بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dengan lafaz bismillah, saya mulakan.
'Menghidupkan' kembali catatan maya yang usang.
Dengan lafaz alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran.
Kerana nafas masih menderu, nadi tetap berdenyut, dengan izin Tuhan.
Dengan lafaz assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, ku sambut sahabat dan teman
Yang sudi berkunjung ke ruang mayaku ini, di ambang Ramadhan.
Wahai ikhwan dan akhawat,
Mungkin pada Ramadhan yang lalu, kata-kata ini pernah menyapa telinga kita. (Tersenyum) Benar, seolah-olah hanya itulah yang dilakukannya terhadap kita; sekadar menyapa. Buat diriku, seperti itulah yang berlaku.
Seolah-olah belum pernah kudengari bait-bait kata yang mewangi itu sebelum ini.
Kata-kata dari hati yang paling bersih dan ikhlas, tidak akan ditemui lagi sinaran cahaya seperti itu di atas, di permukaan bumi ini.
Kerana pemilik hati itu telah lama pergi...jasadnya tidak lagi bergerak..bumi sunyi daripada derap sandalnya yang dirindui...bukankah benar ku katakan, sinarannya tidak lagi wujud di atas bumi ini?

Kata-kata yang tidak dapat kucapai melalui mimpi sekalipun..bagaimana mungkin? Mataku tidak pernah bertentang dengan matanya...wajahku tidak pernah bertemu wajahnya. Takdir kami tidak bersimpang di bumi nyata. Namun Ya Allah, kesempatan yang tidak dikurniakan kepadaku, kuharap dan kupanjatkan doa, semoga Engkau dengan rahmat dan kurnia-Mu, menyimpan peluang itu...pada Hari yang tiada tempat lari bagi manusia. Pada Hari manusia semuanya menggigil ketakutan..sepi..tidak kedengaran suara melainkan bisikan..Pada Hari seorang anak tidak dapat menolong bapanya..seorang bapa tidak dapat membantu anaknya..Pada Hari manusia itu dapat memberi pertolongan kepada umatnya..maka, Ya Allah Taala, pertemukan kami di persimpangan itu. Pertemukan kami pada permulaan kehidupan abadi Ya Allah. Izinkanlah syafaat baginda Muhammad ibni Abdullah saw ke atasku, keluargaku, para guru, sahabat-sahabatku, kenalan-kenalanku. Amin, perkenankanlah wahai Rabbul `Alamin.
Walaupun tidak berkesempatan untuk duduk bersama-sama muslimin-muslimat pada zaman itu, untuk bersama-sama mendengar pesanan Rasul utusan Allah acap kali menjelang Ramadhan, syukur alhamdulillah, Allah mengurniakan kesempatan ini untuk kita pula, bersama-sama menghayati pesanan baginda. Subhanallah, dengan kemajuan teknologi berbekalkan akal kurniaan Tuhan, kita mendapat kesempatan yang tidak pernah dibayangkan oleh generasi terdahulu, untuk tetap bersama-sama mendengar pesanan Rasulullah saw, walaupun jasad kita berada di lokasi yang berlainan, walaupun jasad kita bertaburan di seluruh dunia...teknologi telah memadamkan sempadan lautan dan benua, antara negara, dan dalam negeri. Marilah bersama memanfaatkan inovasi jaringan internet untuk 'mendengar' khutbah Rasul saw...di ambang Ramadhan...
Mimbar Masjid Nabawi |
Khutbah Rasul saw Di Ambang Ramadhan
Diriwayatkan daripada Salman al-Farisi, bahawa pada setiap penghujung Sya`ban, Rasulullah saw bersabda:
“Wahai manusia, kamu akan dinaungi satu bulan yang agung, yang penuh keberkatan.
Bulan yang terdapat di dalamnya satu hari yang lebih baik drpd seribu bulan.
Bulan yang Allah telah jadikan berpuasa di dalamnya satu fardhu dan menghidupkan
malamnya sebagai amalan sunnah.
Sesiapa yg menghampirkan dirinya kepada Allah menerusi amalan sunnah, dia seperti melaksanakan satu amalan fardhu selain amalan sunnah tersebut, dan sesiapa yang menunaik
an satu amalan fardhu di dalamnya (bulan Ramadhan) dia seperti menunaikan 70 amalan
fardhu selain amalan fardhu tersebut.
Ia adalah bulan kesabaran dan kesabaran itu ganjarannya ialah syurga.
Ia juga adalah bulan memberi pertolongan dan bantuan.
Ia bulan di mana rezeki orang2 yg beriman bertambah.
Sesiapa yg menyediakan makanan kepada seseorang untuk berbuka puasa, tindakan itu akan
mengampuni dosa2nya dan membebaskan dirinya drpd api neraka, bagi dirinya ganjaran
seumpama pahala orang yg berpuasa tersebut tanpa sebarang pengurangan”.
Sahabat-sahabat baginda langsung berkata: “Bukan semua kami memiliki sesuatu untuk
dijadikan bahan berbuka seorang yang berpuasa.”
Lalu Rasulullah saw menjawab: “Allah akan mengurniakan ganjaran pahala seperti itu kepada
seseorang yg menghidangkan untuk seseorang yang berpuasa berbuka walaupun sekadar
seulas buah tamar, seteguk air atau seteguk air susu.
Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang awalnya ialah rahmah, pertengahannya ialah
pengampunan dan penghujungnya ialah pembebasan daripada api neraka.
Sesiapa yg meringankan bebanan drpd hambanya, Allah lagi akan mengampuni dirinya serta
membebaskannya drpd api neraka.
Perbanyakkanlah sepanjang (Ramadhan) dengan 4 kegiatan; 2 kegiatan yg akan menjadikan
kamu diredhai Allah swt dan 2 kegiatan lain pula kamu sendiri amat perlu kepadanya.
Adapun 2 kegiatan yg akan menjadikan kamu diredai Allah ialah ucapan syahadah; “bahawa
tiada Tuhan selain Allah” dan kamu memohon keampunan drpdNya.
Adapun 2 kegiatan yg kamu sendiri amat perlu kepadanya, maka ia ialah kamu memohon
(balasan) syurga serta kamu memohon perlindungan-Nya drpd api neraka.
Sesiapa yg memberi minuman kpd seseorang yg berpuasa maka Allah akan
memberinya minuman daripada kolam airku yang menjadikannya sama sekali tidak akan kehausan sehinggalah dia memasuki syurga.”
(Hadis riwayat Imam Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya.)
Permulaan Perlumbaan
Sahabat-sahabat sekalian,
Alhamdulillah, selesai sudah kita mendengar khutbah Rasulullah saw. Sayangnya tidak dapat melihat lintas-langsung (live telecast), ye tak sahabat-sahabat?
Tak mengapa, jangan bersedih. La tahzan, bak kata Dr. `Aidh al-Qarni, kan? (tersenyum) Jika kita mengamalkan pesanan-pesanan Rasul saw itu, insya-Allah kita akan dapat berjumpa baginda kelak. Contohnya, cuba perhatikan di akhir khutbah baginda tadi:
"Sesiapa yang memberi minuman kepada seseorang yang berpuasa maka Allah akan memberi (izin)nya minuman daripada kolam airku yang menjadikannya sama sekali tidak akan kehausan sehinggalah dia memasuki syurga."
Pada saya, pesanan ini bermaksud; sesiapa yang menyediakan minuman bagi orang yang hendak berbuka puasa, dengan niat ikhlas (misalnya untuk melegakan dahaga saudara-saudaranya setelah seharian berpuasa) maka Allah Taala akan mengizinkan dia minum di telaga Kautsar(kalau tak silap namanya) milik Nabi Muhammad saw pada Hari Kiamat nanti.
Para pembaca yang budiman,
Pada Hari Kiamat, keadaan Padang Mahsyar sangat panas dan semua manusia akan berasa amat haus. Ada manusia yang matahari hanya sejengkal daripada kepalanya.
Bayangkanlah sahabat-sahabat, azab kehausan ketika itu. Sedangkan manusia akan mati jika tidak minum selama tiga hari di dunia, inikan pula penantian 40 tahun di Padang Mahsyar. 40 tahun sahabat-sahabat, dan 40 tahun itu kiraan akhirat, bukan 40 tahun kiraan dunia. .... Subhanallah, dapatkah kita bayangkan penantian itu? Yang ini barulah dikatakan "Penantian itu suatu penyeksaan".
Para pembaca yang budiman,
Pada Hari Kiamat, keadaan Padang Mahsyar sangat panas dan semua manusia akan berasa amat haus. Ada manusia yang matahari hanya sejengkal daripada kepalanya.
Matahari yang dilihat di dunia... |
Matahari yang akan dilihat di akhirat, bahkan lebih dekat drpd ini... Wallahu `alam, hanya Allah yang Maha Mengetahui keadaannya |
Ada pula manusia yang dinaungi Arasy Allah iaitu satu-satunya naungan yang diizinkan Allah ketika itu (rujuk hadis berkenaan golongan-golongan yang dinaungi Arasy Allah), maka mereka terlepas daripada azab bahang dan kepanasan membara pada hari itu.
Bayangkanlah sahabat-sahabat, azab kehausan ketika itu. Sedangkan manusia akan mati jika tidak minum selama tiga hari di dunia, inikan pula penantian 40 tahun di Padang Mahsyar. 40 tahun sahabat-sahabat, dan 40 tahun itu kiraan akhirat, bukan 40 tahun kiraan dunia. .... Subhanallah, dapatkah kita bayangkan penantian itu? Yang ini barulah dikatakan "Penantian itu suatu penyeksaan".
Beruntunglah kepada mereka yang dapat meneguk air daripada kolam Rasul saw, iaitu satu-satunya sumber air di Padang Mayshar. Sahabat-sahabat, dalam jutaan, billion, trilllion manusia, bahkan semua manusia sejak penciptaan Nabi Adam a.s, apakah peluang kita untuk menemui kolam Nabi itu? Satu dalam sejuta? Satu dalam satu billion? Subhanallah...maka, benar-benar beruntunglah mereka yang dapat minum daripada telaga itu. Hanya seteguk, dan manusia itu tidak akan kehausan lagi sehinggalah saat dia memasuki syurga.
Tidak mahukah kita tergolong di dalam golongan yang terselamat itu?
Dan apakah yang perlu kita lakukan untuk termasuk dalam golongan tersebut?
Dengan tubuh badan yang sempurna daripada kecacatan, dengan akal cergas, dengan hati yang jujur...susah sangatkah untuk menyediakan minuman bagi orang yang (akan berbuka) puasa?
Kalau tangan kudung sebelah, apakah itu penghalang untuk membancuh kordial?
Walaupun kita bukanlah lulusan universiti, hanya makcik menjual air jambu asam di tepi jalan, tapi dengan hati yang ikhlas untuk mencari rezeki yang halal, apakah itu penghalangnya daripada meraih janji keselamatan daripada telaga Rasulullah?
Subhanallah, Allah itu Maha Adil.
Jika bukan dengan kepintaran, maka raihlah dengan fizikal. Jika kekurangan di sudut fizikal, maka raihlah dengan hati yang ikhlas.
Dan sahabat-sahabatku,
membancuh kordial itu (kiasan) hanyalah satu daripada begitu banyak kelebihan yang tiba bersama-sama Ramadhan al-Mubarak ini.

Para pembaca yang dikasihi Allah,
Jika hanya menghilangkan dahaga insan yang berbuka pada bulan Ramadhan sudahpun dijanjikan 'kupon' untuk minum daripada telaga Rasulullah, bayangkanlah ganjaran-ganjaran yang menanti jika kita memperkemaskan ibadah fardhu, meningkatkan kekerapan solat sunat, menambah bilangan bacaan tadarus al-Quran dalam sehari, membasahkan lidah dengan banyak berzikir dan melakukan apa sahaja kebaikan yang diredhai Allah.
Jadi, apa lagi yang ditunggu?
Hmm..ada. Saya menunggu sesuatu.
Saya menanti wisel dibunyikan!
Kemudian saya berazam untuk berlari dengan kencang!
Saya hendak berlumba!
Berlumba-lumba merebut pahala! Merebut gelaran "`Ibadus solihin" (Hamba yang soleh -insya-Allah)!
Ramadhan bukan sebarang perlumbaan! Tiada satu bulan pun yang diberkati dan dimuliakan sepertinya!
Yang merindui liqa`illah (pertemuan dengan Allah),
Ummu Hurairah, keluarga, para sahabat dan kenalannya.
Sumber: video youtube.com bertajuk "muhasabah ramadhan.mpg" oleh Alam00Indah dan nota Facebook bertajuk "Khutbah Rasulullah SAW pada akhir bulan Syaaban" oleh Layar Minda.
Jadi, apa lagi yang ditunggu?
Hmm..ada. Saya menunggu sesuatu.
Menunggu... |
Saya menanti wisel dibunyikan!
Priitt!!! |
Kemudian saya berazam untuk berlari dengan kencang!
Saya hendak berlumba!
Gambar hiasan |
Berlumba-lumba merebut pahala! Merebut gelaran "`Ibadus solihin" (Hamba yang soleh -insya-Allah)!
Ramadhan bukan sebarang perlumbaan! Tiada satu bulan pun yang diberkati dan dimuliakan sepertinya!
"Ya Allah, kuatkanlah azam kami. Tolonglah kami dalam beristiqamah (konsisten) melakukan kebaikan dan beramal soleh. Jangan jadikan perkataan kami sekadar huruf yang terpantul oleh lidah. Jadikan azam kami suatu kenyataan. Jadikanlah Ya Allah, Ramadhan kali ini, sebagai garis permulaan buat kami...untuk bertatih kepada-Mu, kemudian berjalan...kemudian berlari...dan semoga akhirnya, kami akan terbang kepada-Mu, lantas melintasi titian sirat sepantas kilat...! ...untuk sampai kepada-Mu - our final destination (destinasi terakhir kami)."
Yang merindui liqa`illah (pertemuan dengan Allah),
Ummu Hurairah, keluarga, para sahabat dan kenalannya.
Sumber: video youtube.com bertajuk "muhasabah ramadhan.mpg" oleh Alam00Indah dan nota Facebook bertajuk "Khutbah Rasulullah SAW pada akhir bulan Syaaban" oleh Layar Minda.
No comments:
Post a Comment