بسم الله الرحمان الرحيم
Pulang saja daripada lawatan ke Rumah Ehsan semalam, terus 'pengsan'.
Pengsan a.k.a penat daa..
Bukan penat sebab melayan mak cik-mak cik di Ruamh Ehsan, tentulah tidak (alhamdulillah hatiku tak merungut).
Sebabnya...letih 'berpaddle boating' dengan Wawa (najwa)...(haha, kalau Najwa dengar ni mesti dia marah)
Lawatan ke Rumah Ehsan semalam (semalam ke..?) disusuli dengan sedikit games specially prepared for Rx8...jadi sebab tulah penat.
Tambah-tambah, memang satu semester ni, aku joging lebih kurang drpd bilangan jari sebelah tangan. (Faham? huhu)
Jadi, zero stamina!
Tak sempat nak mencoret pulangan yang berharga
Ingatkan nak coret2 pulangan berharga semalam, tapi disebabkan penat, terpaksa ditangguhkan. Ni pun penat tak habis lagi...
Sebab mabuk bas tadi (uwekk..)
Orang mabuk bot, mabuk laut, mabuk paddle boat, aku mabuk bas...tak tahulah kenapa kali ni memang rasa terhuyung-hayang. Sampai sekarang pun rasa macam berombak-ombak lagi..
Okey2.
Lepas pulang daripada Rumah Ehsan di mukim (?) Muktafi Billah Syah, Dungun, Terengganu semalam, sebenarnya banyak pulangan berharga yang aku dapat...
Ni aku nak cerita, korang kene bersedia ya...tadah telinga cepat haha
Pulangan berharga yang dimaksudkan ialah pengajaran.
Pergi lawatan dengan hati yang kosong. Balik janganlah tetap kosong. Bawalah 'pulangan' yang berharga, drpd kaca mata masing2.
Pulangan drpd kaca mataku
(Dah lama tak guna "Dari kaca mataku" - tersenyum)
Lain orang lain mata. (memang pun, tak kan nak share pulak. nanti mcm alien je..)
Lain mata lain sudut pandangannya.
Tak tahulah sahabat2ku yang lain macam mana, bagi diri sendiri begini yang disingkapnya...
1. Seperti melihat cermin
Tahu tak? (tak....)
Sabaq la, ni yang nak habaq mai ni..
Bila berbual, meluangkan masa dengan mereka..macam tengok cermin pulak.
Pasai pa? (kenapa?)
Yelah, Cermin. Sifatnya memantulkan.
Seperti memantulkan imej wajah sendiri. Seolah-olah, melihat diri sendiri di penghujung usia.
Terfikir...bila aku tua nanti, beginikah keadaannya?
Terlantar, sakit2 badan...tak ada tenaga. Tak mampun nak berdikari, tak mampu uruskan diri sendiri. Hanya mengharapkan belas ihsan orang2 yang ihsan. Ataupun orang2 yang bekerja di rumah2 ihsan.
Masa tu, ingat lagikah aku pada Allah? Adakah aku akan beralasan "Ya Allah, kakiku dah tak larat. Susah nak pergi bilik air..kalau nak berwuduk dan solat kene harapkan bantuan orang. Susahnya.." Adakah aku akan menderita keseorangan?
Astaghfirullah al-`azim. Na`uzubillahi min zalik (kami mohon perlindungan Allah drpd itu).
Walaupun mataku memerhatikan mata makcik Mariam, tapi dalam hatiku bermonolog sendiri.
Sesungguhnya usia muda ialah antara nikmat yang besar. Manusia selalu macam tu kan? Dia lambat menyedari sesuatu yang sangat berharga, sehinggalah nikmat itu ditarik drpdnya. Kemudian mengeluhlah dia...merintihlah dia. Astaghfirullah3x.
Wahai sahabat2ku,
jomlah, kita manfaatkan masa muda kita. Bila tu? Sekarang la! Masa untuk setiap anak Adam cuma satu - iaitu satu hayat saja di dunia ni.
Direct saja - jomlah kita manfaatkan masa muda. MANFAATKAN ye. Bukan buang dan sepah-sepahkan macam ianya sampah.
Nenek moyang Melayu kita cakap apa? "Masa itu emas." Kita pulak, "Emas itu harta." Nah! Dah mengaku emas itu harta, kenapa nak sepah-sepahkan? Kenapa nak buang masa begitu saja?
Wahai sahabat2ku,
Nabi Muhammad SAW juga berpesan, rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satunya ialah "muda sebelum tua". Rebut tu. Macam...main ragbi gitu! Tapi tak perlulah gunakan keganasan, cuma gunakan tekad macam pemain ragbi...
Masa berjalan. Walaupun ia tiada kaki.
Kita yang ada kaki ni, tak nak berjalan ke? Tak nak mengembara cari ilmu ke? Atau kalau dirasakan sarat ilmu di dada, tidak mahukah mengembara menyebarkan khazanah berharga itu?
Jomlah, kita manfaatkan usia muda, selagi masih ada.
2. Mak ayah sendiri
Dalam banyak2 ekspresi, bagiku yang paling hebat berekspresi ialah...mata.
Sebab itu, semasa berbual dengan makcik Mariam aku lihat dalam2 matanya.
Haish, mata sendiri tiba2 kabur pulak. memangla aku rabun, tapi kan dah pakai spek mata (cermin mata), tak kan kabur lagi.
Sebak sebenarnya. Dengar je apa makcik Mariam cerita. Aku tak ingat sangat, sebab aku sibuk tengok mata dia! (hampeh betul!!!)
Haha, teruk betul aku ni kan? Nasib baiklah Adani ada sekali, so, dialah yang pay attention sikit.
Aku tertarik dengan mata makcik Mariam. Cantik. Bagiku mata ialah organ yang paling cantik di wajah manusia. Sebenarnya aku cuba membaca perasaan tersiratnya drpd bening matanya. Aku cuba je, macam terer (pandai) pulak. Bukanla pro (pakar), tapi sekurang-kurangnya amatur macam aku dapat membaca satu benda...
Kesedihan.
Sayu.
Sunyi.
Sebab jauh dalam matanya, dia menahan tangisnya. Sepanjang kami berbual, aku perhatikan, matanya sentiasa menanti saat pecah.
Kata pengetua Rumah Ehsan, kebanyakan penghuni di sini dihantar, dan bukan atas kerelaan mereka. Logiklah, kalau ada keluarga, buat apa nak datang hidup sorang2 di tengah2 orang2 yg tak dikenali? Ada yang dihantar ketua kampung, ada yang keluarga hantar.
Sister Hazizah (nurse) menambah, "Kadang2, kami pergi juga melawat keluarga/waris terdekat pesakit. Keluarga dia ramai, tapi itulah, tiada siapa pun yang nak kata, 'Kami nak ambil balik pesakit' ataupun 'Nanti Hari Raya kami nak datang ambil pesakit'. Ada juga yang kadang2 ambil untuk dibawa pulang berhari raya. Tapi tak ramai. Yang tinggal kat sini, beraya kat sini jelah."
Allah, janganlah tergamak aku buat begitu kepada mak ayahku pula.
Betul cakap salah seorang sahabatku sewaktu sesi penutup/perkongsian.
"Kita cakap je skrg, kita TAKKAN Buat macam tu kat mak ayah kita. Tapi siapa yang tahu masa depan? Siapa tahu, nanti bila dah kerja, kerja farmasi kan gaji besar, nanti dah dapat duit banyak, lupa kat janji2 kita dulu..."
Allah, lindungi kami drpd menjadi anak yang seperti itu...
3. Umat Islam di mana?
Ok. Isu ni agak menarik utk dikupas.
Masa mula2 datang, kami diberi taklimat ringkas oleh Pengetua (aku rasala...). Dia kata yang banyak melawat penghuni di sini dan melakukan kerja2 sukarela, ialah persatuan2 BUKAN ISLAM.
Masa slide presentation pun, aku perhati gambar2 pelawat:
-Lions Club (macam St Johns kot)
-Persatuan Agama Buddha
dll.
Tak dinafikan, ada juga lawatan drpd pelajar2 IPT yang beragama Islam, tapi lawatan persatuan atau badan2 Islam...tak muncul2 juga dalam presentation Pengetua.
Kerja2 sukarelawan yang mereka buat macam2, bergantung kpd projek masing. Tolong buat taman ke, atau sekadar bermalam di situ, berbual-bual, meluangkan masa dengan warga tua yang melarat di situ.
Itu yang membuatkan aku terfikir, "Umat Islam di mana?"
Pengetua macam bagi hint dalam ucapan dia, seolah-olah dia juga merasakn sebagaimana sbhgn besar kami rasakan, apabila persatuan2 agama lain datang melawat rumah2 ihsan, yang majoritinya ialah beragama Islam. Iaitu agenda mereka di sebalik lawatan dan kasih sayang yang ditunjukkan itu.
Okey. Saya tak kata penganut agama selain Islam berniat jahat. Kerana itu kepercayaan mereka. Itu pegangan mereka. Itu 'akidah' mereka. Mereka berhak mengajak siapa sahaja kepada agama mereka, kerana mereka sendiri berasa berada di pihak yang benar.
Persoalannya, "Umat Islam di mana?"
Umat Islam di mana? Tatkala saudara2 seagama sendiri melarat? Kenapa muka2 yang menziarahi saudara2 Islam kita, bukan muka2 yang diharapkan oleh mereka?
Mereka mengharapkan wajah2 kita! Tak terasa apa2 kah, oleh daging yang berdenyut di balik rusuk kirimu itu? Tidakkah kita tahu, bahawa daging2 saudara kita yang di sebalik rusuk kiri mereka itu, berdenyut-denyut mengharapkan saudaranya! Mengharapkan kehadiran saudara2 seagamanya! Berdenyut-denyut memanggil denyutan nadi saudara seagamanya! Mengharapkan denyutan nadi yang sama2 mengakui keesaan Allah Taala dan kebenaran RasulNya Muhammad SAW, turut berada di sampingnya.
Bukan lama. Sekejap saja. Sekejap pun jadilah kan. Asalkan dapat merasai ikatan ukhuwah yang kita...kononnya berlagak mempertahankan dengan harta dan nyawa.
Saya dramatik?
Kalau begitu biarkan saya dengan dunia dramatik saya!
Maka dengarkan kata2 'dramatik' Muhammad SAW,
"Tidak sempurna iman salah seorang di antara kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri."
Jauh jarak usia (muda dan tua) bukanlah alasan untuk tidak mengasihi saudara sendiri. Bukankah Nabi Muhammad SAW sangat jauh beza umurnya dengan Saidina `Ali r.a.? Namun lihatlah, bacalah sirah Nabi dan para sahabatnya...bagi diri saya sendiri, sukar untuk mengesan jika terdapat jurang umur di antara mereka. Sehinggalah diteliti tarikh kelahiran mereka, kadang kala terkejut juga! Sebenarnya jarak usia sesetengah mereka dengan yang lain agak jauh, tetapi kisah2 kehidupan mereka bersama Rasulullah saw langsung tidak menggambarkan ADA jurang tersebut...
Beza bukan?
Antara ukhuwah Islamiah zaman ini, dengan ukhuwah Islamiah ketika awalnya kedatangan Islam.
Wahai sahabatku!
Sampai bila kita hendak begini?
Sampai ramai yang memilih pegangan lain untuk dianuti?
Waktu itu, tak payah tuding jauh2. Duduk depan cermin, tuding lah sepuas-puasnya.
Nabi Muhammad saw. Tegarnya menyeru manusia kepada Allah Yang Esa, walaupun najis unta diletakkan di atasnya ketika dia bersujud.
Sahabat2 Nabi kuat beristiqamah (usaha berterusan), bertebaran di seluruh bumi Allah dalam menyeru manusia kepada Islam.
Nabi saw dah wafat. Sahabat2nya turut mengikuti. Habis, di penghujung ni, tinggal siapa lagi?
Sahabat2,
kita bukannya sedang berbincang hendak mengislamkan manusia baru, tetapi...tetapi, mengekalkan, meneguhkan, dan MEYAKINKAN manusia2 yang sudah Islam, YAKINKAN mereka bahawa pegangan mereka itu benar. Sebagaimana yang hati2 kita yakini.
Tidak mahukah kita mengikuti jejak2 mereka sebelum kita? Jejak para rasul dan sahabat2 Rasulullah?
Apakah hanya jejak yang pasti itu, yang mahu kita ikuti? Iaitu jejak ke alam barzakh?
Jejak itu, tak payah suruh, kaki kita sudah ditetapkan akan 'melangkah' juga..
Penutup
Saya cuma berkongsi pandangan peribadi. Yang baik tetapi sedikit itu, ambillah jika bermanfaat. Tapi kalau anda rasa saya merepek, maka tinggalkanlah.
Benar sekali - Kebaikan ialah kurniaan pencipta, manakala keburukan ialah milik makhlukNya.
No comments:
Post a Comment