Friday, December 3, 2010

Cakap Biar Serupa Bikin!

بسم الله الرحمان الرحيم

chit-chat...

pot-pet...

bla3...

Cakap. Cakap. Cakap.

Manusia memang suka bercakap kan?

Cakap jelah apa2 pun..yang penting cakap..tak ada isi pun tak pe kan?



Ya. itulah antara kebolehan manusia yang paling istimewa sekali, iaitu dikurniakan kebijaksanaan bertutur. Intelligence of speech.

Ada tak makhluk lain yang 'setanding' dengan manusia dalam perihal bertutur? Dengan pelbagai jenis bahasa yang dituturkan oleh manusia, mengikut negara dan bangsa masing-masing. Bahasa Jerman, Perancis, Jepun, Korea dan sudah tentulah tidak dilupakan, bahasa Malaysia yang tercinta.

(Tercinta? Aduh, tatabahasa pun merangkak...)

Kalau bahasa Malaysia pula, ada pula dialek2 yang tersendiri mengikut negeri.

"Tak emboh!" "Tok se!" "Tak nak!"

Semua tu sama je maknanya.

Kalau haiwan ada tak sebegitu detail bahasanya?

"Miauuu.." "Mauuu.." "Rrriaau!!" "Weyau!!"

Kalau ada pun ikut mood jelah.

Cara komunikasi

Bercakap. Bertutur. Berbicara.

Itulah cara manusia berkomunikasi.

Malahan sesetengah cerdik pandai menyimpulkan bahawa dengan bahasalah berkembangnya tamadun manusia.

Manusia berdagang/berurusan dalam perniagaan menggunakan bahasa.

Manusia menimba dan mengajarkan ilmu melalui medium bahasa.

Manusia mengemukakan idea-idea kreatifnya melalui percakapan dan perbincangan.

Inilah antara kelebihan yang Allah Taala kurniakan kpd manusia.

Cakap Sahaja Tak ke Mana

Tapi, kalau asyik bercakap saja, tapi tidak disusuli dengan tindakan, hanya tinggal kata2 saja.

Adapun manusia biasa bercakap.

Manakala manusia bijak bercakap dan bertindak.

Tetapi manusia hebat ialah yang bercakap dan bertindak serupa dengan apa yang dicakapkannya.

Manusia hebat sepanjang zaman

Adakah anda mengenali seseorang yang layak diberikan gelaran "Manusia hebat sepanjang zaman"?

(senyum)

Ya, namanya Muhammad bin Abdullah.

Di dalam Al-Quran disebutkan namanya Ahmad. (Surah as-Saff ayat 6)

Dialah Muhammad Rasul Allah saw.

Pernahkah anda menemukan seseorang yang tindakannya amat membenarkan kata2nya, selain drpd Rasulullah saw?

Maksud ayat "tindakannya membenarkan kata2nya" ialah perbuatannya sama seperti apa yang diserunya/disuruhnya/diajarkannya.

Siapakah yang lebih baik dan lebih banyak solatnya berbanding baginda rasul sendiri?

Baginda tidak menyuruh para sahabat dan umat Islam seluruhnya menunaikan solat yang wajib lima kali sehari (solat fardu) melainkan baginda sendiri turut melaksanakannya dengan penuh tertib dan kesempurnaan. Malahan insan yang maksum daripada dosa ini, insan ini jugalah yang bengkak-bengkak kakinya dek begitu lama berdiri menunaikan solat malam...

Banyak lagi kisah2 hidup baginda yang mencerminkan watak "Cakap serupa bikin" ini.

Seluruh hidup Muhammad al-amin ini, ialah testimoni kepada umat manusia sebagai teladan akhlak "tindakan membenarkan kata2".

Jalan yang paling mudah kepada Islam

Sahabat2ku yang dikasihi sekalian,
saya memberi nasihat kepada diri saya juga, iaitu apabila saya berpendapat bahawa jalan termudah untuk memperlihatkan kecantikan Islam ialah dengan melakukan apa yang kita sendiri serukan.

Kalau kita mengajak orang supaya berkata benar dan meninggalkan amalan bersumpah dan berdusta, maka kitalah yang terlebih dahulu sepatutnya melakukan seperti itu.

Kitalah yang sepatutnya, ya, sepatutnya melatih diri sendiri supaya berkata hanya yang benar dan menceritakan perkara2 yang baik sahaja tentang sahabat2 kita, keluarga kita, guru2 kita.

Jika kita mengajak orang lain solat berjemaah, maka kita haruslah bersemangat dalam melakukan solat berjemaah.

Janganlah kita berkata: "Intan, solat berjemaah ni pahala dia banyak tau. Ada yang kata 24 kali ganda. Ada pula yang kata 27 kali ganda. Wau, kalau fikir pahala macam duit, ni dah kira durian runtuh ni! 27 x 5 = 135. Sehari dah boleh dapat 135 ringgit! Wau, bagus tau solat jemaah ni!"

Tapi bila terdengar sayup2 suara itu memanggil: "Allahu akbar, Allahu akbar.."

Muka masih menghadap buku. Facebook. Atau Televisyen dsb.

Jika kita mengatakan: "Kebersihan itu separuh drpd iman."

Tapi pakaian kita tidak mencerminkan kebersihan yang sering kita sebut2kan itu.

Lalu bagaimanakah Islam yang sebenar akan kelihatan? Apabila umat Islam itu sendiri tidak menggambarkan agama indah itu...

Sahabat2ku,
Seperti yang kukatakan, nasihat ini merupakan peringatan buat diri ini juga.
Kadangkala kebenaran atau nasihat itu pahit, tetapi tetap perlu ditelan. Kerana nasihat itu sebenarnya baik untuk kesihatan rohani kita. Macam ubat, kebanyakannya pahit, (unless dah buat taste masking..cewah, macam pandai -padahal tak :) ) tapi tujuannya untuk menyembuhkan kesakitan bukan?

Peringatan daripada Tuhan

Ayat-ayat ini amat bermakna dan memberi kesan kepada diriku, insya-Allah. Dah lama sebenarnya ingin kukongsikan, sbagai peringatan bersama:


"Wahai orang2 yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah, kerana kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu perbuat." (Surah as-Saff 61: 2-3)

Wahai sahabat2ku sekalian,
Allah Taala terus straight forward menujukan firman-Nya ini kepada orang2 beriman. Maka wahai orang2 yang beriman, bacalah dan ingati firman ini sentiasa, kerana ia ialah amaran dan perintah Allah Taala kepada kita.

Takutlah kita jika ditimpa kebencian dan kemurkaan allah Taala, kerana...bagiku, tiada gunanya hidup..walaupun seribu tahun, walaupun mati hidup semula..tak ada gunanya semua itu!

Jika kasih sayang Allah jauh drpd kita..jika rahmat Allah tiada pada kita..jika Allah Taala tidak ingin 'memandang' kita..

Ingatlah, dan yaqinlah, bahawa kasih sayang dan pengampunan Allah Taala lebih luas drpd kemurkaan-Nya.

Terbukti!

Ya sahabat2 yang kasihku sentiasa bersamamu (insya-Allah), jika kamu sudi,

Saya membawakan satu bukti, bahawa perbuatan yang membenarkan kata2, ialah antara jalan terbaik dan termudah untuk mengajak manusia mengenali Islam.

Buktinya...


ialah kita.

Ya, saya...dan anda.

Biar saya mengajukan suatu soalan; "Kenapa kita Islam?"

Kerana dilahirkan Islam?

Mungkin. Tetapi apakah jaminan bahawa Islam itu akan berkekalan?

Atau dalam perkataan yang lain; "Kenapa saya dan anda masih Islam sehingga kini?"

(tersenyum sorang2)

Hmm..bagi saya,
tiada yang lain melainkan kerana Al-Quran dan pembawanya.

Tapi...bukankah al-Quran itu kitab/risalah yang sangat tua? Kenapa aku nak percaya risalah yang tua itu? Bukankah ada lagi risalah2 yang tua juga di dunia ini, seperti Bible dan Torah yang datang terlebih dahulu daripada al-Quran? Apa bezanya Al-Quran dengan risalah2 yang lain tu? Kenapa tak percaya dengan Bible atau Torah?

Jawab saya;
tiada lain melainkan kerana Al-Quran dan pembawanya.

Tidak, tidak. Saya bukannya berhalusinasi. Saya tahu saya mengulang jawapan yg sama. Tapi saya bermaksud menegaskan, dan bukannya membuang masa anda.

Tanyalah berapa kali jua, jawapan saya tetap sama: tiada yang lain melainkan kerana Al-Quran dan pembawanya.

Dan pembawanya.

Ya.
Al-Quran satu faktor.

Tapi satu lagi ialah...pembawanya.

Iaitu Muhammad al-amin, Rasulullah saw.

Akhlaknya, perbuatannya, semuanya membenarkan risalah yang dibawanya.

Muhammad saw ialah 'al-Quran yang berjalan'.

Muhammad Rasulullah saw bertindak sesuai dengan perkataannya, tidak pernah bercanggah walau sedetik. Walau selangkah. Tidak...belum pernah saya temukan di dalam sejarah, setakat yang saya baca..

Kerana itu..."Ash-hadu alla ilaha illallah, wa ash-hadu anna Muhammadar rasulullah"

Kerana akhlaknya, yang "cakap serupa bikin" itu, sangat berbekas di hati saya. Bekas yang tidak akan luput walaupun bergenerasi telah berlalu. Walaupun 1400 tahun telah berlalu, akhlak itu jugalah yang menambat hatiku supaya tetap teguh kepada Islam, insya-allah.

Nah, saya dan anda...
bukankah kita, ialah bukti akhlak "cakap serupa bikin" ini, mampu membuatkan hati2 manusia tertawan dengan Islam?

Rasulullah saw telah melakukannya. Yaqinlah, kita juga boleh melakukannya, dengan pertolongan dan izin Allah, insya-allah. (tersenyum)

No comments: