Monday, December 6, 2010

Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Hijriah

بسم الله الرحمان الرحيم

Dikemas kini 6 Disember 2010, jam 6.20 petang.

Segala pujian bagi Allah, Tuhan pemilik semesta alam.
Segala pujian hanya layak baginya, Allah Taala Tuhan pencipta langit dan bumi, serta segala kehidupan yang berada di antaranya.
Segala pujian hanyalah bagi Allah, Tuhanku, dan Tuhanmu, wahai sahabat2ku yang belahan jiwaku.

Pujilah Allah!
Bertahmidlah kepada Allah!
Bersyukurlah kepada-Nya...

Kerana kita telah sampai ke penghujung tahun Hijriah, iaitu pada penghujung bulan Zulhijjah, 1431H.

Sambutlah Maal Hijrah dengan Doa


Jika kerajaan mengadakan sambutan Maal Hijrah pada peringkat daerah, negeri mahupun peringkat kebangsaan, ayuhlah kita juga wahai orang2 muslimin, mengadakan sambutan pada peringkat diri.

Yang paling penting bukanlah kita mendapatkan anugerah tokoh Maal Hijrah 1431H, walaupun penghargaan itu tidak salah, malah sangatlah kita galakkan sebagai umat yang cintakan kejayaan.

Akan tetapi yang lebih mustahak wahai sahabat2ku sekalian,
ialah penghayatan dalam jiwa setiap insan.

Kerana sabda kekasih kita Nabi Muhammad Rasulullah saw, bahawa di dalam diri manusia ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut. Sebaliknya jika jahat daging itu, maka jahat pulalah manusia itu. Ketahuilah, daging itu ialah hati.
- petikan drpd Solusi isu 4, m/s 12 (dengan sedikit pengubahsuaian perkataan tetapi masih mengekalkan maksud yang sama)

Apakah kebolehan unik hati? Yang tidak dimiliki oleh organ2 lain di dalam tubuh anak Adam?

Ya, itulah penghayatan.

Maka bagi saya, sebaik-baik sambutan (yang dibenarkan dan dianjurkan di dalam Islam) ialah dengan menghayati atau menjiwai erti di sebalik sambutan itu.

Di sini bolehlah sahabat2 memuat turun (download) fail PDF yang saya jumpai melalui Google, tentang doa akhir tahun dan doa awal tahun Hijriah. (Kemas kini: minta maaf, setelah sendiri mencuba baru tahu yg ada masalah untuk buka fail yang disimpan / save. Namun kelebihan doa2 itu boleh didapati di link tersebut. Di bawah ada gambar doa akhir tahun dan awal tahun. )

Dibaca selepas solat Asar pada hari terakhir bulan Zulhijjah


Dibaca selepas maghrib pada malam 1 Muharram tahun baru hijrah

Hayatilah maksud doa2 tersebut di dalam bahasa kita, kerana apabila sudah faham maksudnya, barulah penghayatan akan mengetuk hati kita, insya-Allah...

Sedikit Sejarah

Saya cuba untuk mengingati kembali sejarah di sebalik kalendar atau tahun Hijriah yang umat Islam sandarkan ini...(maaf kerana saya tidak banyak ilmu tentangnya)

Apa yang saya tahu dan ingati ialah, bermulanya perkiraan tahun Hijrah ialah ketika Hijrah Nabi Muhammad saw dan para sahabatnya dari Makkah ke Madinah, apabila Allah Taala telah mengizinkan Nabi dan umat Islam ketika itu berpindah bagi mengelakkan seksaan Quraisy yang tiada surutnya.

hijrah ketika itu berjalan kaki atau menunggang unta, meredah LAUTAN padang pasir...demi Allah dan
Rasul-Nya

Bermakna, pada tahun ketika penghijrahan bersejarah itu berlaku, dikira Tahun 1 Hijrah.

Sahabat2ku sekalian,
kini jika ditatap kalendar2 di dinding rumah2 kita, tertera angka 1431H.

Apakah maksudnya?

Maksudnya...sudah 1431 tahun sejak hijrah bersejarah Nabi saw dan umat Islam yang setia dengan baginda.

Hijrah yang di sebaliknya terkandung hikmah yang sangat besar, iaitu Allah Taala telah menetapkan ketetapan-Nya supaya Madinah al-Munawwarah menjadi kerajaan Islam yang pertama di dunia.

Dan supaya hamba-hamba-Nya yang beriman dapat melaksanakan perintah dan larangan-Nya dalam keadaan aman dan sejahtera. 

Sudah lama bukan peristiwa itu?

Tetapi, hati-hati yang hidup insya-Allah dapat menghayati serta menghidupkan peristiwa hijrah ini...seolah-olah ianya masih mekar semalam...seolah-olah dirinya turut sama berhijrah bersama Rasulullah saw ketika itu...

Maka, hidupkanlah perasaan syukur kepada Allah Taala, yang telah menegakkan agama-Nya di bumi ini, meskipun orang2 musyrik membencinya...

Kerana rahmat Allah, Islam sampai ke benua Asia Tenggara.
Kerana rahmat Allah, Islam selamat berlabuh di Tanah Malaya.
Kerana rahmat Allah, kita ialah manusia yang Islam kepada-Nya.

maka jangan kita lupakan nikmat ini...jangan...jangan tinggalkan ia menjadi debu di jalanan..

Angkatlah maruah Islam kembali..
Tanamkan azam...dan lebih penting lagi, pelan tindakan yang baru, sempena tahun baru Hijrah yang akan datang menjelang Magrib ini..

Setiap muslim ada caranya yang tersendiri.

Terserahlah...bagaimana kita fikirkan cara yang terbaik untuk memberikan gambaran yang jujur tentang Islam agama, deen yang bersih suci ini..

Cuma, pandangan peribadi, jauhilah cara yang menimbulkan permusuhan, beralahlah, kita tidak lemah jika menjadi manusia yang mengalah demi kebaikan yang lebih besar.
Ikut contoh Rasulullah saw, akhlak baginda seorang sudah cukup menjadi ikutan seluruh umat manusia...

Pelajarilah sirahnya, 
contohilah akhlaknya, 
amalkanlah sunnahnya

yakinlah, kelak insya-Allah petunjuk Allah Taala akan datang kepada kita tentang bagaimana mahu menangani fitnah2 (ujian) ke atas agama dan umat yang kita sayangi ini, ISLAM.

"Selamat menghayati Tahun baru Hijrah, 1 Muharram 1432 H, bersamaan 6 Disember 2010 M."


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

4 comments:

khadira said...

khadira likes this!

semoga tahun baru yang akan datang ni membawa kerahmatan dan keberkatan kpd individu yg memahami..

salam maal hijrah =)

Ummu Hurairah said...

oh thank you khadira! i like u too! :p salam kembali :)

Ukhar said...

alhamdulillah..dapat jugak bernafas dalam tahun baru. pagi tadi ada sorang meninggal kat kampung..sikit je lagi nak masuk tahun baru

Ummu Hurairah said...

alhamdulillah..Allah Taala syg dia..smg kuburnya mnjadi slh 1 tmn syurganya, ameen ya rabbal `alamin