بسم الله الرحمان الرحيم
Ismuhu `Abdullah ibnu Huzafah as-Sahmiy (namanya `Abdullah bin Huzafah as-Sahmiy).
عبد الله ابن حذافه السهميّ
Ingatilah nama ini, wahai sahabat-sahabatku.
عبد الله ابن حذافه السهميّ
Sematkanlah dalam hatimu kemas-kemas akan nama ini, wahai para permata hatiku.
عبد الله ابن حذافه السهميّ
Janganlah sekali-kali kita membiarkan hidup kita berlalu tanpa mengenali nama ini, kerana sesungguhnya dia lebih dekat dengan kekasih agung kita, berbanding sesiapa pun di antara kita.
Beliau ialah sahabat Nabi Muhammad SAW.
Wahai sahabat2ku,
kenalkah kamu akan Muhammad SAW?
Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilah kerana telah menyempurnakan nikmat iman dan Islam kepada kita. Dengan itu, dapatlah kita mengenali Nabi kita SAW yang mulia.
Apa kata pada hari ini, kita meluaskan pengetahuan lagi?
Dengan mengenali pula salah seorang sahabat baginda Nabi SAW.
Baru satu
Ya rakan2ku,
عبد الله ابن حذافه السهميّ, baru seorang.
Ini, baru seorang sahabat Nabi SAW.
Tahukah kita berapakah bilangan para sahabat baginda sebenarnya?
.....Maaflah. Saya sendiri tidak tahu dengan jelas.
Yang saya kenali hanyalah sahabat2 baginda yang sering disebut-sebut di dalam helaian buku2 sejarah.
Sahabat2 baginda seperti Abu Bakar, Umar al-Khattab, Uthman al-`Affan, `Ali ibnu `Abi Talib...
Eh?
Alamak. Itu sahaja.
Wahai Tuhanku, kerugian menimpaku.
Rugilah hambaMu ini. Kalau tidak berusaha mengenali kekasih2 Nabi.
kerana merekalah yang paling dekat dengan Nabi SAW.
yang paling awal menerima didikan Nabi SAW secara terus.
yang bernafas dalam udara yang sama seperti mana bernafasnya Nabi.
yang terasa peritnya diuji iman, sepertimana peritnya ujian iman ke atas Nabi.
yang berdiri dan duduk bersama-sama Nabi. (taat akan perintah Nabi SAW).
Patutlah mereka yang paling dicintai Nabi.
Ya Rabb, dekatkanlah kami dengan orang2 yang dicintai nabiMu, mudah-mudahan...
mudah-mudahan...
dapatlah juga kami merasai titisan-titisan kasih NabiMu, membasahi hati-hati kami...
Telah lama tertawan dengannya
Sebenarnya aku telah lama tertawan dengannya.
Dengan `Abdullah bin Huzafah as-Sahmiy.
Dia tidak menangkapku dengan kekerasannya.
Sepertimana tertangkapnya tawanan di medan perang.
Atau tertawannya seorang yang berhutang dengan hutang-hutangnya.
Atau terjeratnya kekasih dengan madah-madah palsu kekasihnya.
Tidak. Sekali-kali tidak.
Kekasih hati Nabi SAW mempunyai kekuatan yang jauh lebih hebat daripada itu.
Kekuatan iman.Kekuatan taqwa (takutkan Allah).Kecantikan akhlaknya.
Iman dan taqwa ialah kurniaan Tuhan.
Namun akhlak?
Ialah suatu pembentukan.
Memang betul, seperti yang ku pelajari di sekolah dulu, akhlak ialah suatu ciri semula jadi yang sudah pun ada di dalam diri setiap manusia. Ia datang dengan sendiri. Iaitu, kita tidak sempat berfikir pun, tetapi kita sudah pun memberi reaksi kepada sesuatu perkara itu. Itulah akhlak.
Peribadi semula jadi kita.
Tapi siapa kata manusia tidak boleh berubah?
Walhal hati itu sendiri digelarkan "Qalb" iaitu sesuatu yang mudah berbolak-balik, atau mudah ditelangkup, kemudian dibetulkan semula.
Hati manusia mudah saja berubah. Kerana penguasa hati bukan manusia. bahkan kadang-kala, hati pula yang merajai manusia.
Penguasa hati ialah "Al-muqollibal qulub". Yang berkuasa membolak-balikkan hati.
Maka hati itu, mudah saja dibentuk.
Hati yang busuk, mudah saja diubah kepada hati yang mekar dengan wangian.
Hati yang subur dengan baja keimanan, mudah saja ditumbuhkan pepohonan taqwa yang merendang.
Seperti itulah akhlak para sahabat dibentuk.
Maka kerana itulah aku tertawan.
Seperti seringnya tertawan aku tatkala menyelak halaman2 sirah mereka.
Setiap seorang di antara mereka, tidak pernah tidak, tidak memukau hatiku...
Aku tertawan, sejak pertama kali lagi aku membaca kisahnya, kisah `Abdullah bin Huzafah as-Sahmiy. Sejak pertama kali A.M. meminjamkan bukunya kepadaku.
Ya, buku yang baru kuceritakan kepada antum dalam post "Rezeki Berupa Sahabat".
Kamu tahu?
Tebalnya buku itu, tidak melebihi ketebalan (lebar) telunjuk kiriku.
Namun NILAINYA...subhanallah...bagiku, melebihi kekayaan langit dan bumi dan apa yang di antara keduanya.
Daripada situlah aku mulai mengenali jiwa2 yang berjuang di jalan Allah, tanpa mengenal penat.
Barulah bertambah indeks nama2 para sahabat dalam kamus hatiku, selain 4 Khulafa' ar-Rasyidin.
Mahukah jika aku tambahkan indeks nama2 para sahabat Nabi SAW untukmu, wahai para sahabatku?
Marilah, akan ku curi sedikit daripada sedikit petikan kisah `Abdullah bin Huzafah as-Sahmiy, dalam buku kecil karangan Dr. Abdul Rahman Ra'fat al-Basha ini.
"Setiap muslim hendaklah mengucup kepala `Abdullah bin Huzafah..."
Dr. Abdul Rahman membuka lembaran kisah `Abdullah bin Huzafah dengan merakamkan kata2 Saidina Umar al-Khattab ini:
"Setiap muslim hendaklah mengucup kepala `Abdullah bin Huzafah. Saya mulakan dengan diri saya.."
Hairan?
(senyum)
Kehairanan anda akan terjawab pada penghujung cerita ini...
Pertemuan dengan dua pemimpin dunia
Allah Taala telah mentakdirkan baginya sebagai sahabat Nabi yang berpeluang menemui dua maharaja yang paling berkuasa di bumi ini, pada zamannya iaitu Kisra, Maharaja Parsi dan Kaisar (Caesar), Maharaja Rom.
Pada tahun ke-6 Hijrah, ketika itu Nabi SAW bertekad untuk menghantar sekumpulan sahabat2 membawa perutusannya kpd raja2 asing. Matlamat baginda adalah untuk menyeru mereka kpd Islam.
Rasulullah SAW memahami bahawa tugas ini amat berisiko, kerana utusan2 itu akan pergi ke negara2 asing yg jauh dan tidak pernah dijejaki sebelum ini. Malah mereka tidak mengetahui tabiat/sikap raja2 itu, serta tidak fasih bahasa mereka.
Dan lebih sukar lagi, mereka membawa perutusan supaya raja2 itu meninggalkan agama nenek moyang, dan melepaskan keagungan dan kekuasaan mereka (lantaran tunduk kpd Allah Tuhan semesta alam). Tambahan lagi, raja2 itu diseru supaya menganut agama orang yg sebelum ini menjadi rakyat mereka. Adakah raja2 yang berkuasa besar, berkerajaan yang gah di dunia, akan mendengar kata2 rakyatnya? Bagaikan misi hidup, atau mati.
(Seperti yg diterangkan penulis)
Lalu baginda mengumpulkan para sahabatnya dan berucap. Baginda mengucap puji-pujiandan sanjuangan kepada Allah. Diikuti dgn dua kalimah syahadah. lalu baginda bersabda;
"Sesungguhnya saya ingin mengutus drpd kalangan kamu bertemu dgn raja2 asing. Oleh itu janganlah kamu menyanggahi saya sebagaimana Bani Israel menyanggahi Nabi `Isa bin Mariam."
Lantas para sahabat Rasul menjawab;
"Wahai Rasulullah, kami akan laksanakan apa sahaja yang kamu inginkan. Utuskanlah kami ke mana sahaja yang kamu mahu."
Ulasan peribadi: Lihatlah sikap para sahabat terhadap Rasul SAW. Tidak pernah/jarang sekali mempersoalkan keputusan Rasul. Inilah sikap orang2 beriman seperti yg disebutkan dalam firman Allah,
"وقالوا سمعنا واطعنا"Dan mereka mengatakan, "kami dengar dan kami taat". (Al-Baqarah: 285)
Masih layakkah kita untuk membandingkan diri dengan mereka?
Rasul SAW telah memilih enam orang sahabat baginda untuk menyampaikan perutusan kepada raja2 Arab dan bukan Arab. `Abdullah ibnu Huzafah as-Sahmiy ialah salah seorang drpd mereka. Beliau telah Rasul amanatkan dengan perutusan kpd maharaja Parsi, Kisra.
Kerajaan Parsi (Ancient Civilization)...luas kan?
Seterusnya, saya ingin memetik kata2 Dr. Abdul Rahman sendiri, kerana gaya penulisannya ialah antara sebab mengapa saya begitu meminati buku ini, dan bukan buku sirah yang lain...
Dengan setiap bait katanya, cubalah bayangkan situasi sendiri, jika berada di tempat `Abdullah ibnu Huzafah...
`Abdullah bin Huzafah bersiap-siap untuk memulakan misinya. Beliau mengucapkan selamat tinggal kepada isteri dan anaknya. `Abdullah memulakan perjalanan, mendaki tanah tinggi dan menuruni lurah curam. Sendirian, hanya bersama Allah. Sehinggalah beliau sampai ke jajahan Parsi. Beliau memohon keizinan untuk menghadap Maharajanya. Beliau memaklumkan para pembantu maharaja tentang perutusan yang dibawanya kepada Kisra.
Ketika itu juga Kisra mengeluarkan titahnya kepada ihak istana. Kemudian istananya dihiasi. Kisra memerintah para pembesarnya menghadiri majlis tersebut. Lantas para pembesar hadir ke majlis Kisra. Setelah para pembesar dan Kisra hadir, `Abdullah bin Huzafah dibenarkan menghadap Maharaja Parsi.
`Abdullah bin Huzafah masuk menghadap Maharaja Parsi. Beliau hanya memakai pakaian yang nipis serta sehelai jubah luar yang kasar. Ia merupakan pakaian Badwi yang serba ringkas.
Namun `Abdullah tidak merasa rendah diri. Sebaliknya beliau berjalan dengan kepala terangkat, tubuh yang tegak dan mendada mempamerkan keagungan Islam yang memenuhi jiwanya. Api keangkuhan iman bernyala-nyala dalam sanubarinya.
Apabila ternampak `Abdullah berjalan masuk menghadap, Mahajaraja kisra mengisyaratkan kepada salah seorang pembesarnya agar mengambil perutusan tersebut daripada tangan `Abdullah. Namun beliau enggan menyerahkannya, lantas berkata: "Tidak boleh. Rasulullah SAW telah memerintahkan saya agar menyerahkannya sendiri dengan tangan saya. Saya sama sekali tidak akan mengingkari perintah Rasulullah."
Mendengar pendirian tegas `Abdullah, Kisra bersuara: "Biarkan dia mendekati beta."
`Abdullah menghampiri Kisra dan menyerahkan perutusan tersebut.
kemudian Kisra menjemput seorang penulis berbangsa Arab yang merupakan penduduk Hirah. Dia memerintahkan penulis tersebut membuka dan membaca isi kandungan perutusan itu di hadapannya. Perutusan itu berbunyi:
بسم الله الرحمان الرحيم
Daripada Muhammad Rasulullah kepada Kisra Maharaja Parsi. Sejahtera untuk mereka yang mengikut hidayah...
Tatkala mendengar isi kandungan perutusan tersebut dibacakan, dadanya bergelojak api kemarahan. Mukanya merah padam. Urar sekitar lehernya timbul dek menahan kemarahan. Ini semua kerana Rasulullah memulakan perutusan tersebut dengan diri Baginda sendiri... Lantas perutusan tersebut direntap daripada tangan penulisnya dan dikoyak-koyakkan tanpa mengetahui isi kandungannya. Dengan bongkak dia menjerit kemarahan: "Beginikah cara dia menulis kepada beta sedangkan dia merupakan hamba beta?!!"
Kemudian Kisra menghalau `Abdullah bin Huzafah keluar dari majlisnya. Lalu beliau pun diusir keluar.
`Abdullah bin Huzafah keluar dari majlis Kisra. Namun beliau tidak tahu apa yang akan berlaku pada dirinya. Adakah beliau akan dibunuh lantaran menyebabkan Kisra murka atau beliau dibebaskan.
Namun beliau berkata dengan penuh semangat: "Demi Allah! Saya tidak peduli apa jua yang akan berlaku setelah saya berjaya menyampaikan perutusan Rasulullah SAW tersebut..."
Beliau pun menaiki tunggangannya dan berangkat pulang.
Apabila api kemarahan Kisra padam, dia memerintahkan agar `Abdullah dipanggil menghadapnya semula. Namun para pengawal istana tidak menemuinya. Mereka cuba mencari `Abdullah namun jejak beliau tetap tidak dapat dikesan.
Mereka terus menjejaki `Abdullah di laluan menuju ke Semenanjung Tanah Arab. Namun mereka dapati beliau telah jauh meninggalkan bumi Parsi.
Apabila `Abdullah tiba ke madinah beliau terus pergi menghadap Nabi SAW. Beliau menceritakan sikap Kisra dan bagaimana dia mengoyakkan perutusan itu. Mendengar cerita tersebut Rasulullah s.a.w bersabda ringkas: "Allah Taala akan mengoyakkan kerajaannya."
* * *
Sementara itu Kisra telah menulis perutusan kepada Bazan, gabenornya di Yaman: "Utuskan dua orang panglimamu yang gagah kepada yang lelaki yang muncul di Hijaz ini. Arahkan mereka membawa lelaki tersebut ke hadapan beta..."
Yaman (selatan Semenanjung Tanah Arab)
Lalu Bazan pun menghantar dua orang panglimanya yang terbaik untuk menemui Rasulullah s.a.w. Dia mengirimkan sepucuk perutusan bersama mereka. Surat itu meminta Rasulullah agar tidak berlengah-lengah mengikuti kedua utusannya itu untuk menemui Kisra.
Dia juga meminta kedua panglimanya agar merisik dan menyiasat perihal Nabi s.a.w.. Setelah itu mereka diminta kembali dengan maklumat yang diperolehi.
* * *
Kedua-dua lelaki tersebut pun segera berangkat untuk melaksanakan misi tersebut. Apabila mereka sampai ke Taif, mereka bertembung dengan pedagang Quraisy. Lalu mereka bertanya tentang Muhammad s.a.w.. Jawab mereka: "Dia berada di Yatsrib."
Setelah itu para pedagang tersebut kembali meneruskan perjalanan ke Mekah dengan penuh girang. Setibanya di Mekah, mereka mengucap tahniah kepada Quraisy: "Bergembiralah...kerana Kisra akan membanteras Muhammad dan menyelamatkan kamu daripada kejahatannya."
Sementara itu kedua-dua utusan Bazan tersebut menuju ke Madinah. Apabila tiba di sana, mereka menghadap Baginda dan menyerahkan perutusan daripada Bazan. Kata mereka: "Sesungguhnya Maharaja Kisra telah menulis kepada raja kami, Bazan agar menghantar utusan kepadamu...Kami datang untuk menjemputmu bersama kami menghadap Kisra. Oleh itu jika kamu bersetuju, kami akan menjadi jurucakapmu kepada Kisra. Kami akan memujuknya untuk kebaikan kamu dan kamu akan terselamat daripada tindakannya. Namun jika kamu enggan, sebagaimana yang kamu sedia tahu, Kisra memiliki kekuatan dan dia mampu menghancurkanmu, keluarga dan bangsamu."
Rasulullah s.a.w. tersenyum lalu berkata kepada kedua-dua utusan tersebut: "Hari ini kamu pergilah berehat dan esok kamu datanglah ke sini."
Keesokan harinya mereka datang kembali menghadap Nabi s.a.w.. Mereka bertanya kepada Baginda: "Adakah kamu telah bersiap-siap untuk pergi bersama kami menghadap Kisra?"
Jawab Nabi s.a.w.: "Selepas hari ini kamu berdua tidak akan bertemu lagi dengan Kisra. Allah Taala telah membunuhnya. Dia telah dibunuh oleh anaknya sendiri Syirawaih pada malam dalam bulan itu..."
Mereka memandang tepat ke wajah Nabi s.a.w. Jelas di wajah mereka terperanjat mendengar cerita itu. Mereka bertanya: "Adakah kamu sedar apa yang kamu katakan. Adakah kamu ingin kami tulis begitu kepada Bazan?!"
"Ya, katakan kepadanya: Sesungguhnya agama saya akan sampai ke seluruh bumi yang dikuasai Kisra. Jika kamu memeluk Islam, saya akan serahkan kerajaan yang kamu miliki dan bangsamu di bawah kekuasaanmu."
* * *
Mereka berdua pun keluar dan berangkat kembali ke Yaman. Setibanya di sana, mereka masuk menghadap Bazan dan menceritakan tentang kata-kata Muhammad s.a.w.. Lalu Bazan berkata: "Jika benar apa yang diberitahu oleh Muhammad, dia adalah seorang nabi. Jika tidak berlaku sebagaimana yang dinyatakannya kita akan fikirkan..."
Tidak berapa lama Bazan menerima perutusan daripada Syirawaih: "Beta telah membunuh Kisra. Beta membunuhnya kerana membalas dendam bagi pihak rakyat. Dia membunuh orang baik, wanita dijadikan gundik dan harta mereka dirampas. Apabila perutusan saya ini sampai kepadamu, berilah ketaatanmu kepada saya begitu juga dengan rakyat bersamamu."
Tatkala Bazan membaca sahaja perutusan Syirawaih tersebut, beliau terus mencampakkannya ke tepi. Lalu beliau mengisytiharkan keislamannya. Tindakan Bazan turut diikuti oleh orang-orang Parsi yang berada di Yaman.
* * *
Ulasan peribadi:
Wahai sahabat2ku, apakah pendapatmu tentang potongan kisah hidup `Abdullah bin Huzafah as-Sahmiy ini?
Indah bukan? (menghela nafas)
Lihatlah pulangan ketaatan seorang sahabat/umat islam kepada RasulNya. Lihat. Atau bacalah. kemudian ingatlah sejarah ini. Jangan campak pengajaran keemasan ini ke tepi.
Apakah nilai nyawa dan pengorbanan `Abdullah bin Huzafah begitu kerdil dalam kaca mata kita, sehingga sanggup kita sepah-sepahkan? Bukankah...hanya sampah yang disepah-sepahkan? Bahkan sampah juga ada tempatnya, di dalam tong sampah.
Wahai sahabatku, ketahuilah, jika kita meremehkan usaha para sahabat Nabi SAW dalam menyebarkan agamaNya, maka penduduk langit dan bumi telah berzaman mengetahui kisah ini.
Ketahuilah bahawa kedudukan mereka di sisi Allah Taala...ketinggiannya, hanyalah Allah yang Maha Mengetahui. Namun kuyakini, darjat mereka di sisi Tuhan ialah tahap kedua, selepas para nabi dan rasul.
Wahai rakan dan taulan,
kerana taatkan perintah Rasul SAW, maka telah pergilah `Abdullah bin Huzafah berkelana seorang diri ke bumi jajahan Parsi. Tidak banyak soal. Kata orang Melayu, tak banyak songeh.
Dan hasilnya?
Bazan, gabenornya dan rakyat di bawahnya menerima kebenaran Islam.
Dan akhirnya Parsi benar2 dikoyakkan oleh Allah Taala, bertepatan dengan sabda Rasul SAW.
Ya, Islam sudah saya dan anda yakini, ialah agama yang benar.
Membawa risalah yang benar.
Dari Tuhan Yang Benar (Al-Haqq).
Melalui RasulNya yang benar (al-amin).
Namun adakah RasulNya bertindak sendirian?
Tidak.
Muhammad Rasulullah tidak pernah bergerak sendirian.
Berhijrah ke Yatsrib (Madinah), bersama teman sejatinya, Abu Bakar ra.Menubuhkan negara Islam pertama, Madinah al-Munawwarah, dengan dokongan para muhajirin dan ansar.Bertempur di medan perang bersama gemerincing pedang umat muslimin.
Berdakwah, yakni menyeru kepada Islam, kepada seluruh dunia, dengan menggerakkan para sahabatnya.
Seperti kisah `Abdullah bin Huzafah di atas.
Kerana ketaatan `Abdullah bin Huzafah, maka sampailah Islam ke bumi Parsi.
Kecilkah `Abdullah di mata kita?
Maka besarnya `Abdullah bin Huzafah di sisi Pencipta.
Tidak hairanlah `Abdullah bin Huzafah dengan pandangan kita, apa perlu..
apabila telah memenangi pandangan Pencipta.
Bersambung ke bahagian kedua...
No comments:
Post a Comment