Orang kata, lagu ialah salah satu cara untuk mengekspresikan diri. Kan tema Hotlink pun "ekspresikan dirimu"? (ke aku salah..haha)
Ku ketemukan lagu ini ketika membaca blog seorang sahabat. Sedangku asyik meneliti blognya, tiba2 lagu ini kedengaran melalui corong laptopku...
Merah Saga (Palestin) oleh Shoutul HarakahRangkap 1Saat langit berwarna merah sagaDan kerikil perkasa berlarianMeluncur laksana puluhan peluruTerbang bersama teriakan takbir(ulang R1)Rangkap 2Semua menjadi saksiAtas langkah keberanianmuKita juga menjadi saksiAtas keteguhanmuRangkap 3Ketika yahudi-yahudi membantaimuMerah berkesimbah di tanah airmuMewangi harum genangan darahmuMembebaskan bumi jihad PalestinaPerjuangan telah kau bayar dengan jiwaSyahid dalam cintaNya(ulang R3)Ulang R1Ulang R2Ulang R3Ulang R3Perjuangan telah kau bayar dengan jiwaSyahid dalam cintaNya
Jika benar kata orang itu, maka lagu ini pada kaca mataku, sangat sesuai dan tepat sekali mengekspresikan situasi..di bumi Palestin. Hah..sebenarnya ia bukan sekadar situasi, kan sahabat2? Situasi...hah! Situasi apakah yang berlanjutan sehingga puluhan tahun lamanya? Ia bukanlah situasi, tetapi krisis. Ya, perkataan "krisis" barulah tepat, mengekspresikan perasaanku...dan seharusnya perasaan dunia, terhadap bumi di dalam lagu ini.
Wahai bumi Palestin,
Seandainya engkau, wahai tanah orang2 Palestin, boleh mendengar, dan memahami bicaraku, maka dengarkanlah:
Ya Falastina,
Bolehkah engkau...memaafkan diriku?
Aku tahu..aku tidak layak untuk meminta begini kpdmu, malah, hanya kepada Allah Taala sepatutnya kuminta ampunan.
Akan tetapi...tahukah engkau, ya bumi Falastina, bahawa hatiku berasa bersalah? Rasa bersalah ini, yang membuatkan terkeluarnya kata-kata anehku, meminta maaf kpd bumi? Kepada tanah?
Anehkah? Sudah gilakah aku..kerana berkata-kata dengan tanah, seolah-olah ia dapat memahami bicara hatiku? Seolah-olah..ia hidup?
Bahkan! Mengapa tidak? Bukankah aku juga asalnya drpd tanah? Malah bukan sebarang tanah, malah tanah daripada planet yang bernama bumi ini! Yang bernama al-Ardhu ini! Apakah aku bukannya benda hidup?
Bukankah juga, sewaktu Allah Taala mahu mengambil tanah drpd bumi, Dia memerintahkan malaikatnya supaya meminta kpd bumi? Mengapakah Allah Taala meminta..jika benar bumi tidak bernyawa? Jika bumi itu bukan hidupan, mengapa perlu meminta? Mengapa (dengan izinMu Tuhanku, untukku menggunakan kata2 sebegini) tidak diambil sahaja tanah untuk dijadikan asal Nabi Adam a.s. jika benar bumi itu tidak bernyawa?
Bahkan, kisah ini bersambung lagi, dengan bumi menjawab kpd malaikat yang diutuskan Allah Taala itu, bahawa ia enggan? Bumi, sahabat2ku, enggan? Bumi mempunyai sifat? Bumi..mempunyai kemahuannya sendiri? Jika ini bukan bukti bumi itu bernyawa..maka apakah lagi?
Ya bumi Falastina,
Sebab kedua, mengapa aku berkata-kata kepadamu, ialah kerana...aku tidak mampu untuk berkata terus dengan manusia yang mendiamimu. Bukan yang bernama Israel itu! Tidak! Mereka bukan penghunimu yang sah! Mereka penyamun, perompak keji, bertaraf antarabangsa! Bukan dengan mereka yg ku maksudkan, ya bumi Falastina.
Akan tetapi, mereka yang terhimpit itu. Di suatu tempat bernama Gaza, dan tebing Barat. Dengan merekalah...aku tidak mampu untuk berkata secara empat mata.
Tiada wang? Benar, itu juga sebabnya. Aku memang tiada wang untuk ke sana. Untuk bertemu, mencium dan berpelukan dengan saudara2ku (yang sejantina semestinya)..di sana. Untuk memeluk mereka erat2, bersalaman dengan mereka, tidak mahu melepaskan jabat tangan itu. Seolah-olah begitu.
Akan tetapi, sebab yang utama ialah...aku..tiada kekuatan. Dan sebab ini jugalah, yang menyebabkan aku malu, untuk berkata terus kpd mereka, maka jadilah aku, sperti orang gila lagaknya, berkata-kata dengan bumi yang tiada bersuara.
Ya bumi Falastina,
Tahukah kamu? Tahukah kamu..betapa malunya aku saat ini? Betapa pilunya hatiku? Betapa aku ingin menangis saat ku menaipkan bait2 kata ini..kerana apa? kerana aku..tidak mampu berbuat apa2..yang benar2 dapat membantu saudara2ku, penduduk bumimu, ya Falastina.
Demonstrasi? Itu..juga tidak salah. Malah, sekurang-kurangnya, dapatlah kami, melepaskan amarah kami kepada Israel laknatullahi alaihum (semoga laknat Allah ke atas mereka semua). By all means, teruskanlah berdemonstrasi itu.
Akan tetapi, SIAPAKAH YANG MENDENGAR? SIAPAKAH YANG TAMPIL MEMBANTU? SIAPAKAH..YANG BERJAYA DIBANGKITKAN RASA TANGGUNGJAWABNYA, SEBAGAI SAUDARA SEAGAMA, YANG BERANI TERANG-TERANGAN MENGEJI PERBUATAN ISRAEL KOTOR ITU YANG SUDAH BERLARUTAN SELAMA 60 TAHUN? ADAKAH? DI MANA? TUNJUKKAN KPDKU, SIAPA PEMIMPIN YANG BERANI ITU!
...
Tiada. Hanya sunyi sepi menemani demonstrasi2 itu.
Ya bumi Falastina,
Tahukah kamu, betapa lemahnya aku? Betapa lemahnya aku...sehingga..boikot pun tak mampu!! Aku..belum mengambil serius, isu2 pemboikotan. Aku..hanya pendengar tika ini. Aku, belum lagi menjadi 'pentindak'. Aku tahu..melalui kawan2 dan sumber2 yang pelbagai..tentang syarikat2 besar dunia, yang menjual produk2nya..kemudian..dihulurkannya wang2 keuntungannya itu, kepada PATI bumimu, ya Falastina.
Ya Falastina,
Apakah bezanya jika aku....menghulurkan sendiri wang itu kpd Israel??! Seolah-olah seperti itu...lantaran tindakanku..untuk tidak mengambil tindakan. Fahamkah bicaraku yang berbelit ini? Maksudku, samalah sahaja seperti aku memberikan wangku, wang mak dan ayahku, kpd Israel laknatullahi `alaihum (walaupun aku tidak rela), kerana aku masih membeli ...malah...memakan..produk2 mereka. Ya Allah..apakah yang kulakukan ini? Kerana itulah aku malu...kerana memang benar..aku tiada kekuatan.
Tiada kekuatan...untuk membuang sedikit diet harianku, yang sememangnya tidak akan berkurangan pun rezeki2 lain di bumi Allah ini.Tiada kekuatan...untuk berjihad melawan penyakit M iaitu MALAS..sedangkan saudara2ku sudah bermandi darah dalam jihad mereka fi sabilillah.
Tiada kekuatan...untuk meluruskan wajahku, dadaku, seluruh tubuhku, ketika menghadap kiblat yang satu.
Bagaimanakah...dapatku bebaskanmu, ya Falastina, sedangkan diriku juga belum bebas daripada belenggu syaitan? Sedangkan diriku..masih lemah lagi dalam jihadku melawan hawa nafsuku, menepis godaan syaitan yang tidak kenal erti putus asa?
Ya bumi Falastina,
Maafkan aku...
Maafkan aku...
Maafkan aku...
Kerana terpaksa menunggu...lama lagi..untuk pembebasanmu.
credit to Nurul Huda Idris for introducing me this song :)
No comments:
Post a Comment