Tuesday, July 6, 2010

Doa Nabi Ibrahim a.s

Selasa, Julai 6, 2010.

Assalamualaikum.

Sahabat2ku,
dengarkanlah doa Nabi Allah, Nabi Ibrahim a.s., seorang yang Allah Taala sifatkan sebagai seorang yang amat penyantun, dan lembut hatinya.

Dengarkanlah doanya kepada Tuhan, yang dirakamkan oleh Allah Taala di dalam surah yang dinamakan sempena nama kekasihNya ini; surah Ibrahim:

Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata, "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Makkah) aman sentosa dan hindarkan aku dan anak2ku daripada menyembah berhala.

Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala telah menyesatkan kebanyakan manusia. Barangsiapa mengikutku, dia dari golonganku. Dan barangsiapa menderhakaiku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan anak2ku di lembah yang tiada tanaman (Makkah), di sisi rumahMu (kaabah) yang suci. Ya Tuhan kami! Supaya mereka mendirikan sembahyang, maka jadikan hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berikan mereka rezeki dengan buah-buahan, mudah-mudahan mereka berterima kasih.

Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan. Tidak tersembunyi bagi Allah sesuatu di bumi dan tidak pula di langit.

Puji-pujian bagi Allah yang menganugerahkan aku ketika tua dengan Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku mendengar doa.

Ya Tuhanku! Jadikan aku seorang yang mendirikan sembahyang, begitu juga anak2ku. Ya Tuhan kami, perkenankan doaku.

Ya Tuhan kami! Ampunilah aku dan dua orang ibu bapaku dan orang2 yang beriman pada hari yang menetapkan perhitungan (hari hisab).

(Surah Ibrahim: 35-41)

Sahabat2ku yang dirahmati Allah Taala,
Doa ialah senjata orang2 mukmin. Janganlah kita meragui bahawa Allah Taala tidak mendengar doa2 kita. Sebenarnya Allah Taala itu Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui, sepertimana yang disifatkan Nabi Allah Ibrahim a.s di dalam doanya. Siapa lagi yang lebih memahami Tuhannya, melainkan nabi dan rasulNya?

Dan lagi, janganlah bersifat ragu sama ada Allah memperkenankan doa kita ataupun tidak.
Dan, bukanlah jika doa kita tidak dimakbulkan serta-merta, bermakna Allah tidak mendengar permintaan2 kita. Bukan begitu sahabat2. Allah Taala mempunyai caraNya yang tersendiri dalam menjawab doa hamba2Nya.

Kadangkala cepat sahaja Dia mengabulkan doa kita..akan tetapi, kita selalu terlupakanNya pada saat2 seperti itu, lantaran hati terlalu girang kerana mendapat apa yang dihajatkan. Kita selalunya lupa untuk menyatakan syukur kepadaNya. Sebaliknya, apabila Allah Taala ingin menguji kita, dengan tidak memperkenankan doa kita dengan segera, kita jadi marah padaNya. Janganlah begitu sahabat2ku. Bahkan, kita sebenarnya tidak layak untuk marah2 pada Tuhan Pencipta kita.

Kerana sebenarnya, terlalu banyak nikmat yang telah diberikan, cuma kita saja tidak perasan, kerana terlalu banyak nikmat2 itu.

"Dan diberikanNya kepadamu setiap apa yang kamu minta. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah sanggup kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan banyak ingkar (kufur akan nikmat)." (Surah ibrahim: 34)

Cubalah kira, berapa nikmat yang kita dapat pada hari semalam sahaja? Kita bangun daripada tidur, dapat melihat cantiknya fajar terbit di ufuk timur. Menghirup udara segar, oksigen bertukar dengan karbon dioksida bahan buangan badan. Dengan udara ciptaan Tuhan itulah kita bernafas dan hidup di bumi ini. Kita berjalan ke kedai mamak, menggunakan sepasang kaki ciptaan Tuhan. Kita makan sarapan roti canai, tosei dan teh tarik, datangnya dari tepung, yang datangnnya dari pokok gandum, yang datangnya dari tanah, yang kesuburannya dijaga...oleh siapa? Siapa lagi yang menciptakan tanah tempat kita berpijak? Siapakah yang menciptakan tanah yang boleh dibajak? Yang menghasilkan tepung gandum, yang menjadikan hidangan roti canai semalam satu realiti dan rezeki?

Sampai bila kita nak hitung? Itu baru pada waktu pagi. Belum lagi ke waktu tengah hari, sehingga ke malam, dan akhirnya kembali kepada waktu siang.

Dan itu baru satu hari. Sanggupkah kita..untuk menyenaraikan nikmat2 Tuhan kepada kita? Laratkah? Mampukah kita?

Saya tak tahu tentang kamu, tapi saya, tak mampu. Dan benarlah kata Tuhanku, yang juga Tuhanmu, bahawa manusia tidak akan sanggup untuk menghitung nikmat2 Allah.

"Wa in ta`uddu ni`matallahi la tuhsuha (Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah sanggup kamu menghitungnya) "

Itu, situasi kita lupakan nikmat Allah.
Kita...banyak kali melupakan Allah.
Lalu, wajarkan kita berharap Allah mengingati kita, dengan begitu mudah dan segera?

Bagi saya, tidak wajar.

Akan tetapi... zatNya melampaui tanggapan kita. Kita menyangka, "Oh tuhan, bagaimana mungkin Engkau mengampuniku, sedangkan aku selalu lalai dalam mengingatimu. Bagaimanakah doaku akan dimakbulkan, sedangkan aku sering melupakan nikmat2Mu?"

Namun sahabat2, ketahuilah, bahawasanya Allah itu tidak terjangkau dengan pemikiran manusia.

Tatkala kita menyangka tiada pengampunan bagi kita, Allah al-Ghofur mengampuni segala dosa.
Tatkala kita menyangka Allah membenci kita, Allah ar-Rahim menyayangi kita.
Tatkala kita menyangka, tiada lagi rezeki disebabkan menggunungnya dosa, Allah ar-Rozzaq menganugerahi kita rezeki yang baru.

Dan...tatkala kita menyangka, Allah melupakan kita lantaran doa2 kita tidak juga dimakbulkan setelah sekian lama, sebenarnya As-Sami' Maha Mendengar segala rintihan hamba2Nya, dan Allah ar-Rahim sebenarnya sedang menguji keteguhan kita. Keteguhan iman kita kpdNya. Dia sayangkan kita, sebab itulah Dia menguji kita.

Gila? Haha..saya tak gila.
Betul, Allah Taala sayangkan kita, sebab itulah dia menguji kita dengan bermacam-macam cubaan. Nak tahu kenapa?

Sebab, Dia tahu, bahwa syurga itu sebesar-besar kenikmatan.
Allah, mahukan hamba2Nya memasuki syurgaNya yang luas dan indah itu.
Cuma, Dia haruslah berlaku adil, dan tidak bolehlah sembarangan makhluk mendiami tempat yang plaing istimewa di akhirat itu. Kerana syurga itu bukan sembarangan tempat.
Kerana itu, diujiNya kita di dunia, supaya Dia tahu, siapakah di antara kita yang benar2 layak untuk mendapat syurgaNya yang kekal abadi.

Sahabat2,
masih tak percaya?
Masih tak percayakan Allah Taala?
Janganlah begitu.
Allah Taala percayakan kita.
Dia mempercayai kita dengan iman yang diberikan kpd kita. (He trusts us with the iman/faith that He has given to us)

Iman, kepercayaan yang teguh tentang adanya Tuhan yang satu, Tuhan Yang Maha Esa, Pencipta alam ini dan segala isi di dalamnya, ialah satu amanah yang besar bukan? Dan, tidak ramai manusia yang mahu beriman. Tidak ramai manusia yang Allah letakkan amanah ini kepadanya.

Jadi, bukankah itu bukti Dia mempercayai kita? Dalam banyak2 manusia, kenapa kita yang dipilih mendapat hidayahNya? Bukankah itu, cukup membuktikan kepercayanNya kpd kta, hamab2Nya?

Lantas, mengapa pula, ..mengapa lagi..kita tidak percaya kepadaNya?

Kalau anda masih tidak mempercayai bahawa Allah Taala benar2 Maha Mendengar lagi memperkenankan doa2 hamba2Nya, mari kita lihat kembali doa Nabi Ibrahim a.s...

"Ya Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan anak2ku di lembah yang tiada tanaman (Makkah), di sisi rumahMu (kaabah) yang suci. Ya Tuhan kami! Supaya mereka mendirikan sembahyang, maka jadikan hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berikan mereka rezeki dengan buah-buahan, mudah-mudahan mereka berterima kasih."

...maka jadikan hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berikan mereka rezeki dengan buah-buahan, mudah-mudahan mereka berterima kasih...

Lihatlah lembah yang tiada tanaman itu kini. Lihatlah Makkah al-Mukarramah. Lihat...berapa juta manusia yang cenderung hati mereka kepada Makkah? Lihat, berapa banyak hati yang merindui...untuk pergi sendiri ke Baitullahil haram?

Tidakkah kamu merindui rumah Allah itu? Tatkala melihat banyaknya manusia2 berpakaian ihram yang putih bertawaf mengelilingi kaabah, berebut-rebut ingin mencium hajarul aswad...tidakkah kamu merasai kesakitan hati itu? Di dalam dadamu itu, tidakkah kamu merasai peritnya rindu kepada Tuhan Yang Satu? Tidakkah kamu juga memasang keinginan, ingin menjadi seperti mereka yang kamu lihat di dalam kaca TV itu? Bertuah seperti mereka, dapat peluang melihat sendiri rumah Allah, yang didirikan sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. (malah ada sumber mengatakan kaabah memang telah wujud sejak zaman Nabi Adam a.s. )

Rumah tua itu, tidakkah kamu juga ingin ke sana? Menangis dan bersolat di hadapannya?

Bacalah lagi ayat ke 37 surah Ibrahim, jika kamu masih enggan membenarkan hatimu!

"Ya Tuhan kami! Supaya mereka mendirikan sembahyang,"

...supaya mereka mendirikan sembahyang...

Sahabat2,
benarlah, doa Nabi Ibrahim a.s telah didengari malah diperkenankan oleh Allah Taala. Walaupun telah berjuta tahun, saya kira, Nabi Ibrahim a.s telah wafat, tapi lihatlah, doanya masih menjadi kenyataan sehingga ke hari ini. Makkah, lembah di tengah2 padang pasir yang tiada tanaman, subur dan maju sekarang. Malah doa Nabi Allah itu supaya manusia cenderung/rindu kepada Makkah itu benar, rindu kerana ingin menunaikan sembahyang. Menunaikan sembahyang di tanah suci Makkah. Bukan kerana rindu yang lain. Bukan...

Jadi, ketika kamu berasa dipinggirkan Allah, doa kamu tidak dimakbulkan, malah tidak pun didengari oleh Allah; maka ingatlah doa Nabi Ibrahim a.s ini. Dan kamu lihatlah sendiri, bukalah matamu seluas-luasnya, akan kebenaran doa Nabi Ibrahim a.s. itu. Lihatlah, siapa jua yang memakbulkab doa hamba2Nya, jika bukan Allah subhanahu wa Taala.

Dan ingatlah, jawapan Allah kepada doa2 hamba2Nya itu berbagai. Kadangkala, Dia perkenankan dengan mudah. Alhamdulillah. Ucaplah alhamdulillah ketika itu.

Tapi, jika lambat diperkenankan, ataupun sampai sekarang seperti seolah-olah Allah menyepi, maka ketahuilah, Dia menggantikan yang lebih baik buat kamu. Mungkin doa kita itu tidak munasabah, atau apa yang kita minta itu sebenarnya buruk bagi kita, cuma kita saja yang tidak tahu lagi. Jadi, bukan Allah tidak mendengar, atau tidak memperkenankan, cuma Allah tidak menjawab doa itu sperti yang kita sangka. Ketahuilah, Dialah Pemberi Rezeki dari arah yang tidak disangka. (tersenyum)

Dan, ambillah nasihat ibuku, katanya,
"Kita tak pernah rugi kalau berdoa. Sekalipun tidak dimakbulkan, sekurang-kurangnya dapat pahala. Dan kalau pun tak dimakbulkan sekarang, mungkin Allah nak bagi yang lebih baik untuk kita. Siapa tahu, kan?"

Berdoa. Berdoa. Dan teruslah berdoa. Semoga berdoa, membawa kita ke syurga. Ameen ya Rabb al-`alamin.

"Dan apabila hambaKu bertanya kpd engkau tntg halKu, maka sesungguhnya Aku hampir. Aku memperkenankan doa orang yang meminta, apabila dia meminta kepadaKu, tetapi hendaklah dia mengikut perintahKu, serta beriman kepadaKu, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk." (Surah al-Baqarah : 186)

No comments: