بسم الله الرحمان الرحيم
Masih ingatkah anda tentang sahabat Nabi Muhammad saw yg agung ini?
Sudah hampir 2 minggu kita tidak 'bertemu' dengan `Abdullah...
adakah anda rindu untuk bertemu dengannya?
Mari...
ikuti sambungan petikan kisah sahabat yang agung ini; `Abdullah ibnu Huzafah as-Sahmiy...
Ulang kaji
Seperti yang telah saya ceritakan (sebenarnya menyampaikan semula penulisan Dr Abdul Rahman Ra'fat al-Basha) pada bahagian 1 (boleh ikut link di atas), `Abdullah ibnu Huzafah as-Sahmiy merupakan salah seorang drpd enam orang sahabat Nabi saw yang dipilih oleh baginda Rasul untuk membawa dan menyampaikan perutusan dakwah Islam kepada raja2 Arab dan bukan Arab.
Peristiwa ini berlaku pada tahun ke 6 Hijrah.
Dan sahabat bernama `Abdullah ibnu Huzafah ini telah diberi amanah untuk menyampaikan perutusan kepada dua raja yang paling berkuasa pada zaman tersebut; raja Parsi (atau lebih dikenali dengan panggilan "Kisra") dan maharaja Rom (Caesar atau "Kaisar").
Telah kita telusuri kisah pertemuan beliau dengan Kisra pada bahagian pertama. Maka pada hari penghulu segala hari ini, ingin saya lengkapkan kisah beliau yang penuh pengajaran ini, dengan pertemuannya dengan Kaisar pula, maharaja Rom ketika itu...
Rome
* * *
Beliau bertemu dengan Kaisar ketika pemerintahan Khalifah `Umar bin al-Khottob r.a.. Kisah pertemuannya dengan Kaisar merupakan antara kisah yang menarik.
Pada tahun ke-19 Hijrah, Khalifah `Umar bin al-Khottob menghantar tentera untuk memerangi Rom. `Abdullah bin Huzafah turut menyertai angkatan tentera tersebut. Berita kemaraan tentera Islam telah sampai ke pengetahuan Maharaja Kaisar. Dia juga mendengar perihal ketulusan iman. kemantapan akidah dan pengorbanan mereka pada jalan Allah dan Rasul-Nya walaupun nyawa mereka sendiri melayang.
Lalu Kaisar memrintahkan panglimanya agar membawa tawanan tentera islam hidup-hidup kepadanya jika mereka tertawan. Dengan kehendak Allah, `Abdullah bin Huzafah berjaya ditawan oleh tentera Rom. Lalu mereka membawa `Abdullah menghadap Maharaja mereka.
"Dia merupakan antara sahabat Muhammad yang awal memeluk Islam. Dia telah jatuh ke tangan kita. Lalu kami bawanya menghadap tuanku," kata panglimanya.
* * *
Maharaja Rom memerhati lama ke arah `Abdullah bin Huzafah. Setelah itu beliau segera berkata: "Beta ingin tawarkan satu tawaran untukmu."
"Apakah tawaran itu?" tanya `Abdullah bersahaja.
"Beta tawarkan kamu memeluk ugama Kristian. Jika kamu terima tawaran ini, kamu beta lepaskan dan kedudukanmu beta muliakan," jawab Kaisar bersungguh-sungguh.
`Abdullah yang ditawan menjawab dengan penuh rasa mulia dan tegas: "Jauh sekali... sesungguhnya seribu kali saya lebih rela mati berbanding menerima tawaranmu itu."
"Beta lihat kamu seorang yang budiman... Oleh itu jika kamu menerima tawaran beta, kita akan berkongsi pemerintahan dan kuasa," tawar Kaisar bersungguh-sungguh.
`Abdullah yang diikat tersenyum mendengar tawaran itu: "Demi Allah! Jika tuanku menyerahkan segala yang tuanku miliki dan seluruh yang dimiliki Arab agar saya meninggalkan agama Muhammad ini walaupun sekelip mata, saya tetap tidak akan lakukannya."
Mendengar jawapan tersebut, Kaisar menjadi berang: "Kalau begitu kamu akan beta bunuh!!!"
"Terserahlah pada tuanku," jawab `Abdullah bersahaja.
Kemudian Kaisar menitahkan agar `Abdullah disalib.
Gambar hiasan
Titahnya kepada pemanah: "Panahlah hampir dengan tangannya." Kaisar terus menawarkan agar beliau memeluk ugama Kristian namun `Abdullah enggan.
"Panah hampir dengan kakinya," titah Kaisar lagi. Dia mengajak `Abdullah meninggalkan agamanya, beliau tetap enggan.
Ketika itu Kaisar memerintahkan agar mereka berhenti dan menurunkan `Abdullah daripada kayu palang tersebut. Setelah itu dia menitahkan agar pengawal membawa periuk besar lalu diisi minyak. Api dihidupkan sehingga minyaknya menggelegak.
Ni baru sikit...
Kemudian Kaisar memanggil dua orang tawanan Islam. Dia menitahkan salah seorang dicampak ke dalam periuk tersebut. Lalu tawanan tersebut dicampak, ketika itu juga dagingnya luruh daripada tulangnya.
Kaisar segera berpaling menghadap `Abdullah bin Huzafah lalu mengajaknya memeluk Kristian. `Abdullah tetap enggan dengan ajakan Kaisar.
Kaisar berputus asa untuk memujuk dan mengancam `Abdullah agar meninggalkan Islam. Dia memerintahkan `Abdullah dicampakkan sahaja ke dalam periuk sebagaimana dua rakannya yang telah dihumban ke dalam periuk panas itu.
Apabila beliau diheret untuk dihumban ke dalam periuk tersebut, air matanya menitis. Pengawal Kaisar menjerit memberitahu maharaja mereka: "Dia menangis... "
Kaisar menyangka `Abdullah menangis lantaran takut. "Bawa dia ke sini," titahnya.
Apabila `Abdullah berada di hadapannya, dia sekali lagi cuba menawarkan agar `Abdullah memeluk ugama Kristian. Namun seperti sebelumnya, `Abdullah tetap enggan menerima ajakan tersebut.
Alangkah murkanya Kaisar: "Kamu memang celaka, jadi apa sebab kamu menangis!?" bentak Kaisar.
"Saya menangis kerana hati saya berkata: "Sekarang kamu pula akan dicampakkan ke dalam periuk ini. Nyawamu akan melayang. Sebelum ini saya pernah berharap agar saya mempunyai nyawa sebanyak bulu yang ada pada badan saya. Lalu semua nyawa tersebut melayang pada jalan Allah apabila dicampakkan ke dalam periuk ini," jelas `Abdullah.
Kaisar terkejut mendengar penjelasan `Abdullah, dia mengeluh seraya berkata: "Adakah kamu ingin mengucup kepala beta. Kemudian beta bebaskan kamu?"
"Tawanan Islam lain turut dibebaskan?" tanya `Abdullah minta kepastian.
"Ya, tawanan Islam lain turut akan beta bebaskan," balas Kaisar.
`Abdullah berkata dalam hatinya: "Dia merupakan musuh Allah. Jika saya mengucup kepalanya, saya dan tawanan Islam lain akan dibebaskan. Tindakan ini tidak memudaratkan saya."
Kemudian beliau menghampiri Kaisar dan mengucup kepalanya.
Lalu Maharaja Rom, Kaisar memerintahkan agar semua tawanan Islam dihimpunkan dan datang menghadapnya. Para pengawal Kaisar menghimpunkan tawanan Islam di hadapannya. Kemudian Kaisar menyerahkan tawanan tersebut kepada `Abdullah bin Huzafah.
* * *
Setelah semua tawanan Islam dibebaskan, `Abdullah berangkat pulang menemui Khalifah `Umar bin al-Khottob. Beliau menceritakan peristiwa tersebut kepada `Umar. Al-Faruq (`Umar) amat gembira. Tatkala beliau memandang ke arah bekas tawanan, beliau berkata: "Setiap muslim hendaklah mengucup kepala `Abdullah bin Huzafah... Saya mulakan dengan diri saya..."
Lantas `Umar bangun dan mengucup kepalanya.
* * *
Akhlaq tetap unggul walau di hadapan musuh
Wahai sahabat2ku sekalian,
indah bukan kisah `Abdullah bin Huzafah ini? Ini hanyalah cebisan daripada keseluruhan kehidupan beliau. Mungkin (sudah tentu sebenarnya) banyak lagi kisah2 beliau yang belum lagi kita ketahui...
Ya sahabat2ku,
saya amat tertarik dengan peribadi `Abdullah ini. Lihat...perhatikan dialog2nya dengan seorang maharaja. Walaupun berhadapan dengan manusia yang paling berkuasa di dunia ketika itu, bahkan beliau dalam keadaan tertawan dan diikat lagi, namun kata2nya langsung tidak menggambarkan ketakutan atau kegentaran terhadap manusia yang berkuasa di dunia itu, iaitu Kaisar.
Bahkan, `Abdullah bin Huzafah tetap tenang menolak ajakan Kaisar kepada Kristian.
Cuba bayangkan, kalaulah kita, dapatkah kita menolak ajakan yang memurtadkan itu? Atau, apa kata kita cuba situasi yang lebih mudah.
Contoh: Jika kita diajak merokok oleh kawan2, dengan alasan, "Alah Lan, tak macholah kalau tak hisap rokok! Kau ni aku tengok...macam penakut je? Apsal? Takut nak cuba? Kata anak jantan konon HAHAHA..."
Hmm. Pasti tercabar ego seorang lelaki, bukan?
Dalam situasi di atas, adakah kita akan memenangkan ego, atau iman/pegangan kita?
(tersenyum)
Wahai sahabat2ku,
ini baru ujian kecil, ajakan syaitan yang licik, agar sedikit demi sedikit, sedikit, tetapi ialah suatu kepastian, bahawa kita PASTI akan ketagih untuk merokok.
Wahai sahabat2ku sekalian,
itu baru diuji ego dengan sebatang rokok.
Bagaimana agaknya jika kita dalam keadaan terikat, diugut untuk disalib....atau dicampak ke dalam minyak panas yang menggelegak, dapatkah kita tenang dengan ajakan syaitan yang terbesar; yakni untuk MURTAD?
Dapatkah kita seperti `Abdullah bin Huzafah; tenang, dan saya bayangkan wajahnya tersenyum tenang, senyuman seorang mukmin, ketika nyawanya bagaikan telur di hujung tanduk?
(tersenyum)
Daripada kata2 seseorang, kita dapat mengenali peribadinya, walaupun kita belum pernah bertemu empat mata dengannya.
Jadi, renung-renungkanlah dialog `Abdullah bin Huzafah dengan Kaisar, maharaja Rom; yang seorang dalam keadaan ditawan, sementara seorang lagi di puncak kekuasaannya (Kaisar), namun anda lihatlah...siapa yang memenangi tarik tali akidah itu?
(tersenyum lagi)
Yang tertawan dan tiada kekuasaan itulah yang menang akhirnya. `Abdullah bin Huzafahlah juara dalam 'tarik tali akidah' itu.
Sementara raja dunia ketika itu, iaitu Kaisar, akhirnya penat, mengeluh dan menyerah kalah kerana langsung tidak dapat menggoyahkan iman `Abdullah. Pasti Kaisar hairan dengannya...(tersenyum kerana berasa lucu)
Kemenangan yang tiada bandingannnya
Bahkan, kemenangan `Abdullah bin Huzafah bukanlah setakat dapat mempertahankah iman dan akidah/pegangannya.
Berkat keunggulan akhlak yang ditunjukkannya, `Abdullah bin Huzafah telah berjaya membebaskan semua tawanan Islam ketika itu.
Hanya kerana akhlak, yang membuatkan Kaisar kehairanan lantas bertindak menawarkan kebebasan kepada bukan sahaja `Abdullah, tetapi seluruh tawanan Islam. Dan `Abdullah bin Huzafah pula bijak mempergunakan kesempatan emosi Kaisar yang tumpas itu;
"Tawanan Islam lain turut dibebaskan?" tanya `Abdullah minta kepastian.
"Ya, tawanan Islam lain turut akan beta bebaskan," balas Kaisar.
Hebat bukan KUASA AKHLAK?
Pengajaran
Antara pengajaran drpd kisah ini ialah;
1. Akhlak seorang muslim
Marilah kita menjadi seperti `Abdullah bin Huzafah as-Sahmiy. Lihatlah akhlaknya...tidak berubah. ketika bersama ikhwan dan akhawat Muslim akhlaknya begitu, maka ketika berhadapan dengan musuh Allah pun, akhlaknya tetap begitu. Kerana ITULAH, Kerana AKHLAK YANG MULIA BERPAKSIKAN "LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH", manusia akan melihat kebenaran dan keindahan Islam. Walaupun Kaisar di dalam kisah di atas tidak memeluk Islam, tetapi dia sangat2 terkesan dengan peribadi dan kelakuan salah seorang sahabat Nabi Muhammad saw, sehinggakan dia berputus asa untuk mengajak `Abdullah kepada agama Kristian. Kalaulah kita turut berusaha berakhlak seperti `Abdullah, walaupun satu serpihan, pasti manusia yang belum terbuka hati mereka, insya-Allah akan berkeinginan untuk mengetahui lebih banyak tentang Islam.
2. Peganglah hidayah Allah itu kuat2
Saya pernah mendengar/membaca satu hadis yang menyuruh umat Islam 'menggigit Al-Quran dan sunnah Rasulullah dengan gerahamnya'...nanti! Jangan salah tafsir! (tersenyum)
Maksudnya di sini, hendaklah umat Islam sesudah kewafatan Nabi Muhammad saw BERPEGANG TEGUH DENGAN SEGALA SURUHAN DAN LARANGAN ALLAH TAALA yang diturunkan di dalam AL-QURAN, juga MENGIKUT SEGALA SUNNAH RASULULLAH SAW DENGAN SEBAIK-BAIKNYA. Peganglah kedua-dua asas agama Islam itu kuat2, seolah-olah kita menggigitnya dengan gigi geraham kita, ketapnya kuat2, jangan sekali-kali lepaskannya... kerana Islamlah, atau hidayah Allah inilah yang akan menyelamatkan kita di akhirat nanti...
Seperti keteguhan `Abdullah...; "Demi Allah! Jika tuanku menyerahkan segala yang tuanku miliki dan seluruh yang dimiliki Arab agar saya meninggalkan agama Muhammad ini walaupun sekelip mata, saya tetap tidak akan lakukannya."
Dengar...dengar...dengar!
"Walau sekelip mata, saya TETAP TIDAK AKAN LAKUKANNYA."
Cuba kelip mata? Kejap ke lama? (tersenyum)
Kalau begitu sekejap pun `Abdullah TIDAK akan tinggalkan Islam, bermakna, dalam erti kata tersiratnya, tiada siapa atau apa pun di atas bumi ini yang mampu membuatnya meninggalkan Islam. No one can change his mind, or heart rather.
Maka teguhkanlah pegangan kita wahai sahabat2ku sekalian, seumpama pegangan `Abdullah bin Huzafah as-Sahmiy..
3. Cinta yang sebenar hanyalah kepada Allah Taala
Sebenarnya kata2 `Abdullah bin Huzafah yang paling menusuk hatiku ialah ketika dia menjelaskan kepada Kaisar kenapa dia menitiskan air matanya, tatkala berhadapan dengan minyak panas itu;
"Saya menangis kerana hati saya berkata: "Sekarang kamu pula akan dicampakkan ke dalam periuk ini. Nyawamu akan melayang. Sebelum ini saya pernah berharap agar saya mempunyai nyawa sebanyak bulu yang ada pada badan saya. Lalu semua nyawa tersebut melayang pada jalan Allah apabila dicampakkan ke dalam periuk ini," jelas `Abdullah.
Boleh anda tafsirkan apa maksud kata2 sahabat mulia ini?
Bukanlah satu tafsiran apa pun , cumanya selidikilah hati pemilik kata2 ini, dan anda akan dapati...
Bahawa dia sangat mencintai Tuhannya.
Bahawa dia telah lama bersedia untuk mati demi Tuhannya. "Sekarang kamu pula akan dicampakkan ke dalam periuk ini. Nyawamu akan melayang."
Bahkan, dia amat berharap mempunyai nyawa sebanyak bulu di badannya.
Kalaulah dia mempunyai nyawa sebanyak itu, tanpa ragu2, dia tetap bersedia mengorbankan semuanya ke jalan Allah, demi menyebarkan Islam ke seluruh bumi Allah...
.............................................................................................
Sekarang...sedarlah kita...betapa jauhnya jarak antara kita dan para sahabat Nabi saw..
Mereka bagaikan bintang2 yang berkelipan di langit malam, sedangkan Rasulullah saw ialah bulan purnama di tengahnya..
Dan kita pula?
Memandang nun jauh ke angkasa, drpd bumi Allah yang nyata...
Dapatkah kita menggapai bintang2 itu?
Pasti tidak.
Namun jangan gusar wahai sahabat2ku...jangan bersedih..kerana walaupun darjat mereka tidak dapat dicapai, akan tetapi, AKHLAK mereka bukankah dapat diguna pakai? (perkataan ini sangat tak sesuai T_T)
Tanamlah benih2 sifat mahmudah dalam hati, dan cabutlah lalang2 mazmumah, insya-Allah, walaupun darjat kita dan mereka bagaikan langit dan bumi, namun kita pasti dapat mencapai objektif yang sama; iaitu menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Islam yang sebenar...
Dan sesungguhnya darjat itu kurniaan Allah Taala, maka mintalah kepadanya dengan rasa rendah diri dan takut, insya-Allah akan dimakbulkan doa2 itu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
nota: Dan terjawablah soalan di dalam post saya bahagian pertama "kenapa Khalifah `Umar bin al-Khottob berkata: '"Setiap muslim hendaklah mengucup kepala `Abdullah bin Huzafah... Saya mulakan dengan diri saya..."
sumber: Dr Abdul Rahman Ra'fat al-Basha. (2006). 65 Gambaran Kehidupan Sahabat Jilid 1. Terbitan Putaka Salam. m/s 29-38.
No comments:
Post a Comment