بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Kadang-kadang kita mungkin tak sedar.
Atau mungkin tidak tahu.
Atau mungkin terlupa.
Maka dengan sukacitanya saya ingin menyedarkan, memberi tahu serta memperingatkan.
Kepada diri sendiri dan para pembaca yang budiman.
Daripada Jabir ra. dia berkata,
"Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, 'Jika ada seseorang memasuki rumahnya, lalu dia menyebut nama Allah SWT pada saat memasukinya dan pada saat makan, maka syaitan akan berkata kepada rakan-rakannya: 'Tidak ada tempat menginap bagi kamu semua dan tidak ada juga makan malam untuk kamu semua.' Dan jika masuk rumah, lalu dia tidak menyebut nama Allah pada saat memasukinya, maka syaitan akan berkata: 'Kamu semua boleh menginap di sini.' Dan jika tidak menyebut nama Allah pada saat akan makan maka syaitan akan berkata: 'Kamu semua boleh menginap dan juga dapat makan malam.' " (HR Imam Muslim).
Terkejut!
Saya sungguh, sangat terkejut tatkala Allah menunjukkan hadis ini kepadaku suatu masa dahulu.
Apa tidaknya, rupa-rupanya selama ini saya 'membenarkan' syaitan-syaitan durjana musuhku dan musuh Allah tidur 'free' di bilik hostelku! Atau mungkin juga di rumah ayah dan ibuku!
Astaghfirullah..nauzubillah.
Sedangkan saya sendiri membayar yuran RM400++ untuk menginap di UIA, tiba-tiba ada pula penumpang tanpa izin!
Walaupun begitu wahai para sahabatku, yang paling menyedihkan bukan fakta bahawa saya atau anda senang-senang 'bagi makan atau tidur free' kepada makhluk-makhluk itu.
Tapi...yang menyedihkan ialah fakta bahawa kita lupa kepada Allah.
Ya, kita lupa mengingatinya saat kita melangkah masuk ke tempat kediaman yang merupakan kurniaan Allah. Bukan mudah, bukan semua pelajar dapat menginap di hostel di dalam kampus. Bukan mudah, keluarga kita mempunyai sebuah rumah untuk dipanggil "tempat tinggalku."
Ada yang terpaksa menyewa rumah jauh dari kampus.
Ada manusia 'homeless' yang tidur di kaki-kaki lima di bandar-bandar besar.
Ya, kita juga alpa mensyukurinya ketika suapan demi suapan nasi masuk ke dalam mulut kita. Saat kita mengunyah..saat kita menelan..lupakah kita siapakah yang menciptakan sistem badan manusia sebegitu rapi dan teratur? Saat bolus-bolus makanan itu turun ke perut kita, lupakah kita siapa yang mencipta enzim-enzim amilase, pepsin, renin, lipase sehingga tercernalah biji-biji nasi itu?
Sungguh, rezeki Allah bukan hanya makanan. Tetapi sistem badan yang berfungsi dengan baik juga merupakan kurniaan ilahi yang tidak terhitung kebaikannya.
Subhanallah, sungguh Allah engkau menjaga kami hamba-hamba-Mu dengan begitu baik.
Maafkan kami yang selalu terlupa mengingati-Mu.
"Ya Allah, jauhkan kami dari kelekaan dan kealpaan sehingga kami terlupa menyebut nama-Mu."
Solusi!
Maka, selepas ini, jom kita menambah ucapan "Bismillahirrahmanirrahim" di samping ucapan salam ketika memasuki bilik atau rumah. Dengan itu, kita telah pun menendang syaitan dan rakan-rakannya jauh-jauh dengan menyebut dua nama Allah iaitu "Ar-Rahman dan ar-Rahim".
Dan, jangan lupa membaca doa makan.
(merenung)
Jika difikirkan balik, betapa mudahnya untuk beramal di dalam Islam.
Hanya menyebut basmalah, maka Allah terus melindungi kita daripada musuh yang menyesatkan manusia!
Maka...siapakah lagi yang kita perlukan selain Allah?
Sumber: Foto diambil daripada Majalah Gen Q
No comments:
Post a Comment