Selasa, Mei 18, 2010.
Assalamualaikun wbt.
Apa yang istimewa tentang manusia, pada pandanganku ialah ini. (menunjuk kepala)
Apa yang ada di dalam kepala setiap makhluk bernama insan itulah, pada pandanganku, antara keistimewaannya. Cuba bayangkan, kalau otak/pemikiran manusia tak ubah seperti otak haiwan, maka manusia tak akan jadi seperti yang kita lihat pada hari ini. Setiap hari ada sahaja penemuan2 baru, terutamanya dalam bidang saintifik, tentu sekali.
Jika otak manusia sama keupayaannya seperti otak2 haiwan, maka kita tak akan mampu menjadi khalifah di bumi Tuhan ini.
Sedarlah, kalau tak kerana Allah Taala mengurniakan kepada hamba2Nya kelebihan `akal, iaitu tingkatan pemikiran yang lebih sedikit sahaja berbanding makhluk2Nya yang lain di bumi ini, kita tak mungkin berupaya menggunakan segala kekayaan hasil bumi ini.
Bahkan, kita selalu lupakan nikmat yang tidak nampak ini, hanya kerana kita tak dapat melihatnya, melainkan kalau kita menjadi pakar2 bedah dan membelah kepala2 mayat untk melihat fizikal `akal. Agaknya, kalau bebola mata kita boleh diputarkan 360'..hmm..bolehlah kita melihat ke dalam kepala..dan berkata, "Hai otak! Long time no see..!". (menggigil kengerian)
Kita lupa akan kelebihan yang juga amanah ini, lalu kita menyalahgunakannya. Yang lebih bijak tapi buruk hatinya, menggunakan kebijaksanaannya yang hanya dilebihkan Allah Taala sedikit sahaja berbanding manusia lain, dengan menindas yang kurang berpengetahuan. Dibolotnya segala kekayaan hasil bumi, mengambil kesempatan terhadap kekurangan pendidikan penduduk2 tempatan, tidak menyedari yang kelakuannya TAK UBAH SEPERTI PENCURI. Lebih teruk lagi, tidak menyedari bahawa dirinya PENCURI BERTARAF ANTARABANGSA, mencuri hak penduduk negara lain, yang sama sekali TIDAK HALAL baginya, sebelum diizinkan oleh penduduk asal negara tersebut. Bijakkah manusia ini? Pada pandanganku, meskipun dia pemerima anugerah Nobel Prize sekalipun, dia tak lebih pandai dari seekor lembu, kerana kelakuannya itu. Perbuatannya yang seolah-olah dia tidak punya akal, maka jadilah dia benar2 seperti haiwan yang memang tak punya akal.
Hari ni, saya ingin membicarakan tentang sesuatu yang sebenarnya telah lama difikir, direnungkan dan dipandai-pandai buat kesimpulan sendiri. (haha) Tapi, ini sebuah dunia yang bebas, kan? Selagi kebebasan berfikir itu tidak melanggar batas2 Allah Taala, maka tidak salah bagi seorang manusia untuk menggunakan `akalnya, ke arah kebaikan, insya-Allah.
Ya, kebebasan berfikir. Namun, ku tertanya-tanya..bagaimanakah sebenarnya cara manusia itu berfikir? Aku bukanlah pelajar perubatan, apatah lagi pakar2 otak, psikologi dsb, tapi yang kumaksudkan ialah; bagaimanakah seseorang manusia itu cenderung untuk menggunakan fikirannya? Ke arah manakah yang lebih dia suka berfikir? Apakah pola pemikiran seseorang manusia itu?
Setiap manusia, pola pemikirannya, pasti tidak sama. Masakan sama, kerana setiap manusia itu berbeza pendapat.
Kalau semua manusia sama cara pemikirannya, kita tidak akan ada perpecahan kaum, perbalahan hanya atas perkara2 kecil, pertelingkahan dalam pentadbiran kerajaan, dan parti2 politik. Tidak akan ada begitu banyak perpecahan dalam sesuatu agama.
Ideologi yang berbeza. Kefahaman yang berbeza. Kepercayaan yang berbeza.
Kerana itulah saya menyimpulkan; setiap manusia mempunyai pemikiran yang berbeza. And that is what also makes each and every human unique.
Sebagai pengenalan, saya ingin berkongsi sesuatu yang saya dapati semasa sesi pembelajaran, semester baru2 ini.
Sekurang-kurangnya, saya berpandangan bahwa, pemikiran lelaki dan perempuan adalah berbeza. Jika boleh dibahagikan, I would divide thinking in terms of man and women.
Dan itu sahaja pengenalan untuk kali ini.
Bersambung...:)
No comments:
Post a Comment