Wednesday, June 23, 2010

3 Manusia Istimewa di Dalam 1 Kisah

Rabu, Jun 23, 2010.

Pagiku, pada pagi tadi, bermula dengan...

"Huaaaaaargghh...hmm.."

APA ITU?

(tergelak)
Alahai, takkan tak kenal lagi bunyi manusia menguap. :) Yang tadi tu, versi ummu hurairah..huhu.
Tapi..patutnya macam ni kot, "Huaaaaargghh..miiiaaww!..."

(tergelak lagi)
Oklah, sudah-sudahlah tu.

Ehem.

Ya, begitulah pagiku bermula setiap hari. Bangun sahaja manusia dari tidurnya, itulah 'ungkapan' yang keluar dahulu, bukan? Tapi, adakah kita semata-mata manusia?

Sahabat2,
Bukankah kita juga, hambaNya Yang Maha Agung?

Bukankah kita juga, hambaNya, Yang Memelihara kita sewaktu kita melepaskan penat seharian dengan tidur nyenyak pada malam hari?

Bukankah kita juga, hambaNya, Yang Menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian?

Astagfirullah. Astaghfirullah al-azim.
Bukan. Bukan istighfar yang patut keluar dari mulut kita pada pagi hari. (boleh juga)
Tetapi, yang pertama sekali ialah; syukran, alhamdulillah. Jika inginkan ungkapan yang lebih baik, maka panjangkanlah ia kepada ,"Alhamdulillahi Rabbil `Alamin."

Alangkah baik, jika keluar dari mulut insan, sesuatu yang baik dan manis didengar..
Sudahlah nafas pun berbau..setidak-tidaknya, 'wangikanlah' nafas kita dengan ucapan pujian dan kesyukuran kepada Allah, Yang Hidup dan Tidak Mati, yang menghidupkan kita kembali setelah 'matinya' kita di alam mimpi.

Sahabat2ku,
Kita, sebagai insan yang dikurniakan nikmat iman dan Islam, bukanlah seperti manusia lain. Nanti dulu, jangan terlalu cepat mentafsirkan kata2 saya.

Bukanlah maksud saya, kita muslimin hebat, dan terlebih atas drpd bangsa2 lain. Oh, tidak. Janganlah begitu. Tidak sekali-kali begitu maksudku. Dan janganlah kita berfikir, apatah lagi bersikap begitu.

Ingat kembali, wahai sahabat2ku, akan kisah iblis dihalau dari syurga.
Masih ingatkah akan sebabnya Allah Taala begitu murka akan iblis?
Iaitu, kerana iblis berkata kepada Tuhannya apabila ditanya,
"Hai iblis! Mengapakah kamu tidak mahu bersujud kepada Adam sedangkan Aku telah memerintahkan kpdmu?"

Lalu jawab iblis,
"Engkau menciptakanku drpd api, sedangkan Engkau ciptakan Adam drpd tanah. Maka aku lebih baik drpdnya."

Disebabkan jawapan iblis laknatullahi `alaihim (laknat Allah ke atasnya) inilah, dia dikeluarkan drpd syurga selama-lamanya.
Kerana kesombongan yang terpamer drpd jawapannya itu, dia dikeluarkan drpd syurga yang penuh kenikmatan.

Iblis sombong, sahabat2 sekalian. Lihat, hanya sekali sombong dan riak akan kelebihan yang dirasakan ada padanya, dia terus dikeluarkan drpd syurga dan tidak sekali-kali dibenarkan masuk semula ke dalamnya. Kenapakah kita tidak mahu mengambil pengajaran?

Bukankah Nabi SAW juga bersabda,
"Abdullah bin Mas`ud r.a. berkata, 'Bersabda Nabi SAW: Tidak akan masuk syurga, sesiapa yang di dalam hatinya ada perasaan sombong (walau) seberat zarah.' " (Riwayat imam Muslim)*

Sejarah telah membuktikan. Al-Quran telah menceritakan. Rasul Allah SAW telah membenarkan.
Bukti apa lagi yang kita perlukan?

Bahawa, sebagai seorang muslim, dan juga seorang manusia, bahawasanya berlaku sombong itu seburuk-buruk sifat?
Bahawa sombong itu telah mengeluarkan satu penghuni syurga, dan diharamkan syurga drpdnya selama-lamanya?
Bahawa TIDAK AKAN MENJADI PENGHUNI SYURGA DRPD KALANGAN MANUSIA, yang di hatinya ada walaupun satu ATOM perasaan sombong?

Takutlah kita kepada Allah, dan berusahalah untuk bertakwa kepadaNya.

Ya ayyuhal insan (wahai sekalian manusia),
Islam tidaklah meletakkan penganutnya bertaraf-taraf sesamanya, apa lagi sesama manusia yang tidak satu akidah/pegangan dengannya. Semuanya sama dalam pandangan Islam. Yang membezakannya hanyalah pandangan Allah Taala, yang mengangkat darjat mereka yang bertakwa kpdNya, ataupun lebih dikenali dengan julukan "Al-Muttaqin". Sama2lah kita cuba mendapat julukan itu dlm pandanganNya.

Ya..sebenarnya saya telah melalut terlalu jauh. (aduhai..)

Baiklah, saya cuba kembali ke pangkal jalan. (pangkal jalan cerita ye..:) )
Hm, oh yes. Pagi saya telah bermula dengan..

oh, tak perlulah diulang nguapan (satu lagi perkataan baru! yeah!) ku itu..

Dengan itu, dan dengan sedikit kebosanan. Dalam mata yang separuh terbuka itu, saya pun melihat TV. Ataupun kata orang, TV yang tengok kita. (haha)

Saya antara mendengar dan tidak berita yang dibacakan pemberita al-Jazeera..
Masih dalam keadaan separa mengantuk, saya membuka pula laptop, untuk mengemas (kononnya) pendrive.

Scanning..tup!
Aik?
Asal gelap pulak ni?
Tret!
Oh, aku terlelap rupanya..(heee)

Aku pun menjelajah ruang pendriveku yg sgtlah semak dan tak tersusun..
Lalu di celah2 kesemakan itu;

Folder: video selingan habib dan selawat
Enter.
Video kalimah toyyibah.
Layan ajelah.

...

tik!
tik..tik..!
Air?
Ya, air.
Tapi bukan air hujan di luar rumah..bukan juga air liur basi..tetapi air mata yang berjuraian.

Ya, pagiku yang bermula dengan kebosanan, disegarkan dengan kisah yang begitu menyentuh sanubari..dan berakhirlah di sini, pada petang ini, dengan perkongsianku dengan kamu semua.

Saya tak mahu menceritakannya, biarlah anda sendiri yang menontonnya.
Tontonilah kisah khazanah ini, yang kujumpa dalam khazanah fail2 pendriveku, dan simpanlah khazanah ini dalam hati2mu, atau lebih baik lagi, tanamlah dalam hati2 sahabat2mu pula..dan seterusnya.

Tontonilah, dan anda akan menjumpai, 3 manusia istimewa di dalam 1 kisah, yang saya maksudkan.


1. Orang yang menceritakan
2. Orang yang diceritakan
3. Orang yang menonton cerita

Keliru?
Ya, manusia istimewa ketiga yang saya maksudkan, ialah kamu, yang sudi menonton cerita ini...

Di dalam kisah "kalimah toyyibah" ini, pencerita, yang diceritakan, dan yang mengetahui cerita ini...semuanya istimewa.

Yang diceritakan memang sangat istimewa, istimewa dlm pandangan makhluk2 langit dan bumi, juga dalam pandangan penciptaNya.

Pencerita juga..sangat istimewa, kerana penghayatannya kepada orang yang diceritakan, sehingga mampu menyampaikan semula kisah lama ini, yang berusia lebih 1400 tahun ini, dengan begitu baik, sehingga orang lain, yang tidak hadir di ceramah tersebut, sebaliknya menonton melalui rakaman video, yang entah berapa usianya. Sehinggakan yang melihat video ini, turut merasai penghayatan beliau.

Dan akhir sekali, kepada yang menonton cerita ini, anda juga istimewa. Kerana sudi menonton video tentang kisah ribuan tahun ini, dan menghayatinya pula, sebagai pengajaran buat diri. Itu, sudah cukup istimewa bagiku, dan tentunya bagi Rabb al-`Alamin.

Ya sahabat,
Kamu juga istimewa buatku, kerana sudi melawat ruang mayaku yang kecil ini, memberikan sokongan untukku terus, dan terus melakarkan kata2 hati yang tersimpan fi as suduri (di dalam dadaku) ini.

Terima kasih. :)

Alkisah...

*Riyadhus Solihin Jilid 1. Imam Nawawi. Terjemahan oleh Salim Bahreisy. Terbitan PT Al-Ma`arif, Bandung. m/s 505

2 comments:

Huda Idris said...

kalimah toyyibah..berkata yg baik itu sedekah..kan?

Ummu Hurairah said...

yup..:)