Sabtu, Julai 3, 2010.
Tolong...
Assalamualaikum.
Pakistan berdarah lagi.
Kenapa "berdarah lagi"?
kerana ia pernah berdarah pada bulan Mei lalu, hampir sebulan daripada hari ini.
Ketika itu, dua masjid 'kepunyaan' orang2 Islam Ahmadi di Lahore yang menjadi mangsa pendarahan mereka2 yang tidak bertanggungjawab.
"More than 80 people were killed in twin attacks on the mosques of the minority Ahmadi sect in Lahore in May."
Mereka2 yang tidak bertanggungjawab itu dikatakan pihak Taliban atau al-qaeda. Siapa lagi, bukan, nama2 yang akan terpampang pada tajuk2 akhbar dunia? Hmm, tidak kisahlah, siapa yang dituduh bertanggungjawab, atau siapa yang mengaku bertanggungjawab, HAKIKATNYA mereka MEMANG BERTANGGUNGJAWAB.
Bertanggungjawab di atas sikap mereka yang tidak bertanggungjawab, mengalahkan lembu dan kambing di ladang. Bahkan, ayam pun tidaklah tidak bertanggungjawab seperti mereka. Ibu2 ayam mengeram telur2nya bukan? Ibu2 ayam, menjaga anak2nya bukan? Itu pun sudah cukup bagus, memandangkan mereka ialah haiwan.
Hairan bukan? Bagaimanalah manusia yang mendominasi makhluk2 lain di bumi ini, begitu sedikit kecerdikannya? Hah, kenapa aku perlu berbasa-basi? Biar aku menukar sedikit soalan hairanku; Kenapalah insan yang kelihatan begitu merajai dunia, tetapi tahap kebodohannya begitu menyerlah sekali? Macam manalah, makhluk yg begitu jahil ini, boleh asalnya menguasai hasil2 bumi?
Hah. Haha. Kelakarnya.
Sebenarnya manusia tidak pernah mendominasi.
Sebenarnya..manusia telah lupa.
Lupa akan mandat yang diberikan Tuhan, dan Pencipta mereka.
Kawan2ku,
Benar bukan, bukan kita yang menguasai bumi.
Tapi Penguasa langit dan bumi yang memberikan kita mandat untuk memerintah bumiNya. Memerintah, bukan dengan kuku besi.
Bukan dengan kekejaman.
Tetapi dengan keadilan.
Dengan keimanan.
Dengan hidayahNya.
Sebagai khalifah, pemegang amanah dan mandatNya.
Lantas, apakah aku telah salah, pabila aku mengatakan pandanganku, bahwa manusia itu sememangnya bodoh dan jahil..kerana menyangka dirinya hebat.
Walhal, dia langsung tidak hebat. Hebatkah makhluk yang melupakan amanah Tuhannya? Makhluk yang pelupa...hebatkah?
haha. Janganlah buat lawak di sini.
Ya ayyuhal insan (wahai sekalian manusia),
Pakistan...berdarah lagi.
Kali ini, masih di bandar/pekan Lahore, bezanya kali ini, penyerang2 yang bodoh itu (kerana melupakan amanah Tuhan, tetapi bijak juga kerana berjaya memporak-perandakan kerajaan Pakistan) memilih satu Sufi shrine, yang di situ dimakamkan seorang tokoh Sufi yang sangat dihormati, namanya Abul Hassan Ali Ibn Usman al-Jullabi al-Hujwairi al-Ghaznawi, atau lebih popular dengan nama Ali al-Hujwairi sahaja.
Di sini ada sedikit latar belakang beliau. http://en.wikipedia.org/wiki/Ali_Hajweri
(maaf, sumber kurang kredibel, silalah berusaha mencari yang lebih kredibel)
Saya katakan shrine, kerana di dalam kebanyakan berita2 dunia semuanya menulis "Sufi shrine" dan bukannya "Sufi mosque". Hairan juga memikirkannya...
