Thursday, November 4, 2010

فبأي الآء ربكما تكذبان

فبأي الآء ربكما تكذبان

Dan nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?

(tersenyum)

Eh, orang tanya soalan, dia senyum pulak!

Dahla tu, ingat manusia ke yang tanya?

Tuhan manusia yang 'bertanya' tu!

Nikmat

Ah, nikmatnya.

....Nikmatnya dah habis exam!

Untuk hari ni. (hahaha - tak lawak pun)

Apa itu nikmat?

Nikmat itu satu perasaan kan?

Perasaan yg macam mana?

Best!
Seronok!
Indah...

فبأي الآء ربكما تكذبان

Allah Taala bertanyakan suatu soalan retorik kpd manusia;

"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"

Nikmat itu boleh datang dalam bermacam-macam bentuk.

Nikmat makanan yang sedap! (amboi, bab makanan ada tanda seru pulak)

Nikmat tidur yang lena...(yang ni banyak titik pulak.....)

Nikmat hari yang ceria (yg ni takde tanda pulak)

Nikmat bersahabat, berukhuwah, kerana Allah.

Apa lagi ye?
Kalau nak senarai semua kat sini is a mission impossible.

Sebab itulah Allah Taala seolah-olah ingin...err..'memperli' manusia?

"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?"

Hmm..mungkin juga.

Pertama; kerana nikmat Tuhan itu memang tidak terhitung banyaknya.
Kedua; manusia ni, makhluk yg jarang sekali hendak bersyukur. Jarang sekali hendak berterima kasih. Kalau ingat tu, syukurlah sekejap. Apabila ditimpa musibah, ingatkah kita hendak bersyukur kepadaNya?

'Nikmat' musibah

Hai, dah rumah kene rompak pun, kene bersyukur jugak ke?

Tak sempat beli tiket bola pun (sebab dah sold out) kene bersyukur jugak ke? Melepas aku nak tengok wira-wira kesayanganku beraksi live!

Terlepas naik bas pun, kene syukur JUGAK?

Pendapat saya; Y.A.

Sebabnya, yang dikatakan musibah itu, sebenarnya perspektif siapa?

Perspektif manusia.

Pernahkah kita terfikir, bagaimana perspektif Allah pula?
Maksudnya, pernah tak kita benar2 mendalami, kenapa sebenarnya Allah menimpakan musibah itu kepada kita?

Boleh jadi kita terlalu asyik dengan dunia. Sehingga terlupa kepadaNya. Terlupa, atau 'buat-buat lupa' untuk menunaikan solat.

Atau, boleh jadi Allah Taala hendak menyelamatkan kita daripada bahaya atau bencana.

Atau boleh jadi, perkara itu sebenarnya buruk bagi kita, tapi kita tidak mengetahuinya.

"Astaghfirullah al-`azim. Harta aku yg kene rompak tu semuanya hasil wang riba. Sebenarnya Allah Taala hendak menyelamatkan aku daripada menjadi pemilik kepada harta2 yang haram. Kalau tak nanti, di akhirat, apakah yang akanku jawab pada Allah? Syukur, alhamdulillah, terima kasih Allah kerana menyedarkanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu."

"Nasib baik aku tak pergi tengok bola live hari tu. Kalau tak, sah-sah aku tak study dan sah-sah aku tak boleh jawab paper exam esok tu. Syukur, alhamdulillah, dapatlah aku menjawab peperiksaan dengan baik hari tu."

"Ya Allah, nasib baik aku terlepas bas hari tu. Kalau tak, tentu aku dah jadi arwah kat selekoh 44 tu. Syukur, alhamdulillah, terima kasih Allah, kerana memanjangkan hayatku sehingga ke hari ini."

Cubalah selak tirai pengajaran di sebalik 'musibah' itu. Carilah nikmat di sebalik musibah. (senyum)

Nikmat terbesar bagiku

Walaupun hamba-Mu tak mampu hendak membilang nikmat yg Engkau kurniakan padaku, namun Tuhanku, sesungguhnya aku tahu satu hakikat.

Hamba-Mu tahu akan suatu nikmat.

Suatu nikmat yg melebihi segala nikmat di dunia, dan bagiku, mampu menyaingi nikmat syurga-Mu di akhirat.

Wah....saspens! Ape yg hebat sangat sampai boleh menandingi syurga Allah Taala??

(senyum)

Ianya pendapat peribadiku, wahai sahabat2ku.
Hanya pendapat peribadiku, tidak lebih daripada itu.
Hanya saja aku berani berkata begini, kerana keindahan syurga, belum lg, dan belum tentu menjadi milikku, milik kita semua.

Kalaulah aku pernah melihat syurga, mungkin aku tidak akan mengeluarkan kata2 sebegini.

Namun, di dunia ini, ia lah nikmat terbesar, dan terbaik yg pernah dirasai hati ini.

Ia ialah....


Ya, Islam.
Jika ada 1 perkataan yg mampu mengungkapkan seluruh nikmat yg aku rasai, maka ia ialah Islam.

Anda tahu kenapa?

Kerana selama aku hidup dalam nikmat Islam ini, segala sesuatu yg berlaku padaku, kurasakan adalah suatu kenikmatan.

Sakit, demam, batuk. Ialah nikmat. Nikmat ujian drpd Allah Taala. Tanda Allah cintakan hamba2Nya. Tanda Allah mahu kita bersabar, maka jika kita berjaya bersabar, dan tidak mengeluh, maka dapatlah Allah mengurniakan kita pahala sabar. Sedarkah kita bahawa penyakit boleh menjadi medan untuk menambah pahala?

Lapar. Dahaga. Ialah nikmat. Oh, begini agaknya rasa perut saudara2ku di Falastin? atau di Sudan? Atau di Afrika Selatan? Oh, jarang2 aku merasai kelaparan sebegini. Terima kasih Allah, kerana walaupun aku tak faham penderitaan mereka, dan aku tidak boleh mengaku di hadapanMu kelak, bahawa aku faham kesusahan saudara2ku, tapi sekurang-kurangnya, perut kami merasai perasaan yg sama. Walaupun aku tak berkuasa mengubah keadaan mereka, sekurang-kurangnya, PERUTKU bersama mereka. Inilah selemah-lemah ukhuwah....selemah-lemah iman...

Di mana aku sekarang? Di menara gading. Bukan menara gudang simpanan gading gajah.
Tapi institusi ilmu, di peringkat universiti.

Ahh!! Susahnya microbe (microbiology) ni! Nape susah sangat nak ingat nama2 ni? Bende2 sebesar, eh sekecik kuman pun kene ingat. Menyusahkan hidup orang betul..kalau kuman2 ni ingat nama aku ke, takpe jugak! bla3...

Susah belajar? Payah menghafal? Sulit memahami? Ialah nikmat. Nikmat belajar, betul tak sahabat2? (tersenyum) Kerana Islam mengajarku, menuntut ilmu itu, sepanjang hayat. Bukankah wahyu pertama ialah;

"اقرأ بسم ربك الذى خلق. خلق الاءنسان من علق. اقرأ وربك الأكرم"

"Bacalah (ya Muhammad) dgn nama TuhanMu yang menciptakan. Telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan TuhanMu amat Pemurah." (Al-`Alaq : 1-3)

Dari saat pertama Islam diturunkan, Allah Taala dah pun menegaskan tentang pentingnya membaca. Tidak cukupkah bagi kita, Allah menurunkan perintahNya dari langit tentang pentingnya menuntut ilmu? Kata2 siapakah yang lebih hebat, selain drpr firman pencipta? Perlukah kita mendengar kata2 makhlukNya pula, barulah kita sedar akan pentingnya ilmu?

Terpulanglah kepada hati masing2. Paksaan tidak pernah mendatangkan apa jua kebaikan pun, maka terpulanglah kepada akal dan hati setiap drpd kita.

Bagi saya, Islam itu mengindahkan setiap perkara.

Dan, drpd Islam itu, terbitlah pula kemanisan yg tidak mampu dirasai oleh lidah.

Manisnya, hanya terasa di dalam dada, bagi yg bernama manusia.

Islam dan Iman

Ya, drpd Islam, datanglah pula sahabatnya, iman.

Iman, menambah seri hidup yg didirikan oleh rukun2 Islam.


Kerana iman, solat terasa ringan.
Kerana iman, solat tidak suka dilewat-lewatkan.
Kerana iman, solat terasa seperti sedang makan.
Makanan bagi ruh, yg merindui Tuhan.

Kerana iman, pertengkaran dielakkan.
Kerana iman, persahabatan diutamakan.
Kerana iman, ukhuwah tetap erat bertautan.

Kerana iman, lelah terasa berpatutan.
Kerana iman, sengal badan tidak dihiraukan.
Kerana iman, menuntut ilmu menjadi pilihan.

Dan semoga berjuta lagi penat lelah kehidupan, dimaniskan oleh Islam dan Iman, nikmat terbesar kurniaan Tuhan, kepada hamba2Nya yang beriman. Ameen...( tersenyum )

فبأي الآء ربكما تكذبان

"Dan nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?" (Ar-Rahman : 13)

No comments: