بسم الله الرحمان الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Tunjukkan kepada kami, bahawa kamulah pemilik hafazanmu!
Islam terbina di atas kualiti.
Pada zaman kegemilangan Islam, ketika itu agama ini diterajui oleh muslim yang berkualiti.
Kejayaan dan kualiti itu beriringan.
Tanpa kualiti, kejayaan hanya kabus semalam.
Hafazan, atau Pemilikan?
Sungguh beruntung, para hafiz dan hafizah.
Allah Taala memudahkan jalan mereka untuk menghafaz kalam-Nya yang indah.
Sungguh, tersimpan utuh di satu sudut hati, ialah ayat...demi ayat...demi ayat Allah yang meruntun jiwa..yang mendekatkan jiwa hamba kepada pemiliknya.
Ya, Al-Quran pastinya teman akrab mereka.
........
Sebentar.
Apakah itu?
Aku terdengar...
tidak. Tak mungkin.
Tangisan?
Ia...menangis?
Tangisan Temanmu
Wahai...sahabat, teman, pembacaku sekalian,
Tidakkah kamu mendengar apa yang kudengar?
Sungguh! Aku tidak berdusta kepadamu!
Sungguh aku mendengar...tangisan teman akrabmu itu.
Ya, kalam Yang Maha Agung itu, sedang kepiluan.
Kerana pembacanya..penghafaznya..PENJAGANYA. Melupakannya.
Lupa???
Mana mungkin seorang penghafaz Kalamullah sanggup melupakan emas yang pernah berbekas di dadanya!
Saban waktu aku mengulang, mentadabbur, menyelak lembaran kuning Al-Quran mini setiaku, dan engkau menuduhku dengan sebesar-besar tuduhan?!
Salah satu lintasan hati anda, mungkin.
Tetapi kalamku belum habis.
Aku tidak mengatakan kamu melupakan bacaannya. Mahupun maknanya.
Tetapi...mataku menangkap kealpaanmu.
Kealpaanmu MENGAMALKANNYA.
Kerja Kumpulan
Usiaku yang masih muda.
Pengalamanku yang picisan.
Masih di alam pengajian.
Maka apalah yang aku tahu sangat tentang kerja berkumpulan?
Tidak banyak.
Namun sekecil manapun pemilikan ilmu, tidak patut menghalang manfaat perkongsian.
Lab reports.
Assignments.
Presentations.
Antara misal di alam kampus.
Demi memupuk semangat dan pengalaman bermasyarakat, selalunya tugasan-tugasan itu menuntut bukan satu, tetapi dua atau lebih kepala.
Kepala-kepala itu.
Kepala-kepala kita.
Untuk apakah ia?
Bukan supaya dilaga-lagakan, seperti Datukku yang melagakan kepala anak-anaknya apabila mereka berkelahi. Selesai masalah.
Itu zaman atuk.
Zaman sekarang cabaran lebih besar.
Kepala-kepala kita itu untuk disatukan ideanya.
Disinergikan buah fikirannya.
Membuahkan hasil yang perfect oomphnya!
Hmm..tapi,
mataku menangkap lagi.
(Capture)
(Save)
Kenapa sewaktu ribut otak, otaknya tidak kelihatan?
Bagaimanakah otak akan ada di situ, kalau empunya badan tidak diketahui lokasinya?
Kalau otak boleh diteleport, kan bagus! Hmm..
Mungkin tidak semua orang buat kerja sambil lewa.
Mungkin hanya sebilangan yang tidak hadir ketika meeting.
Mungkin hanya seorang yang tidak menyiapkan bahagian assignmentnya.
Tidak semua orang.
Tapi ada satu orang.
Tetap ada orang.
Dan orang itu, sepertiku, juga seorang muslim.
Di mana Islamku?
Wahai muslimin muslimat yang dikasihi Allah,
mari kita renungkan. Hayat sebagai seorang pelajar. Sebagai seorang penuntut ilmu.
Datang lambat ke kelas (akulah orangnya).
Buat tugasan sambil lewa, atau tidak buat langsung (aku juga).
Acuh tidak acuh sewaktu guru mengajar (nampaknya, aku lagi!).
Sifat-sifat di atas, ada pada kebanyakan pelajar Islam.
Saya tak kisah kalau ia ada pada manusia yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Mereka belum beriman. Maka mereka tidak tahu.
Tapi yang saya kisah, yang saya risau, yang saya sedih...
sebab sifat-sifat ini terpalit pada Islam.
Bukan Islam tidak sempurna.
Bukan Islam tidak indah.
Tetapi kitalah yang telah memalitkan lumpur pada wajah suci Islam.
Astaghfirullah.
Sebenarnya, di mana Islam kita?
Di manakah manusia akan nampak Islam pada kita?
Kita adalah cermin, sahabat-sahabat.
Percakapan.
Perbuatan.
Prinsip.
Akhlak.
Semua itu kita bawa setiap hari!
Sedarkah kita manusia memerhatikan kita setiap hari?
Sedarkah kita manusia mencari-cari Islam pada diri kita?
Jikalau attitude sambil lewa yang kita amalkan sesama muslim,
ketika bekerja dalam kelompok Islam,
maka akhlak apa lagi yang akan dipertontonkan kepada bukan Islam?
Tiba-tiba berubah menjadi baik?
Tiba-tiba begitu efisyen dalam gerak kerja?
Mengapa umat Islam hari ini begini?
Islam bukan terhenti setakat pembacaan Kalamullah!
Islam ialah AMALAN!
Islam ialah apa yang kita CERMINKAN!
Islam lebih daripada itu!
Islam lebih layak untuk mendapatkan hak yang jauh lebih tinggi daripada apa yang kita tonjolkan.
Sahabat-sahabatku...
Janganlah kita menzalimi hak Islam.
Janganlah kita menutupi kecantikan Islam dengan kelemahan diri sendiri.
Janganlah kita mencalit hitamnya arang pada putihnya Islam.
Dengan perbuatan kita.
Dengan akhlak kita.
Lakukanlah yang terbaik apabila bekerja di dalam kumpulan.
Latihlah diri untuk memberikan kerjasama.
Sempurnakan, sempurnakan, sempurnakan bahagian kerja yang diamanahkan kepada kita dengan hasil yang paling baik kita dapat berikan.
Sesungguhnya, ahli kumpulanmu,
bukan mengharapkan hasil yang bombastic. Perfect. Out of this world.
Ketahuilah,
mereka hanya mengharapkan KAMU YANG TERBAIK.
Mereka hanya mengharapkan kerjasama kamu.
Mereka hanya mengharapkan kamu menjaga hasil kerja kumpulan di pihak kamu.
Seperti halnya sebuah tentera Islam.
Pasukan hadapan mengharapkan pasukan belakang menjaga mereka daripada musuh, dari arah belakang.
Pasukan sayap kanan mengharapkan pasukan kiri melindungi mereka dari arah kiri.
Saling membantu, saling bekerjasama.
Inilah muslim yang berkualiti.
Inilah muslim yang kuat.
Inilah muslim yang sejati.
Iaitu, muslim yang berakhlak dengan Al-Quran yang mereka sayangi.
Penjaga Al-Quran
Nasihat di atas, saya tujukan kepada:
1. Diri saya.
2. Muslimin muslimat umumnya.
3. Para penjaga Al-Quran.
Wahai para penjaga Al-Quran,
sebagai seorang muslim, demi sesungguhnya...saya sayangkan kamu semua.
Dan saya bersangka kepada Tuhan,
bahawa Allah pastinya menyayangi kamu melebihi kami muslim awam.
Kerana kamulah yang menjaga kalam-Nya!
Fi sudurikum! (di dalam dada-dada kamu!)
Dan lagi, saya sangat percaya bahawa Tuhan kita...
Allah Ar-Rahim...
pasti...
pasti...
mencintai kamu dengan kecintaan yang memenuhi cakerawala...!
Apabila kamu benar-benar beramal dengan apa yang diturunkan-Nya.
Buktikan kepada kami, umat muslimin,
bahawa kamulah bintang terang yang Allah anugerahkan buat kami!
Bahawa kamulah yang akan menerangi negeri dan bumi ini, dengan cerminan kalam Allah pada setiap gerak-geri dan langkahmu!
Kami ingin,
apabila mata kami memandangmu,
kami akan teringat akan pesanan Tuhan:
"Innallaha katabal ihsana `ala kulli syai'"
yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan di atas setiap perkara."
Ihsanlah, yakni,
kerjakanlah yang terbaik dalam setiap perkara.
Jika kamu seorang ketua, maka ihsanlah terhadap organisasi dan orang bawahanmu.
Jika kamu seorang pekerja, maka ihsanlah terhadap pekerjaanmu.
Jika kamu seorang pelajar, maka ihsanlah terhadap ilmu dan pemberi ilmu.
Saya menyeru, jadilah contoh buat kami.
Dan saya menyeru, janganlah peduli pandangan kami.
Tetapi pedulilah pada pandangan Allah Yang Maha Hidup dan Sentiasa Jaga.
Tunjukkan kepada kami, bahawa kamulah pemilik hafazanmu!
Bangunan Yang Kukuh
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." (QS Ash Shaf : 4)
Bangunan yang kukuh.
Tebina daripada bahan-bahan mentah yang paling berkualiti.
Berkualiti iman dan akhlaknya.
Di medan perang,
di arena politik,
dan di dalam perjuangan menuntut ilmu.
Tidak kira di mana,
situasinya,
muslim yang berkualiti,
akan kekal berkualiti.
Tidak kira situasi,
manusia akan tetap mengenalnya,
sebagai muslim yang berkualiti.
Hanya muslim berkualiti,
layak menjadi batu-bata... "bunyanum marsus"!
1 comment:
salam. i really like this post. working in group really teach me how to be patient =D
Post a Comment