Sunday, August 1, 2010

Indahnya Bergurukan Solat

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? (~sihat..)

Alhamdulillah..dah makan? (~belum)

Hahaha..itu semua jawapan saya..saya sihat tapi belum makan. Aduhai, janganlah jadi macam saya, makan tak teratur lagaknya, nasib baik badan ni masih sihat dalam jagaan Allah Taala.

Sahabat2, makan tu biar ikut waktu. Dan anda semua tahukan yang waktu mana makan paling harus dijaga? Ya, bijak2! Waktu sarapan pagi, kerana ketika itu badan kita/perut kita lebih tepat lagi, dalam keadaan kosong. Sedangkan kita akan memulakan satu lagi hari baru, juga ialah penghidupan baru (jadikan hari ini lebih baik daripada semalam :) ), maka sudah tentu kita memerlukan tenaga. Macam motosikal kamu wahai ikhwan sekalian, kalau kosong, takde minyak, tak jalan kan? Akhawat pun, kalau ada motor atau kereta, van ke, lori ke apa2 saja yang makan minyak, sama jugalah kan? (ketawa sorang2)

Tunaikanlah hak badan kita. Kerana sesungguhnya tubuh kita mempunyai hak ke atas kita. Makannya, minumnya, mandinya, rehatnya, semuanya harus dijaga. Bukan sekadar roh sahaja yang berhak mendapatkan santapan rohani, tubuh jasmani juga kena dijaga hak2nya. Barulah kita menjadi insan yang seimbang, dan diharapkan dengan keseimbangan elemen2 seorang insan itu, maka akan seimbanglah perbuatannya, serta amalannya, untuk dunia dan juga akhirat. Insya-Allah.

Sahabat2, ikhwan dan akhawat yang kukasihi, dan dikasihi Allah tentunya,

Hari ini...pada pagi yang serba lengkap nikmat kurniaan Ilahi (Tuhanku), Ilahana (Tuhan kita), ingin sekali saya berkongsi suatu saat atau ketika, yang berlaku tepat seminggu yang lalu, iaitu pada malam/ pagi Ahad, di sebuah rumah Allah Taala di Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Saat ketika...sekumpulan hamba2Nya mengikhlaskan hati menemuiNya, semata-mata kerana inginkan keredhaanNya, keampunanNya, kasihNya.

Saat di mana Allah berbangga, yang terungkap melalui kataNya, "Lihatlah hamba2Ku itu, ketika manusia lain enak dibuai mimpi, mereka bangun menunaikan solat pada tengah malam keranaKu. Lihatlah mereka..!" *

*Kata2 ini saya rasa drpd sebuah hadis kudsi (hadis yang mengungkapkan kata2 Allah Taala), tapi benar2 saya mohon maaf kerana saya tiada kepastian tentang sumbernya. Saya cuma pernah terdengar ataupun terbaca di mana2, dan ianya sangat terkesan di hati, sehingga meninggalkan ingatan hati yang abadi..kerana ialah kata2 Rabb kepada hamba2Nya, sebagai galakan untuk terus memberi cinta kepadaNya)

Sahabat2,

Allah Taala berbangga dengan hamba2Nya yang bangun malam kerana ingin melakukan solat keranaNya. Sehinggakan Allah berkata sendiri, kepada penduduk langit dan bumi (kalau tidak silap) seperti di atas.

Tapi.

Itu tidak bermakna hamba2Nya harus berbangga.

Bahkan!

Terhapuslah segala pahala yang dijanjikan Allah kepadanya, kerana perasaan riak telah hinggap pada hati2 mereka!

Beringatlah, bahawa Rasulullah SAW berpesan,
"Tidak akan mencium bau syurga, orang yang di hatinya mempunyai walau sekelumit pun rasa riak".

Dan lagi,
"Tidak akan masuk syurga orang yang mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan riak."

Sahabat2,
awaslah. Awasilah hati2 kita, daripada berperasaan riak, sombong, ujub, takabbur dan adik-beradiknya yang lain. Janganlah begitu. Berusahalah mencari sifat ikhlas dalam setiap perbuatan / aktiviti seharian. Memang. Bukan senang. Iyalah, cakap memang senang.

Tapi sahabat2, siapa kata hendak masuk syurga itu kacang/senang? Sudah tentu, syurga yang penuh kenikmatan itu, bukan mudah untuk dimasuki. Jadi, sudah tentu kita wajib bersusah payah sebelum diberikan the ultimate ganjaran. Jadi, semoga hati2 kita sentiasa ringan melakukan apa saja kerja, kerana Allah Taala. Ameen.

Malam 25hb Julai 2010 = 13 Sya'ban 1431 H

Malam yang aman. Damai. Yeye, memanglah aman = damai. (ketawa sorang2 lagi..)

Sungguh, hatiku menikmati saat2 seperti ini. (Semoga segala kata2ku terpelihara drpd riak dan takabbur.) Jika ada orang mengatakan aku riak...aku juga tidak tahu. Aku tidak tahu. Tiadalah dalam pengetahuanku akan keadaan hatiku. Tidaklah dpt aku membelah dadaku sepertimana Jibril a.s membelah dada kekasihku Muhammad SAW...tiada upayaku seperti itu. Maka keadaan hatiku tiadalah terlihat oleh diriku, mahupun orang lain.

Sungguh, hanya Allah Taala yang Maha Mengetahui isi hatiku. Perasaan hatiku. Maka, aku berserah diri kepadaNya. Biarlah Dia yang menentukan hukuman/balasan untukku. Aku tidak akan berkecil hati. Bagaimana mungkin aku berkecil hati dengan Yang telah memeliharaku selama hayat dikandung badan? Bagaimana mungkin aku berkecil hati dengan ar-Rahman war Rahim? Bagaimana mungkin aku berkecil hati dengan Tuhan yang kucintai..?

Aku tidak mahu berdusta.

Seperti kaum2 yang terdahulu. Apakah aku tidak memikirkan? Bukankah Allah Taala mewahyukan kisah2 mereka kpd Nabiku Muhammad SAW? apakah aku tidak mahu mengambil pengajaran? Sungguh, termasuklah aku dalam orang2 yang rugi, jika aku enggan membuka mataku, pendengaranku, hatiku kepada wahyuNya, wahyu samawi (wahyu dari langit).

Maka, aku tidak mahu membohongi hatiku, diriku sendiri. Bahawa sesungguhnya...hatiku pada malam itu...benar2 aman. Damai. Seperti ada sesuatu yang membuai2 hatiku. Dan aku percaya, itulah Allah. Yang berkuasa membolak-balikkan hati hamba2Nya.

Pada malam itu, Allah Taala mendamaikan hatiku. Dengan iman yang diletakkan dalam hatiku, dan keluargaku, guru2ku, sahabat2ku, hendaknya. ameen.

Jiwa2 Yang Bangun

Subhanallah. Maha Suci Allah, yang menghimpunkan hamba2Nya, yang merinduinya, dalam sebuah rumahNya di bumi Kuantan ini. Pada malam itu, kusangkakan hanya teman2 satu universitiku yang datang meramaikan, tapi rupa2nya, ada juga dari uitm, ump..? tidak pasti-mungkin ada tapi tak kenal..dan institusi pengajian tinggi yang lain, yang aku tidak kenal namanya. (ahh..haha jahil lagi) Ada juga yang datang nun dari kuala lumpur..subhanallah. Itulah kuasa Allah, dalam pandangan hambaNya yang percaya kepada kekuasaanNya itu. Allah menghampirkan hati2 yang sama niatnya, insya-allah. Iaitu berhajat bangun malam menemui cinta kami.

Bahagianya jiwaku. Dikurniai kebahagiaan berlipat ganda. Kerana apa? Kerana dapatku menatap wajah2 kekasih Allah yang lain, yang satu akidah, satu pegangan, satu kepercayaan denganku.

Betapa indahnya hatiku, kerana memikirkan ramai lagi saudara2ku sebenarnya yang merindui ilahana..maka tidak ku berasa keseorangan lagi.

Berasa rapat, malah kukuh, dengan kehadiran mereka di sisi.

Ku tatap lagi wajah mereka, walau sesetengahnya tidak kukenali, dengan sepuas hati. Sungguh, hatiku benar2 puas pada malam itu. Bahkan, jika tidak keterlaluan, kepuasan itu masih kekal dalam hatiku, hingga saat ku menaip bait2 kata ini...Allah, panjangkanlah kepuasan ini, sehinggalah hari kiamat. dan luaskanlah kepuasan ini, kepada mereka2 yang mencarinya dan menginginkannya. ameen. jadikanlah ia seperti air yang mengalir, tidak pernah berhenti. ameen.

Bertemu Sifu Solat

Sifu Solat?? Hahaha..bukankah sifu itu maknanya guru? Ya, sahabat2, Inilah inti kepada luahan hati saya pada hari ini.

Pada malam penuh barakah, penuh kedamaian, penuh kepuasan hati itu, saya telah menambah seorang lagi guru, iaitulah As-Solah/solat.

Kenapa saya merujuk kepada solat sebagai guru? (tersenyum)

Sahabat2,

Kalaulah antum(kamu semua) mengetahui, betapa hebatnya pengajaran yang kuperoleh pada malam itu...
Marilah bersama saya dalam mempelajari semula, apa yang sifu solat ajarkan saya pada mlm 13 sya'ban itu.

Sahabat2,

Percayakah anda, apabila saya melafazkan, saya belajar erti ukhuwah di dalam solat?

Ya, saya tidak berbohong. Solat..hanya dengan solat..telah mengajar saya erti persaudaraan yang sebenar.

Kalau antum tak percaya, cubalah ke masjid, dan dirikanlah solat jemaah dengan seikhlas mungkin. Mudah-mudahan, sifu solat akan mengajar kamu pula-rahsia ukhuwah fi sabilillah (di jln allah)

Apapun, biarlah saya kongsikan serba sedikit yang saya fahami tatkala solat pd mlm itu.

Oh Tuhan, saat bahu2 kami bersentuhan....
Ya Tuhan. Hanya bahu. di kiri, dan kananku...
Tapi Tuhan...sesungguhnya Engkau mengetahui, bahawa hampir tubir mataku pecah kerana sentuhan kanan dan kiriku itu.

Orang lain mungkin mentertawakan aku, kerana kata2ku ini. Biarlah, apa aku peduli. Kerana aku telah mendapat sesuatu yang lebih berharga drpd dunia dan isinya.

Aku mendapat pengajaran ya Tuhan.
Saat bahu2 kami bersentuhan, aku teringatkan Nabi dan para sahabatnya. Pasti Nabi SAW menyuruh para sahabatnya merapatkan saf, dan luruskan saf2 itu. Mungkin...tidak dapatlah kami yang pada malam itu, untuk betul2 meluruskan saf dengan sebaiknya, kerana aku sendiri melihat sebelah kiriku, tatkala aku menoleh ke sebelah belakang dan kiriku, masih ada lagi kesan saf bagaikan ular dipalu. Semoga Engkau mengampuni kami ya Rabb.

Tapi, sekurang2nya, bagi diriku, aku merasai indahnya ukhuwah Islam. Ya, hanya dengan sentuhan bahu itu...padaku, sudah cukup membuatkan empangan mataku pecah..lantaran terasa lazatnya rasa ukhuwah tika itu.

Sahabat di kiri dan kananku, mungkin tidak berasa apa2, tapi jiwaku yang berada dalam kekuasaanNya, berasa amat hiba. Allah...lantas ingatanku melayang pada RasulMu dan para bintangnya (sahabat).

Betapa ingin ku merasai ukhuwah fi sabilillah seperti itu.

Aku teringat suatu kisah yang pernah kudengari, bahawa sahabat2 Nabi, rapatnya barisan saf mereka dalam solat jemaah, sehinggakan tapak2 kaki mereka turut bertemu. Aku, baru merasai 'ukhuwah bahu'...belum lagi 'ukhuwah tapak kaki'. Rapatnya mereka, kasihnya mereka pada saudara masing2..itulah yang aku teringatkan. Dan aku merindukan...

1. Ukhuwah 2. -....

Pengajaran pertama: indahnya ukhuwah. Tapi, belum berhenti lagi rupanya. Ada lagi ilmu sifu solat hendak ajarkan padaku.

Pengajaran kedua ialah: mentaati ketua/imam.

Ya sahabat2 belahan jiwaku,

Tahukah kamu apa maksud imam? Kalau masyarakat kita, pasti terbayangkan imam masjid. (tersenyum). Betul, tak salah. Betullah, tok imam yang mengimamkan solat jemaah hari2 di masjid, namanya imam kan?

Tapi, apa kata kita meluaskan pandangan.

Kenapa ulama memanggil Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Syafie, Imam Ahmad ibnu Hanbal, Imam Malik, Imam Abu Hanifah...bahkan Imam Mahdi?

Pernahkan kita menjadi makmum solat2 mereka? Tidak! Mereka telah pun wafat sebelum kelahiran kita di dunia. Bahkan Imam Mahdi pula, hanya Allah saja yang tahu di mana, dan apakah sudah ada atau belum lagi di dunia ini.

Jadi, kenapa masih menggelarkan mereka "imam"?

Imam Bukhari dan Imam Muslim, pengumpul hadis. Imam mazhab fiqah yang empat, mereka memberikan umat Islam pedoman dalam mazhab2 mereka. Imam Mahdi, keturunan Rasulullah SAW yang terakhir pada akhir zaman.

...Hmm..apakah persamaan mereka?

Sahabat2,
merekalah ketua.

Ya, Ketua. Pemimpin. Yang diikuti. Yang menjadi ikutan.

Mari kembali kpd sifu solat.
Di dalam solat jemaah, makmum mengikuti seorang imam. Dengar, seorang imam. Hanya satu imam yang kita ikuti.

Baiklah. Kenapa kita ikut imam tu? Imam tu buat apa?

Imam itu bertakbir, kita bertakbir. Imam itu rukuk, kita rukuk sekali. Imam itu sujud, kita turut mengikuti. Sehinggalah imam memberi salam tanda berakhirnya solat, kita masih turut mengikuti.

Sifu solat mengajarkan apa sebenarnya?

Tentang pentingnya seseorang menjadi ketua/pemimpin, agar teratur masyarakat umum yang mengikutinya. Dan dalam aspek yang lebih luas, solat mengajarkan kita ketaatan. Subhanallah...sedarkah kita? Dalam solat berjemaah, rupa2nya sudah ada latihan taat kepada satu ketua. Satu imam. Satu Tuhan.

Solat, dalam kaca mataku, mengajarkan ketaatan pada Allah dan RasulNya. Dan, kita bukannya solat membuta-tuli. Kita mendirikan solat kerana kepercayaan tentang wujudnya Tuhan Yang menciptakan alam dan isinya, dan bahwa Tuhan ini hanya Satu, dan manusia bernama Muhammad SAW itu utusanNya. Kerana taatkan kepercayaan ini..keimanan ini, kita mengikuti imam dengan patuh.

Hakikatnya, bukanlah kita mengikuti imam itu. Kita hanya mengikuti zahir perbuatannya sahaja. Tetapi sebenarnya, setiap seorang makmum itu sedang berhadapan dengan TuhanNya. Di sini, perlunya seorang imam/pemimpin, supaya teratur 'kehidupan' makmum di belakangnya, iaitu yang mengikutinya, tapi dengan syarat; hendaklah imam itu teguh imannya. Dan adil perilakunya. Serta ikhlas memimpin keranaNya.

Sifu solat mengajarku konklusinya; bahwa imam paling utama kita ialah tidak lain tidak bukan, Muhammad SAW.

Justeru, taatilah Allah dan RasulNya dengan cara bersabar dalam menjalankan apa yang Allah perintahkan (yang Allah sukai), dan bersabar juga dalam menahan diri drpd menuruti hawa nafsu dan lantas melakukan apa yang Allah tidak suka.

Pengajaran terakhir - akhir zaman

Ya sahabat2, inilah pengajaran terakhir yang sifu solat ajarkan padaku.

Iaitu, tentang keadaan akhir zaman.

Kita, memang tak syak lagi, berada di akhir zaman.

Tak percaya? Lihat Malaysia sudah cukup.

-Petronas Twin Towers.
-390 bayi dibuang dari tahun 2005 hingga sekarang.
-Pembunuhan satu kelaziman.
-Kemiskinan masih tegar, tetapi pemimpin sibuk mengejar status negara maju.
-Tuduh-menuduh antara pemimpin..menjadi santapan harian yang membosankan..sehingga tiada lagi ketua yang aku percayai kini.

Lagi tanda?

-Gulf oil spill di Teluk mexico, sudah masuk bulan keempat, dan emas hitam itu masih lagi berterusan mebalir ke dalam laut, membunuh hidupan laut, dan turut menjejaskan kehidupan nelayan.
-Satu lagi berita tumpahan minyak ke laut, kali ini di timur dunia, iaitu China. Kerana letupan salah satu paip minyak, ketika minyak hendak diloadkan ke dlm kapal tangki pembawa minyak itu. Lantas, menyebabkan letupan kedua pada paip yang berhampiran. Pekerja2 China struggle untuk mencuci emas hitam itu...
-Letusan gunung berapi eyjafjallajokul di Iceland awal tahun ini, yang menghembuskan ash hitam yang menjadi awan tebal menyelimuti seluruh ruang udara Eropah, sehingga syarikat2 penerbangan Eropah kerugian berbillion dolar.

Perlu lagi? Hmm..cubalah buka surat khabar hari ini, pasti ada wpun satu tanda.

Tanda sudah terlalu banyak. Malah, dalam hadis Rasul pun ada menceritakan tentang usia bumi. Sewaktu peristiwa israk dan mikraj, baginda ditemani Jibril a.s, dan satu ketika baginda terlihat seorang wanita tua yang bongkoknya berlipat-lipat, menunjukkan sangat tua. Lalu Nabi bertanya apakah itu kpd Jibril. Maka jawab Jibril a.s, "Itulah bumi".

Apakah kaitannya dengan solat?
(senyum)

Tatkala berdiri untuk bersolat, aku berasa seolah-olah dalam satu barisan tentera. Tentera Allah. Tiba2 aku berasa bersemangat. Terasa seperti ingin berjalan di bumi ini dan membanteras segala kerosakan di bumi ini. Mengikuti imam, ke mana sahaja aku akan mengikutinya, demi melaksanakan amanah Allah. Amanah sebagai khalifahNya, walau bagaimana kecilpun perananku, tetap ingin menyumbang.

Kemudian, ingatanku melayang lagi. Suka benar ia melayang, sedangkan aku berhadapan dengan Allah ketika itu. Allah, ampunkan daku yg lemah.

Kali ini ia melayang...kepada saudara2ku di seluruh dunia. Yang tidak mendapat sepertimana yang kita dapat.

Perut kita lapar, lima minit saja ke kafe. dan 1 minit saja sudah hilang ditelan perut. Tapi perut mereka, bila lapar, berhari-hari tidak terisi. Bukan mereka tidak menyempurnakan hak tubuh, tp mrk tidak dapat. Kerana mmg tidak ada mknn.

Panas2! Lecture hall panas! Tup..vroom..bunyi air-cond. Satu jam kemudian...sejuk2! Lecture hall sejuk! perlahankan pula...

Mereka..mak, adik panas. Sabarlah nak..kita tiada atap berteduh drpd panas.
Hari lain pula; mak, adik sejuk. Sabarlah nak, kita tiada dinding nak berteduh drpd angin kencang.

Aduh, gatalnya!
Lepas sapu ubat gatal...ahh leganya.

Mereka: aduh, kulit terkopak akibat terlalu kering. Aduh berdarah pula..Nak ke hospital? Nak bayar dengan apa..?

Mereka2 itulah. Kerana mereka semua, aku berasa perlu mempertahankan mereka. Sedangkan aku berupaya. Cuma dalam upaya kita, kita tiada upaya juga. Maksudnya, kita berhak bersuara itu ini, tapi hakikatnya tiada kesan pun. Kerana kita tiada kuasa membawa perubahan.

Sifu solat mengajarku, memberi semangat, menanam azam baru padaku; pergilah kepada mereka. Kuatkan diri kamu, latih diri kamu, supaya kuat sperti kukuhnya tapak kakimu bertapak menghadap kiblat. Jadilah benteng mempertahankan yang tidak upaya, apatah lagi mrk seagama denganmu. Dan jadilah seumpama ombak tsunami, membantai segala kezaliman dan kekufuran di bumi ini.

Tapi, kekuatan ini, hanya dapat dicapai apabila umat bersatu. Dalam satu saf. Dalam satu solat. Dalam satu keimanan.

Oleh itu, saya membetulkan pengajaran ketiga sifu solat ajarkan pada saya; bersatulah wahai umat Islam. Bersatulah, kerana kamulah umat Muhammad akhir zaman. Buktikan pada rasulmu, bahwa kamu benar2 umatnya, dan layak menyandang gelaran umatnya, dengan pergi menyelamatkan saudara2 kamu walau di mana mereka ditindas dan dizalimi.

Penutup

Jadi sahabat2 sekalian, inilah sekadar luahan perasaan saya, yang tidak dapat dicari masa untuk dikongsikan bersama, sehinggalah saat ini. Doa dan harapan saya, ambillah yang baik, dan asingkanlah yang buruk drpd perkongsian saya kali ini. Saya tidak sempurna, kerana itulah nama saya manusia. Cuma, saya gembira dengan ketidaksempurnaan ini, kerana ia menyedarkan saya, tentang kedudukan saya, kedudukan kita di sisi Allah.

Iaitu; kitalah hamba2Nya, dan kepadaNyalah kita berserah. Dan kepada Dia jugalah kita kembali.

Wassalam.

2 comments:

Baiti Solehah Nuawi said...

assalamualaikum.....

inni ukhtuki fillah.....ummu hurairah, honestly ble ana bc tulisn anti sprti ana sdng mmbace trus ke hati anti. btul org kate, menulis dgn hati, insha-allah sampai ke hati juga hendakny. itulah ukhuwwah fillah....tiada prshbtn yg lbih manis drpd brshbt dgn org yg brshbt krn mencintai-Nya. tiada loqa' yg lbih berkat slain liqa' krn merindui-Nya...

ya Allah, semoga tautan hati2 kami yg sudh Engkau jalinkn akn diperkukuhkn ag dgn iltizam & istiqamah kami menuju-Mu....biarpun kami jauh, biarpun kami brgaduh, biarpun kami sibuk....jgn lah Engkau leraikn ikatan hati antara kami.....krn kami x mmpu kehilangn walaupun se0rg shbt yg kami cinta krn-Mu...

( buatmu sahabtku; ummu hurairah, x-roomates,rx8,Dq, smaasza,sksura,cfs, & shbt2ku yg ku kenal walau sjenak..)

Ummu Hurairah said...

waalaikumussalam wbt...

t.kasih terabyte. syukur ade jgk org yg terkesan di hati dgn tulisanku. itulah kuasa Allah Taala, ana hanya menulis, tapi Allahlah yg menyampaikannya kpd sesiapa yg dikehendakiNya.

mmg itulah tujuanku menulis. menulis dr hati, smg smpi ke hati2 saudara2ku. ameen.

"wa inni ukhtuki fillah..abadan abada" - to terabyte and all my beloved sahabah..kamulah belahan jiwaku di dunia dan akhirah..:)