperti yang diceritakan di dalam al-Quran di dalam surah at-Tariq ayat 4, yang tahu akan butir bicara saudara2ku itu. (dan juga Allah al-`Alim tentunya)
Benar, aku tidak dapat memastikan, apakah mereka benar memperkatakan duniawi semata-mata, atau mungkin juga mereka membincangkan ilmu-ilmu tentang kehidupan akhirat.
Aku lemah, aku tidak tahu. Maka aku mohon ampun terlebih dahulu andai aku telah menyakiti mana2 hati dengan dakwaanku yang tiada pengetahuan ini.
Akan tetapi..jika benar mereka tahu mengenai akhirat, maka wajarlah mereka mengetahui juga, agar menghormati saudara-saudara mereka yang sedang menunggu untk bertemu Tuhan mereka?
Wajarlah mereka tahu, bahawa adalah lebih beradab untuk berdiam diri sebentar, menunggu saudara2 mereka sehingga selesai pertemuan dgn Ilah yang dicintai, kemudian barulah disambung semula diskusi ilmiah itu?
Bahkan, saya tidak tahu, apakah berdosa, bagi mereka yang meyebabkan konsentrasi saudara2nya yang hendak bersolat, terganggu?
Subhanallah. Astaghfirullah al-azim. Saya berlepas diri drpd mengatakan sesuatu yg saya tiada ilmu tentangnya.
Cuma...saya terkilan.
Dan saya kecewa.
Kerana saudara2ku tidak menghormati rumah Allah Taala sebagaimana sepatutnya seorang hamba menghormati, malahan menyembah Tuhannya.
Saya...mati akal.
Saya memang tidak pandai menegur orang.
Jika diikutkan hati, mahu saja saya berdiri dan berpaling ke belakang, melihat seorang demi seorang wajah saudara2ku, ya mereka saudaraku, meskipun mereka mengganggu pertemuan kami yg lain dgn Tuhan. Ingin saja kutatap wajah mereka satu persatu, sehinggalah mereka terdiam.
Memang itu pun yang telah kulakukan.
Hmm (senyum tipis)..tapi, saya telah salah, bila mana saya menyangka pandangan mata saya mampu menghantar isyarat psikik kepada mereka, ataupun aura hati kepada mereka,
"Wahai saudara2ku, fahamilah. Tolonglah berhenti membicarakan hal2 dunia sebentar. Tidak lama. Sekadar 10 minit. Sediakanlah suasana aman dan tenang bagi kami saudara2 kamu yang hendak berjemaah dalam mengejari ganjaran pahala 27 kali ganda drpd Tuhan kita! Jika kamu berada di tempatku, nescaya aku juga akan menyediakan suasana yang aman untuk pertemuanmu dgn Tuhan kita."
Bercakap biarlah kena pada tempatnya
Wahai saudara2ku (pada hari itu, kalaulah kamu sedang membaca),
Bukan saya mengatakan, kamu harus diam dan berhenti sekarang juga! Tidak.
Bahkan, kerana tiadanya kekuatan dan kesanggupan seperti itu dalam diri ini, maka jadilah perlakuanku seperti orang aneh, asyik memandang, satu persatu wajah sahabat2ku, seperti mencari-cari sesuatu. Memandang, kerana mengharapkan agar kamu faham. Tetapi kamu tidak faham perasaanku. Dan perasaan orang2 sepertiku.
Wahai saudara2ku yang menyebut "La ilaha illallah Muhammadur rasulullah",
Bercakap itu, suatu anugerah.
Tidakkah kamu ingat Dr Abu Bakar menyebut di dalam kelas anatomy (struktur tubuh badan), bahawa bahagian otak manusia yang mengawal percakapan dan koordinasi tangan (pergelangan tangan sehingga jari) lebih besar dan luas drpd yang mengatur pergerakan motor semua otot yang lain pada seluruh badan?
Tidakkah itu cukup menggambarkan bahawa hendak berkata-kata itu bukan mudah! Kalau tidak, semua binatang di bumi ini sudah lama fasih bertutur seperti manusia!
Kalaulah Allah Taala mengehendaki, mudah sahaja Dia meluaskan kawasan Wernicke pada otak2 haiwan, maka jadilah mereka fasih berkata-kata. Tapi Allah Taala tidak melakukan begitu.
Subhanallah.
Allah Taala melebihkan manusia, anak Adam berbanding ciptaan lain yang melata di bumi ini. Dia mengurniakan kita kebolehan berkata-kata dengan fasih. Sehinggakan kita menjadi pintar dan mendominasi bumi ini dengannya. Kita belajar ilmu baru dengan bahasa. Kita berkomunikasi dengan bahasa. Kita menyampaikan luahan perasaan dengan bahasa. Kita mengungkapkan kata syukur dengan bahasa. Kita berpidato meyakinkan orang dengan bahasa. Kita mengucapkan kalimah "La Ilaha illallah Muhammadur rasulullah" itu, juga satu bahasa.
Lantas, wahai teman,
siapakah saya untuk menghalang kamu menggunakan nikmat Tuhan semahunya?
Cuma, saya minta pertimbangan kamu.
Saya pohon timbang rasa kamu, wahai saudara seakidah dgnku.
Bercakap, biarlah kena pada tempatnya.
Hendak berdiskusi? Silakan!
Tapi bukan ketika manusia lain sedang berkata-kata dengan Tuhannya, meluahkan bebanan hidup dan rasa cinta mereka kepadaNya.
Hendak bergurau senda? Silakan!
Tapi, di bilik-bilik peribadi andalah tempatnya.
Bukan di surau. Bukan di dalam rumah Allah.
Penutup
Wahai sahabat2ku, yang membaca sedari tadi,
terima kasih kuucapkan, kerana melayani luahan hatiku.
Luahan hati yang terpendam, kerana iman yg masih bertatih, tidak dapat ia berkata-kata. Selemah-lemah iman, hanya dapat berkeluh-kesah di dalam hati, tidak terbias pada tutur kata, apatah lagi pada tangan dan kaki. Memikirkan, bagaimanakah...aduhai, macam mana, hendak bertutur dengan berhikmah?
Tidak mahu mereka berdukacita dan terus berpaling drpd mendengar, tetapi, hati juga tidak jujur dengan diri sendiri. Hati mahu mengatakan, betapa tidak patut perbuatan mereka itu, tapi, Allah...bagaimana mahu diselitkan dengan penuh hikmah dan kasih?
Aku kasih kpd mereka, kerana Nabiku berkata, "Setiap umat Islam ialah bersaudara".
Namun, aku juga mengasihi Pencipta, kerana Dialah Yang Maha Penyayang kpd hamba2Nya.
Ya Allah, Allahu Rabbana,
jadikanlah lisan2 kami dapat bertutur dgn jujur dan berhikmah, dan tolonglah kami berpesan-pesan dgn kebenaran, dan berpesan-pesan dgn kesabaran.
امين يا رب العالمين.
No comments:
Post a Comment