Tuesday, November 16, 2010

Wukuf di `Arafah

بسم الله الرحمان الرحيم

Telah tiba.

Tarikh 9 Zulhijjah.

Tanggal yang penuh bermakna buat umat Islam di seluruh dunia. Terutamanya yang sedang wukuf di suatu tempat bernama `Arafah.

Apa itu wukuf?

Terlebih dahulu, maafkan diri ini.
Kerana ilmu di dada tidaklah sebanyak mana. Akan kucuba kongsikan apa yang kutahu, semoga bermanfaat...

Pertama sekali; suatu persoalan - Apa yang terlintas di fikiran tatkala mendengar perkataan "wukuf"?

Jawapan sendiri - Haji.

Salah satu rukun haji

Ah, lemah sungguh diri ini. Baru kutahu/diingatkan semula, bahawa rukun Haji dan wajib haji ialah dua perkara yang berlainan. Itupun setelah melayari internet dengan kata kunci "Rukun Haji."

Ya, wukuf di `Arafah ialah salah satu daripada rukun Haji.

Dan saya juga ingin berkongsi satu perkara yang dirasakan menarik yang didapati daripada sumber yang sama iaitu www.al-azim.com

Rukun Haji (6 perkara)
1. Niat ihram mengerjakan haji
2. Wukuf di Arafah
3. Tawaf di Kaabah
4. Sa'ie di antara Bukit Safa dan Marwah
5. Bergunting atau bercukur rambut
6. Tertib pada kebanyakan rukunnya

Rukun Umrah (5 perkara)
1. Niat ihram mengerjakan umrah
2. Tawaf
3. Sai'e
4. Bergunting atau bercukur
5. Tertib

Cuba teliti perbezaan di antara rukun haji dan rukun umrah...

Dan kita akan mendapati keistimewaan wukuf di `Arafah.

Ya, wahai sahabat2ku!

Aku juga baru perasan, bahawa wukuf di `Arafah disyariatkan sebagai rukun haji, tetapi bukan pula rukun umrah. Tidakkah ini menggambarkan keistimewaan wukuf? Subhanallah...mari kita sama2 menyelidiki..."Ada apa dengan wukuf"!

Semalam sempat kutonton rancangan "Salam Baitullah" di tv1. Kebetulan pula ketika itu Ustaz Farid Ravi Abdullah bersama Ustaz Daud Lim sedang membincangkan tajuk wukuf bersama lintas langsung daripada `Arafah sendiri.

Maka sempatlah kukutip beberapa mutiara ilmu drpd mereka yang alim lagi `arif tentang wukuf.

Kata Ustaz Daud Lim, dari Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), `Arafah ialah sebuah tempat di luar Mekah. terletak kira2 22 kilometer daripada Mekah dan mempunyai keluasan 10 ribu km persegi. (jika tak salah ingatanku).

Katanya lagi, `arafah bermaksud mengenal (perhatikan perkataan عرف). Terdapat beberapa pendapat para ulama tentang kenapa tempat itu dinamakan "`Arafah" yang bermaksud mengenal.

(Sedang cuba me-recall kembali.....)

Pertama, dikatakan di situlah tempat Nabi Ibrahim a.s bertemu kembali dengan isteri tercinta Siti Hajar setelah lama berpisah (sewaktu Allah Taala memrintahkan Nabi Ibrahim a.s meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail yang ketika itu masih bayi di tengah2 padang pasir).

Kedua, dikatakan padang `Arafah ialah tempat bertemunya kembali Nabi Adam a.s dan Hawa a.s setelah mereka terpisah ketika dikeluarkan/diturunkan drpd syurga.

Dan ketiga...Allahu akbar. Minta maaf, saya sudah terlupa. Maafkan saya sahabat2. Jika ada sesiapa yang tahu, silakan untuk mengisi kekosongan ini.

Kalau diteliti di dalam Al-Quran, perkataan "أعرف" (`araf) bermaksud "tahu". Pada pendapatku, `Arafah mendapat namanya kerana setelah pertemuan mereka (Nabi Ibrahim a.s dgn Siti Hajar a.s serta Nabi Adam a.s dgn Hawa a.s), maka dapatlah mereka mengenal/mengetahui kembali tentang keadaan masing2. Sekadar pandangan sendiri, tentang kaitan "pertemuan" dengan "mengenal"...

Kesimpulannya (sendiri), wukuf di padang `Arafah ialah rukun haji yang kedua selepas niat ihram (hendak mengerjakan haji) di mana semua umat Islam yang berniat mengerjakan haji pada tahun itu, berkumpul di `Arafah dalam pakaian ihram, pada tanggal 9 Zulhijjah. Mungkin sebagai mengingati peristiwa pertemuan (seperti yang telah disebutkan), maka umat Islam beramai-ramai bertemu/berkumpul di situ, sambil berzikir mengingati Allah serta memohon doa kepadanya.

Apabila disebut "rukun", ertinya perkara itu harus mengikut tertib. Maksudnya, lepas satu, buat perkara kedua, kemudian diikuti perkara ketiga dan seterusnya. Tidak boleh meninggalkan rukun atau tidak boleh melanggar urutannya, misalnya tidak wukuf tapi terus bertawaf atau tawaf dahulu kemudian baru wukuf, maka (kalau tak salah saya) hajinya tidak sah. Saya qiyaskan kepada terbatalnya solat iaitu apabila orang yang sedang bersolat tidak menjaga tertib solat, maka solatnya batal.

Pada saya, mesti ada hikmah kenapa wukuf dahulu, kemudian barulah tawaf, dan seterusnya. Pasti ada hikmah di sebalik urutan ibadah itu, dalam "set" ibadah haji yang disyariatkan Allah Taala. Maka hendaklah kita menjaga tertib urutan/rukun itu. Kerana Islam, yang bersumberkan wahyu Allah al-Quran dan sunnah iaitu perilaku Rasulullah SAW, telah memberi panduan yang jelas tentang perlaksanaan ibadah2.

Sedikit perbezaan masa

Sebenarnya hari ini di Tanah Arab telah masuk 10 Zulhijjah. Bermakna semalamlah 9 Zulhijjah, iaitu berlakunya wukuf di `Arafah.

Tapi, bagi mereka yang hendak berpuasa sunat hari `Arafah, maka ikutlah waktu seperti yang ada di tempat/negara masing2. Hal ini telah dijelaskan oleh Ustaz Daud Lim bagi menjawab soalan penonton di rumah. Jelasnya lagi, pandangan ini berdasarkan waktu terbit dan tenggelam matahari disepakati ialah mengikut tempat/daerah masing2. Jadi, jika mengikut kalendar hijriah di Malaysia, hari ini, baru 9 Zulhijjah, maka berpuasalah hari ini dengan niat puasa sunat Hari `Arafah. Mereka yang berada di Tanah Arab pula, boleh berpuasa sunat semalam. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan pahala puasa sunat `Arafah. Jangan bimbang, Allah Taala kan ar-Rahman dan ar-Rahim, Maha Pemurah dan maha Penyayang.

Saya kongsikan mesej yang dihantar seorang kakak setempat pengajian;
"Puasa `Arafah menghapus dosa setahun lalu dan setahun akan datang." (Hadis riwayat imam Muslim).

Dan lagi;
"Tiada satu amal soleh yang lebih Allah cintai melebihi amal soleh pada 10 hari pertama Zulhijjah." (Hadis riwayat imam Abu Daud)

Tiba-tiba...Allah mengingatkanku akan kelemahanku

Alamak! Tiba2 teringat pasal rukun Islam dan rukun Iman! Hmm...adakah pandanganku tentang kepentingan urutan ini termasuk dalam rukun Islam dan Iman juga?

Ya Allah...inilah jadinya bila ilmu sikit tapi berlagak nak bagi banyak...

Wahai sahabat2ku,
Mungkin antum semua sudah bosan. Dan penat. Lagi-lagi dia ni nak minta maaf.

Tapi, begitulah halnya manusia. Dia sentiasa dalam keadaan kekurangan, kelemahan. Kadangkala lemah dalam menjaga batas pergaulan. Kadang kala lemah dalam perkongsian ilmunya. Yang kononnya banyak, tapi sebenarnya tidak melebihi ilmu antum semua pun.

Wahai sahaba2tku,
meskipun kamu bosan, meluat dsb. Saya tak kisah, kerana saya lebih kisahkan Pencipta yang saya akan berhadapan suatu hari nanti. Memang saya tak tahu bila, memang saya tak tahu di mana, tetapi satu saja yang saya harapkan;

Dalam keadaan bersih dan diampuni dosa2.

Memang, tiada siapa dapat menjamin dosanya diampunkan atau tidak. sebab, tiada siapa yang tahu, sama ada taubatnya diterima atau tidak.

Apa yang kita miliki ialah...ya, anda bijak.

Seketul daging bernama hati, bak kata/sabda Nabi Muhammad SAW.

Hati ini ialah rumah kepada iman, bg sesiapa yang meminta iman untuk tinggal di dalamnya. Ya - minta. Kerana iman itu bukan milik kita. Ia bukan datang dan pergi dengan kehendak kita. Tapi dengan kehendak Allah Taala. Oleh itu, pujuklah iman, mintalah kepada Tuhan, supaya iman selesa hendak mendiami hati2 kita.

Bila iman mendiami hati, maka datanglah keyakinan yang tidak berbelah bahagi. Maka inilah yang kita perlukan, wahai teman2ku sekalian.

Yaqin. Yaqin. Yaqin.

Memang. Tiada dalam pengetahuan kita sama sekali, adakah taubat kita diterima atau tidak. Namun tugas kita sebagai hambaNya, ialah jangan berputus harap padaNya! Terus yaqin padaNya! Teruskan merintih, menangisi dosa2 kita yang lalu, dan yang akan datang...terus berharap padaNya, terus yakin...bahawasanya Allah itu al-Ghofur war Rahim. Teruskan meyakini, bahawa Allah Taala Maha Pengampun dan sangat Mengasihi hamba2Nya.

Sesungguhnya Allah Taala ialah apa yang kita sangkakan.
Jika kita menyangka, malah meyakini, dengan keteguhan sebuah gunung, bahawa Allah itu, lebih luas rahmatNya drpd kemurkaanNya, bahawa kasih sayangNya kpd hamba2Nya melebihi kasih ibu kepada anaknya, maka seperti itulah Allah Taala, benar2 akan mengampuni kita dan menyayangi kita.

Kekuatan orang2 mukmin ialah ini. Iman. Yaqin. Teguh dengan pegangan ini. Inilah kunci...kunci...kunci kita ke syurga...

Maka dengan itu, "Maafkan saya wahai sahabat2. Jika perkongsian ini telah lagi mencelarukan fikiran anda semua. Tiada niat sebegitu di hatiku. Tapi kerana fitrahku lemah, asyik terlupa, asyik berlagak pandai...akhirnya Allah mengingatkan juga kelemahanku. Maafkanku jika tidak cukup ilmuku tentang salah satu rukun Islam ini. Iaitu haji. Tolonglah maafkan kelemahanku ini, wahai sahabat2ku sekalian, dan anda telah melepaskanku drpd kemurkaan Allah Taala pada hari Hisab, kerana dosa antara manusia tidak akan terampun selagi mana manusia itu tidak mengampunkan kita."

Hala tuju selepas ini

Bagaimanakah hala tuju kita selepas ini? (Sebenarnya lebih kepada pertanyaan kpd diri sendiri)

Adakah masih hendak melepaskan peluang mencari ilmu, dan memantapkannya lagi? Tambahan lagi, dalam usia yang muda, apakah alasan yang ingin dicipta?

Ya, alasan itu dicipta.

Penatlah.
Asyik-asyik belajar.
Lagi-lagi study.
Rileksla bro! Exam baru habis ni! Gua nak rileks2 dulu...ape daa tak sporting langsung.

Oh, alasan. Dan alasan. Dan alasan.

Bukankah mitochondria kita masih kuat menjana ATP?
Bukankah kadar penyembuhan penyakit kita lebih pantas drpd ibu bapa kita? (Cuba tanya pengalaman mak dan ayah sendiri, mereka akan kata beza sungguh waktu muda dan waktu tua2 ni)
Bukankah tulang2 kita masih kukuh isipadu kalsiumnya?

Sains telah membuktikan fakta2 ini. Namun sayang, kita pula asyik nak 'membuktikan fakta2' kita.

Aduhai cik abang, cik kak oi, nak lawan dengan peralatan sains? Kita ada peralatan apa? Lidah yang asyik berputar, akhir sekali ia juga yang terbelit.

Wahai para sahabatku yang kukasihi,

Sekurang-kurangnya, jangan jadi macam saya. Maksud saya, jangan ikut bahagian diri saya yang kurang ini (don't follow this part of myself).

Kalau saya berjalan, anda berlarilah.
Kalau saya berlari, anda pecutlah.
Kalau saya pecut, anda tungganglah kuda!

Jadilah lebih baik setiap hari. Marilah kita sama2 bersegera kepada kebaikan. Berlumba-lumba, siapa dahulu akan sampai ke syurga.

Kata-kata saya melampaukah? Macam berangan-angan terlebih tinggi pulakah?

Habis, ke mana lagi hendak saya tujukan harapan diri?

Saya manusia. Manusia harus mempunyai tujuan. Tujuan saya ialah Allah dan RasulNya. RasulNya dan para manusia yang dicintainya telah dijanjikan syurga dan pelbagai lagi nikmat yang tidak terlintas di hati.

Habis, kalau saya tidak menyasarkan syurga, ke mana saya hendak menyasarkan target saya?

Saya...tidak boleh tidak menyasarkan syurga. Saya tidak katakan saya pasti akan masuk syurga, walaupun saya begitu menginginkannya. Namun, sekali lagi, saya hanya yaqin kepadaNya.

Yaqin yang harus disertai usaha. Usaha, dan terus berusaha.

Berusaha melakukan apa yang terbaik yang diri ini boleh lakukan. Jika saya ditakdirkan sebagai pelajar, maka usaha terkuat saya di bidang itu. Bidang mencari ilmu. Kerana Allah Taala telah meletakkan saya, dan anda di bidang ini, sesuai dengan kemampuan masing2.

Segala pujian bagi Allah Taala, yang selalu 'mengetuk' hati yang pelupa ini, mengingatkan bahawa ilmuku masih sangat. sangat. dan sangat cetek.
Bagaimanakah hendak mempertahankan akidah dan agama sedangkan ilmu hanya berupa titisan?
Sedangkan ilmu para ulama dahulu bagaikan kolam-kolam yang sentiasa bertambah dari hari ke hari. Dan sedangkan ilmu Allah Taala bagaikan lautan...

Wahai Zulhijjah, kedatanganmu sangat kuhargai. Kerana kedatanganmu mengingatkanku, bahawa ilmu tentang haji pun macam apa lagi. Datanglah lagi! Semoga engkau menjadi penolakku untuk sentiasa mengulangkaji ilmu tentang haji, cara perlaksanaannya, hikmahnya, serta mendorongku untuk memantapkan ilmu fardhu ainku, yang sememangnya fardhu / wajib ke atas setiap muslim.

Buah tangan

Akhir kata, saya ingin meninggalkan tiga foto berharga yang diambil drpd dinding informasi perpustakaan IMC, UIAM kuantan, tentang kelebihan ibadah haji dari persperktif sains. Semoga bermanfaat. (senyum)





No comments: