Saturday, October 2, 2010

Minat, atau Tanggungjawab?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

(senyum)
Senyumlah wahai sahabat2ku.
Hari ini hari yang indah.

Matahari bersinar nan cerah..
Awan berarak perlahan betasbih kepada Allah..
Dan alhamdulillah, masih terpeliharalah ukhuwah (kita)..

Setiap hari tidak ada sebab untuk tidak tersenyum. (senyum lagi)

Hati yang tenang, melihatkan ribut taufan yang semakin menghampiri pun, masih mampu tersenyum.

Kenapakah?

Gilakah dia, awan hitam besar bergerak semakin menghampiri, kilauan cahaya kilat jelas kelihatan sabung-menyabung, guruh berdentum bagaikan langit akan terbelah saat itu juga...namun hamba Allah ini, memandang...hanya memandang..bahkan, terukir senyuman di raut wajahnya...

Senyuman itu luarannya. Dalam hatinya, mungkin begini monolognya,
"Subhanallah, maha suci Allah yang menurunkan hujan membasahi bumi Kuantan. Dah beberapa hari cuaca panas terik. Kasihan pokok2 dan tanah kering. Alhamdulillah, Allah Maha Adil lagi Maha Penyayang..."

Atau mungkin juga begini,
"Hitamnya awan tu. Seperti inikah suasana Hari Itu (Kiamat) nanti? Ya Allah, rindunya hamba nak bertemu denganMu. Awan ini mengingatkanku kepada Hari Itu..Hari Pertemuan ku denganMu...hari pertemuan hamba dan Tuhan yang saling merindui..."

Mungkin kerana sebab2 ini, senyuman yang kelihatannya aneh pada pandangan manusia terukir di wajahnya. Wallahu a'lam. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui rahsia hati para hambaNya..

Semoga Allah Taala terus mengurniakan kita hati2 yang tenang dan sentiasa ingat kepadaNya..

Ya, itulah dia mukadimah ummu hurairah yang tiada kaitan dengan tajuk...(sekali lagi engkau telah berjaya wahai ummu hurairah..muahahaha -gelak jahat dan tak betul dah)

Antara dua

Bukan antara dua darjat ye. (tersenyum)

Tetapi antara dua pilihan.

Dalam hidup ni, kita tak pernah sunyi tanpa pilihan.
Tengah hari ni nak makan apa ya? Yang ada ikan goreng dengan ayam goreng je. Hmm..yang mana satu ye? (semua pun goreng)

Haish! Banyak sangat lab report ni! Yang mana satu hendak dibuat dulu? Immuno ke? Atau log-dose? atau Pathology??

Jalan ke Rumah Kak Timah ni, pergi straight lagi cepat ke, kona (belok) kiri lagi cepat?

Ha, pilih. Pilih! Jangan tak pilih! Kalau tak pilih, duduk la kat situ selama-lamanya.

Tak kiralah apa pun pilihan kita, yang penting KITA HARUS MEMILIH. Begitulah kehidupan.

Umpama sebuah perjalanan yang jauh. Umpama berada di lebuh raya yang panjang,
tak nampak lagi di mana exitnya. Banyaknya jalan di kanan dan kiri. Banyaknya simpang dan selekoh. Kalau kita tidak memilih jalan mana untuk dimasuki, sampai bila2 pun kita akan tetap di stesen RNR (Rehat dan Rawat) itu. Takkan nak 'buat rumah' kat RNR kot? (tersenyum)

Begitulah halnya diriku.
Baru2 ni aku dihadapkan dengan dua pilihan yang baru.
Iaitu antara minat, atau tanggungjawab.

Tersepit

Hah~

Apalah ummu hurairah ni. Suka betul dia mengeluh. Astaghfirullah al- azim. Jangan dibudayakan mengeluh ni. Ia perbuatan orang berputus asa. Umat Islam, kita beristighfarlah.

"Astaghfirullah al- azim. Ya Allah, sabarkanlah diriku untuk menghabiskan kursus farmasi yang amat padat jadualnya ini." Contohnya.

Hmm..sepatutnya aku juga berkata begini,
"Astaghfirullah al- azim. Ya Allah, berikanlah kemudahan dalam memilih antara dua ini. Sesungguhnya hambaMu tersepit. Sesungguhnya Engkaulah al-'Alim wa ar-Rahim.."

Benar. Aku tersepit.
Umpama meyepit cokodok (sejenis kuih) yang baru digoreng di dalam kuali. Diangkat dan diletakkan di atas dulang. Ya, aku umpama cokodok itu. (ketawa..)

Ya, cokodok ini, tersepit, antara minatnya, dengan tanggungjawabnya.

Apakah minatnya?

Islam. Segala-galanya tentang Islam. Segala ilmu tentang Islam, kalau boleh inginku pelajari. Terutamanya sirah Rasul dan para sahabat. Sungguh, hanya Allah Taala benar2 mengetahui betapa dalamnya minatku terhadap sirah umat2 Islam terdahulu. Betapa aku merindui mereka...Betapa aku menginginkan semangat perjuangan mereka...Betapa aku tercari-cari sahabat yang mempunyai peribadi semirip mereka....

Dan apa pula tanggungjawabnya?
Belajar. Belajar. Dan terus belajar. Belajar ilmu sains farmasi. Segala-galanya tentang farmasi. Bukan pasal ubat dan apa kesan2nya terhadap badan (belum sampai tahap itu lagi), tetapi tentang anatomi/struktur badan, tentang bagaimana tubuh manusia bertindak balas terhadap tekanan darah yang tinggi, toksik yang terlalu banyak, garam yang berlebihan dsb (subjek fisiologi), tentang cara2 membuat krim dan ointment (macam vaselin)..

Ya, itulah yang baru kukenali tentang farmasi.

Wahai sahabat2 yang kukasihi,

(tersenyum lagi)
Anda memang mudah membuat saya tersenyum..(Senyum lagi)

Sahabat2, ingin kukongsikan di sini, betapa padatnya jadual harian seorang pelajar farmasi UIAM. Rasanya sama halnya juga dengan pelajar di universiti lain.

Kelas 5 hari seminggu. Dari pukul 8pagi sehingga 5 petang. Kadang kala sahabat2ku yang lain sampai pukul 6-7, kerana subjek university required courses (subjek yang wajib diambil kalau nak graduate). Kalau nak bandingkan dengan pelajar lain, seperti CTS dan Kuliah Diet, oh, janganlah. Kerana tidak adil untuk kami. Pelajar CTS, setiap hari jumaat, tiada kelas. Masya Allah! Kalau kami begitu, sudah lama kami beraya! Lantaran terlalu gembira.

Anehlah, jika ada orang mengatakan, "Petang ni aku takde kelas." Saya pasti akan membalas, "Ha?! Takde kelas? Biar betul? ajaib2.."

(ketawa kecil)Begitulah halnya. Kehidupan seorang pelajar farmasi UIA.

Itu. Tanggungjawab saya.
Sesuatu yang saya tanggung di bahu, dan akan harus menjawab di hadapan Yang Maha Esa kelak...
Tanggung, dan jawablah...

Masa hanya satu

Antara dua ini; minat terhadap ilmu2 agama Islam, dan tanggungjawab sebagai pelajar farmasi, mempelajari sains farmasi atau saya kerap kali melabelkannya ilmu dunia, antara dua ini...saya sayangkan kedua-duanya.

Kedua-duanya penting bagi saya.
Kedua-duanya ialah harta yang tidak ternilai bagi saya.
Kedua-duanya ialah cinta saya.

Kedua-duanya ilmu.
Kedua-duanya...dalam satu masa.

Ya. Masa cuma satu. Setiap insan ada satu nyawa, maka jadilah satu masa. Masa hidup di dunia, sehinggalah saat kematiannya.

Bolehkah ada dua perkara dalam satu masa?
Bolehkah ada dua cinta dalam satu jiwa?

Sungguh, kadang-kala, aku tersepit. Seperti cekodok di hujung penyepit.

Penutup

Aik? Dah penutup? (ketawa)

Yes.yes. cukuplah tu, nanti tidak terlaksana pula tanggungjawabku.

Buat masa sekarang ni, saya tiada lagi jawapan, yang mana satukah menjadi pilihanku.

Mungkin aku naif. Tapi, aku memilih kedua-duanya.

Betul, aku masih ada satu masa. Tak pernah bertambah, dan tidak pernah berkurang. Kerana itu janji Allah kan? "Tidak dicepatkan walau sesaat, dan tidak pula dilambatkan walau sesaat".

Tapi, ya Rabbi,
begitu juga cintaku. Pada kedua-dua Islam dan ilmu farmasi. Kerana kedua-duanya ialah diriku. Kedua-duanya sebahagian drpd diriku. Tanpa salah satu, hidupku tidak lengkap. Tanpa salah satu, itu bukan diriku yang sebenar.

Walaupun aku tidak memilih ilmu farmasi ini, tapi jika Engkau telah meletakkanku di sini, maka ertinya, Engkau meyakini diriku mampu melaksanakan segala amanah dan tanggungjawab yang dipakejkan bersamanya? Maka kerana itu, aku menerimanya sebagai sebahagian dari diriku.

Dan meskipun aku tidak dapat cenderung 100% kpd minatku, untuk mendalami ilmu2 agama, untuk seharian menelaah sirah Nabawiyah, untuk setiap saat dan ketika membelek kisah2 para sahabatnya yang mulia, walaupun begitu, aku bersyukur kepadaMu ya Rabb.

Kerana tiap sesuatu, pasti ada hikmahnya. Hatta, awan gelap yang membawa ribut malapetaka sekalipun, ada hikmahnya...(senyum)

Dapatkah aku menyeimbangkan kedua-duanya? Kerana hambaMu yang naif ini, mengatakan, saya sanggup memikul kedua-duanya, dalam 1 jiwa, dalam 1 masa? (Nasib baik tak 1 malaysia saja)

Hmm..tiada dalam pengetahuanku ya Rabb.

Namun hanya satu yang kuyakini.
Iaitu, Engkaulah Penolongku, Engkaulah temanku.

Walaupun aku seperti cekodok yang tersepit, jika ada Engkau, Engkau akan menyelamatkanku drpd cengkaman si penyepit.

Walaupun aku tidak mempunyai banyak masa, namun jika aku berdoa kepadaMu, pasti Engkau mengabulkan. Jika aku berdoa untuk memperoleh kedua-duanya, hambaMu yakin, Engkau pasti memakbulkan, dengan caraMu yang tersendiri.

Walau minat dan tanggungjawabku dua perkara yang berbeza, namun kerana keyakinan yang satu, kerana keyakinan yang sama, kerana keyakinan pada Tuhan Yang Satu...aku yakin, keduanya mampu disepadukan, dengan izinMu.

Antara dua ...

Ameen, ya Rabbal `Alamin. (senyum)

No comments: