Friday, May 21, 2010

Antara Dua Pemikiran: Gaya Ar-Rijal

Jumaat, Mei 21, 2010.

Ar-Rijal? Perkataan apakah ini? Macam pernah kudengar, tapi dimana ya?

Fikir. Fikir. Cuba fikirkan..

Sudah dapat jawapan?

...

Ting! (Mentol menyala)

Aha! Sudah tentu!

"Ar-Rijal qowwamuna `alan nisa'.." (Lelaki2 memimpin wanita2)

Di dalam al-Quran yang mulia, disebutkan ayat ini, yg kerana kecetekan ilmuku, tidaklah dapat kunyatakan surahnya di sini, apatah lagi ayatnya. Maafkanlah. Silalah anda semua berusaha mencari 'lokasi' ayat ini, sekiranya berkeinginan..

Ar-rijal. Saya bukanlah orang terbaik untuk mendefinisikan perkataan yang berasal drpd lughah (bahasa) Arab ini. Tapi saya mencuba; ar-rijal secara umumnya bermaksud "lelaki" atau pada pandangan saya "golongan lelaki" yang lawannya ialah golongan perempuan - "an-nisa'" atau "al-mar ah" (alif lam mim ro' alif hamzah di atas ta marbutoh). Kenapa kadangkala golongan perempuan dihuraikan dgn perkataan "an-nisa' " dan kadangkala "al-mar ah", hanya golongan cendekiawan bahasa dan nahu Arab dan Allah Taala sahaja yang tahu. Seperti yang saya katakan, saya hanya mencuba.

Berbalik kepada ar-Rijal, golongan lelaki ini.

Ar-Rijal 2x.

Sebelum masuk universiti, saya tak pernah terfikir pun macam mana ar-rijal berfikir. Saya tak berkeinginan nak tahu. Sebabnya mudah; saya tak faham cara lelaki berfikir.

Yelah, saya bukannya ar-Rijal, macam mana nak faham, kan? Dan ar-Rijal pun probably tak faham dengan..well, sometimes kerenah an-nisa'. Yelah, mereka bukannya perempuan. Macam manalah nak faham, kan? (Kenapa macam pernah dengar ayat ni? Tapi di mana ya...hehe)

Baiklah. Kali ini, saya akan 'membongkar misteri' pemikiran kedua-dua jantina yang totally berbeza ini (misterilah sangat :) ). Sebenarnya, ia bukanlah misteri terulung di dunia ke, di alam semesta kita ke. Tak, bukan misteri mana pun.

Kerana ramai yang tahu bahwasanya ar-Rijal mempunyai 9 akal , 1 nafsu, atau dalam istilah yg lebih mudah difahami 9 rasional, 1 keinginan. (kalau tak silap ust Hasrizal menggunakan istilah2 ini..wallahu`alam. saya pun dah terlupa dari mana saya baca.) Berkenaan an-nisa', akan dikupas dalam bahagian yg seterusnya.

Fokus utama: gaya pemikiran ar-Rijal.

Sebagaimana yang dinyatakan, perkara ini bukanlah misteri nusantara pun. Ramai, terutamanya golongan ar-Rijal sendiri, yang tahu bagaimana gaya mereka berfikir. Atau dgn kata lain, kecenderungan mereka.

Semasa pra-uni @ matrikulasi, saya tak perasan pun perkara ni. I mean, I know that guys memang lebih ke arah logik akal, cara berfikir mereka, tapi, tak pernah saya benar2 perasan "saat-saat di mana mereka berfikir". I never really noticed "exactly when they utilize/use their thinking style".

Allow me to explain.

Or maybe it's easier if I just tell you the story, eh? (Story telling pulak dah..)

Tarikh:unknown
Hari:unknown (sebenarnya tak ingat..haha)
Time:Night
Venue:Uni,Kuantan

Pada suatu malam yang hening (ke hujan ha malam tu?? wallahualam, yang penting malam..), seramai 104 manusia dijemput hadir ke satu perkumpulan organisasi..organisasi gelap (muahahaha) Cut!

Ok, itu tak betul ye. Tak ade perkumpulan organisasi gelap, malam yang gelap adalah. Ok, cut the story short...eh? Korang nak dengar, or rather..bace cerita aku yang berjela ni ke? Tak payahlah, eh? Korang tahu kan, bila aku dah melalut, bom atom pun tak boleh hentikan aku..(ketawa). just kidding.

Malam tu, batchku mengadakan satu aktiviti 'rahsia', macam satu gathering ramai2. Memang rahsia pun perjumpaan tu, kami tak tahu pun ada perjumpaan dan nak membincangkan beberapa isu berbangkit (cewah..) Kami ingat ianya satu jamuan atau aktiviti santai. Yelah, nama pun cantik, "Malam Tautan Kasih".

Jadi, tak sangkalah kami, bila tiba2 diajaknya ramai2 duduk di lecture hall sambil tunggu semua org sampai. Or at least aku je yang tak sangka. Sebab ada tema, "Arabian night/ dressing", lepas tu kene beli belon seorang satu, mestilah impresi pertama ialah parti/jamuan, ye tak? An-Nisa' memang berfikir habis (tp takdela sampai pecah kepala) nak pakai baju apa, warna apa. Ha, tema warna malam tu biru atau merah. Tapi...bila ar-Rijal sampai...mak aih, warna-warni Malaysia sungguh. Macam2 warna ada, kuning, hijau, biru berape kerat je. Merah..entahlah, macam tak ade je. (geleng kepala) Itulah ar-Rijal, kan an-Nisa' di luar sana?

(ketawa)

Ok2. Bukan nak cari gaduh di sini.

Hmm..(usap dagu) bila difikirkan balik, memang mereka ni lebih berorientasikan logik akal, dan sangat kurang..sesuatu. Yang ini akan dibincangkan nanti ye, sabar2.

Baiklah, berbalik kpd perbincangan.

Bagaimana sebenarnya ar-Rijal berfikir?



Guna otaklah, cerdik. (haha)

Itu aku taulah, genius. Yang aku nak tanya di sini ialah, apakah kecenderungan mereka, secara spesifiknya?

Aku tak tahu dari mana dan sejak bila aku mengetahuinya, tapi memang aku tahu yang lelaki mempunyai 9 rasional dan 1 keinginan, dan perempuan pula terbalik iaitu; 9 keinginan 1 rasional.

Berfikir tentang pemikiran (ayat apakah ini??), aku tertanya-tanya; kenapa begini? Mengapakah Allah Taala memberikan nisbah begini kepada ar-Rijal, dan nisbah begini pula kepada an-Nisa'?

Saya percaya pasti ada sebabnya. Pasti ada hikmahnya.
Kerana Allah Taala tidak menciptakan sesuatu dengan sia2, melainkan pasti ada tujuannya.

Tapi, buat masa sekarang, saya tak tahu. (jungkit bahu) Maaflah kawan2. Tak ada jawapan.

Tapi, what I do know and observe lately, is how different the way a man and a women think. But what amazes me most is not how different these two are, but how incredibly the two seem to complement each other.

Ar-Rijal..atau singular noun nya "ar-rojul" (alif lam ro' jim lam). apabila ar-Rojul berfikir, mereka memang berfikir. Secara semulajadinya, manusia berfikir menggunakan apa? Menggunakan otak atau lebih tepat lagi akal. Wanita juga berfikir menggunakan akal, tiada keraguan di situ, cuma wanita kurang cenderung untuk bergantung kepada akal apabila tiba masanya untuk membuat keputusan. Maaf ye, para wanita sekalian, ini hanyalah pandangan peribadi, sebagai seorang perempuan sendiri.

Di sinilah kelebihan ar-Rojul dalam perihal membuat keputusan. Mungkin kerana mereka dikurniakan 8 lebih banyak rasional berbanding perempuan, maka di situlah datangnya kelebihan tersebut. Tapi.

Janganlah wahai ar-Rijal sekalian, anda ingat ianya hanya kelebihan, dan tiada tanggungjawab.

Janganlah kamu menyangka, bahwa keupayaan kamu itu, hanya untuk dibanggakan, dan tiada amanah ke atasnya.

Janganlah terlalu banyak bersangka, kerana al-Quran acapkali menegur manusia (bukan lelaki sahaja) terhadap sangkaan2nya itu.

Maka waspadalah akan anugerah Yang Maha Esa itu.

Baiklah. Pertama kali saya menyedari akan hakikat ini, iaitu kecenderungan lelaki dalam caranya berfikir ini, ialah pada malam itu, MTK.

Kami sedang berbincang..tentang beberapa isu. Antaranya ialah, bagaimana perkara2 dalaman dalam batch kami, di dalam kuliyyah farmasi, boleh sampai ke pengetahuan pelajar di kuliyyah2 lain. Dan, sangat cepat pula.

Setiap manusia pasti ada perkara yang tidak elok, kadangkala sejarah silam, yang tidak mahu diketahui oleh sesiapa. Kerana ianya kenangan pahit yang tidak mahu diulangi kembali. Bagaimanakah perasaan kita, tatkala aib terbesar kita terbongkar dalam masyarakat umum? Aduh, mana nak disorokkan muka ini.

Samalah juga, dalam sebuah komuniti kecil kami, iaitu batch kami, pastilah ada perkara2 yang wajiblah dijaga oleh ahlinya masing2, demi kebaikan bersama. Tapi, entah bagaimana, dengan kehendak Allah Taala, sesetengah perkara tidak dapat dielakkan. Jadi, antara perkara yang dibincangkan pada malam itu, ialah hendak menyiasat punca bagaimana perkara tersebut boleh terbongkar in the first place.

Ha, kan saya dah cakap panjang..phew. Ok.

Maka kami masing2 bangun memberi cadangan dan pendapat. Pada awalnya, lebih banyak drpd golongan an-Nisa' yang memberikan pendapat. Saya hanya mendengar, sebab, jujurnya, saya baru tahu akan perkara itu, pada malam itu dan terasa seperti katak di bawah tempurung. Rasa macam nak menyorok di bwah tempurung sebab tak tahu apa2. (ketawa kecil) Saya pun diam dan terus mendengar. Kemudian ar-Rijal memberanikan diri. Saya terus juga mendengar. Dan..lambat. Tapi, lama-kelamaan, neuron2 di dalam otak kurniaan Ilahi ini semakin cepat bersinapsis. (Satu proses dalam otak) Semakin pantas kelajuannya, sehinggakan aku berasa seolah-olah dapat kudengari proses itu. Bagaikan peluru yang ditembak pada kelajuan cahaya.
Tetapi, anehnya, semua itu berlaku di atas ini, di dalam tempurung kepala ini.

Aku menyedut udara dalam2. Lama, dan dalam. Lalu kutersedar.

Aku tersedar..akan kehebatan ar-Rijal. Kekuatan ar-Rijal. Kelebihan ar-Rijal.

Hmm, hebat juga, fikirku. Apakah hakikat yang kusedari itu?

Iaitu; mereka memikirkan cara. Mereka memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah. Mereka tak seperti an-Nisa', yang lebih cenderung meluahkan perasaan, rasa tidak puas hati dsb. Mereka sudah tidak memikirkan sebab dan kenapa ianya terjadi, seperti an-nisa', tetapi TERUS KEPADA PENYELESAIAN. TERUS KEPADA BAGAIMANA NAK MENANGANI. TERUS KEPADA SOLUSI.

Dalam sesebuah pemerintahan, seorang pemimpin perlu membuat banyak keputusan, dalam masa yang terhad. Dia perlu bertindak pantas dalam menyelesaikan kemelut negara dan masalah rakyat, kerana masalah tidak pernah tamat. Ia sentiasa datang bertimbun-timbun, kerana negara ialah suatu kawasan yang amat besar, dan hanya seorang atau beberapa akal manusia perlu membuat keputusan dengan seberapa segera supaya masalah dapat diselesaikan dgn cepat dan berkesan. TAPI. TAPI. Dalam masa yang terhad ini, pemimpin harus membuat KEPUTUSAN YANG TEPAT.

Dan pemimpin yang sejati akan sedar bahawa langkah atau keputusan yg diambilnya ini akan melibatkan berjuta-juta nyawa yang bersamaan dgn berjuta-juta amanah. Berat. Berat sebenarnya tugas yang terpikul di bahu ar-rijal, kalaulah mereka mengetahui. Dan seorang rakan pernah mengingatkanku, bahwa, sekali lagi, maafkan saya kerana tidak pasti apakah ianya hadis, ataupun firman Ilahi, tapi bunyinya seperti ini,
"Sebelah kaki seorang pemimpin berada di syurga, manakala sebelah lagi berada di neraka."

Apakah ertinya? Apakah maksudnya, sebelah kaki sudah masuk dalam kawasan syurga, tetapi pada masa yg sama, sebelah lagi berada di neraka? Sahabatku itu menjelaskan lagi,
"Maksudnya, seorg pemimpin itu memanglah nampak mudah masuk ke syurga, tapi kalau dia tersilap buat keputusan, sangat mudah juga masuk neraka." (lebih kurang begini penjelasannya)

Jadi, wahai an-Nisa', walaupun saya kelihatan seperti melebihkan ar-Rijal dari segi pemikiran, hal membuat keputusan dan kepimpinan, anda lihatlah magnitud atau berat bebanan/tanggungjawab/amanah yg harus mereka tanggung. Mereka tak boleh lari dari tanggungjawab ini. Kerana Allah Taala telahpun menganugerahkan mereka kebolehan ini, kelebihan ini. Dan untuk apa?

Apabila Allah Taala bertanya nanti,
"Apakah yang telah engkau lakukan dgn nikmat kurniaanku, wahai hambaKu?",
ada sesiapa hendak volunteer nak jawab bagi pihak kita dan mereka?

Tidak.

Tak akan ada peguam bela lagi saat itu.

Yang dapat membela kita nanti, kedua-dua ar-Rijal dan an-Nisa', hanyalah amalan kita.

Itulah satu-satunya peguam bela kita di Hari itu nanti.

Wahai an-Nisa', janganlah kamu marah kepadaku, kerana aku hanya menyatakan hakikat yang kudapati melalui kaca mataku. Jangan bimbang, akan kuulas kelebihan kita di bahagian seterusnya. Bukankah Allah itu al-`Adlu, Yang Maha Adil, lagi al-Hakim, Maha Bijaksana? Janganlah kita meragui keadilan dan kebijaksanaan Pencipta kita.
Sesungguhnya Dia menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian, kemudian kitalah yg memilih sama ada untuk memelihara diri, atau menghumbankan diri ke jurang kebinasaan.

Di sini, saya mengakui, bahawa kelebihan ar-Rijal ialah; mereka pantas dalam memikirkan penyelesaian serta tidak terlalu terikat dengan emosi apabila membuat keputusan, sesuatu yg perlu dalam diri seorang pemimpin. They are good in thinking HOW to achieve the objectives. Alhamdulillah, that is something to be grateful for, ar-Rijal.

Tapi, adakah Allah Taala hanya melebihkan kamu, hai ar-Rijal dalam penciptaan manusia?

Oh tidak. Tidak sekali-kali.

Nantikan kupasan selanjutnya; Antara Dua Pemikiran; Kecenderungan An-Nisa'.

Wallahu`alam.

9 comments:

khadira said...

masturah rosli likes this!!

Ummu Hurairah said...

wuhoo! ade peminat! haha..:D

khadira said...

timmy, 1st tym i read it, it all plain with no color..2nd tym, i read it, it was soo colorful..wud u, make it less colorful nex tym? huhu

Ummu Hurairah said...

oh..colurful sgt ye? haha..i like coulour. so, sakit mate ek? okey..will do. tq.:)

khadira said...

x dela skit mate..ak jd mls bace..haha, gler selfish laa, nk bace pun kne ikot hati ak..

Ummu Hurairah said...

oo..ingatkan kalau berwarna-warni tu menarik..huhu

khadira said...

haha..ak kn plekk..bnda yg x menarik jd menarik kat aku..sori lau terase

Huda Idris said...

haha.gaduh plak.

timmy, sy pernah beberape kali meeting dengan brothers, and we end up with fighting between sis n bros. mmg dari meeting2 seumpanya dapat saya lihat perbezaan dr pemikiran llki n perempuan.

perempuan sangat teliti, dan adakalanya teliti itu x diperlukan, dan dalam keadaan itu, lelaki diperlukan untuk lebih memudahkan keputusan dicapai (read: to make it simpler)

llki n permpuan saling memerlukan... (read: x semestinye soal kahwin je)

tp, kasihan sungguh kan, bg lelaki yang menyia2kan potensi nih... malah kadang2 perempuan lebih dilihat mengharhai potensi mereka. skang majoritinye, kaum hawa lagi dominan. mane kaum adam yg len...

apepun, ke2-2nya saling melengkapi.
yg perempuan x bleh terlampau 'berwanita besi' sampaikan lupa tggjawab n hak kepada seorang suami/llki n tuntutan agama, dan lelaki butuh wanita sbg penguat (yg ni interms of suami isteri)

wanita juge bleh jd pemikir n perancang yg baik hasil ketilitannya.. bukan skadar pelengkap2 kerja2 teknikal dan belakang tabir.

wallahualam. waiting for ur next post~

hudaidris

Ummu Hurairah said...

oh, tx huda 4 da input..mas: x marah pon..betul jgkla, aku pun x lrt nak kaler2 sokmo :)