Monday, November 22, 2010

Bosan? Klik di Sini untuk Ubatnya...

Bismillahir rahmanir rahim.

Alhamdulillahi rabbil `alamin, was solatu wassalamu `ala ashrafil anbiyai wal mursalin, wa `ala alihi wasohbihi ajma`in.

Bosankah?

Rasa tidak tahu apa yang hendak dilakukan kah?

Mari...


mari sini wahai sahabat2ku sekalian...

Kita...
generasi muda bukan?

Generasi muda mempunyai apa?

Tenaga.

Masa.

Cita-cita.

Ilmu.

Kearifan dalam bidang teknologi. Atau dalam bahasa Inggerisnya, technology savvy.

Wahai sahabat2ku,
tahukah kita apa ini semua?

Asset. Kurniaan. Pemberian. Nikmat. Bahkan ujian.

perkataan terakhir, iaitu ujian, mungkin sesetengah daripada kita tidak faham...bagaimanakah masa, tenaga dan ilmu yg dimiliki, dikatakan ujian?

Ayyuhal muslimun...
saat ini...hatiku bergetar hebat.
Nafasku...tersekat-sekat.
Kolam mataku...sudah kekeringan airnya.

Kerana...
kerana ini.

Saya tak layak...tiada seorang pun di antara kita yang layak..untuk menceritakan tentang kisah mereka. Biarlah...mereka sendiri yang menceritakannya.

Pergi ke link ini;


Dan muat turunlah (download) :
-Israel History X
-Holocaust Israel

Dan anda akan faham...kenapa..apa sebabnya, hatiku bergetar hebat...nafasku tersekat-sekat..dan tidak mampu lagi mataku mengalirkan airnya..

Ujian

Saya belum menjawab persoalan yg diutarakan sendiri; "Kenapa masa, tenaga, dan ilmu, dikatakan ujian?"

Sebab ini.


Cuba lihat, lihat diri sendiri sudah. Cukuplah dengan melihat diri sendiri.

Lihat. lihat, apa yang sedang kita lakukan?

APA YG SEDANG KITA LAKUKAN, WAHAI SAHABAT2KU, TUAN2 DAN PUAN2 YG BERAKAL SIHAT?

MASIH LAGI BOLEH MENGATAKAN "BOSANNYA HIDUP INI.."?

MASIH LAGI BOLEH TERKELUAR LAJU DARIPADA LIDAH KITA, "TAK TAHULAH NAK BUAT APA HARI INI.. BOSANNYA.."?

B.O.S.A.N.

..........................................

TIKAMLAH BOSAN ITU!

BUNUH PERKATAAN ITU DALAM BENAK FIKIRAN DAN HATI KITA!

Jika tidak...mana hendak diletakkan muka kita di hari akhirat kelak?

Tatkala saudara2 kita datang dengan keadaan darah yang mengalir...dan menuntut di hadapan Allah SWT ;
"Ya Allah! Di mana mereka yg mengaku saudara2 ku, sewaktu aku di dunia dulu, di manakah dia? Di manakah dia tatkala kami berseru dari Baitul Muqaddis? Di manakah mereka tatkala peluru seperti hujan di atas kepala2 kami? Apakah yg mereka lakukan sepanjang hayat mereka? apakah terlalu penat hidup di dunia? apakah terlalu sibuk, sehingga tiada masa untuk menyahut panggilan kami? Wahai Tuhan kami! Beritahukan kpd kami apa usaha mereka terhadap kami!"

Waktu itu....
Pabila Allah membukakan rahsia fikiran dan hati kita kpd seluruh umat manusia di padang mahsyar ...
Dan Allah Taala membukakan bahwa,
"Sesungguhnya manusia ini fulan bin fulan, atau fulanah binti fulan, yang bermain di fikirannya sewaktu masa lapangnya ialah 'BOSAN.BOSAN.BOSAN.'"

......................................

Wahai sahabat2ku,
Saya bukan ahli nujum.

memang betul, saya tak tahu apa yang akan berlaku pada hari akhirat nanti. Waktu bila berlakunya kiamat pun, manalah saya tahu. Nabi Muhammad saw sendiri tak tahu. Al-Quran juga tidak memberitahu kita, yang hanya ditinggalkan ialah tanda2nya.

Saya cuma...membayangkan senario pada hari itu. Pada hari yg seorang manusia tidak boleh menolong manusia yg lain. Masing2 ada 'masalah' sendiri. Masing2 harus menjawab kpd Allah Taala, tentang apakah yang dilakukan sewaktu Allah memberinya kehidupan di dunia dahulu.

Sahabat2ku,
bagaimana kalau saudara2 kita...bukan sahaja di Falastin, malah di negara2 yang masih tidak stabil keadaan politik dan ekonominya (seperti kebanyakan negara2 di benua Afrika)...
bagaimana jika mereka menuntut keadilan pada hari itu?

Bukan kita yang menzalimi mereka?
Fikir apa yang kita cakapkan wahai sahabat2ku.


Kita tidak menzalimi mereka?

Yang asyik berasa bosan tidak tahu nak buat apa tu, bukan dikira menzalimikah?

Tahukah kita, jika mereka yang diberi peluang keamanan, peluang belajar, peluang masa yang berlambak-lambak ini...pasti mereka menyambar laksana burung menyambar mangsanya.

Kalau kanak2 di Falastin itu diberi peluang belajar ilmu Medik, pasti mereka akan keluar universiti dgn lebih pantas drpd kita. Saya meyakini.

Kerana apa?

kerana saya melihat kecekalan yg terpamer di dalam anak mata mereka. Walaupun di dalam video semata...

kerana, apa lagi yang mereka akan rugi? What is there to lose? What is there for them to lose?

Nothing. Because right now, they have nothing.

Nothing to lose...

No hope. No future. No life.


Bagaimana dengan kita?

Hah? kita ada apa?

Masa. Tenaga. Ilmu.

Malulah pada mereka...yg mempunyai keazaman, kecekalan, walaupun mereka hanya mampu membaling batu ke arah kereta2 kebal pengecut itu.

Mereka tiada masa. maksud saya masa yang bernilai, tiada masa depan. Mereka disekat peluang untuk belajar.

Tapi, subhanallah, mereka ada benda yang paling penting, yang paling utama.


Itulah kecekalan. Keazaman. Semangat.

Sedangkan kita...ah, tak perlulah saya jelaskan lagi.

Kali ini; saya sudah BOSAN menjelaskannya.

Bosan dengan alasan

Kalau kita hendak bosan pun, bosanlah dengan diri kita yang asyik beralasan.

Sudah2 lah tu, wahai diri! Aku tak larat nak dengar dah alasan bosan tu! BOSAN aku dengar tau tak!

Preskripsi ubat bosan

Hmm. Preskripsi. Ada ke perkataan ni dalam kamus dewan?

Apapun, dlm bhs Inggeris, ialah prescription. Prescription for drugs.

Baik. Saya tiada ubat terbaik untuk penyakit bosan ini. Saya cuma boleh cadangkan sahabat2 hendak ambil ubat apa. Nak ambik ke, tak nak ambik ke, terpulanglah. Cumanya...rugilah saham akhirat nanti. Tiada bahagian.

1. Guna kepakaran teknologi itu
Tahu google? Google la pasal Falastin, negara2 OIC, baca berita2 dunia. Saya rekomen al-jazeera.net/english

2. Mantapkan sisi Islami diri
Sisi Islami. Semua orang ada. Waktu cuti nilah peluang untuk mantapkan atau gilapkan sisi Islami yang tidak berkesempatan nak gilap sewaktu belajar di universiti. Padat sangat jadual tu kan? (senyum) Cadangan; ambil, buka, dan bacalah buku Fiqah. Atau Akidah. atau Sirah. Atau Akhlaq. Ikutlah bahagian mana yang lebih diminati.

Yang paling penting ada pengetahuan asas berkenaan fardhu ain, iaitu ilmu fiqah yang utama. Contoh, hukum-hakam dalam solat, puasa, zakat dan haji.

Tak kenal, maka tak cinta. Tak kenal, memangla sekali imbas (scan) nampak berat dan bosan. Tapi, cuba dekati, pegang, selak, dan baca. Barulah kenal apa itu fiqah, sirah, akhlaq dan akidah. Subhanallah, then you will know why Islam is said as "Rahmatal lil `alamin" (rahmat bagi seluruh alam).

3. Tolong mak ayah
Yang ini...perlukah diajar? (hari ni saya perasan bahasa saya agak kasar)
(melepaskan nafas)

Sahabat2ku,
terutamanya pelajar2 uni,
tahu tak...betapa bernilainya masa kita di rumah?

Berapa banyak sangat masa cuti yang kita ada? Apatah lagi pelajar2 perubatan kan? (senyum memahami)

Habis, boleh lagi dok kata "Bosan. Bosan. Dan....bosan."

Pergilah jenguk2 apa yang boleh dibantu dekat rumah tu. Jangan tangguh-tangguhkan hasrat ibu bapa kita. Walaupun permintaan tu nampak kecil pada pandangan kita, besar nilainya pada pandangan Allah Taala.

Tolong. Tolong buang sampah. Tolong sapu sampah. Tolong basih baju, sidai baju, lipat baju. Tolong jaga adik. Tolong ajar adik. Tolong urut belakang mak. Tolong urut kaki ayah.

Sebab...bila lagi nak buat semua tu kan?

Bila lagi nak jumpa mak ayah kan?

Bila lagi nak berbakti pada mak ayah kan?

Bila dah balik universiti, kita kene fokus pada study. Pada pelajaran.

Lepas study, dah grad. Tumpu kerjaya pulak. Ada rumah sendiri. Ada keluarga sendiri.


Masa tu, baru nak teringat ke, 'waktu2 bosan' dahulu?

Waktu2 bosan @ waktu2 terluang...

Manfaatkanlah.

Jadilah muslim dlm perbuatan, tutur kata dan tingkah laku.

Ingat saudara2 kita yg less fortunate di luar sana.
Ingat diri kita yg masih cetek ilmu tntg agama sendiri.
Ingat...mak ayah yg melahirkan, membesarkan, memelihara dan menyayangi kita.

Jangan lupa diri. Jangan lupa Islam. Jangan lupa Allah dan RasulNya.

Dan...jangan bosan2 ok? (senyum)

Assalamualaikum wbt.

No comments: