Friday, September 16, 2011

Kembara Menuntut Ilmu


بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Mengembara.

Berkelana.

Bermusafir.

Itulah hakikat kehidupan seorang hamba di planet biru.


Bukan hamba penyembah manusia. Tetapi hamba pengabdi pencipta.

Segala pujian bagi-Mu Ya Allah, kerana Engkau memanjangkan umurku lagi pada hari ini, supaya dapatku meneruskan kembara yang masih muda ini.

Takdir Penuntut Ilmu
"Sahaja aku balik UIA kerana Allah Taala."

Wah, indah sungguh niat seorang sahabat di status facebooknya! Alhamdulillah, aku juga ingin mencontohinya. Maka hatiku ikut mengiyakan statusnya itu.

Ketika ini, itulah takdirku. 

Walau apa jua takdir kita, destinasinya tetap satu. Mengharap redha Ilahi terhadap setiap perbuatan dan gerak-geri.

Sebenarnya kehidupan seorang pelajar jauh lebih mudah/simple berbanding insan yang telah berkerjaya, apatah lagi berumah tangga. Tanggungjawab pelajar hanyalah terhadap diri dan akademiknya, perbelanjaan ditanggung biasiswa, rumah tempat berteduh sentiasa terbuka untuk pulang melepaskan rindu kepada ibu bapa. Apalah sangat bebanan belajar jika dibandingkan dengan tanggungjawab membesarkan anak, menghidupkan suasana rumah tangga yang harmoni, menjaga ibu dan ayah yang telah di hujung usia, dan bermanfaat kepada masyarakat melalui kerjaya.

Cuba kira;
Belajar = 1
Keluarga + Ibu bapa + Masyarakat = 3

Ha, kan nyatalah belajar itu mudah! Sifirnya 1 sahaja! (tersenyum)

"Eh, belajar pun banyak kerjalah. Kene siapkan lab report, hantar assignments, kuiz berlambak, final exam...urrrghh (menggigil) mimpi ngeri!"

(tersenyum)

Cakap Senang, Bikinnya Bukan Mudah

Memang betul. 

Hari-hari aku terpaksa bermuhasabah, berlawan dengan mentaliti sendiri. Sekurang-kurangnya aku tidak mahu mengatakan "Susah". Kutukar kepada frasa yang lebih positif "Bukan Mudah"! (Tak positif mane pun, takpelah. Asalkan tak negatif bunyinye)

Sedap hati mengenangkan pegangan seorang sahabat yang dua tahun lebih muda daripadaku;

"Kalau setengah orang kata kursus farmasi ni susah, kene banyak membaca, siapkan lab report dan sebagainya, bagi saya, semua kursus ada cabarannya masing-masing. Semua perkara yang hendak dicapai memerlukan usaha. Mana ada benda yang senang di dunia ni. Jadi, apa-apa kursus pun sama saja."

Wah, tertelan air liur setiap kali mendengarnya berkata begitu. Malu. Dua tahun lebih muda bagaikan tidak menghalangnya untuk berusaha menggapai mimpi.

Bersabarlah ye wahai sahabat-sahabat.

Memang dunia diciptakan penuh onak dan duri. Nasihatku untuk anda dan diri sendiri terutamanya, lihatlah orang yang terpijak onak yang lukanya lebih hebat daripada kita.

Mungkin kita tidak pernah menghadapi masalah kewangan. Apa itu? Tidakku kenal apa itu financial crisis. Hidupku sentiasa cukup dari segi material.

Mungkin Allah mentakdirkan keluarga yang bahagia untuk kita. Alhamdulillah, mak dan ayah pasangan yang bahagia. Adik-beradik saling menyokong antara satu sama lain. Kasih-sayang ialah tema keluarga.

Mungkin Allah Taala mengurniakan kebijaksanaan yang relatifnya lebih baik sedikit berbanding sahabat seangkatan. Alhamdulillah, bersyukur dan berhati-hatilah kerana setiap nikmat itu terselindung ujian. 

Lihatlah Somalia.



Subhanallah...tidak tahulah bila krisis nutrisi dan keamanan akan berakhir. Bantuan kemanusiaan akan sentiasa datang selagi manusia tidak membuang sifat kemanusiaannya. Tetapi kita gagal melihat dengan perspektif yang lebih matang.

Masalah terpendam (the underlying problem) sebenarnya ialah kestabilan politik dan keamanan negara yang telah lama tidak diselesaikan. Kekecohan, perang saudara yang saya sendiri tidak tahu puncanya, menghalang Somalia daripada membangunkan ekonomi negara.



Pertanian mungkin hanya untuk keperluan keluarga atau masayrakat sahaja, tidak dapat memacu ekonomi negara. Kemudian apabila sampai janji (takdir) Allah, maka bumi Somalia dilanda kemarau yang teruk. Kesannya tidak terbayang oleh akal. Penduduk Somalia terpaksa melarikan diri ke negara-negara jiran demi mendapatkan bantuan dan perlindungan.

Ternakan mereka mati. Tanaman mereka musnah. Harta mereka hilang dalam sekelip mata. Anak-anak mereka ramai yang terkorban di pertengahan jalan, dan terpaksa ditinggalkan demi menjamin kehidupan adik-beradik yang lain. Apakah yang dapat seorang bapa atau ibu lakukan?



Hati mereka menangis, tetapi mereka tidak boleh tinggal di situ. Tiada kudrat untuk menggali kubur  pun. Sisa tenaga disimpan demi membawa anak-anak yang lain ke tempat yang selamat.

Lihatlah Palestin.
Setiap muslim bukanlah muslim jika tidak sampai ke pengetahuannya tentang keadaan saudara di Falastin. Konflik yang berlarutan begitu lama membuatkan ramai yang mengkaji dan tertanya-tanya permasalahan yang sebenarnya. 



Lihatlah Afghanistan, Iraq, Mesir, Kemboja, selatan Thailand dan Filipina. 

Kemudian kembalikan pandangan kepada diri.

Siapakah yang lebih beruntung?

Jihad fi Sabilillah

Pandangan duniawi mengatakan kita. Tetapi pandangan ukhrawi seperti mengatakan mereka.

Kenapa? 
Well, mungkin saudara di Falastin memanfaatkan kehidupannya di jalan yang diredhai Allah. Dia berjuang demi kemerdekaan negaranya, supaya dia dapat mengamalkan Islam dengan aman dan sempurna.

Sedangkan kita, adakah kehidupan kita di jalan Allah? Fi sabilillah?

Sahabatku,
mungkin ramai yang seperti diriku, bercita-cita ingin berjihad di medan perang. 

Dan mungkin ramai yang seperti diriku, terlupa bahawa kehidupan sendiri sudah merupakan jihad. Belajar itu jihad!

Ya! Yang dirasakan susah itu, itulah jihad namanya! Jihad bererti berusaha mencapai sesuatu dalam keadaan kita berasa begitu tercabar untuk mendapatkannya. 

Ah, susahnya nak lawan malas ni! 
Aku tau aku kene study tapi mak aii..malas gile rase hari ni..
Ha..banyak lagi chapter tak baca..minggu depan kuiz..

Susah. Susah. Susah. Bukan mudah.

Wahai sahabatku,
renungkan sejenak jalan yang kita pilih. Allah Taala sebenarnya memberikan peluang yang sama rata kepada semua hamba-Nya untuk ke syurga. Ya, syurga! Sebutkan; SYURGA! Ia bukan fantasi.

Rakyat Falastin, Iraq, Afghanistan, peluangnya ialah jihad membebaskan negara daripada pengaruh kafir.

Jihad seorang pelajar ialah pelajarannya. 

Semua yang memilih untuk menjadi hamba Allah, semuanya berjihad. Berjihad untuk mendapatkan redha-Nya. 

Kerana seperti yang seorang temanku katakan, "Hanya rahmat dan redha-Nyalah tiket untuk ke syurga." 

Kita tidak masuk syurga kerana amalan soleh yang dilakukan. Bukan kerana kebaikan diri sendiri, tetapi kerana Allah dengan rahmat-Nya mengampuni dosa-dosa kita dan dengan rahmat-Nya menggantikan gunung dosa dengan lautan pahala. Bagi saya, walaupun seorang manusia datang ke hadapan Allah dengan amalan soleh yang begitu banyak, apa nilainya jika Allah murka padanya? Jika niatnya dahulu bukan semata-mata ikhlas kerana Allah, apa nilainya semua itu apabila Allah tidak redha? Apabila Allah berpaling daripadanya? Ya Allah, itulah yang paling aku takuti.

Ingatlah, Allah tidak memandang rupa, tetapi hati seorang hambalah yang penting pada-Nya.

Betulkan niat dalam kembara ilmu ini, walau dalam bidang apa pun yang diceburi. Semoga jalan yang dipilih dengan petunjuk-Nya ini ialah lorong jihad fi sabililillah. Semoga penghujungnya membawa kita ke gerbang syurga dan redha-Nya, jauh daripada api dan azab-Nya.

"Sahaja aku balik UIA kerana Allah Taala." - F.A.

2 comments:

Sarah Kushairi said...

Mula-mula rasa homesick yg luar biasa (sebab demam kot, tu sebab emosi x stabil, hehe).

Tapi bila fikir balik, kita belajar kat UIA ni ada purpose. Bukan setakat nk dapapt degree je tapi jugak untuk membantu orang lain utk dpt better quality of life.

Manusia ni selalu fikir pasal diri sendiri, tak fikir pasal orang lain (oklah, dh tak nak homesick. Kak Timi doakan sarah cepat sembuh okay. :)

Ummu Hurairah said...

ameen smg Sarah cpt sembuh & kembali ceria :)))

x salah nak rasa homesick, it's a normal thing in life. jgn pendam prsaan tu, tp kalau nak matang awal pun ape salahnye :) depends on you..hehe..kak timi pun selalu homesicklah..kat pj pun prnh je homesick padahal balik rumah x smpi sejam pun :)

haah..kak timi pun nak ltkkan a larger purpose in studies..bkn just nk qualifications on paper je..nk blh betul2 competent utk tlg org nnt kan..hee..let's work together ameen, smg Allah permudahkan I.A. :)