Thursday, December 9, 2010

Kenalilah al-Ghofur (الغفور)

بسم الله الرحمان الرحيم

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar sahabat2ku sekalian? Semoga  sentiasa sihat pada tahun bari hijrah ini dan berdoalah agar berada di dalam rahmat Allah Taala.

Sahabat2 sekalian,

Siapakah al-Ghofur? Yang bermaksud Yang Maha Pengampun?


Ya, Dialah Allah, Rabbana wa Rabbul `Alamin (Tuhan kita dan Tuhan Semesta Alam)

Kita mengenali-Nya dengan pelbagai nama. Secara tepatnya; 99 asma ul-husna. 99 nama2 yang baik/mulia.

Tidak perlulah pergi jauh dengan mencari nama2 Allah Taala yang banyak itu, maksud saya, sebelum kita mendalami nama2 Allah Taala yg lain, lebih baik kita berusaha memahami dahulu nama2-Nya yang biasa/ selalu didengari.

Misalnya al-Ghofur.

Janganlah Berputus Asa dari Rahmat-Nya

Firman Allah SWT (subhanahu wa taala) yang bermaksud: 

"Katakanlah: Wahai hamba2-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."                       (Surah al-Zumar : 53 )

(Jika ada al-Quran berhampiran, saya anjurkan pergilah mengambilnya dan menyemak sendiri ayat2nya yang asal, iaitu di dalam bahasa Arab, bahasa asalnya al-Quran diturunkan, kerana insya-Allah, ia akan membawa lebih kesan terhadap hati2 kita yang memerlukan.)

Sahabat2ku yang dikasihi Allah Taala,

Saya bukanlah seorang ilmuwan di dalam bidang al-Quran. Akan tetapi saya manusia. Dan juga sahabat anda.  Yang niatnya hanya ingin berkongsi sesuatu yang...jarang kita sedari, tetapi sebenarnya ianya amat penting bagi latihan hati.

Iaitu rahmat Allah Taala.
Pengampunan-Nya.
Kasih sayang-Nya kepada hamba2-Nya.

Itulah yang sering kita terlupa.

Manusia memang pelupa..

Kita menyangka, apabila kita tersalah jalan, kita menyangka... aduhai, tiadalah jalan keluar bagiku. Aduhai, lebih baik...mati sajalah...

Hentikan pemikiran sebegini wahai sahabat2ku!

Jangan begitu...jangan begitu...dan jangan begitu.

Siapa kita untuk menilai manusia lain? Adakah kita sendiri begitu baik, tidak pernah bersalah pada orang lain, sehingga melayakkan kita untuk menghukum/judge orang lain?

Sedangkan Allah Taala...telah berfirman; 

"Katakanlah: Wahai hamba2-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..."

Lihat, siapakah yang lebih memahami hamba2-Nya berbanding penciptanya sendiri?

"Wahai hamba2-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..."

Allah Taala terus merujuk kepada hamba2Nya yang melampaui batas, seolah-olah sedang 'berkata terus' kpd mereka. Bahkan, Allah Taala tidak menunjukkan 'nada' marah, malah 'nada-Nya' lembut, kerana Allah Taala menyebut; "Wahai hamba2-Ku"

Allah Taala masih merujuk kepada mereka sebagai hamba2Nya...bukankah itu bukti Allah Taala sayangkan mereka? Meskipun mereka melampaui batas.

Bagi saya, melampaui batas di sini memberi maksud melakukan kesalahn, lantas berdosalah anak Adam itu. Dan dikatakan pula, "melampau batas terhadap diri mereka sendiri". Saya berfikir...mungkin Allah Taala hendak memberitahu kita, bahawa melakukan dosa itu sebenarnya merugikan diri kita sendiri.

Sebenarnya, apabila kita melakukan sesuatu yang Allah tegah, hakikatnya kita bukan sahaja berdosa kepada Allah, tapi kita juga telah menzalimi diri sendiri. Saya amat mempercayai bahawa segala yang Allah suruh dan yang dilarang-Nya sememangnya mempunyai kebaikan untuk kita. Bukan untuk Allah, bukan untuk kebaikan Allah, tetapi untuk kebaikan manusia! Untuk kebaikan kita sebenarnya..

Contohnya, apabila Allah mengharamkan perbuatan zina, setelah kita fikir2kan, bukankah mempunyai banyak hikmah atau kebaikan di sebalik suruhan Allah Taala itu? Mungkin saya boleh menyenaraikan beberapa hikmah di sini; 

-keturunan terjaga (kita tahu bayi itu anak kepada pasangan lelaki dan perempuan mana yang sudah sah berkahwin), 
-tiada masalah aib terutamanya kepada perempuan, 
-kedatangan bayi di dalam kehidupan dirasakan suatu anugerah yg cantik kerana akan lahir dalam keadaan diketahui nasab keturunannya dan tidak dikecam oleh masyarakat, 
-lantas tidak akan wujud masalah bayi dibuang dsb.

"Apa salah saya?"

Nampak tak? Allah Taala cuma berkata: "jangan kamu hampiri zina."

Jangan hampiri zina

Dan kita telah dapat menyelesaikan berbagai2 masalah sosial yang kononnya sukar untuk dibendung selama berabad lamanya. 

Allah Taala tidak perlu untuk mengatakan "jangan buat itu, jangan buat ini, buat begini2 dsb". Tidak perlu secara spesifik bagi Allah Taala, Maha Suci Allah. Allah Taala sangat hebat. Bahkan "hebat' ialah, bagi saya perkataan yang tidak sesuai dengan ketinggian Allah Taala sebagai pemilik (Rabb) alam ini. Ilmu-Nya amat luas. Dengan firman-Nya yg ringkas, Allah Taala mudah sahaja menetapkan suasana yang harmoni di alam ini.

Berbalik semula kpd ayat 53 surah al-Zumar, perhatikan sambungan ayat-Nya: "Katakanlah: Wahai hamba2-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Allah Taala...'berkata' kpd hamba2Nya yg melampaui batas ini, bahawa janganlah kamu berputus asa drpd Rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah jualah yg berhak mengampunkan segala dosa, dan sungguh, Allah benar2 Maha Pengampun, dan paling Penyayang kepada hamba2Nya.

Wahai sahabat2 sekalian,
mungkin kita mengenali sahabat2 lama kita, yang mungkin tersasar dari jalan yg baik, misalnya terjebak dengan penyalahgunaan dadah, sehingga akhirnya kalah dengan ketagihan yang telah merosakkan badan...dan juga masa depannya


atau mungkin ada yang terlanjur, iaitu telah berzina tapi kini sangat2 menyesali perbuatannya...


maka hendaklah kita yang bertuah dipelihara Allah Taala drpd jalan2 yg sesat itu, hendaklah kita sebagai sahabat dan bahkan...sebagai saudara se-tauhid, hendaklah kita berkata:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

"Qul Ya `Ibadial laziina asrofu `alaa anfusihim la taqnatu mir rahmatillah. innallaha yaghfiruz zunuba jami`a. Innahu hual ghofurur rohim."

Maksudnya: "Katakanlah: Wahai hamba2-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Zumar : 53 )

Sikap kita

Wahai sahabat2ku,
janganlah kita menyisihkan mereka. Jangan...jangan sekali-kali kita meninggalkan mereka. Malulah kita pada Allah Taala...sedangkan Allah Taala menerima mereka kembali dan mengatakan terus kpd mereka, "Janganlah kamu berputus asa drpd rahmat-Ku!" maka apakah kita masih layak untuk menghukum mereka? Ketahuilah, Allahlah sebaik-baik yang menetapkan pembalasan.

Wahai sahabat2ku,
Allah Taala menerima mereka. Allah Taala memanggil mereka pulang, dengan isyarat "janganlah kamu berputus asa drpd rahmat-Ku!"

Maka kita sebagai hamba2Nya, hendaklah kita turut menerima mereka kembali dengan hati2 yang terbuka, tulus serta memahami.

Hendaklah kita mengingatkan mereka, 
Hendaklah kita menolong mereka,
Hendaklah kita menyakinkan mereka,

Bahawa sesungguhnya Allah itu al-Ghofur. 
Allah itu maha Pengampun. Lagi Maha Penyayang. 

Saat manusia lain tidak mahu memaafkan mereka, ingatkan mereka, bukan hak manusia untuk memaafkan dosa itu. 

Padahal  dosa itu ialah terhadap Allah, maka mintalah kepada Allah, hanya kpd Allah, kerana di samping mengampunkan dosa itu hak-Nya, ...katakan, 

"Allah itu tidak seperti makhluk2-Nya. Makhluk2-Nya memandang kita dengan pandangan jijik dan hina, tetapi tidak Dia. Tidak Allah. Datanglah kepada-Nya di dalam doa, dgn penuh mengharap akan rahmat-Nya, dan mintalah dengan penuh kesungguhan kpd-Nya. Berdoalah dgn ikhlas, mengadulah kpd-Nya, mintalah ampunan-Nya, nescaya kita akan mendapati Allah sama sekali tidak serupa dengan makhluk2-Nya."

"Dan sesiapa yg melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri, kemudian ia memohon ampun kpd Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (surah an-Nisa':110)

Dan ingatlah pesanan Nabi Allah, Muhammad saw: 

Drpd Abu Hurairah r.a. Rasulullah saw bersabda yg bermaksud: "Allah SWT berfirman: 'Aku menurut sangkaan hamba-Ku kpd-Ku dan Aku akan tetap bersamanya selama mana ia berzikir kpd-Ku. Jika dia berzikir (mengingati-Ku) dlm dirinya maka Aku akan mengingatinya dlm diri-Ku. Jika dia menyebut nama-Ku di dlm sebuah perhimpunan maka Aku mengingatinya dlm perhimpunan yg lebih baik drpd perhimpunannya.' " 
(Riwayat al-Bukhari no. 7405 dan Muslim no. 2675)

Jika kita menyangka Allah akan mengampuni dosa2 kita, maka yakinlah, dengan hadis sahih Nabi saw ini, berserta dengan keyakinan kpd nama Allah al-Ghofur, yakinlah...bahawa Allah Taala akan mengampuni kesemua dosa2 tersebut.

Imam Tirmizi meriwayatkan drpd Anas bin Malik bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda: "Allah SWT berfirman: 'Wahai anak Adam, jika engkau berdoa dan berharap pada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosa2mu yg ada padamu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosamu mencapai awan sekalipun, kemudian engkau meminta ampun pd-Ku, nescaya Aku ampunkan engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika engkau datang pada-Ku membawa dosa sepenuh bumi sekalipun, lalu engkau mendatangi-Ku tanpa menyekutukan-Ku (mensyirikkan-Ku) dengan sesuatu, Aku akan mendatangimu dengan keampunan yg sepenuhnya.'"

Wahai sahabat2ku,
sepertimana kata2 seorang doktor dan penceramah Islam yang amat saya hormati, "Kita bukan penghukum. Akan tetapi kita ialah penyeru. Kita hanyalah da`i, menyeru ke jalan Allah. Itu sahaja yg kita boleh lakukan. Selebihnya kita serahkan kepada Allah." Lebih kurang beginilah kata2 beliau.

Usahlah menghukum. Usahlah prejudis dan berbagai2 lagi jenis prasangka terhadap manusia lain. Kerana kita bukan penghukum. Akan tetapi kita ialah penyeru. Penyeru agar manusia mengenali siapa Allah Taala.

Kenalkan mereka kepada Allah,
Kenalkan mereka kepada al-Ghofur,
Nescaya, insya-Allah kita dapat melihat sesuatu yang aneh dan menakjubkan, iaitu kembalinya manusia dalam keadaan berbondong-bondong (beramai-ramai) mentauhidkan Allah Yang Esa.

Berusahalah, kerana setiap drpd kita akan dibalas setimpal dengan usaha sewaktu di dunia. Selamat menghidupkan Islam, dan semoga Islam menghidupkan anda! Assalamualaikum wbt.

Sumber:

Zalnun Abd. Muis (editor). Ibnu Kasir: Kehebatan al-Mu`awizatain, al-Ikhlas.al-Falaq.al-Nas. 2010. Blue-T Publication Sdn. Bhd. m/s 78,80,81.

Solusi isu 25, m/s 35. Kolum Mutiara Tasawuf. Tulisan Rashidy Jamil al-Rashid.

2 comments:

Sarah Solehah said...

Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

~Maher Zain, from his song, Insha Allah~

Nice elaboration dear, keep it up! ^^

Ummu Hurairah said...

thanks kak sarah! thanks 4 visiting :)