Khamis, Jun 17, 2010.
Surat.
dan rantai.
Surat. dan rantai.
Surat + rantai = surat berantai...?
Oh, ini bukan perkataan baru ya kawan2. (ampun DBP, jangan saman daku. Daku miskin..biasiswa pun belum masuk lagi..)
Tapi, istilah surat berantai ini memang wujud. (kenapakah kata2ku berbelit-belit..)
Apa itu surat berantai?
Mudah saja.
Bayangkan surat dan rantai. Surat yang macam rantai sifatnya. Berkait-kait, berantai-rantai, tidak putus-putus. Surat yang tidak putus2 disebarkan. Itulah surat berantai.
Kenapa saya katakan "Awas" kepada surat berantai?
Selalu orang kata awas kenapa?
Kerana bahaya.
Ya, sahabat2.
Surat berantai ini bahaya.
Kenapa pula ia bahaya?
Adakah ianya beracun?
Oh, tidak.
Adakah ia tajam sehingga boleh mencederakan?
Oh, bukan..bukan.
Adakah ia seperti wabak penyakit yang boleh membawa maut?
Oh, tidaklah seperti itu.
Habis tu, kenapa masih kamu katakan ianya bahaya?
Apakah yang lebih bahaya daripada racun yang boleh membunuh, seperti bisa ular dan kala jengking padang pasir?
Apakah yang lebih bahaya daripada pisau yang mampu memenggal anggota badan?
Malah, apakah yang lebih berbahaya..berbanding wabak penyakit yang berjangkitan sehingga memanggil malaikat kematian?
Ada.
Ada satu lagi yang lebih berbahaya sahabat2.
Lebih bahaya daripada maut itu sendiri.
Itulah
Kematian iman.
Biarlah saya jelaskan lebih lanjut.
Sahabat2ku,
Memang. Memang kematian itu sangat menyakitkan. Sakitnya sakaratul maut tidak dapat kita bayangkan, kerana ianya hanya dapat dirasai oleh mereka yang di ambang kematian. Di dalam suatu pembedahan misalnya, jika pesakit yang dibedah itu, menunjukkan tanda2 kematian seperti denyutan nadi yang semakin lemah, ataupun denyutan nadi yang tidak menentu, ataupun tekanan darah menurun mendadak, dsb..doktor2 yang bertugas ketika itu pastinya cemas. Cemas kerana pesakit dalam bahaya. Bahaya kematian.
Akan tetapi sahabat2ku, kematian jasad apalah sangat, apabila kematian iman dijadikan perbandingannya.
Saya seperti mempermainkan kedahsyatan mati, hati anda berkata?
Demi penciptaan langit dan bumi, tidak. Bukan begitu maksudku. Bahkan Rasul SAW sendiri sangat menderita ketika sakaratul maut, apatah lagi manusia akhir zaman sepertiku, seperti kita. Rasul meminta kepada Allah Taala, agar dibebankan sahaja kesakitan sakaratul maut seluruh umatnya kepadanya..lantaran begitu sakit penderitaannya tatkala itu. Lantas, bagaimana boleh aku mempermainkan sakaratul maut, sedangkan kata2 itu terucap dari mulut Rasulku?
Ya sahabat, ya akhawat wa ikhwan (wahai saudara2ku)
Ingatlah kita akan janji2 Allah Taala yang banyak kali diulangNya di dalam tinggalanNya untuk kita umat manusia, bahawa barangsiapa yang beramal soleh dan beriman kepadaNya, Allah menjanjikan kehidupan abadi di syurga. Sebaliknya, jika manusia berbuat dosa dan suka melanggar perintahNya, maka dijanjikan kehidupan kekal abadi juga, cuma berlainan venuenya; iaitu neraka jahannam.
Adakah kita mendengar?
Kehidupan abadi.
Kehidupan abadi sahabat2.
Setelah mati buat pertama dan terakhir kalinya, kita akan hidup kekal. Hanya sahaja tempat tinggal berbeza, mengikut apa yang kita sendiri pilih semasa hidup di dunia.
