Friday, May 11, 2012

Hubungan Istimewa


بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Aku dan dia.

Aku...dan Dia.

Memiliki hubungan yang istimewa.

Setiap kali teringat kepadanya, aku mampu tersenyum seorang diri.

Orang kata, hanya orang gila yang berjalan sambil tersenyum seorang diri.

(tersenyum)
Aku hanya ingin katakan kepada mereka, "Well folks, aku bahagia sebegini. Biarkanlah aku...sebenarnya andalah yang tidak tahu what you have been missing."

Dan aku mampu berlalu dengan senyuman yang semakin melebar.

Semakin mekar. 
Yang kuharap semekarnya cintaku kepada-Nya..dan seluas cinta-Nya kepadaku.

Ya, bersama-Nya...aku punya hubungan istimewa.

Sejak...

Aku tidak tahu sejak bila.

Yang kusedari, setelah akalku matang dan mampu bersynapse dengan izin-Nya...aku telah mendapati...Dia terlalu mencintaiku.

Mungkin sewaktu rohku diawang-awangan..

Ketika jasadku disempurnakan...

Aku tidak tahu.

Maha suci Allah!
Bagaimanalah seorang hamba mampu mengetahui sesuatu ilmu pun, melainkan dengan Izin pemiliknya?

Maka, aku tidak tahu sejak bila.

Sebaik sahaja jantungku berdegup,
Sebaik sahaja mataku celik,
Sebaik sahaja akalku mula bertafakur,

Aku mendapati-Nya di sisiku.

Itulah yang aku tahu,
Dia telah pun berada bersamaku.

Bersama

Sahabatku,
biar aku beritahu kamu seperkara.

Allah...
Sungguh, Dia bersamamu setiap ketika.

Dia menjagamu, setiap masa.

Tika kau tidur, Dia Berjaga.

Tika kau menapak di atas buminya, Dia Mengawasi.

Tika kau sesat jalan, Dia memancarkan sinar hidayah-Nya.

Dia, menjagamu dari kecelakaan.

Dia, memeliharamu daripada akibat perbuatan burukmu.

Dia, menukarkan gunung dosamu...menjadi lautan pahala.

Sungguh Allah...dengan rahmat dan cinta-Nya kepadamu,
menjagamu daripada seksa...bukan bahaya sahabatku, tetapi SEKSAAN API NERAKA.

Jika kamu,
duduk sebentar.

Kosongkan minda.

Merenung ke dalam diri.

Kemudian kamu kutip setiap memori sedari kecil...
Kemudian engkau mencantumkannya..satu persatu..seperti jigsaw puzzle...


Nescaya engkau akan mendapati suatu gambar.

Gambaran yang hakiki. Gambaran yang benar.

Iaitu...
Allah Taala hanya mahukan kebaikan bagi kamu.

Renungkan hikmah

Wahai sahabatku,

Mari, sama-sama, kita introspeksi diri. 
Iaitu merenung kembali segala perkara, segala peristiwa yang telah terjadi kepada diri, sehinggalah di titik kehidupan sekarang ini.

Kejadian yang baik,
yang kena atau cocok dengan keinginan hati, maka hati kita berbunga kerananya.

Manakala peristiwa yang langsung tidak seperti jangkaan, maka hati kita jadi geram dibuatnya.

Ketahuilah sebenarnya,
kedua-dua jenis kejadian baik bagi kita.

Allah Taala yang menciptakan manusia, masakan Dia tidak tahu yang terbaik buat ciptaan-Nya?

Allah Taala Yang Maha Penyayang, masakan Dia akan menimpakan keburukan buat mereka yang dikasihi-Nya?

Betul, kan?

Cuba renungi betul-betul.
Dengan hati yang ingin mencari pengajaran.
Hanya dengan cara itu, tabir hikmah Tuhan akan tersingkap buatmu.

Perjalanan Peribadi

Personally,
Aku sentiasa mendapati Allah sepertimana yang aku sedang ceritakan kepadamu.

Aku benar-benar percaya kepada-Nya.

"Rasulullah saw bersabda: Allah azza wa jalla berfirman, 'Aku bergantung kepada prasangka hamba-Ku, dan Aku akan bersama-Nya selagi ia mengingatKu.' " (HR Ahmad)

Bukan sekadar bahawa Dialah satu-satunya Tuhan dan penciptaku.

Oh tidak.

Aku percaya akan segala ketentuan-Nya.

Aku percaya akan sifat Pemurah-Nya..Penyayang-Nya..bahawa Dialah yang paling menyayangiku berbanding semua orang di dunia ini, hatta mak dan ayahku sekalipun!

Ya, inilah kepercayaanku kepada-Nya. 
Inilah sangkaanku terhadap-Nya.
Inilah ingatanku terhadap-Nya.

Anda tahu bagaimana suatu kepercayaan terbina?

Ya, kepercayaan, trust itu suatu binaan.
Ia tidak berlaku dengan hanya semalaman.

Anda lihat KLCC dibina semalaman?


Anda lihat coliseum Rom dibina sekelip mata?


Anda lihat piramid Mesir dibina dengan petikan jemari?


TIDAK!

Kepercayaan seorang hamba kepada Tuhan-Nya...kepercayaan yang benar, kepercayaan yang utuh ini.

Aku beritahu kamu.
Hanya terbina apabila dua pihak itu saling mengenali.
Semakin mendalam pengetahuanmu tentang pihak kedua, maka semakin kukuhlah hubungan itu.

Maka...
sudahkah kita mengenali-Nya?

Tanya diri sendiri, 
apakah benar aku mengenali Tuhanku?

Sejauh mana pengetahuanku tentang sifat Tuhanku?

*********

Murabbi

Perkataan itu.

"Murabbi".

Aku tidak pernah terfikir kapal hidupku akan berlabuh di situ.

Gerun.
Terus-terang, aku gerun dengan kata itu.

Aku takut...
Aku tak mampu...
Terlalu berat...
Tidak terpikulkan bahuku yang kecil ini.

Murabbi.
Berasal daripada perkataan, "Rabb". Panggilan manja hamba dengan Tuhan-Nya.

Wahai Rabb,
Engkau adalah Rabbku.
Engkau adalah pemeliharaku.
Engkau punya kekuatan untuk memelihara keseimbangan dunia ini ya `Aziz! Bahkan Engkau tidak pernah berasa penat!

Ya Rabb,
aku tidak punya kekuatan seperti-Mu.
Aku..aku tidak memiliki kudrat apapun ya Rabb.
Ilmu agamaku hanya picisan berbanding ulama-ulama besar.

Latar belakangku biasa-biasa sahaja.
Sekolahku aliran sains. Bukan aliran agama.

Aku tidak hafal keseluruhan Kalam-Mu.
Masih belum mampu ya Rabb..
Masih bertatih ya Allah..

Lalu Rabbi...
mengapa di sini?
Mengapa ke sini Engkau menghembus bayu..melayarkan kapalku ke sini?

Di Jeti Murabbi ini?


Aku...aku tidak tahu.

Tapi Rabbi,
bukankah...
sedari dulu juga aku dalam keadaan tidak tahu?

Apabila aku dilahirkan, 
aku tidak ada clue siapakah Tuhanku?
Kenapakah aku dilahirkan?
Untuk apa manusia diciptakan bertebaran di bumi ini?

Lalu,
Mak dan ayah mengenalkanku.
Kemudian Engkau mengizinkan pemahaman buatku.
Bahkan Engkau menambahkannya, setiap kali aku berusaha mengamalkan suatu ilmu, tidak aku menemukan melainkan Engkau pasti menambah ilmu yang baru bagiku.
Begitu luas Kebesaran dan Keagungan-Mu.

Aku melabuhkan sauh.
Aku turun meninjau keadaan sekeliling.
Lalu tahukah Engkau apa yang kulakukan?

Terduduk.
Tersenyum.
Menitis air mataku.

Ya Allah....
Begitu sesuainya keadaan negeri ini dengan jiwaku.
Begitu indah...begitu baik buatku.
Bagaimana Engkau tahu...?

Bahawa inilah yang aku cari selama ini.

Negeri yang mengamalkan Islam sepenuhnya.
Betapa aku ingin hidup di negeri itu.
Betapa banyak kali aku merayu,

"Alangkah indahnya jika aku bersama Rasulullah...Alangkah indahnya aku dapat menatap Rasulullah....Alangkah indahnya aku dapat hidup di zaman Rasulullah...
Rasulullah...Rasulullah...Rasulullah..."

Hatiku...mengidam itu.

Ilham..dari-Mu menyapaku tiba-tiba.

Subhanallah!
Tidakkah kehidupanku selama ini mengajarkanku apa-apa? 
Bukankah aku percaya segala ketentuan Allah itu ada hikmahnya?
Sekarang bukan masanya untuk membuang semua itu!

Jika aku tidak ditakdirkan hidup di zaman Rasulullah, maka aku akan hidupkan kembali zaman baginda, di zamanku!

Jika aku inginkan negara Islam yang benar, maka inilah jalan yang wajib aku tempuhi!

Aku...dan mereka yang sama fikrah (pemikiran) dan keinginan denganku.

Jeti ini...
Adalah tempatku.
Aku ingin menetap di sini.

Udaranya segar.
Pepohonnya berbunga harum.
Mentari hidayah sentiasa bersinar.
oh, sesuai benar untuk pertumbuhan iman!

Usrah. Halaqah. Bulatan gembira.

Dan sekarang aku nak meletakkan konotasi baru, "Pelabuhanku".

Bunyinya...macam kolot ya? (tersenyum)

Entahlah..tak kisah. Janji ia mempunyai makna bagiku.

Perjalananku yang menginginkan negeri Islam yang benar,
Ingin melihat dan berinteraksi dengan masyarakat muslim yang akhlaknya seharum kasturi,
rupa-rupanya harus bermula dari sini.

People think creativity is about thinking big things. Bombastic things! But perhaps..what we really need is something small.

Like a small group of people getting together, to know Islam better. To know Allah better.

Aku rasa, aku terlalu memikirkan bagaimana hendak memberikan impak yang besar.
Sedangkan pokok yang besar pun bermula daripada benih yang kecil.
Kadangkala hanya sekecil biji sawi.

Masyarakat Islam?
Akhlak Islamiyah?

Hmm, bagaimana dengan usrah Islamiyah?

Hmm, benarlah, Allah lebih tahu apa yang baik buatku.

Seolah-olah Tuhan berkata,

"Sabar. Mulakan dengan bulatan kecil ini dulu. Jangan terburu-buru. Ikutilah cara Rasul-Ku dalam menyampaikan dakwah. All big things begin with small steps. You want to contribute something for the ummah? Then do this. Become a murabbi. This is special training for you, at this stage, so that you can save the ummah, and also get closer to Me. Come, I will help you."

Ya, Tuhanku memang hebat, 'fasih berbicara' berbagai bahasa! (tersenyum)

Hubungan Istimewa

Aku punya hubungan istimewa dengan Tuhanku.

Hubungan yang terbina atas dasar iman, kepercayaan dan harapan.

Bismillahi tawakkaltu `alallah, 
Pimpinlah aku Ya Rabbi, 
Supaya kami semua dapat berpimpin tangan ke syurga-Mu!

Allah, jadilah Murabbiku,
Kerana aku ingin menjadi murabbi bagi mereka yang mahu!

Inilah hubungan istimewaku.

Anda bagaimana? (tersenyum)

No comments: