Sunday, October 10, 2010

Kenapa Bertakbir?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kaifa halukum (apa khabar kamu semua) wahai sahabat2ku?

Sihat? - Alhamdulillah.

Sakit? - Ucaplah alhamdulillah juga.

Kerana kedua-duanya nikmat Allah Taala, cuma berbeza sudut pandangan sahaja (senyum).

Baiklah, hari ini saya tak nak merepek panjang, (kerana masa tak mengizinkan, haha, tapi saya juga nak cuba ubah tabiat ini) mari kita terus kepada tajuk...

Di sebalik takbir

Baru sebentar tadi saya mendengar nasyid Raihan (entah apa tajuknya), tapi pasal Hari Raya. Biar saya nyanyikan untuk kawan semua...(cepat angkat kain jemuran! -hahaha)

Allah Allah,
Allahu akbar

Hari Raya
Hari untuk semua
Hari yang bahagia

Di Hari Raya
Mari kita semua
Bersyukur pada Yang Esa

......Sehingga ke akhirnya....

Ya, ya, Syawal sudah berlalu, tetapi bukan itu yang saya mahu fokuskan di sini.

Fokus...fokus...kepada tajuk.

Ya!
Fokusnya ialah pada ayat pertama lagi.

الله الله الله اكبر

Takbir. Allahu akbar.

Cuba perhatikan, di dalam nasyid ini, kenapa mereka bertakbir?

Jawapannya ada dalam rangkap seterusnya...

Hari Raya
Hari untuk semua
Hari yang bahagia

Di Hari Raya
Mari kita semua
Bersyukur pada Yang Esa

Mereka bertakbir, kerana ingin mengungkapkan rasa syukur kepada Allah Taala, kerana Allah Taala telah membantu mereka melalui sebulan puasa di bulan Ramadhan dengan penuh ketenangan, tanpa gangguan syaitan.

Itulah tujuan mereka bertakbir.

Senario bertakbir dalam perkumpulan politik

Wahai sahabat2ku yang dikasihi sekalian,

Terutamanya di Malaysia, tanah air kelahiranku di dunia.

Subtopik ini...saya tahu, agak sensitif. Politik memang isu yang sensitif kan? (Isu kesusahan umat Islam tidak pula sensitif....)

Namun, saya tetap ingin menukilkan pendapat saya. Saya ulang, pendapat. Pendapat. (Bacalah dengan sebutan yang lembut)

Pendapat saya tentang...hmm, amalan bertakbir di perhimpunan-perhimpunan politik.

Saya tertanya-tanya, apakah sebab orang-orang yang menyokong (sesuatu kepimpinan) itu, bertakbir tatkala pemimpin mereka selesai mengucapkan sesuatu ungkapan, yang mereka suka mendengarnya dan turut bersetuju dengan ungkapan pemimpin mereka itu?

(tersenyum)

Mungkin jawapannya sudah pun tertera di dalam pertanyaan di atas.

Mereka bertakbir, kerana mereka suka dengan apa yang diperkatakan oleh pemimpin mereka itu, malah bersetuju pula dengannya.

Alhamdulillah. Apakah salah bertakbir apabila ketua kita mengucapkan sesuatu yang sememangnya berlandaskan Al-Quran dan sunnah Rasululllah SAW?

Tidak ada salahnya. Dan tidak ada masalahnya, wahai ummu hurairah dan sahabat2 ummu hurairah.

Namun, (ya, saya memang suka ber'namun-namun' atau ber'tapi-tapi'...haha)
Ia tetap tidak menghilangkan persoalan saya tadi.

Kenapa dengan kamu wahai ummu hurairah?
Bukankah sudah jelas persoalan kamu itu?
Penjelasan apa lagi yang kamu mahukan??

Tetap ia bermain-main di dalam mindaku.

"Kenapa mereka bertakbir?" bisik hatiku.
"Untuk apa mereka atau saya bertakbir?"
"Untuk apa UMAT ISLAM bertakbir?"

Ya, lantas kuketemukan PERSOALAN SEBENAR yang ingin dilontarkan hati kepada diriku sendiri - Untuk apa UMAT ISLAM BERTAKBIR.

Jelaskan (cari sebab yang jelas) kenapa kita bertakbir

Secara peribadi, saya mempunyai dua sisi pandangan apabila teringatkan senario takbir di dalam perhimpunan2 politik.

Saya sebutkan di sini "perhimpunan2 politik" bukanlah tujuan saya hendak berpolitik, menyokong satu pihak, dan membangkang satu pihak lagi. T.I.D.A.K.

Tapi...kerana saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak menyifatkan/menggambarkan kepada sahabat2 semua, tentang apa yg cuba saya sampaikan ini.

"Perhimpunan2 politik" is the best description that I can find, right now. Maka, jika ada sesiapa di antara kita yang terasa hati, saya mohon maaf terlebih dahulu, tetapi bukan itu niat saya. Bukan niat saya hendak purposely membuatkan hati sesiapapun tercalar atau lebih buruk lagi, tercabar di sini.

Baik.

Pada satu sisi, saya gembira. Dan saya bangga (semoga dijauhkan drpd riak). Kerana pada zaman saya hidup di bumi Tuhan ini, saya masih dapat mendengar gema takbir di angkasa, walaupun pada perhimpunan2 politik.

Apakah maknanya (takbir itu dalam perhimpunan2 politik)?

Pada saya, ia bermakna manusia masih mengingati TuhanNya, pada saat sedang berpolitik, yang merupakan medan yang sering dilihat "kotor" dan "susah hendak berjaya tanpa menggunakan taktik kotor". (Ini juga pendapat peribadi saya)

Dalam kancah politik, takbir mengagungkan Allah Taala masih kedengaran kuat di mana2. Alhamdulillahi Rabbil `Alamin.

Itu sisi pertama.

Sisi kedua pula,
Dalam hati, terdetik. Terdetik. Ertinya terasa sedikit.

Terasa sedikit apa?

Sedikit rasa risau.
Bimbang.
Dan...kurang senang.

Saya...terdetik rasa kurang senang mendengar takbir yang dilaungkan, HANYA kerana dan ketika mengiyakan pendapat satu2 pemimpin.

Saya...risau memikirkan apa pandangan sekumpulan saudara2 seagama Islam kita juga, ya, sama agamanya, tetapi berbeza ikutan politik atau pimpinannya.

Kenapa saya risau?
Kerana Islam jua.

Saya tak mahu mereka yang di kumpulan satu lagi, merasakan takbir itu sinonim, atau trademark kumpulan politik/kepimpinan yang satu ini.

Ya! Tiada siapa pernah mengatakan "Eh, takbir hanya boleh dilaungkan oleh kumpulan kami sahaja!"

Ya! Benar wahai sahabat2ku sekalian!

Tiada siapa pernah mengaku bahawa hak milik takbir ialah tanda sekumpulan dengan kumpulan politik itu.

TAPI.

Tahukah kamu siapa yang berada di sebelah kita?

Di kanan dan kiri kita?

Di hadapan dan belakang kita?

Malah di atas dan di bawah kita??

AS-SYAITAN.

AS-SYAITANIR RAJIM (syaitan2 yang direjam).

Dan kamu kenal siapa as-syaitan ini?


"Innahu lakum `aduwwum mubin - Sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang nyata bagi kamu. "(Surah Yaasin, ayat 60)

Wahai sahabat2ku,

Kembalilah.
Kembalilah kepada Allah Taala.
Kerana kepadaNya jua kita akan dikembalikan.

Bagaimanakah caranya, mahu kembali kepada Allah Taala?

Kembalilah kpd Al-Quran dan sunnah Rasul-Nya.

Wahai sahabat2 yang kucintai...

Meskipun tiada siapa pernah claim bahawa takbir itu eksklusif milik kami, tahukah kamu siapa yang akan membisikkan kata2 sebegini?

Ya, yang membisikkan ke dada2 manusia, akan perasaan was-was, dan syak wasangka.

بسم الله الرحمان الرحيم

قل أعوذ برب الناس - ملك الناس - اله الناس - من شر الوسواس الخناس - الذى يوسوس في صدور الناس - من الجنّة والناس

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

Katakanlah: " Aku berlindung kpd Tuhan yg mendidik manusia. Raja manusia. Tuhan manusia. Dari kejahatan bisikan (syaitan) yang biasa bersembunyi. Yang membisikkan dalam hati manusia. Iaitu dari bangsa jin dan manusia."

Syaitan pendengki drpd kalangan jin inilah....YANG AKAN MEMBISIKKAN KATA2 HASUTAN supaya melaga-lagakan dua kumpulan, yang satu akidah (pegangan).

Berhati-hatilah. Mereka ini licik. Dan tersembunyi pula (drpd pandangan mata kasar).

Jikalau kita menyangka perkara sekecil ini pun mereka akan melepaskan peluang untuk menghasut dan melaga-lagakan manusia, we are dead wrong (kita telah silap besar).

Mungkin anda, wahai sahabat2ku, merasakan "apelah ummu hurairah ni. Berfikir terlalu banyak. Sampaikan hal takbir dalam perhimpunan politik pun hendak dibesar-besarkan."

(tersenyum)
Katakanlah wahai sahabat2ku.

Itu ialah hak anda.
Itu ialah hak kita masing2.

Saya cuma memperingatkan, bahaya syaitan itu. Bahaya yang tersembunyi itu. Bahaya kerana ia DENGKI, selamanya DENGKI kepada cucu cicit nabi Adam a.s.

Kesimpulan

Ya sahabat2 seperjuanganku,

Bertakbir itu, tanda membesarkan Allah.
Bertakbir itu, hak Allah.
Bertakbir itu, hanya untuk Allah.

Maka apabila saya dan anda mengiyakan apa yang dikatakan pemimpin yang kita masing2 sokong, sama ada dia ialah orang yang sama, mahupun berlainan, sama ada dia drpd pimpinan politik yang sama, ataupun berlainan...

bertakbirlah jika kita mahu.
bertakbirlah jika itu yang kita suka.
bertakbirlah jika itu sebagai tanda sokongan kita kepadanya.

Namun, ingat semula,
kenapa kita bertakbir?

Kenapa sebenar-benarnya kita bertakbir?
Apakah hanya SEKADAR atau SETAKAT mengiyakan kata2 pemimpin itu?

Atau...
kerana mengiyakan KEBENARAN kata-kata pemimpin itu.

Wahai sahabatku,
Yang Benar itu drpd siapa?
Yang Benar itu milik siapa?
Yang Benar itu diturunkan oleh siapa?

Allah Al-Malikul Haqq (Allah, Pemerintah yang sebenarnya.)

KEBENARAN itu diturunkan oleh Al-Haqq, pemilik kebenaran.

Jadi, wahai sahabat2ku,
apabila kita bertakbir, niatkan di hati, bukan semata-mata ingin menunjukkan sokongan kepada pimpinan politik yg kita sokong...
tetapi JUGA untuk MENGAGUNGKAN ALLAH, MEMBESARKAN ALLAH, yang telah MENURUNKAN KEBENARAN kpd Rasul dan hambaNya, 1400 tahun yg lalu.

Apabila bertakbir, niatkan, bahawa kita mengiyakan kata2 pemimpin itu, bukan kerana dia yang benar, tetapi kerana KATA2 YANG DITUTURKANNYA itu mengandungi unsur kebenaran.

Kata2 diakah?

Hakikatnya, ialah firman Al-Malikul Haqq.

Apabila bertakbir, ingatlah, ia bukan amalan orang Melayu Islam semata-mata, bahkan amalan saudara2 seakidah kita, sejak zaman-berzaman...

Semenjak kita belum dilahirkan...
Semenjak bapa2 dan ibu2 kita belum dilahirkan...
Semenjak 1400 tahun sebelum kita dilahirkan...

Takbir itu
Di mana2
Sebutlah ia
Dengan seikhlasnya

Ketika rukuk
Iktidal dan sujud

Ketika darah keluar memancut
drpd haiwan kurniaan Allah
Sembelihlah dengan nama Allah
Sambil bertakbir mengagungkanNya

Ketika Hari Raya menjelma
Raikan juga dengan takbir untukNya...

Allah Allah,
Allahu akbar

Hari Raya
Hari untuk semua
Hari yang bahagia

Di Hari Raya
Mari kita semua
Bersyukur pada Yang Esa

No comments: