Sunday, July 4, 2010

2 Hakim Syariah Wanita Pertama di Malaysia

Ahad, Julai 4, 2010.

Assalamualaikum semua.

(senyum)
Apehal pulak senyum tiba2 ni? Belum cakap apa2 lagi dah senyum sorang2. Hish, gawat ni..(gelak)

Takdela. Saya cuma sangat gembira, tumpang gembira sebenarnya, dengan perlantikan dua wanita sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di Mahkamah Putrajaya dan Mahkamah Persekutuan (Syariah High Court judges at the Putrajaya and Federal Territory courts).

Kenapa nak gembira? Kan biasa hakim baru dilantik di Malaysia ni..

Hish, memanglah biasa, tapi yang luar biasanya, hakim WANITA. Tahu siapa itu wanita? Ha, saya salah seorang la. Sebab itulah saya tumpang gembira.

(senyum lagi)
Hmm..alhamdulillah. Lepas ni, janganlah lagi ada manusia yang bising2 mengatakan wanita didiskriminasi dsb.

Sahabat2,
kebelakangan ni saya selalu terfikir antara lelaki dan wanita. Terfikirkan, apakah kelemahan, dan juga kelebihan masing2. Dan memikirkan, kenapakah Allah Taala memberi mandat kepimpinan khas kepada lelaki, dan bukannya kepada wanita? Sehinggakan perkara ini dijadikan isu oleh sesetengah pihak, yang mengatakan Islam mendiskriminasikan wanita, tidak memberikan kebebasan dan hak2 yang sama rata seperti yang diberikan kepada lelaki.

Fikir, dan terus berfikir. Kerana daripada aktiviti berfikirlah akan datang jawapan kepada persoalan, bukannya dengan aktiviti menuding sana sini. Tidak salah untuk bertanyakan "kenapa begini? dan kenapa pula begitu?" di dalam agama, tetapi jika asyik bertanya, agak2, jawapan akan datang mengetuk di depan pintu rumahkah? Jika asyik melontarkan soalan, tetapi tidak pula berusaha mencari jawapan, lalu ke manakah akhirnya?

Jadi, aktiviti berfikirku terus berjalan.

Dah dapatkah jawapan, anda bertanya?

Hoho, mana mungkin. Jangan terlalu cepat mengharapkan jawapan, sahabat2. Bukankah ulama2 terdahulu bertungkus-lumus dalam mencari ilmu, menulis kitab, mengumpulkan hadis2 sahih dsb? Mereka mengembara jauh dari tanah kelahiran mereka, sahabat2ku sekalian. Bertahun-tahun pencarian mereka untuk suatu ilmu yang picisan. Lantas, janganlah mengharapkan jawapan yang berkualiti dan memuaskan dengan sekadar sepintas lalu berfikiran. (confirm tatabahasa salah..haha)

Jawapan..mungkin adalah. Tapi, jawapan itu sekadar tekaan, bukan hipotesis yang dibuktikan. huh..siapakah mahu mendengar penjelasan yang berupa tekaan diri semata-mata? (Saya pun tak nak dengar..haha)

Berbalik kepada persoalan, kenapakah Allah Taala memberi tugas memimpin umat manusia kepada lelaki, manakala wanita pula kelihatan diketepikan dalam hal ini?

Wallahu `alam (Allah Maha Mengetahui).

Laa..kalau setakat wallahu `alam, aku pun boleh ckp..apa daa..

Haha. Saya tak marahkan sesiapa. Memang betul, sesiapa pun boleh cakap "wallahu `alam". Budak kecil pun senang je ulang balik, bila dah diajar.

Tapi, saya cuma menyatakan hakikat, iaitu memang benar, hanya Allah Taala yang Maha Mengetahui jawapan kepada segala persoalan, dahulu, kini dan selama-lamanya.

Saya tidak pandai2 mengaku, bahawa saya tahu jawapan kepada this particular question. No, I never said that.

Walau bagaimanapun, setiap orang mempunyai pendapat masing2. Dan hak untuk menyuarakan pendapat masing2. Serta hak untuk memilih untuk mendengar atau tidak.
Tak nak dengar, tak mengapa. Silalah berhenti setakat ini.

Namun, jika sudi meneruskan pembacaan, bermakna anda sudi meminjamkan mata, telinga serta buah fikiran. For that, I can't thank you enough.

Pada pendapatku, segala ketentuan Allahu Taala, sememangnya telah sesuai dengan fitrah kejadian masing, baik lelaki, mahupun wanita.

Dari perspektif wanita;

1. Wanita tidak dibebankan (saya ulang, dibebankan) dengan amanah kepimpinan negara, tetapi diberi tanggungjawab mengasuh dan mendidik generasi pemimpin yang seterusnya.

2. Padaku, kelembutan dan daya kefahaman perasaan yang mendalam, sangatlah sesuai apabila ingin memahami pemikiran kanak2 yang most of the time didominasi oleh perasaan. Iyalah, mereka(kanak2) kan belum matang..

3. Oleh itu, sebab itulah, Tuhan Pencipta alam melahirkan anak manusia melalui rahim wanita, bukannya drpd lelaki. Kerana apa? Kerana wanitalah yang paling sesuai memikul tugas ibu. Kerana sifat kami (cewah :) ) yang rata2nya penyayang dan penyabar (insya-Allah) sudah sesuai untuk mendidik dan membesarkan anak, yang amat memerlukan sifat2 ini, sejak dari detik kelahiran mereka, malah ada yang memerlukan sehinggalah ke detik kematian mereka.

Manusia, ialah makhluk yang penuh beremosi. (Tengok WC saja sudah..haha) Emosi sejak kecil haruslah dibimbing dengan baik dan stabil. Emosi, atau sifat yang baik, ditanam dan dibajai dengan kasih Tuhan manakala sifat2 yang keji diasingkan dan diminta perlindungan kepada Rabbul `alamin. Siapa lagi yang lebih 'pakar' dalam bab emosi, kalau bukan wanita, kan? (kenyit mata)

Sahabat2 wanitaku,
Tak perlulah berasa malu dengan sifat malu dan lemah lembut kita. Itu fitrah. Saya pun tak pasti apa maksud sebenar fitrah, tapi saya agak, mungkin ia sesuatu yang sebati dengan diri, tak dapat dipisahkan. Kenapa nak malu dengan ciptaan Tuhan? Saya..sukakan skill (?) yang dikurniakan kepada diri ini. Sebab..ini kurnia Tuhan. Apa yang Allah Taala kurniakan, saya mensyukuri, atau saya cuba mensyukuri. Come on, tiada manusia yang sempurna. Selagi saya bergelar manusia (which is selama-lamanya kot), saya juga sama, tidak terlepas drpd dosa. How could I be (lepas drpd dosa)? Sedangkan Allah itu maha Adil, saya yakin Dia adil terhadap semua hamba2Nya, kecuali mereka yang bergelar nabi dan rasulNya.

Oleh itu, wahai hawa, berbanggalah dengan apa yang kau miliki. Orang lain ketawakan kita? (hinjut bahu) lantaklaa..haha. Kenapa kita perlu pedulikan pandangan manusia, sedangkan pandangan Pencipta yang lebih mahal hargaNya? Pedulikan mereka tu, they're not worth our time.

Apa pun, bukanlah bermakna wanita tidak boleh menjadi pemimpin. Lihat sahaja hari ini dua orang wanita, Suraya Ramli, 31 tahun, dan Rafidah Abdul Razak, 38 tahun berjaya melakar sejarah, dengan rasminya perlantikan mereka sebagai Hakim Syariah wanita pertama di Malaysia. Bukan senang boleh mendapat kedudukan sebegini, apatah lagi pada usia yang agak muda. Mereka terlebih dahulu harus mendapat perkenan Agong sebelum diluluskan.

Akhir kata, tahniah buat saudari Suraya Ramli dan Rafidah Abdul Razak di atas kejayaan kalian. Doaku agar kalian tabah dan sentiasa adil dalam melaksanakan tanggungjawab. Ameen ya Rabbal `Alamin.

Lagi berita;

p/s: saudari Suraya masih bujang ya :)

Dari kiri: Suraya Ramli, orang Sabah, dan Rafidah Abdul Razak, orang P.Pinang

No comments: