Saturday, May 19, 2012

Peringatan di Hari Tua


بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
15 Mei 1948.

Hari Nakbah.

Saya terlihat anda tergaru-garu kepala yang tidak gatal. Oh, tiba-tiba kepala saya pula yang 'gatal'.

"Hari Nakbah? Apa tu?"
Detik hati kita serentak. 

Saudara-saudaraku,

Macam mana kita boleh tidak tahu tentang peristiwa yang dahsyat ini?
Macam mana tarikh ini tiada di dalam buku 'planner keramat' kita itu?

Sedangkan saudara-saudara kita di Palestin mengingati kegelapan ini di dalam jiwa-jiwa mereka, setiap tahun.


Maksud Nakbah

Hari itu.

Hari yang gelap.

Langit kebiruan. Namun hati penduduk hitam. Kelam. Suram.

Tiada seorang pun yang menyangka...bahawa hari itu merupakan permulaan ujian yang paling getir di dalam kehidupan setiap seorang di antara mereka.

Sesungguhnya Allah Taala menghendaki ujian yang cukup besar ke atas mereka. Supaya diuji siapakah di antara mereka...bahkan siapakh di antara manusia yang melata di bumi ini...siapakah yang layak digelar "hamba-Nya".

Bila difikirkan, aku berasa sedikit lucu.

Ya, lucu. Kerana di satu sudut, suatu kaum bergembira dengan kejayaan mereka.
Namun mereka sama sekali tidak menyedari...bahawa sebenarnya mereka telah berlaku zalim terhadap kaum peribumi di situ. Kezaliman yang sangat keji.

Mereka bergelak-ketawa.
Mereka menari kegembiraan.
Mereka berpesta keriangan.

But at what expense (namun harga apakah yang harus dibayar)?

Israel gembira dengan 'kelahirannya'.

Palestin berduka dengan 'kematiannya.'

15 Mei 1948.
Israel menulis di dalam sejarahnya sebagai "Deklarasi Kemerdekaan".
Palestin mengingatinya sebagai "Hari Kecelakaan" atau "Hari Malapetaka".

Itulah "Nakbah", yang bermaksud "Malapetaka" (catastrophe).

Peringatan di Hari Tua

(Helaan nafas) Hah.

Siapa menyangka?

Aku masih hidup untuk menulis post ke-200 di blog ini. 

(tersenyum)

Ya, siapa sangka.

Namun perkara yang paling tidak disangka ialah...ialah Tuhanku.

Ya, Rabbi, wa Rabbuk. (Tuhanku dan tuhanmu.)

Seolah-olah...Tuhanku menyampaikan suatu peringatan yang besar buatku malam semalam.

La'. La'. (Tidak, tidak).

Aku bukan Nabi Musa a.s. Masya-Allah! Nabi Allah yang diajak berbicara dengan-Nya secara langsung!

Tapi, wahai sahabat-sahabatku,
hati hamba...yang dibersihkan oleh Penciptanya...pasti dapat "menangkap".

Pasti!

Menangkap, bahawa mesej itu ialah daripada Tuhan...KHAS UNTUKNYA.

"Tak ingat tarikh lahir sendiri takpe, tapi tarikh penting Palestin (seperti Hari Nakbah) WAJIB ingat! Sebab  (isu) PALESTIN LEBIH BESAR (kepentingannya) daripada kamu!"

Sahabatku, pembacaku, saudaraku...

Cuba anda beritahu saya..

Kenapa saya mendengar kata-kata ini...sehari sebelum tarikh lahir saya?

Kenapa, saya tidak mendengar kata-kata ini bulan lepas, atau tahun lepas?

Kenapa...SEMALAM?

Saya...
tidak menemukan, kecuali SATU jawapan.

Ianya UNTUK SAYA.

It is FOR ME TO HEAR.

Allah...Allah..sungguh Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

He knows exactly. E.X.A.C.T.L.Y. what I NEEDED to hear.

Allah Taala...Dia..memperdengarkan kata-kata itu buatku. 

Untuk apa?
Supaya aku megambil pengajaran.

Hatiku...menafsirkan:

"Wahai 'Ummu Hurairah', sudah sampai masanya. Sudah tiba masanya untuk membuktikan kecintaanmu kepada ummah. Bukan sekadar dengan detikan hati, atau niat usang itu. Perbaharuilah niatmu! Perbaharuilah azammu! Bergeraklah! Hayunkan langkahmu luas-luas!

Kamu kata kamu cintakan ummah ini. Namun mana usahamu? Mana hasilmu?

Sedang senario kebangkitan Islam Aku bentang di hadapanmu, seperti terbukanya lembaran surat yang bergulung. 

Tunisia...Libya...Yaman...Mesir...dan tidak lama lagi, Syria.

Mereka semua. Saudara-saudaramu di sana. Gigih. Teguh. Yakin.

Meyakini masa depan Islam yang gemilang.

Meyakini masa depan Israel is numbered. Tunggu masa sahaja.

Ya!
Benar, Aku membiarkan diktator-diktator itu berkuasa begitu lama di bumi kediaman mereka!

Namun, tidakkah engkau tahu bahwasanya Aku ini Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana?

Istidraj. Aku membiarkan mereka, bukan kerana Aku zalim. Aku sama sekali tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Ku. Aku memberikan mereka masa untuk melakukan sewenang-wenangnya...ialah kerana Aku membiarkan mereka tenggelam dalam lautan kezaliman mereka! Setiap waktu yang berlalu, maka mereka semakin jauh dari-Ku. Keangkuhan mereka bertambah. Dosa mereka bertingkat-tingkat.

Tidakkah engkau lihat Ben Ali?
Penguasa Tunisia yang bongkak itu?

Lihatlah kejatuhannya!
Saat dia diusir dari kerusi empuknya, terus dia meminta bantuan Sarcozy, Pemerintah Perancis ketika itu, supaya membenarkan jet peribadinya mendarat di Paris.

Disangka kawan sejati. Rupa-rupanya Sarcozy sendiri enggan meluluskan pendaratan jet Ben ali di Paris.

Maka ke mana diktator itu pergi?

Merayu kepada Arab Saudi membenarkan dirinya bertapak sebentar di bumi-Ku.

Muammar Ghaddafi.
Seorang lagi lelaki kuku besi.

Namun matinya dalam kehinaan.
Riwayatnya tamat dengan peluru di kepala...dengan pistol emas miliknya sendiri.

Setiap manusia sudah ditetapkan ajalnya.
Pemerintah kuku besi itu semuanya menemui pengakhiran yang hina.
Muslimin muslimat di seluruh dunia sedang menaiki gelombang kebangkitan Islam ini.

Tidakkah kamu mahu menyertai mereka?

Kemuncak gelombang ini pasti akan tiba...di pusat bumi-Ku, Palestin."

Itulah seruan Tuhanku.

Yang aku dengar melalui ungkapan Dr. hafidzi Mohd Noor, 

"Tak ingat tarikh lahir sendiri takpe, tapi tarikh penting Palestin (seperti Hari Nakbah) WAJIB ingat! Sebab  (isu) PALESTIN LEBIH BESAR (kepentingannya) daripada kamu!"

Itulah seruan Tuhanku, Tuhan kita,
supaya bangkit bersama-sama, menegakkan kembali agama Islam yang benar ini.

Dengan ini,
aku tinggalkan keraguanku yang silam.

Aku bersiap.
Membawa bekalan yang penting sahaja.

Aplikasi Hidup

Tuhanku mengingatkan diriku.

Bahawa hidupku tidak panjang.
Namun tidak juga pendek.

Aku tidak tahu berapa banyak masa lagi yang aku ada.
Yang aku tahu, aku ADA masa.

And all that's left to do is to decide, what to do with the time that is given to us.

Wahai saudaraku,

Dahulu aku menyangka, menjadi pelajar yang terbaik, ialah segala-galanya untuk ummah ini.

Allah Taala mengurniakanku kebijaksanaan menafsir dan menganalisa situasi. Ianya ANUGERAH. Bukan milik mutlak.

Maka aku tekun belajar demi Tuhanku, semoga Tuhanku membukakan hikmah yang luas untukku dan kawan-kawanku, agar ilmu itu menjadi manfaat buat ummah ini.

Kerana aku mampu, maka aku patut dan perlu mengerahkan 100% tenagaku untuk belajar bersungguh-sungguh. Kerana inilah sumbanganku untuk ummah ini.

That was my intention.

Akhir-akhir ini,
Allah menebarkan suatu pandangan yang baru.

Pandangan sisi kehidupan yang jauh lebih luas.

Baru aku perasan...as I look up..
langit sebenarnya sangat luas.

Apakah makna kehidupanku yang singkat ini, hanya sekadar memperkasakan diri dengan ilmu-ilmu dunia? Ilmu-ilmu sains?

Ya, sungguh aku bercita-cita membangkitkan keghairahan menuntut ilmu kepada umat Islam! Aku mahu terkehadapan sebagai ilmuan Islam, menjadi inspirasi bayi-bayi muslim selepasku! Pasti, suatu hari nanti, jika umurku masih panjang, insya-Allah, Allah akan tunaikan untukku.

Tapi...
apakah ITU SAJA?

Ya Allah...
sesungguhnya kita ialah muslim. Sesungguhnya aku ialah muslim.

Tak cukup...tak lengkap, jika jalanku mati.
Tidak hidup dengan roh Islam.

Maka dengan ini, ya Allah, aku persembahkan diriku untuk jalan-Mu. 

Aku ingin berbaiah dengan-Mu...walaupun aku takut. Aku takut tidak terlaksana janjiku ini. Bahuku kecil, hatiku dalam infancy...pinjamkan aku kekuatan ya Allah.

Bersaksikan setiap manusia yang membaca kalimah-kalimah seterusnya ini,
aku...
memberikan diri..
masa..
tenaga..
segala kemampuanku.

Untuk mengajar manusia tentang-Mu.
Tentang risalah Rasul-rasul-Mu.

Tentang kesucian dan kebenaran Islam.

Ya Allah, kuatkanlah diriku!
Aku tak mampu sampai ke tahap ini tanpa bimbingan-Mu, dorongan-Mu!
Engkaulah yang menanam petunjuk-petunjuk, clues di sepanjang perjalananku mencari roh Islam yang sebenar.

Akhirnya...
Aku menemukan kemanisan itu.

Kemanisan di jalan dakwah.
Kegembiraan mengajak manusia mengenalmu.

Aku...
tak ingin berhenti di sini saja.

Aku tahu..
aku mampu lakukan lebih daripada ini.

Aku yakin, bahawa Engkau Ya Rabbi, juga tahu aku begitu.

Mulai hari ini, inilah cita-citaku:

1. Menjadi aspirasi generasi muslim supaya ghairah menuntut ilmu. Bukan demi peperiksaan. Tidak sama sekali. Tetapi demi keseronokan mengenal-Mu di sebalik setiap ilmu itu. Dan demi mengembalikan maruah Islam yang pentingkan ilmu dan perkembangan tamadun.

2. Menjadikan sejarah sebagai sesuatu pengembaraan yang menyeronokkan. Supaya generasi akan datang akan celik mata, tajam pemikiran, dan mampu mengolah masa depan mereka sendiri.

3. Menjadi pejuang dakwah di jalan-Mu. Aku sangat ingin manusia mengenal-Mu. Bahkan...aku sendiri belum mengenal-Mu sepenuhnya. Aku berharap dapat  rapat lagi kepada-Mu, di samping membawa penumpang-penumpang tambahan di seat kosong 'keretaku'.

Peringatan tuhanku pada tahun ke-23 di bumi Allah ialah:

"Islam is bigger than you, or all the muslims in the world combined. It is the true message...you have the task of spreading this noble message, you are what is left of prophet Muhammad saw and all the prophets before him.  
Do you know why there are no other prophets after Muhammad?
Because...there is you.
And everyone who is like you.
The true muslims.
You are the ones carrying the message now.
What are you doing keeping it to yourself?  
Spread it!
Spread the message!
Spread the word, that I am the One True God and Muhammad is My Messenger!"

Inspirasi & sumber:

Dr Hafidzi Mohd Noor. Ceramah: Arab Spring dan Kaitannya dengan Palestin. 18 Mei 2012. Main Audi, Kuliyah Perubatan, UIAM K.

Amru Khalid. Buku: Pribadi Penuh Arti. Terjemahan Indonesia.

http://en.wikipedia.org/wiki/Nakba_Day

2 comments:

nursyafiqah said...

salam. like this post also. really wanna be one of great muslim scholars and inspiring others =D

Ummu Hurairah said...

let's do it together ika :)