بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Apakah itu mukjizat?
Membelah laut dengan hanya satu pukulan tongkat?
Menghidupkan mayat dari kubur?!
Terbelahnya bulan di langit?!
Benar, contoh-contoh ini merupakan mukjizat Nabi-Nabi terdahulu.
Anda rasa...bolehkah mukjizat berlaku kepada manusia biasa seperti kita?
:)
Ya, saya rasa ianya suatu yang boleh diusahakan. :)
Jika kita benar-benar menghargai mukjizat yang ada di depan mata.
Peristiwa bermusafir
Baru dua hari yang lepas, saya bermusafir bersama rakan-rakan untuk pulang ke kuantan. Waktu maghrib telah pun masuk. Kami berhenti di Petronas untuk mengingati Allah.
Sambil menunggu rakan-rakan yang lain selesai solat, saya membaca.
Hanya membaca. Anda tahu...hanya memegang buku itu, lalu membelek helaian demi helaian.
Tanpa mengeluarkan sepatah kata. Silent reading.
Aneh...banyak pula mata yang memandang.
Kejadian tanpa sepatah bicara ini meyedarkanku.
Bahawa tanganku bukan memegang sebarang buku.
Tanganku...memegang erat sebuah mukjizat.
Mukjizat yang hebat!
Mereka yang memandang...belum lagi mendengar bacaannya. Alunan para sheikh Arab dalam bahasa asalnya. Sungguh indah jika dibayangkan...
Mereka memandang hanya kerana mereka tahu dan faham apakah yang terkandung di dalamnya. Maka...bukankah ini mukjizat yang besar namanya?
Mereka bukan memandang pembacanya. Bahkan mereka sedang melihat kebesaran pemiliknya.
Kebesaran pemilik Al-Quran itu.
Majoriti
Yang paling menarik ialah majoriti mata-mata yang memerhati milik kanak-kanak kecil.
Dalam hati terdetik, "Budak-budak kecil ni berhati bersih, belum dikotori dosa-dosa. Mungkin sebab tu mereka lebih tahu kebesaran wahyu yang tanganku sedang pegang ni. Lalu mereka memandangnya seperti tidak mahu melepaskannya."
Mesej
Marilah kita menghargai mukjizat terbesar Nabi Muhammad saw ini. Sebenarnya, jika kita benar-benar memahami betapa besarnya mesej Allah di dalam al-Quran, dan betapa beratnya tanggungjawab menyebarkan isi kandungannya, tentu kita akan sangat sayang padanya.
Tentu kita akan sentiasa mendampinginya.
Ingatlah bahawa "gunung juga pecah (kerana kehebatan Al-Quran) jika Al-Quran diturunkan ke atasnya."
Bacalah Al-Quran, kerana tempat kita di syurga, jika diizinkan Allah, bergantung kepada ayat terakhir yang dibaca.
Bacalah Al-Quran, sayangilah isinya, kerana Al-Quran merupakan rahmat Allah, tanda cinta Allah kepada kita.
Al-Quran ialah mukjizat kepada sesiapa yang mahu membacanya, serta menjadikannya pedoman, penunjuk jalan ke kampung akhirat.
Sedarlah, bahawa kita ialah pemilik mukjizat, apabila kita membaca, memahami serta beramal dengan Al-Quran.
Ayuh, mari menjadi pemilik mukjizat hari ini!
No comments:
Post a Comment