Sebab itulah saya katakan, kematian jasad tidak apa lagi. Kerana kita akan dihidupkan semula di akhirat kelak. Itu janji Allah Taala. Usahlah gusar, janji Tuhan bukan seperti janji manusia, belum tentu boleh dipercayai. Akan tetapi janji Allah itu pasti, bukan?
Marilah kita berbalik kepada isu bahaya surat berantai ini.
Apakah kaitan surat berantai dengan kematian iman?
Izinkan saya mulakan dengan perkongsian satu mesej di facebook yang diterima 15 jun 2010:
bace sampai abez....pastu fowardkn.....
ni adalah benar... sila baca sehingga habis... dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh...
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
ini adalah surat wasiat dari penjaga makam
Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad
Maeine (Saudi Arabia).
pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di
makam Rasulullah SAW.
selepas membaca lalu
hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi
didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada
hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal
dunia di zaman ini tiada seorang pun yang
matinya dalam keadaan beriman.
(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat
kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu
menyedarkan kepada orang Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana hari
penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana
bintang akan terbit dari langit, sesudah itu
matahari akan turun di atas kepala.
PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita
Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara
Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila
berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu
bapa.
UNTUK MAKLUMAN
1.
seorang saudagar dari bombay telah
menerima surat ini dan beliau telah mencatak
sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada
orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah
dengan mendapat keuntungan yang besar
dalam perniagaannya.
2.
seorang hamba Allah telah menerima surat
ini tetapi tidak mengendahkannya dan
menganggap wasiat ini palsu, maka selang
beberapa hari kemudian anaknya meninggal
dunia.
3.
Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas
Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini
kemudian mengarahkan setiausahanya
mencetak sebanyak 20 salinan dan
menghantarnya kepada orang lain, maka
selang beberapa hari kemudian dia telah
mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di
malaysia timur.
4.
tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar
perak secara tidak langsung dipecat dari
jawatannya kerana apabila beliau menerima
wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan
untuk disebarkan kepada orang lain tetapi
beliau telah menyedari kesilapannya lalu
beliau mencetak semula wasiat ini dan
mengirimkannya kepada orang lain, beberapa
hari kemudian beliau telah dilantik menteri
Kabinet Perdana Menteri.
5.
Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat
wasiat ini dan tidak percaya akan
kebenarannya juga menganggap palsu lalu
membuangnya ke dalam tong sampah.
seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan
hukuman pancung sampai mati.
6.
di Terengganu, seorang pekerja bengkel
kenderaan telah menerima wasiat ini dari
pengirim yang tidak dikenali yang datangnya
dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20
salinan seperti yang dituntut.
Alhamdulillah dia
dianugerahkan oleh Allah seorang gadis
berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh
Islam.
baginya anugerah ini paling agung dan
tidak ada tandingannya.
7.
Di Terengganu juga, seorang hamba Allah
telah menerima surat ini dari orang yang tidak
dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya
dengan mengatakan ianya bohong belaka dan
sengaja mengada-adakan untuk menakutkan
orang yang membacanya.
Beberapa hari
kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil
dan penderitaanya amat menyedihkan.
setelah
tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital,
penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor.
Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan
mengedarkannya kepada orang lain.
Semingu
kemudian barulah beliau beransur sembuh
sehingga sekarang.
Banyak lagi contoh-contoh orang yang
menerima wasiat ini tetapi tidak
mempercayainya dan tidak mengedarkannya
atau menyampaikan kepada orang lain.
dimana
mereka mendapat malapetaka.
setelah
kejadian yang menggembirakan dan
menyakinkan ini anda jangan lupa
menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa
96 jam dari masa anda menerimanya.
InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu
dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH.
PERHATIAN
setelah
membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda
orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan
dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.
kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain. insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan
Mesej di atas ialah antara contoh surat berantai. Dahulu, sebelum adanya teknologi seperti internet, e-mel dan laman2 sosial seperti facebook, ia tersebar dalam bentuk surat, dari rumah ke rumah. Sekarang, ia merebak pula kepada emel dan mesej2 facebook dsb. Nah, lihatlah, ia berantai bukan?
Baiklah, sekarang tibalah kepada akar umbi perbincangan.
Di mana bahayanya?
Wahai sahabat2ku yang kukasihi,
Bahayanya, ialah apabila kita mempercayai bahawa kita akan dan wajib ditimpa malapetaka jika tidak menyebarkan 'wasiat' ini. Malahan, kita diberi amaran di dalam 'wasiat' itu bahawa malapetaka itu 'telahpun berlaku' kepada sekian-sekian namanya, contoh dsb. Dahsyat sungguh 'malapetaka' yang akan menimpa, jika kita buat endah tak endah sahaja. atau kata orang sekarang "Make dunno saja".
Sebaliknya, dikatakan kepada kita, jika kita menyebarkannya sebanyak 20 salinan, kita akan mendapat pelbagai hadiah dan anugerah. Bacalah sendiri contoh2 di atas. Outrageous / melampau sungguh kurniaan yang mereka dapat. Isteri solehah? Benarkah?
Wahai sahabat2ku, inilah bahaya yang paling bahaya sekali.
Pertama, kerana bahaya ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kerana ianya bahaya kepada rohani, bukan jasmani. Justeru, amatlah sukar untuk kita mengesannya.
Kedua, surat berantai seperti ini, sebenarnya mengundang syirik! Kamu tahu apa itu syirik?
Itulah dosa besar yang tidak akan diampuni Allah selama-lamanya!
Allah Yang Maha Pengampun, Yang Maha Penyayang, insya-allah, dengan limpah kurnianya, masih lagi mengampuni dosa2 besar yang lain (jika kataku ini salah, tlglah betulkan), tetapi...dosa yang satu ini, TIDAK AKAN DIAMPUNI SELAMA-LAMANYA! Tidak walau dengan syafaat Nabi SAW sekalipun!
Dengan menyebarkan mesej2, emel atau surat2 berantai seperti ini, kita secara tidak sedar telah melakukan syirik! Walaupun pahit untuk ditelan, tapi ianya telah berlaku. Ya, saya pernah sekali menyebarkan mesej ini di facebook, kemudian saya ditegur oleh seorang sahabat, yang memberikan nasihat, bahawa janganlah kita percaya selain kepada Allah.
Bukankah Nabi SAW mengajar kita, agar beriman kepada Qada' dan Qadar, iaitu ketentuan yang telah ditetapkan sejak azali lagi?
Lupakah kita, bahwa beriman akan takdir Tuhan ialah rukun iman!
Justeru, saya rasa tidaklah melampau untuk saya menyimpulkan bahawa sesiapa yang terjebak dalam penyebaran surat2 seperti ini, telah menidakkan takdir Allah atas dirinya. Tidaklah juga melampau, jika saya mengakui, bahawa saya juga pernah...mensyrikkan..Tuhan yang menciptakan diriku..dengan sebaik-baik kejadian.
Ya Allah ya Ghafur!
Ampunilah hambaMu yang lemah ini..ampunilah ciptaanMu yang lemah ini..keyakinanku kpdMu luntur seketika. Warnanya pudar seketika..disebabkan ujianMu yang halus ini.
Ku tak nampak..akan bahaya sebenarnya surat2 berantai ini..sehinggalah ada yang menegurku. Dan kemudian, setelah beberapa ketika, surat ini sampai semula kepadaku. Seperti boomerang lagaknya, ia menerpa kembali ke arahku, setelah ku berusaha membalingnya jauh2 dari hatiku.