Walau bagaimanapun, setelah meneliti dua laman berita dunia, saya mendapati, memang ada makam/shrine, tetapi ia di dalam satu kompleks (iaitu 1 kwsn yang besar) yg juga terdapat masjid untuk muslimin menunaikan solat. Oh ya, nama kompleks Sufi itu ialah Data Darbar, dikatakan kompleks/makam Sufi yang terpenting di Pakistan, kerana setiap hari ribuan muslim mengunjunginya. Dahulu, mereka yg beragama Hindu turut melawat tempat ini, tetapi selepas partition (saya tak pasti partition ape, mgkn partition Lahore drpd India masuk Pakistan atau lain2, saya kurang pasti sejarahnya), hanya orang muslim yang melawat. Sebenarnya, tmpt itu dibuka untuk semua org, tiada diskriminasi agama dll.
Di sini berita lebih lanjut...
Kasihan Pakistan.
Kasihan buminya, asyik2 bermandi darah..
Kasihan penduduknya, asyik hidup dalam ketakutan..
Tp lagi kesian orang yang menaip ni, sebab asyik tertipu dengan dunia saja.
?
Yalah, bumi saudara sendiri bermandi darah, kita pula sibuk tengok skrin LCD High Definition, tengok 22 lelaki mengejar sebiji bola kat tengah2 benua Afrika..
Sekurang-kurangnya, saudara2 kita tak tertipu dengan dunia yang sementara, disebabkan selalu sangat mengahadapi ancaman boleh mati bila2 saja, mereka tahu hidup di dunia ini sementara saja. Mereka faham sangat akan realiti itu.
Yelah, boleh tengok sebiji bola tu. Tak salah, tak berdosa pon. (senyum). Tapi, tak perlulah sampai ke tahap fanatik, sampai sanggup berjaga ke pukul 2 pagi semata-mata nak tengok sekumpulan lelaki merebut sebiji bola tu, tak kisahlah bola tu specially designed ke ape..
Kalau berjaga pagi tu, subuhnya tak terlepas, tak apela.
Kalau berjaga pagi tu, paginya lepas matahari terbit, dia tak jadi burung hantu, tak apela.
Kalau berjaga pagi tu, aktiviti harian jalan macam biasa, tak ape. No problem.
Tengoklah, sampai biji mata tersembul ke, sampai suara serak2 basah sebab happy favourite team score ke..tak kisah.
Saya pun tengokla..baru menyaksikan Germany belasah my beloved Argentina...T_T
Tapi.
Jagalah sudut lain diri ini juga.
Maksud "sudut lain" ialah diri kita yang bernama muslim ini.
Sure, seorang manusia itu banyak sudutnya. Ali, seorang pelajar uni. Lebih tepat lagi UKM. Berumur 23 tahun, gemar aktiviti lasak, suka kucing, tujuh adik-beradik...and the list goes on.
Tapi, yang termasuk dlm list "siapakah diri Ali" juga tentulah; "ana muslim (saya muslim)".
Teruskanlah dengan minat bola tu. Memang lumrah alam la lelaki minat bola. Kadang2 perempuan pun suka tengok, kadang2 la. (haha akula tu) Tak salah. Islam tak larang pon.
Tapi, janganlah sehingga perkembangan saudara2 sendiri diabaikan. Sekurang-kurangnya, tanamkan sikap ambil tahu.
Tahu yang pada malam 1 Julai 2010, 3 orang pengebom berani mati meletupkan diri di Data Darbar yang penuh sesak dgn pengunjung muslim, membunuh hampir 42 dan mencederakan 180 orang.
Bukan setakat tahu hari 1 Julai 2010, hari rehat buat pemain2 World Cup quarter finals (kalau tak silap la)
Tahu jugak yang bantuan flotilla yang diketuai Mavi Marmara pada 31 Mei 2010, belum jugak sampai2 ke penduduk Gaza. Sekarang dah hampir sebulan, yang sampai cumalah barang2 dapur (macam periuk) dan barang utk kanak2 (seperti mainan dan alat tulis). Itupun sikit. Banyak lagi kerusi2 roda elektrik, Israel biarkan berjemur kat tengah2 panas kat gudang mrk tu. Tunggu ape pun aku tak tau. Sengaja melambatkan segala-galanya. Hai, dah agak dah, dah tak larat nak muak..
Tahu yang General David Petraeus menggantikan Gen McChrystal (iaitu bekas ketua tentera Amerika dan tentera NATO di Afghanistan) baru2 ini, gara2 kritikan McChrystal terhadap pasukan admin Obama (terhadap cara Obama handle situasi perang di Afghan.) In addition, tarikh Obama akan mula memanggil pulang tenteranya dari Afghan ialah bermula Julai 2011. Tahu juga yang Congress di USA menahan bajet USD 2 billion (kalau x silap) drpd disalurkan ke operasi perang di Afghanistan, kerana ahli2 Congress melihat perang di Afghan itu tidak ke mana, buang masa dan wang rakyat. (lebih kurang begitulah, tambah lagi, bil askar Amerika yang terkorban makin meningkat. Tahu pulak buang duit..)
Jadi itulah, sedikit yang saya tahu pasal saudara2 kita yang bukan di bumi bertuah Malaysia.
Malam ni, seperti setiap malam dalam kehidupanku, dan InsyaAllah dalam kehidupan yg akan datang, aku boleh tidur dengan tenang. Tidurku, di bawah kipas memutar laju. Di atas tilam empuk lagi gebu. Bertemankan bantal-bantal yang beribu. (exaggerate gile..:) ) Diselimuti rahmat Tuhanku.
...
Apa lagi yang tidak cukup?
Yang tidak cukup, ya Tuhanku,
ialah saudara2ku.
Yang tidur mereka antara resah dan gelisah.
Diselimuti kesejukan malam.
Berbumbungkan bulan dan bintang.
Jika sedikit malang, kuyuplah jawabnya lena mereka.
Dan sentiasa dibayangi maut antara pejam celik mereka...
Ya Allah, Ya ar-hamar rahimin(pemilik segala kasih sayang),
meskipun mereka serba tidak cukup di dunia,
Engkau cukupkanlah bagi mereka kesenangan di akhirat.
Limpahkanlah, bagaikan banjir ke atas kaum Nabi Nuh a.s, limpahkanlah kpd mereka, rahmat dan kasih sayangMu.
They deserve more than we do. They need it, they need You more than we do, right now.
Walaupun tanah mereka tidak aman, tolonglah amankan hati2 mereka daripada takutkan mati. Sebaliknya, penuhilah hati2 mrk ya Rabb, dengan kecintaan kpd mati. Tp, biarlah mati mereka itu dalam iman, dan bukannya mati mereka ketika masih keliru dengan erti sebenar jihad.
Ya Rabb,
Temanilah mereka pada malam ini, dan seterusnya..dan seterusnya..sehinggalah ke akhir hayat mrk.
Temanilah mereka bg pihakku, bg pihak kami yg tidak dpt bersama-sama mereka untuk membantu.
Sesungguhnya kami lemah dan tidak berkemampuan. Ketika ini, hanyalah titipan doa untuk mereka, yang mampu kami lakukan...
Ya Allah, Ya Tuhan kami,
tolonglah, jagalah mereka, ampunilah mereka dan kasihanilah mereka,
sebagaimana Engkau menjaga kami, mengampuni kami dan mengasihani kami ya Rabb.
Tolonglah, jagalah mereka, Ya Hafiz (Maha Penjaga), Ya Muhaimeen (pelindung org2 mukmin),
sehinggalah kami diberi kekuatan olehMu untuk pergi kpd mereka. Ameen ya Rabb al-`alamin.
Data Darbar
No comments:
Post a Comment