Isnin, Julai 5, 2010.
Subhanallah (Maha Suci Allah).
Tahukah anda 'bangunan' apakah di dalam gambar di atas?
Ya, ya, gambar ini memang gambar sebuah bangunan.
Sebuah bangunan pada awal pembinaannya.
Sahabat2 sekalian,
lihatlah saudara2 kita di bumi Palestin.
Dalam krisis kehidupan, dalam kepungan, despite all efforts made by the Israel to separate Palestine from the rest of the world..
Despite all that...look at what they have achieved.
What Palestine people have achieved
Lihat.
Lihatlah...
semangat mereka yang membara, untuk terus hidup.
Lihatlah,
walaupun dikepung dengan begitu kejam, dan disekat drpd bermacam-macam hak asasi yang kita semua nikmati setiap hari..walaupun begitu,
mereka, subhanallah, masih mampu untuk bangkit drpd ujian2 Tuhan ini.
Lihatlah,
pejuang Islam yang sejati,
BERINOVASI.
Anda tahu apa inovasi mereka?
Baiklah, mari kita buat satu kelas sejarah ringkas.
(Berdasarkan ilmuku yang kecil...)
Sudah hampir 60 tahun Palestin dijajah. Benar bukan, bumi itu dijajah. Orang2 barat menyedapkan bunyi "penjajahan" ini dengan memberi istilah2 lain, misalnya,
"the Israeli occupation in Palestine".atau
"the humanitarian crisis in Gaza (krisis kemanusiaan di Gaza)."dll.
Apa itu occupation? Pekerjaan (terjemahan kasar). (walaupun sebenarnya banyak pihak faham Israeli occupation itu merujuk kepada perlakuan haram Israel terhadap rakyat dan bumi Palestin, seperti pembinaan penempatan2 haram/ illegal settlements, saya secara peribadinya menganggap istilah ini tidak lain hanyalah pemanis kata.)
Apa itu krisis kemanusiaan? Sekumpulan manusia yang tersekat daripada menikmati hak2 asasi manusia.
Occupation. Humanitarian crisis. Hah.
Hakikatnya semua ini hanyalah mainan istilah.
Tetapi hakikat tidak boleh sekali-kali dipermainkan. Kerana hakikat itu ialah kebenaran. Hakikat bermaksud yang hak. Siapakah yang boleh menutupi kebenaran, apabila Al-Haqq ialah salah satu asma Allah? Cubalah, tipulah. Nanti mereka akan tahu hebatnya 'tipu daya' Allah Taala.
Hakikatnya, istilah apa pun, tidak mampu menutup hakikat sebenar; iaitu Palestin terus-terusan dijajah.
Kita, rakyat Malaysia juga faham apa itu penjajahan bukan? Ataupun, mungkin kita tidak dapat nak mendalami sangat penjajahan, kerana ia tidak berlaku pada zaman kita. Sebaliknya, ia berlaku lama dahulu, pada zaman datuk, nenek moyang kita.
Walaubagaimanapun, andai kita bertanya kepada generasi tua, mereka pasti dapat menceritakan perasaan dijajah. Sungguh, tidak layak kita mengatakan, "Ya tok, saya faham perasaan tok tu." Tidak. Tidak mungkin kita faham. Kerana kehidupan kita sejak lahir diselimuti kebahagiaan, kekayaan dan kasih sayang. Bagi mereka yang kurang bernasib baik dari segi kewangan, insya-Allah, sekurang-kurangnya mereka kaya juga dengan kasih sayang keluarga.
Masakan kita boleh benar2 memahami? Mari ambil contoh yang mudah. Kalau jari saya terhiris pisau, saya atau kamukah yang merasai kesakitannya? Ha, tepuk kepala tanya minda. (haha, tak payahlah ketuk.)
Samalah juga. Hakikatnya, kita, generasi muda, tak faham derita yang saudara2 kita alami di Palestin, malah di mana jua yang keadaan negara mereka tidak aman. Seperti kebanyakan negara2 OIC di benua Afrika, negara2 mereka sebenarnya kaya dengan hasil bumi, tapi kenapa tetap dalam kemiskinan? Jawapannya kerana suasana politik dan ekonomi, (especially politics) porak-peranda. Politik...aku bencikannya.
Jadi sahabat2,
hakikatnya, mungkin, hanya datuk, nenek dan moyang2 kita yang mampu benar2 memahami penderitaan rakyat Palestin. Bukan kita yang sentiasa dilimpahi kesenangan ini. Bukan kita. Terimalah hakikat ini.
Akan tetapi, tidak bermakna kita tidak boleh berusaha memahami. Usaha, doa dan tawakkal. Tiga serangkai yang tidak dapat dipisahkan. Marilah kita berusaha memahami, berdoa serta bertawakkal agar satu hari nanti, umat ini akan dikurniakan kekuatannya kembali oleh Allah Taala, apabila Allah meredhai kita nanti. Dan apabila, kita juga redha akan ketetapanNya.
Sahabat2,
tidak malukah kita?
Tentang apa?
Tentang jauhnya perbezaan jarak antara kita dan mereka di Palestin.
Ya, jauh dari segi jarak perjalanan, tapi yang saya ingin tekankan ialah; jarak semangat dan kekuatan diri.
Lihat sahaja mereka;
walaupun disekat di daratan,
walaupun disekat di lautan,
walaupun disekat zahir dan batin,
mereka masih mampu meneruskan hidup.
Tahukah kita, disebabkan sekatan yang dikenakan oleh Israel, penduduk Gaza (misalnya) tidak dapat mengeksport barang2 buatan mereka? Ya, janganlah terkejut (saya pun terkejut juga pada mulanya), mereka mempunyai perusahaan sendiri. Contohnya Mohammed al-Tilbani, seorang penduduk Gaza yang mengusahakan kilang biskut al-Awda, malah mempunyai bisnes ais krim! Namun sayangnya, dengan bekalan elektrik terputus antara 8-16 jam sehari, bagaimanakah Mohammed berharap mahu membekukan ais krimnya itu dalam tempoh yang lama? Disebabkan sekatan yang haram itu (tapi tak tahu kenapa tak ada negara yang berani terang-terangan menentangnya, ataupun mungkin ada, cuma Israel yang sombong dan buat donno saja) pasaran Mohammed hanyalah kawasan Gaza. Malah, nak tahu apa yang lebih teruk? Mohammed terpaksa pula bersaing dengan biskut2 dari Israel yang tentunya lebih murah, kerana di Israel, mudah sahaja untuk mengimport bahan2 mentahnya, sedangkan Mohammed terpaksa bergantung kepada terowong bawah tanah untuk mendapatkan bekalan bahan2 mentahnya (gula, tepung dll), dan kadangkala bahan2 itu dah rosak dan tak dapat diguna pakai. Sudah tentu kos Mohammed tinggi.
Kelakar tak? Israel tak benarkan sebarang pengeksportan barang2 tempatan Gaza, dan juga menghalang Gaza mengimport apa2 bahan termasuklah bahan2 binaan seperti simen dan konkrit, tapi tiba2 mereka pula mengeksport biskut2 mereka ke Gaza? Kata mereka, itu salah satu cara mereka 'mengurangkan kadar sekatan/liberalise the siege'. Mereka benar2 bodoh, kerana menyangkakan penduduk dunia begitu bodoh untuk mempercayai alasan bodoh macam tu.
Sahabat2,
kita sedia tahu bahawa Gaza terutamanya, amat memerlukan bahan2 binaan/construction materials, lebih2 lagi selepas perang pada Januari 2009 (kalau tak silap) yang memusnahkan hampir segala harta, bangunan dan pembangunan yang masih tinggal di Gaza. Kini, selepas hampir setahun setengah selepas perang itu, mereka masih terkandas dalam membina semula apa yang telah hilang. Malah, mereka telah hidup dalam sekatan selama hampir 4 tahun, sejak Gaza diambil alih oleh Hamas.
Namun, mengagumkan.
Mengagumkan.
Memang mengagumkan.
Anda pun akan menyertai saya dalam menyebut "mengagumkan" selepas mendengar cerita yang saya dengar melalui stesen al-Jazeera pada hari ini.
Sahabat2,
Saudara2 kita di Palestin kekurangan barang2 binaan. Bukan..sebenarnya, mereka tiada bahan2 binaan. Sekurang-kurangnya, bahan binaan zaman modenlah iaitu simen, bata, konkrit dll.
Namun, di sebalik kepungan, mereka mencipta idea baru. Mereka telah berinovasi sahabat2.
Nak tahu apa inovasinya?
Rumah daripada pasir.
SEMATA-MATA.
Betul tu. Tak perlu lagi simen, konkrit. Penduduk Palestin membina rumah2 baru dengan hanya menggunakan pasir, beg2 plastik dan tenaga buruh kasar. Tidak perlu tenaga mesin.
Saya tidak ingat nama arkitek yang memperkenalkan idea ni. (Anehnya, walaupun dah puas mencari di website al-jazeera, tidak ketemu cerita ini, cuma di tv saja ada) Menurutnya, sebelum ini mereka cuba membina rumah dengan tanah lumpur/mud. Sekarang mereka mencuba cara baru pula, iaitu menggunakan apa yang ada di tanah mereka; itulah pasir.
Apa yang menarik tentang rumah pasir ini ialah ianya murah, tidak perlukan mesin, dan tidak memakai sebarang cerucuk besi. (cuma waktu pembinaan memanglah kene pakai suatu penahan yang kuat untuk buat asasnya) Dan lagi, ianya menjadi sejuk pada cuaca panas, dan dapat pula menyerap haba pada waktu sejuk. Lebih kurang begitulah, ianya mampu tahan cuaca ekstrim.
Wah, mengagumkan bukan? hmm..hebatnya mereka.
Inilah yang saya namakan; inovasi dalam kepungan.
Sedangkan..diriku yang mempunyai tanah air sendiri, a place to call home, dan mampu mendongak ke langit yang luas,...di manakah inovasiku? Di manakah inovasi kita, wahai sahabat2?
Aih, malu sekali.
Tidak. Malu berjuta kali ganda. (senyum)
Alangkah elok, jika kita juga mampu berinovasi.
Alangkah baik, jika kita juga mampu bangkit dan berjihad. Sekurang-kurangnya, berjihad menentang kemalasan.
Dan alangkah indahnya, jika semua "alangkah" ini, dijadikan realiti.
"Renungilah diri. Jadikanlah mereka sumber inspirasi.Dan ingatlah bahwa, ujian kita, belum apa2 lagi.Janganlah menyerah, selagi Falastin masih berdiri."
No comments:
Post a Comment