Wednesday, April 27, 2011

Seindah Ciptaan Telur - Kitalah Terasnya

بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt.

Perkongsian hari ini sebenarnya sudah lama tertangguh. Saya berharap para sahabat sekalian, terutama para wanita akan mendapat manfaat daripada penyampaian kakak usrah saya ini (tersenyum).

Al-Quran 37:48-49

Pada suatu petang yang mendamaikan, kami berusrah di sebuah taman rekreasi berdekatan dengan universiti. Setelah aku dan para akhawatku kelihatan telah duduk dengan selesa, di tepi tasik, kami bertilawah surah as-Soffat bermula daripada permulaan surah sehinggalah ayat 57. 

Selesai berkongsi pendapat tentang ibrah yang masing-masing dapati, Kak Sarah memulakan 'agendanya'. (tersenyum semasa menulis ini)

"Haa, adik-adik, sebenarnya kali ini akak nak bercerita pasal...telur!"

"Fokus kita ialah pada ayat 48-49 yang berbunyi;

"Dan di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang bermata indah, dan membatasi pandangannya.
Seakan-akan mereka ialah telur yang tersimpan dengan baik."

Thursday, April 21, 2011

Kronologi Sejarah Palestin

edited on April 26, 2011.

بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Sejarah.

"Sejarah hanya bermakna kepada Ulil Albab" 

kata Ustaz Syaari.

Allergikkah kita dengan perkataan itu?

Wahai sahabat2ku sekalian,
History doesn't have to be boring. History IS NOT boring..for those who seek to find the meaning behind the story.

Sejarah ialah kisah
Kisah2 para Nabi alahis solatu wassalam di dalam Al-Quran yg kita baca dan tadabbur (fahami) setiap hari, ialah sejarah! Mengapakah Allah Taala menceritakan kisah2 itu kepada sekalian manusia? 

"Pada kisah2 mereka itu terdapat pengajaran untuk mereka yang sempurna dan tajam akal fikirannya. Kisah itu bukanlah bicara yang direka-reka, bahkan kenyataan yang mengesahkan apa yang tersebut di dalam kitab2 yang terdahulu daripadanya. Kisah itu juga keterangan yang menjelaskan setiap perkara, serta menjadi petunjuk dan rahmat bagi kaum yang mahu beriman." 
(Surah Yusuf, ayat 111)

petikan drpd buku "Kuasa kepemimpinan al-Fateh" karangan Muhammad Syaari Abdul Rahman.

Sebagai pengajaran.
Sebagai keterangan.
Sebagai petunjuk dan rahmat bagi mereka yang mahu beriman...

Kronologi Sejarah Palestin

Thursday, April 14, 2011

Tips Mudah Khusyuk Solat

بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar wahai saudara2ku sekalian? 

Katakanlah, "Khabar kami sentiasa baik, kerana sentiasa dilimpahi nikmat yang tidak pernah putus drpd Tuhan kita..nikmat yang telah mempersaudarakan kita, kerana lisan kita, hati kita sama2 mengakui 'Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu Rasul-Nya."

(tersenyum kecil, kecil sahaja ya..haha - tak lawak sikit habuk pun)

Tiada yang lucunya, wahai saudara2ku, sahabat2ku. Tapi, mestikah menunggu sesuatu yang lucu, barulah senyuman akan terpamer di wajah2 kita? Sedangkan Rasul yang kita cintai (saw), yang kita rindui setiap nafas ini, mengatakan, "Senyuman itu sedekah."

Terimalah sedekah kecilku, wahai saudaraku yang kucintai dengan nafas kurniaan Ilah ini, dan ketahuilah bahawa aku di sini telah pun menerima sedekahmu pula. (tersenyum dengan maksud tersirat)

Wahai sahabat2ku,
sebenarnya, terlalu banyak perkara yang berlaku kepadaku akhir2 ini. Dan aku terfikir, yang manakah yang harus kukongsikan terlebih dahulu? (tersenyum) Ilmu manakah yang ingin sungguh2 kuberitakan, kuceritakan kepadamu terlebih dahulu? Kerana sungguh, Allah itu Maha Pemurah, Maha Penyayang. Maha Bijaksana, Maha Mengetahui.

Ya Rahman, ya Rahim, ya Hakim ya `Alim

Betapa pemurah-Nya Engkau dengan curahan ilmu-Mu...Engkau singkapkan tirainya bagi hamba-Mu ini..Kerana apakah wahai Tuhanku? (oksigen memenuhi alveoliku..) Suara hatiku berkata...tidakkah engkau mengenal Tuhanmu, wahai Ummu Hurairah?

Tiada sebab lain al-A'lim wal Hakim (Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Bijaksana) mengehendaki mengajarkanmu semua ilmu yg pernah kau pelajari selama hayatmu ini...melainkan kerana Dia juga bernama ar-Rohim (Yang Maha Penyayang).

Saya mempercayai...Allah Taala mengajarkan saya...dan juga anda...segala yang kita tahu sehinggalah saat ini...kerana Allah Taala sayangkan kita.

Jadi, hamba-Nya yang lemah ini, pada hari ini ingin pula mengikuti jejak-Nya...iaitu 'mengajarkan' sedikit ilmu yang Dia telah ajarkan kpdku...kerana kasihku kpdmu.

Korang nak rasa geli pun...suka hatilah. Hati masing2, kan? Tapi, saya ingin katakan kpd anda semua...kasih sayang yang 'menggelikan' ini, telah pun menyatukan hati2 puak yang suatu ketika dahulu gemar berperang dan bergaduh sesama sendiri...drpd "belalang padang pasir" menjadi suatu kaum yang memajukan bangsa dan negara...dan dek kasih sayang ini jugalah menyebabkan saya dan anda...mengenal siapa Allah, Muhammad saw dan Islam.

(menarik nafas segar pada pagi hari...)

Wahai saudaraku..yang kucintai kerana Ilahi,
Hari ini saya hendak berkongsi tips2 atau cara2 mudah untuk khusyuk dalam solat..