Monday, April 16, 2012

Strategi Serampang Dua Mata


بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saya tidak tahu apa yang orang lain mahukan.

Tetapi yang penting saya tahu apa yang saya mahukan.

Saya mahu Islam berjaya di dunia dan di akhirat.

Ooops, sekejap, rasanya ayat itu seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Eh, kebenaran tidak memerlukan permission sesiapa untuk berjaya. Bahkan sesuatu yang benar itu PASTI akan berjaya.

Di dalam mahkamah, yang dicari ialah kebenaran.

Di dalam setiap persoalan, yang dicari ialah jawapan yang benar, bukan kenyataan yang bercanggah.

Itulah sunnatullah atau hukum Allah. Bukan hukum alam atau mother nature. Kerana mother nature juga merupakan ciptaan Allah. Maka hukum 'mother nature' ialah hukum Allah.

Islam ialah kebenaran yang akan tertegak meskipun umatnya tidak berusaha menegakkannya. Meskipun umatnya kadangkala membawa fitnah kepadanya.

Namun, syurga Allah hanya untuk mereka yang berusaha menggapainya...hanya mereka yang melepasi 'penapis' berbentuk ujian menegakkan agama-Nya akan layak menjadi penghuni syurga yang kekal abadi.

Friday, April 6, 2012

Penunggang yang Berhijrah


بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt.

Malam semalam, bulan hampir purnama menyinari alam.

Mencetuskan rindu. Kepada yang diumpamakan seperti itu.

"Nabi Muhammad saw umpama bulan purnama pada malam hari. Menerangi kegelapan jahiliyah dengan cahaya wahyu kurniaan Tuhan."

Kemudian mata tercari-cari gugusan-gugusan yang juga datang pada malam hari. Seperti yang direkodkan di dalam mushaf kitabullah, "Was samaa iwat toriq" yang bermaksud "Demi yang datang pada malam hari."

"Wa maa adroka mat toriq"..."Dan tahukah kamu apakah itu "yang datang pada malam hari"? "

"Ann-najmuts tsaaqib" - "(Iaitu) bintang yang bercahaya". (Surah at-Toriq, ayat 1-3).

Tidak kelihatan pula. Tidak nampak bukan bermakna tidak wujud. Tidak nampak mungkin kerana mata manusia tidak mampu mencerap cahaya bintang-bintang yang berkerlipan jauh di langit malam, apabila pantulan cahaya matahari oleh bulan mendominasi dua pertiga langit. 

Itulah perumpamaan Rasulullah saw dan para sahabat baginda. 

Para sahabat bagaikan bintang menghiasi langit malam. Keperibadian mereka seakan keperibadian Rasulullah, cahaya mereka seakan-akan cahaya Rasulullah. Benar, sepertimana Allah Taala menunjukkan perbandingan bulan dan bintang apabila diletakkan bersama-sama, pastilah bulan mengalahkan bintang dari segi sinarnya. Namun, jangan lupa, bahawa sinar bintang itu tidak pernah malap. Bahkan fungsinya tersingkap apabila bulan menjadi 'anak', maka mata baru dapat mencerap kedudukan galaksi-galaksi itu.