Jadi, ya Tuhanku,
HambaMu berharap, perkongsian di ruangan peribadiku di alam maya ini, setidak-tidaknya, antara usaha kecilku untuk bertaubat kembali kepadaMu. Untuk kembali menggilap keyakinanku yang malap seketika itu. Untuk cuba...memberi nafas baru kepada imanku, yang hampir terkubur itu. Biarlah orang lain memberi nafas baru untuk lagu2 ciptaan mereka. Ya, Tuhan, hambaMu memilih untuk mencuba kembali, menghidupkan kembali imanku yang hampir mati. Tolonglah hambaMu tuhanku. Iman ini milikmu, hanya Engkau yang dapat menghidupkannya kembali..tolonglah ya Rabb..Bantulah kami semua, agar kami tidak terperangkap dalam perangkap syirik yang dipasang oleh musuh2mu. Ameen.
Benar, wahai sahabat2ku,
Ini , surat ini, ialah rancangan jahat musuh Allah.
Bacalah di sini untuk maklumat lanjut:
Saya tahu, wikipedia bukanlah sumber rujukan yang terbaik, tapi itu sahaja yang saya ada sekarang. Saya mohon maaf sebab tidak dapat mencari fakta yang lebih kukuh untuk disampaikan buat pengajaran bersama.
Walau apapun kebenarannya, one thing is certain.
Kita tidak boleh mempercayai suatu tuah, anugerah, hadiah dan apa sahaja rezeki yang diperoleh datangnya akibat perbuatan menyebarkan surat berantai seperti ini. Dan begitu juga sebaliknya, kita tidak boleh sama sekali mempercayai bahawa segala perkara malang yang menimpa datangnya drpd akibat tidak mengendahkan 'wasiat' nabi ini.
Kerana, seperti yang saya katakan di ruangan wall facebook saya, memanglah asal kandungan wasiat ini baik2 belaka, tapi lihatlah apa yang kita disuruh lakukan. Menyebarkan 20 salinan? Dan kalau tidak kita akn ditimpa malang..? Apakah ini? Dari mana datangnya amalan ini?
Setahu pengetahuan saya yang cetek ini, walau pun sikit, tapi, saya tidak pernah mendengar Rasulullah SAW menyuruh kita menyebarkan pesanan-pesanannya sebanyak 20 kali sahaja. Jika begitu, tentu baginda telah berpesan kpd sahabat2nya, agar setiap seorang sampaikanlah hadis drpdnya kepada 20 orang, dan bersyarat begitu dan begini. Pernahkah kita dengar begitu? Tidak. Yang saya dengar drpdnya ialah, "Sampaikan drpdku walaupun sepotong ayat."
Itu. Yang saya dengar. Terima kasih kepada para imam pengumpul hadis.
Kesimpulan
Akhir kata, marilah kita sama2 berwaspada dengan ujian2 kecil dan tersembunyi seperti ini.
Berwaspadalah dengan syirik, yang kadangkala zahir, dan kadangkala tersembunyi. Yang zahir, seperti mereka yang menyembah patung, yang seumpama berhala semasa zaman Rasulullah SAW, dan yang menyembah roh2 nenek-moyang, serta mengatakan Tuhan itu banyak, malah mempunyai anak pula. Semua itu namanya syirik jali (kalau tak salah), iaitu syirik terang-terangan, yang zahir di khalayak ramai. Yang zahir dengan perbuatan. Manakala yang lebih bahaya ialah syirk khafi iaitu syrik kecil, yang tidak zahir pada pandangan mata, tetapi ada pada hati.
Awaslah kita, kerana jika kita mati dalam keadaan tidak sempat bertaubat akan dosa syirik, kita tidak diampuni..tidak akan diampuni..tidak dapat dibela, hatta oleh Rasul sendiri pun, tidak boleh.
Walaupun, Allah itu, memang al-ghofur, war-rahim (Yang Maha Pengampun, Lagi Maha Penyayang).
Break the chain!
p/s: terima kasih kpd sahabatku Huda kerana memberikan link2 website.
p/s/s:ini link kpd satu kisah, di mana manusia berdosa besar yang bnyk, dan hampir2 dihumban ke dlm neraka, diselamatkan oleh sehelai bulu mata