السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tahukah anda, sahabat juga ialah rezeki?
Wahai sahabat-sahabatku,
Sahabat sekolah, sahabat universiti, sahabat alam maya ini.
Antum semua ialah sahabat-sahabatku.
Bagiku, kamu semua ialah rezeki Allah Taala buatku.
Rezeki dari langit, atau dari rahim ibu-ibumu kah?
Kerana dari rahim ibu-ibu kitalah, kita 'keluar' buat pertama kalinya, menjengok alam dunia.
Atau dari turab (tanah) kah?
Kerana bapa kita, Nabi Adam a.s, diciptakan al-Khaliq (Pencipta) daripada turab.
Maka kita, cucu, cicit Adam, turut berasal drpd turab.
Tidak kira sama ada dari turab, rahim ibu, atau dari langit sekalipun, yang pastinya, asal mutlak kita ialah...
Daripada Allah Taala.
Wailaihil masir (dan kepadaNya lah kita kembali).
Kenapakah sahabat ialah rezeki?
Kenapa?
(tersenyum)
Atau mungkin lebih tepat lagi, sahabat ialah pembawa nikmat hakiki.
Ya sahabat-sahabatku,
Tahukah kamu, bahawa kamu pembawa berita gembira buatku?
Tahukah kamu, apa yang kamu bawa bersama-sama senyumanmu itu?
Tahukah kamu, apa yang hatiku rasakan, tatkala berada berhampiran denganmu?
Haza nikmah. (Itulah nikmat)
Nikmah persahabatan. Sudah nama pun sahabat, maka apa lagi yang antum bawa bersama-sama diri antum semua? (tersenyum)
Mengapakah persahabatan, sesuatu yg ghaib, yang tidak dapat diukur dengan pembaris, neraca dan lain-lain alat ukuran saintifik boleh menjadi suatu rezeki, malah suatu nikmat buat hamba-hambaNya yang berfikir?
(Menghela nafas dalam)
Kerana nikmat yang terbesar di dalam hidupku (rujuk post sebelum ini).
Kerana iman dan Islam.
Sungguh, iman dan Islam itu pemanis.
Jika gula ialah pemanis minuman,
Jika sorbitol pengganti pemanis bagi pesakit kencing manis,
Maka, iman dan Islam ialah pemanis hayat.
Sehinggakan sesuatu yg tidak dapat diukur oleh alat timbangan dunia, menjadi sesuatu yang memuaskan hati seorang manusia ini!
Wahai sahabat-sahabatku,
Ukhuwah.
Fahamkah kita?
Akan makna yang dibawa kalimah itu?
Saya sendiri..tidak pasti apakah diri ini benar-benar memahami, malah mengaplikasinya di dalam hidup ini.
Kerana asalnya bukan drpd bahasa jati kita, ianya berasal drpd perkataan Arab.
Maaflah, tiada kecukupan ilmu bagiku yg masih mentah ini untuk menerangkan maknanya, baik dari segi nahu (bahasa) mahupun secara spesifiknya.
Apa yg diri ini tahu, ialah, (hela nafas) sungguh ia manis.
Bertemu, dan berpisah kerana Allah, apakah lagi yg lebih manis drpd itu?
Sungguhpun lama masa yg kuambil untuk memahami hakikat itu, namun, apabila berjaya menggamitnya...
Tenggelamlah segala nikmat-nikmat material yg mengaburi mataku selama ini.
Wahai sahabat-sahabatku,
Ketahuilah bahwa sesungguhnya...antum (kamu semua) ialah pelengkap jiwaku, di dunia...dan di akhirat.
Ketahuilah bahwa sesungguhnya...hidupku hambar tanpa kehadiran antum.
Ketahuilah bahwa sesungguhnya...antum ialah sebaik-baik rezeki, dan sebaik-baik nikmat drpd Allah Taala, buatku, si ibu kucing (ummu hurairah) (tersenyum puas....)
Rezeki Sahabat2 Agung pada Hari Jumaat
Kalau diikutkan, waktu ini sudahpun dikira Hari Sabtu, lantaran Islam mengatakan bahawa permulaan suatu hari yg baru itu, bermula pada waktu maghrib lagi.
Sekarang sudahpun masuk waktu Isyak, maka sekarang sudahpun Hari Sabtu.
Namun, masih inginku nukilkan di sini, tentang peristiwa yang benar2 menggamit perasaanku, apatah lagi ia berlaku pada penghulu segala hari.
Jam 10.20 pagi (lebih kurang)
Mesej masuk
"Ummu hurairah (bukan nama sebenar!), kita ada jumpa la buku yg awak suka tu, ada dua-dua jilid. nak ke?"
1 Missed call . - A.M.
Alamak! Tengah-tengah study tadi (kononnya) terlelap pulak. Lepas tu Handset silent mode. Patutlah tak dengar A.M miss call!
Alamak, ruginya....harap2 A.M. tolong belikan jugak...
Jam 3.10 pm
"Ummu hurairah, kita dah letak buku tu atas meja kat bilik awak."
"Yaaaa.....(?) Thank you so much A.M.!! Awak memang tahu kita suka buku2 tu."
(?) = jeritan kegembiraan (hahaha...)
Nak tahu apa yang buatkan ibu kucing boleh jadi gembira sampai macam tu sekali?
-Friskies!
Eh,eh, itu untuk kucing betul. Ni kucing 'jelmaan' jela...lagipun tak mainla Friskies, baik makan ikan keli lagi sedap...I kucing jelmaan kampung (haha)
Ok2. Abaikan ye. (tersenyum)
Sebenarnya...
Sebenarnya...
Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang.
Dia...sangat memahami diriku.
Dia tahu, apa yang paling hatiku dambakan.
Dia tahu, Dia paling tahu, apa yang bisa mengusik hatiku...sangat2.
Iaitu; ialah Allah dan RasulNya.
Dan selain itu, ialah para pencinta Allah dan RasulNya.
Sebagaimana Dia tahu betapa gembiranya saya bersahabat dengan anda semua, maka seperti itulah, Dia tahu betapa terusiknya hatiku, tatkalaku...membaca kisah2 para pencinta Allah dan RasulNya.
65 gambaran kehidupan sahabat (Nabi SAW)Jilid 1 & 2Karangan Dr. Abdul Rahman Ra'fat al-BashaTerjemahan: Ust Abd Hakam bin Jaafar & Ust Mohd Noor bin DaudSemakan: Ust Engku Omar Amiruddin bin Engku AliTerbitan Pustaka Salam (2006)
Inilah sebaik-baik rezeki, bagiku.
Sesungguhnya Allah, amat cepat mengabulkan doa/permintaan hamba2Nya...
Sedikit history
Sebenarnya buku ini ada makna yang tersendiri bagiku.
Banyak lagi buku2 sirah Rasulullah SAW atau para sahabat baginda yg berada di pasaran.
Tapi kenapa buku ini yang kukatakan "sebaik-baik rezeki"?
Kerana wahai sahabat-sahabatku,
Dari buku inilah titik permulaan.
Langkah pertamaku.
Mengenali keperibadian pemuda2 yang berkeberanian tinggi.
Luhur budi pekerti.
Mencintai Allah dan Rasul melebihi diri sendiri.
Buku yang pertama kali ku selak helaiannya, kerana A.M sendiri yang meminjamkan kepadaku.
Sejak itu, kamu tahu?
Kamu tahu tak?
Betapa baru aku tahu...bahawa aku sangat...sangat...sangat rugi.
Kerugianku, bagaikan peniaga yang muflis.
Bagaikan peladang kehilangan hasil tanamannya.
Bagaikan penternak kehilangan ternakannya.
Beritahu saya...
tidakkah kamu juga rasa kerugian..
bila mana tidak mengenali Anas ibnu Malik?
Atau Salman al-Farisi?
Atau `Abdullah ibnu Huzafah as-Sahmiy?
Zaid al-Khair?
Abu Ubaidah ibnu al-Jarrah?
`Abdullah ibnu Mas`ud?
Al-Barra' ibnu Malik?
Ja`afar ibnu Abi Talib?
`Abbad ibnu Bisyr?
Habib ibnu Zaid al-Ansori?
Tanya kepada diri sendiri: Cukupkah aku sekadar mengenali Saidina Abu Bakar, Umar al-Khottob, Uthman al-`Affan dan `Ali ibnu Abi Talib?
Soali dirimu sendiri: Adakah sahabat-sahabat Nabi SAW hanya mereka berempat?
Bagaimanakah kita...boleh membiarkan hidup kita berlalu...tanpa mengetahui kisah2 mereka yang terlebih dulu beriman.. sebelum kita dilahirkan lagi pun...
Penutup
Wahai sahabat2ku,
Sungguh rugi.
Jika kita tidak mencari.
Jika tiada walau sekelumit inkuiri..
Terhadap kehidupan sahabat2 Nabi (SAW).
Kerana sebelum kita,
merekalah yg terlebih dulu diuji.
Merekalah yg terlebih dulu mengimani.
Risalah Ilah yang hakiki.
Lantas,
dalam dunia yang penuh duri,
tatkala terasa tiada pedoman diri,
tatkala peribadi 'tokoh2' masa kini,
semakin terhakis dek ketamakan diri,
di manakah contoh untuk diteladani?
Maka, dengarkan nasihat drpd buku ini,
Di hadapan terpapar tajuk pengubat rindu,
Di kulit belakang pula, nasihat yang memandu,
Wahai sahabat-sahabatku,
Rasulullah SAW mempunyai sahabat2 baginda,
Sebagai teman suka dan duka.
Maka bagi saya...
dapatkah kamu teka ayat seterusnya? (senyum)
Antumlah permataku yang berkilauan, menerangi hidupku yg suram. Tanpa kehadiranmu, gelap-gelitalah perjalananku. Semoga aku juga menjadi permatamu yg berkilauan, memancarkan cahaya pedoman, tp ingatlah permata itu, hanya berkilauan, apabila ada yg menggilapnya. Maka gilaplah aku, wahai sahabat2ku, dengan teguran dan nasihatmu, nescaya itu baik bagi kita, untuk dipersembahkan di hadapan neraca-Nya.
Ukhuwah fillah , abadan abada (ukhuwah kerana Allah, selama-lamanya) :)
No comments:
Post a Comment