Sunday, July 25, 2010

Stormreaders - Melangkah Dari Zon Selesa

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar para sahabat? Sudah lama kita tidak berbicara bersama. Tapi, tidak mengapa. kerana walaupun kekurangan masa, malah tidak pernah juga bersua muka, tapi ikatan hati dan ukhuwah kita tetap kekal, kerana Allah itu Kekal Abadi. Selagi hati2 kita bersatu dalam akidah yang sama, iaitu pegangan "La ilaha illallah, Muhammadur rasulullah", maka selagi itulah kita akan kekal berhubung. Itulah indahnya ukhuwah di dalam deen Islam ini. Ukhuwah yang merentasi sempadan dan zaman. (tersenyum)

Namun, saya minta maaf sangat2. Sebenarnya banyak perkara lain yang lebih baik dan lebih ingin saya kongsikan di sini, tapi masa tidak mengizinkan. Kita masing2 mempunyai kewajipan sendiri yang harus dilaksanakan. Belajar, mengajar, berniaga, memberi nasihat, dan sebagainya. Tidak lupa juga kewajipan akhirat kepada hati dan roh kita, yang sentiasa memerlukan zikir, iaitu ingatan kepada Rabb dan Pencipta.

Sahabat2,

Maafkan saya kali ini, kerana bersikap tamak dan ingin mempromosikan sesuatu mengenai diri ini. Insya-Allah, lain kali saya akan cuba memberikan pengisian yang lebih menarik, apatah lagi Ramadhan semakin menghampiri. (senyum terkenangkan Ilahi)

Sahabat2, terutamanya sahabat yang sama tanah berpijaknya diri ini (Malaysia),



Pernahkan anda mendengar tentang stormreaders? Ribut pembaca?? Atau membaca bagaikan ribut?? (ketawa) Ya, ya, boleh dikatakan begitu.

Kerana matlamat syarikat stormreaders sdn bhd ini, sebuah anak syarikat MLM milik Telaga Biru Sdn Bhd, ialah untuk mewujudkan "ribut membaca" dalam kalangan rakyat Malaysia ini.

Tak sukalah saya, secara peribadinya, melihat remaja2 dan anak2 kecil hanya mengenali komik, kreko dan arena sebagai idola bacaan mereka. Ataupun gempak stars, utopia, gila2, ujang dan pelbagai lagi majalah yang pada pandangan saya, tiada pengisian yang bermanfaat, ataupun sangat kurang jika dibandingkan dengan apa lagi 'isinya' yang 80% lagi itu. Ataupun bahan bacaan seumpama itu tetapi hanya berlainan 'lidahnya' (bahasa inggeris) seperti tabloid Galaxy dll.

(Tapi bagaimana saya dapat menyenaraikan contoh2 ini? -ketawa- sudah tentu kerana saya juga bekas pembacanya -ketawa lagi-)

Memang!

Waktu sekolah menengah, saya ingat lagi, saya sanggup bangun dan bersiap awal, sebelum pukul 7 dan berjalan sehingga ke pondok pengawal (di pintu pagar besar sekolah), kerana apa? Semata-mata hendak mendapatkan Kreko edisi terbaru drpd vendor surat khabar/majalah di depan pintu pagar sekolah tu! Tak percaya? Percayalah~(lagu Siti Nurhaliza)

Haiya, gila ka apa? Kalau dengan niat nak sampai ke kelas awal untuk buat pre-reading sebelum kelas mula...hmm..jangan mimpilah. Bak kata orang2 muda sekarang, "Takde maknenye semua tu."

Tapi kawan-kawan,

Bila dah besar ni, well, besar sikitlah kan, kadang2 kita 'bertukar mata'.

???

(ketawa)

Bukan..hehehe. Bukannya ambik biji mata lepas tu barter dengan member. (ingat kartun ka??)

Maksud saya, kita bertukar perspektif. Bukankah perspektif itu pandangan? Jadi, seolah-olah kita bertukar mata lah kan (hahaha..jangan marah ye)

Apabila umur meningkat sehari demi sehari, sebulan demi sebulan, setahun demi setahun, se...se ape lagi ye? Nak kata setinggi, aku memang takkan meninggi dah...alahai..(senyum)

Apabila kedewasaan menjengah (cewah ayat bunga pulak~), kematangan menyapa, maka...(macam puisi la pulak)

Hish! (suka sangat mengarut..kesian para pembaca yang tidak bersalah...ampun)

The point is dear friends,

When you get older, so does your perspective. Ianya akan berubah. Cara kita melihat hidup berubah. Prinsip2 kita akan berubah. Wajah kita juga akan berubah, (harap2 bukan disebabkan pembedahan letak plastik atas muka ya, kalau semulajadi kedut tu tak apalah).

Bila dah sampai ke umur begini, saya toleh ke belakang semula dan...

Masya-Allah. Astaghfirullah. Dan pelbagai lagi zikrullah yang terkeluar.

Satu perkataan berganda cukup. Cukup menggambarkan seluruh kehidupanku dulu. Apakah perkataan itu?

Sia-sia.
Sia-sia.
Sia-sia.

(nasib baik tak tambah "l" kat hujung tu..haha)

Kalau bahasa arab, katanya "lagha". Bahasa Melayu pun, ada juga lagha, samalah maksudnya, sebab kita menyerap daripada bahasa Arab. Kalau bahasa Inggeris..hmm..lasagna??

eh, tu makanan Garfield la..haha

Ya ummu hurairah, cukup2lah tu cakap perkara lagha. Cepat kembali ke pangkal jalan cerita!

Baiklah.
Sahabat2 yang kukasihi dan dikasihi Allah Taala,

Saya benci. Sungguh. Saya benci. kerana saya banyak mensia-siakan hidup saya sebelum ini. Sekarang ini pun, tidak lah boleh dikatakan saya 100% menggunakan masa dengan bermanfaat, tak boleh. Saya juga perlukan masa rehat, saya manusia yang ada pasang surut tahap tenaganya. apabila sihat dan bertenaga, maka saya cuba isikan dengan perkara2 berfaedah. Tatkala diuji Allah dengan penyakit, sama ada fizikal atau mental (malas), saya cuba menepis setakat yang mampu. Apabila tidak mampu, saya mengadu padaNya, agar diberi lebih banyak kekuatan untuk menolak lagha dan pembaziran masa. Sama2lah kita berusaha untuk menjalani kehidupan dengan pengisian yang bermanfaat.

Sekarang, kreko, hanya tinggal kenangan. Adalah disimpan di almari rumah lama, takpelah, sekurang-kurangnya bubuk ade rumah.


Budayakan pembacaan berfaedah untuk generasi muda

Saya tak mahu generasi adik2 saya, membuat silap seperti saya, sedangkan saya boleh menghalangnya. Saya tak mahu mereka 'melaghakan' hidup mereka dengan bahan2 bacaan yang...entahlah...indescribable. Tidak dapat diungkapkan dengan kata2.

Yang pasti, saya tak faham apa kebaikan membaca bahan2 sebegitu. Kerana seperti yang saya katakan, mata saya telah bertukar. Saya...dah tak nampak lagi sebarang kebaikan untuk sepanjang hari menghadap anime, manga dan yang seumpamanya. Saya tak nak jadi kera sumbang, dan hanya bertemankan watak2 manga dalam dunia khayalan saya. Sedangkan ramai lagi manusia yang lebih...bermanfaat untuk dikenali. Seperti anda, sahabat maya saya.

Lalu, bagaimanakah caranya, cara saya, untuk mengubah mata2 adik2 di luar sana?

Hmm..nak buat pembedahan..(menggeletar) habislah mata anak orang.
Nak letak cermin mata, hish, rosak juga mata anak orang.
Habis..tak ada ke cara hendak 'menukar mata' adik2 ummah kesayanganku, tanpa merosakkan mata2 mereka?

Haa..

Alternatif.
Berikan mereka alternatif.

Alternatif apa?
Bahan bacaan alternatifla.
Supaya mereka boleh melihat sendiri yang mana yang lebih baik bg mereka.

Mata seseorang memang tak boleh tukar. Takkanlah nak sesuka hati saja memaksa manusia menukar sudut pandangan masing2. Kita sendiri pun tidak suka kepada sesuatu yang bersifat paksaan, lantas, wajarkah kita memaksa orang lain? Tepuk kepala tanya minda.

Apa yang boleh kita tukar di sini ialah 'sajian mata' itu. Mata pun bersantap juga kawan2, tapi dengan cara melihatlah, bukan dengan cara mengunyah, kenyang lepas tu "Burrp! Alhamdulillah".

Jika kita tidak dapat menukar pandangan, maka kita berikan pemandangan yang pelbagai.

Biar si pelihat menilai sendiri, mana yang dia rasakan baik atau mana yang lebih dia sukai. Dengan itu, kita tidak memaksanya, dan kerelaan itulah sebaik-baik cara pengajaran.

Jadi, berbalik kepada Stormreaders sdn bhd.

Kenapa saya mengatakan, "Melangkah dari zon selesa?"
Kerana saya tiada ilmu, pengalaman apatah lagi bakat dalam perniagaan.
Benar, syarikat ini ialah sebuah syarikat perniagaan yang membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan buku, atau senang cerita, tokei kedai buku.

Hanya sahaja pendekatannya berbeza, sesuai dengan perkembangan teknologi sezaman. Anda tidak perlu membuka kedai, tidak perlu modal sewa kedai, membeli rak2 buku dsb. Kerana kedai buku anda bersifat online/maya. Pelanggan akan memesan buku di 'kedai' anda, dan Stormreaders akan menguruskan penghantaran. Mudah bukan? Dan sudah tentulah hasilnya dapat juga kepada pemilik kedai, anda sendiri.

Tapi sahabat2, ini dunia. Tiada perkara yang percuma dalam dunia ini, melainkan dosa percuma, haa yang itu senang nak dapat.

Jadi, sedikit peruntukan tetap diperlukan. untuk menjadi ahli biasa-rm90, distributor/pengedar-lebih kurang rm200-300. Maklumat lanjut boleh didapati di website rasmi: http://www.stormreaders.com.my/

Sahabat2,
saya amat berbesar hati sekiranya sahabat2 sekalian berkunjung ke kedai maya saya di http://www.stormreaders.net/fatimazahra .
Datanglah apabila ada kelapangan.

Ini memang di luar zon selesa saya. Entahlah, saya tidak tahu mengapa tiba2 saya mendaftar menjadi ahli Stormreaders dan tiba2 ingin berniaga. Walhal, habuk ilmu berniaga pun tidak ada dalam simpanan bank ilmu yg tak seberapa ni. Mungkin saya terlalu mengikutkan perasaan, dan bertindak secara impulsif. Sahabat2, elakkanlah sifat impulsif ni, kerana ianya berbahaya kepada masa depan. Sepatutnya harus berfikir dengan lebih mendalam lagi. Tapi, perkara sudah terjadi, apa guna lagi dikesali. Saya tak nak ikut syaitan yang bersifat ,"kalaulah aku buat begitu, pasti sekarang tak jadi begini.."

Sekarang ini saya ingin mencuba terlebih dahulu, dalam masa yang sama, pelajaran tetap keutamaan pertamaku.

Semoga para sahabat sekalian membantu saya dalam memberi pemandangan (bahan2 bacaan) yang lebih bermanfaat kepada adik2 ummah kesayangan kita, melalui pembelian di kedai maya saya dan juga melalui pelbagai cara lain yang difikirkan sesuai.

(Ya, saya jujur, memang saya ingin mempromosikan kedai saya dalam ruangan blog pada kali ini. Semoga kejujuranku dibalas dengan kejujuran sahabat2 ku. ameen.)

Sehingga kita berbicara lagi lain kali, insya-allah, janji2ku, atau yang berbunyi seperti janji dalam pemahamanmu, akan cuba kutunaikan mengikut kemampuanku.

Ilal liqa' (semoga ketemu lagi) :)


Iqra' bismirabbikal lazi khalaq (Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan)

No comments: