Friday, March 9, 2012

Ibrah Daripada Pek Maggi


بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sungguh, ibrah itu ada di mana-mana.

Pada langit...bumi..laut..bahkan pada penciptaan manusia itu sendiri.

Jangan disangka, bungkusan maggi tiada ibrahnya. (berpantun tiga kerat pula)

(tersenyum)



Cuba anda cari, apakah pengajaran di sebalik bungkusan maggi yang kosong ini? Hmm...

1. "Good Food, Good Life"


Maggi 'cakap', "I am a good food, which leads to a good life. So, come and eat mee lah!"

Saya 'cakap' balik dekat Cik Maggi (Cik?) "Oh yeke?"

Maggi 'balas balik'! 

"Yola..tak tau lagi ke..ni cuba baca betul-betul kat badan cek ni tulis apa.."


......

"Petua Berguna @ Good to Remember...ohh"

Fikir-fikirkan teman-teman,
Apa kata maggi,
Versus apa kata badan,
Eh silap, fikiran.

"Mi mengandungi karbohidrat yang membekalkan tenaga yang anda perlukan."

Betul betul betul. Tak salah kan Upin kan?

Tiba-tiba mata terpandang...


RAMUAN: Mi: tepung gandum, minyak kelapa sawit, gluten gandum, garam, mineral, kondisioner, aditif yang dibenarkan.

Perencah sup: Garam (lagi), Lemak Kelapa sawit (macam pernah jumpa), Kanji ubi kayu, bawang, rempah, jintan, pengawal asid (kita makan asid??) aditif etc...

"Cik Maggi oi..mai nak habaq sat. Memang la petua berguna tu betul sangat dah. Masalahnya kami bukan makan mi saja. Garam, lemak kelapa sawit, semua ada dalam resepi hampa! Belum tambah lagi bahan-bahan kimia yang macam kami jumpa kat makmal kuliyah farmasi tu...err...(menggeletaq satu badan memikirkannya) Dan semuanya masuk ke dalam perut kami...emm patutlah maggi sedap sangat.."

Ibrah: Kawan-kawan, selalulah beringat yang kita ni hidup di zaman hampir semua makanan ditinkan, dibungkus dan diproses supaya tahan lama. Bukan kawan nak kata "Say no to maggi!" Oh no! Tapi kalau ada pilihan makanlah real food yang dimasak. Macam Cik Maggi kata, "Mi mengandungi karbohidrat yang membekalkan tenaga yang anda perlukan." Mi sahaja, ok? (tersenyum) Jangan jadi produk pemprosesan dengan memakan makanan yang diproses!

2. Maggi  + Nestle

Ibrah: Oh, baru kutahu Maggi itu produknya Nestle...kena lebih cakna isu-isu makanan dan sumbernya! (Ada kaitankah?)

3. 100 tahun di sisimu


Wah, rupa-rupanya Nestle dah 100 tahun ditubuhkan. 

Eh, lama betul. Lagi tua daripada arwah nenek.

Hmm, apakah significant angka itu?

100 tahun. Masa yang cukup lama untuk mengukuhkan kedudukan sebuah syarikat supaya digeruni di dunia ekonomi. Bayangkan, perancangannya mestilah begitu rapi, sehingga ia dapat kekal juara walau sudah 100 tahun bersaing di pasaran dunia. 

Bijak sungguh para mastermindnya.

Alangkah baik jika muslimin dapat mewujudkan persaingan. Sudah tentu penduduk dunia yang rata-ratanya juga beragama Islam akan berebut-rebut membeli produk itu! 

Musuh pasti gerun melihat perubahan itu.

Persoalannya, berbalik kepada kita: Adakah kita sudah bersedia untuk berubah? 

No comments: