بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Saya tidak tahu apa yang orang lain mahukan.
Tetapi yang penting saya tahu apa yang saya mahukan.
Saya mahu Islam berjaya di dunia dan di akhirat.
Ooops, sekejap, rasanya ayat itu seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Eh, kebenaran tidak memerlukan permission sesiapa untuk berjaya. Bahkan sesuatu yang benar itu PASTI akan berjaya.
Di dalam mahkamah, yang dicari ialah kebenaran.
Di dalam setiap persoalan, yang dicari ialah jawapan yang benar, bukan kenyataan yang bercanggah.
Itulah sunnatullah atau hukum Allah. Bukan hukum alam atau mother nature. Kerana mother nature juga merupakan ciptaan Allah. Maka hukum 'mother nature' ialah hukum Allah.
Islam ialah kebenaran yang akan tertegak meskipun umatnya tidak berusaha menegakkannya. Meskipun umatnya kadangkala membawa fitnah kepadanya.
Namun, syurga Allah hanya untuk mereka yang berusaha menggapainya...hanya mereka yang melepasi 'penapis' berbentuk ujian menegakkan agama-Nya akan layak menjadi penghuni syurga yang kekal abadi.
Sahabatku,
sebenarnya aku hiba.
Melihatkan saudara-saudara kita hilang punca.
Mereka tidak tahu apa yang mereka mahukan untuk hidup ini. Mereka lupa tujuan penciptaan mereka.
Remaja Malaysia dibius cinta, remaja Timur Tengah di kancah pergolakan politik, remaja Palestin berjihad sendirian.
Masing-masing mempunyai 'masalah'.
Sungguh, musuh Allah telah berjaya memecahkan kesatuan umat Muhammad saw.
Wahai sahabatku yang dikasihi Allah,
musuh Allah merancang strategi. Kemudian mereka menggerakkan pelan-pelan sinister itu. Sinister, namun harus diakui kebijaksanaannya. Kemudian Allah memenangkan mereka dengan izin-Nya.
Mengapa Allah memenangkan mereka?
Mengapa Allah tidak memenangkan kita, umat yang beriman kepada-Nya?
Jawapannya para pembaca yang budiman, ada pada musuh-musuh Islam jua.
Kita lihat, apa yang mereka lakukan.
Pertama sekali, mereka menganalisa kekuatan kita. Lantas mereka menemukan bahawa kita kebal selagi Al-Quran bukan hanya di dada, tetapi di tangan. Bukan sekadar hafalan atau bacaan berzanji, namun ialah panduan yang dihidupkan.
Lalu mereka menyusun langkah. Mereka berkata sesama sendiri, "Tidak perlu merampas Al-Quran dari rumah-rumah mereka. Tidak perlu! Hah, mengapa bersusah-payah! Kita hanya perlu merobek KEFAHAMAN atau PENGHAYATAN mereka terhadap kitab mereka itu. Dengan itu, jadilah mereka berasa memiliki, namun sebenarnya hilang pegangan. "
Kita disibukkan dengan hiburan dunia. Sama ada FIFA, F1, American Idol, Malaysian Superstar atau apa sahaja cendawan realiti TV yang bakal bercambah nanti, tanpa disedari, semua itu membuatkan remaja Islam alpa! Hilang punca! Tidak mahu berusaha untuk mengejar cita-cita yang jauh lebih bermakna!
Saya melihat trend yang membimbangkan. Malah perkataan "trend" itu sendiri membuatkan bulu roma menegak bagaikan mengikut arahan komander skuad kawad. Kerana trend itu seperti baju. Seperti fesyen! Mengikut peredaran waktu. Sekejap ada, sekejap bertukar rupa. Kemudian para pengikut trend itu hanya mengikut sahaja. Tanpa memikirkan baik atau buruknya.
(Sesi Bulu roma tegak sebentar...)
Ya, mereka yang tidak ingin melihat Islam tersohor sekali lagi, telah berjaya. Sad, but true. The sooner we admit it, the sooner we will find a way out.
Baik!
Mudah saja!
Kita gunakan strategi mereka untuk 'menyerang' balas! Counter strike! Pulangkan paku buah keras!
Saidina Ali ra. pernah berkata,
"Kebaikan yang tidak terancang akan kalah apabila berhadapan dengan kejahatan yang terancang."
Okey, mestilah Saidina Ali tidak pandai cakap Melayu...hehehe
Maksudnya, walaupun Islam di pihak yang benar, namun jika kita tidak berorganisasi, jika kita tidak berstruktur, jika kita tiada battleplan, kita tetap akan hancur!
Serampang Dua Mata
Hari ini saya mendengar suatu pendapat. Daripada pensyarah. Dan saya amat bersetuju dengan kata-katanya.
"Forgive me for saying this, but I think by doing this, it is better than just boycotting, let me tell you that."
Beliau ingin memasukkan kami sebagai team yang akan membantu adik-adik sekolah rendah hingga menengah membaca dalam program "English Reading Program 3".
Mungkin anda tidak bersetuju dengan pendapat bahawa "Boikot itu tidak membawa apa-apa kesan kepada Israel. Hakikatnya, mereka menguasai banyak aspek ekonomi dunia, bahkan dalam tidak sedar, kita sebenarnya bergantung kepada mereka dalam banyak aspek."
Baik. Saya ada jalan keluar.
Mudah saja! Gabungkan saja kedua-dua strategi ini bersama! Cucuk Israel dengan serampang dua mata!
1. Teruskan boikot
Okey, okey. (angkat tangan surrender)
Saya tak rasa saya berhak mengajak anda semua untuk boikot produk2 Israel atau US. Kerana saya sendiri masih bayi yang bertatih...bertatih untuk memangkah merah produk2 Nestle dll.
By the way, anda tahu, Maggi, Milo, Munchies, Nesvita, semua tu tak boleh makan tau, kalau betul-betul nak boikot? huhu... ini lebih susah daripada menjawab final exam..seriusly.
Kepada yang mampu meninggalkan produk2 kesenangan dunia ini, subhanallah, teruskanlah! Dan doakan agar saya juga mampu bersama anda.
Namun harus diingat produk2 Israel tidak tertumpu kepada makanan sahaja.
Michael Dell, pencipta komputer Dell, ialah Yahudi. Levi Strauss, pelopor Levi's Jeans, yup, ialah Yahudi. Sergey Brin, pengasas Google (yang membuat platform blogger.com ini, haha) juga ialah Yahudi.
Oh, jangan lupa kepada Michael Eisner, CEO Walt Disney, pengeluar filem2 hebat yang diminati ramai seperti Narnia Series, mickey mouse dll kartun kegemaran zaman kanak2 dulu. Steven Ballmer, salah seorang CEO Microsoft.
Hmm, itu belum dikira senarai pemenang Nobel Prize. Hm, hm, hm.
2. Tanamkan minat membaca
Ai, patut malu kepada Allah bila umat Islam malaaaas membaca. Tak payah malu kat Jepun, US or sape-sape lah yang menjuarai carta membaca.
Sebab, apa pesan Allah yang first sekali kat kita, umat manusia yang disayangi-Nya ni?
"IQRA' bismirabbi kallazi kholaq"
yang bermaksud, "BACALAH dengan nama Tuhanmu yang menciptakan." (surah al-`Alaq, ayat 1)
Laaa..bukannya mak suruh, bukan cikgu suruh, rupa-rupanya Allah yang suruh!
Dah tu, apasal la kita dok malaaaaaise lagi ni?
Dah tu, janganlah dok salahkan Yahudi pulak bila diorang tu kuasai ekonomi, sains & teknologi dunia!
Dah diorang "IQRA'", jadilah diorang umat yang bijak cerdas, pintar!
Aduss, tak malu ke kita? Allah tak suruh pun diorang "IQRA'". Allah suruh KITA "IQRA'". Tapi kita tak nak percaya kat Allah. Kita tak percaya kepada kebaikan yang Allah nak bagi kepada umat yang dirahmati-Nya, yang disayangi-Nya.
Maka, turut menjadi sunnatullah, barangsiapa yang menyahut seruan-Nya, maka pasti Dia membukakan jalan.
Walaupun kelebihan kita ialah iman, namun bukankah Allah lebih menyukai MUKMIN yang KUAT berbanding MUKMIN yang lemah?
Saya memang terkesan dengan perkataan madam tadi.
Katanya, "Kalau kamu dapat membantu adik-adik ini menjadi minat untuk membaca, maka itu lebih baik daripada memboikot (barang2 musuh Islam)."
Pada saya, boikot itu tiada masalah.
Namun, pada pandangan saya juga, penglibatan dalam usaha menanamkan minat membaca kepada generasi pucuk selepasku, JAUH LEBIH MEMBAWA KEUNTUNGAN UNTUK UMAT!
Kerana saya dah experience first hand...the POWER of KNOWLEDGE.
Wahai para pembaca yang budiman,
Jujur saya cakap:
Rugilah kita, rugilah kita, dan rugilah kita.
Jika kita masih tak faham KUASA ILMU itu.
Anda tak faham? Baiklah.
Sebab umat Islam mundur.
Sebab Israel atau Yahudi duduk di atas puncak dunia ketika ini.
Sebab Allah tidak memberi kemenangan lagi.
Sebab Israel atau Yahudi duduk di atas puncak dunia ketika ini.
Sebab Allah tidak memberi kemenangan lagi.
Ialah kerana KITA TIDAK FAHAM KEPENTINGAN ILMU.
Kesannya?
Kita MALAS. MALAS. DAN MALAS.
Dan PINTU ilmu ialah MEMBACA.
Ingat ini.
"To attain knowledge is a life-long quest. Because it is the QUEST OF POWER. For KNOWLEDGE IS POWER. And the door...only the door to knowledge, is through READING.
Belajar ialah kembara seluruh kehidupan. Kerana ia ialah suatu pencarian KUASA. Ingatlah ILMU itu BERKUASA. Dan pintu...baru pintu, ilmu itu, ialah melalui MEMBACA."
Ingat, apabila anda membaca, anda baru mengetuk pintu ilmu. Anda belum masuk lagi ke dalam alam ilmu yang mega luas itu.
Mulai hari ini, saya tahu apa yang saya mahu.
Saya mahu ajar anak-anak sekarang minat membaca. (senyum)
Saya mahu menanam benihnya. Kemudian saya akan menjaganya, menyiramnya, membajanya, selagi Tuhan masih mengizinkan saya menjadi tukang kebunnya.
Saya tidak perlu menikmati hasil tuainya.
Because I already have the satisfaction from God. For letting me be apart of the process. ^_^
Sumber: Drs H. Toto Tasmara. (2012). Mengapa Yahudi Berprestasi. Penerbit: InTeam Publishing.
Sumber: Drs H. Toto Tasmara. (2012). Mengapa Yahudi Berprestasi. Penerbit: InTeam Publishing.
No comments:
Post a Comment