Thursday, May 28, 2009

Penanti Sabar Menanti

Thursday, May 28,2009

Oh Penanti..
Bukan tanah airku..
Aku anak Terengganuu..
Tapi tak reti pun cakap bahasanya..

Oh Penanti..
Apa yang aku merepek ni..?
Semuanya sebab kaulah Penanti..
Oh Penanti..
Pilihan raya umum sudah setahun berlaluu..
Tapi..kau masih ternanti-nanti
Siapakah, yang bakal menerajuii..
Siapakah wakilmu..
Suara rakyat..
Penanti..

Sabarlah wahai orang-orang Penanti..
Selepas 31 Mei ini..
Kamu akan tahu..
Siapakah ketua yang baru..

Pilihlah wakil yang tepat, hai Penantians,
Jangan lihat bendera yang dikibarnya..
Tetapi, lihatlah jiwanya..
Buanglah undiii..
Untuk yang berjiwa pemimpinnn..
Jangan sia-siakan undi kamu..





Nanti aku nak suruh Wonderpets nyanyikan lagu aku ini, sempena pilihan raya kecil pada 31 Mei ini..

Kami datang!

Mereka ini ada rancangan televisyen sendiri. Sangat terkenal.

Tapi, hujung bulan ini bukan cerita pasal Wonderpets. Tapi semua kamera pihak media akan bertumpu di utara Semenanjung, di Dun Penanti.

Kasihan juga aku lihat Penanti. Kene keluar mengundi sekali lagi. Adakah mereka akan mengundi untuk wakil PKR lagi? Terserahlah.

Sewaktu aku masuk dunia 20 tahun, aku tak sangka aku akan menyaksikan dunia politik Malaysia dilanda taufan. Waktu kanak-kanak manalah aku nak ambil tahu siapa menteri besar, atau bab-bab politik ini, setakat tahu siapa PM, siapa DPM, cukuplah kan? (kenyit) Kalau itu pun tak tahu, baik pergi hidup kat mana-mana pulau di Malaysia ni. Malaysia kan kaya dengan pulau. Siap berebut-rebut lagi. (Pulau Batu Putih..)

Tidak ku sangka di saat aku hampir boleh mengundi, (tapi kene tunggu setahun lagi) aku dapat melihat bermacam-macam ragam politik. Seronok juga, cuma kacau-bilau sedikitlah Malaysia ini. Untung juga dapat melihat bermacam-macam muka ahli-ahli politik ini.

Aku..memang tak suka dengan politik. Istilah "politik" pun aku tak berapa suka nak dengar. Dulu, semasa aku masih belajar di bangku sekolah, aku, kita semua selalu diajar mengenai politik di dalam subjek yang ramai orang tak suka, iaitu..SEJARAH. (ketawa kecil) Agaknya ramai yang menggeletar bila sebut "Sejarah".. Segala fakta yang kene dihafal..fuuhh..memang banyak. Patutlah bila dah habis SPM, semua orang lega. (No more history for me!)

Dulu, aku tak kisah sangat. Aku terima saja apa yang cikgu ajarkan. Matlamat : nak dapat tiket untuk belajar di Uni. Aku tak kisah universiti mana. Asalkan dapat terus belajar. Terus terang aku katakan, aku tak dapat bayangkan apa yang aku nak buat..kalau aku tak dapat apa-apa tawaran untuk terus belajar. Bagi aku, the learning is just beginning. Apabila didedahkan dengan dunia luar, bila keluar dari dunia sekolah..itulah baru bermulanya pembelajaran.

Alhamdulillah, pintu rezeki masih terbuka. Ramai lagi remaja..ok ex-remaja macam aku yang nak sangat belajar di Uni, tak kiralah Uni mana pun, asalkan dapat tawaran. Ramai sangat yang kelulusan SPM yang sama bagus macam aku, tapi mereka tak dapat. Sebaliknya, aku pula yang dapat. Jadi, aku nak belajar demi mereka juga. Bukan sahaja untuk diri sendiri, supaya dapat menyuap makanan ke perut sendiri, bukan untuk aku saja. Tapi, untuk mereka yang terlepas peluang.

Aku nak berterus terang lagi. (lately, aku banyak berterus terang..mungkin musim?) Aku rasa sistem pembelajaran di sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia buat masa sekarang terlalu..rigid. Aku tak tahu perkataan yang tepat dalam bahasa Malaysia. Cuma, bila aku terkenangkan balik segala ilmu yang aku belajar dalam kelas dulu..rasa macam tak dapat apa-apa sangat. Bila aku masuk CFS IIUM, baru terbuka sikit minda aku. Macam dulu aku terkurung di dalam satu bilik ni..kemudian ada orang bukakan pintu, dan baru aku tahu, ada dunia yang lebih luas di luar sana. Selama ni, aku tak tahu aku nak jadi apa bila dah besar. Honestly, aku ikut sahaja takdir, dan tiba-tiba aku dah sampai di CFS.

Tiba-tiba aku berkenalan dengan ramai orang. Macam-macam ragam, langsung tak sama dengan aku. Ada yang nakal macam aku, ada yang masih bermain-main(juga macam aku) ,dan ada juga yang sudah lama menetapkan cita-citanya sebagai seorang doktor. Aku terkejut dengan kegigihan orang seperti ini..dah tahu apa yang dimahukan dalam hidupnya. Dan usahanya..subhanallah. Aku tak tahu nak gambarkan. Kuat sungguh! Dia akan selalu selangkah ke hadapan daripada orang lain. Biarlah orang lain nak anggap dia terlalu rajin dsb, dia tetap dengan pendiriannya. Tidak kira, dia mesti bergelar doktor.

Aku lihat pula diri aku. Hai, dok macam tu jugak, kata orang kedah. Dahla tak tinggi-tinggi, hehe, yang tu memang tak boleh nak buat apa dah. Tapi, asyik macam budak sekolah. Orang lain semua dah naik kereta api, aku je yang tertinggal. (Dan aku mmg ada pengalaman ngeri ditinggalkan ..kereta api moden aka LRT..sungguh memalukan..sesiapa yang tau, hangpa jangan dok pi jaja cerita tu tau! Kalau tak..aku ceekiik hampa..)

Akhirnya, aku buat keputusan. Perkara yang jarang aku lakukan, untuk diri sendiri. Yang tak pernah aku reti pun, kata orang Kedah.

Aku hidup tak lama. Tambahan lagi, aku memang tak tahu aku akan mati bila, pukul berapa, kat mana, dalam keadaan apa. Minta asalkan dalam keadaan Islam sudah. Jadi, dah tahu hidup tu tak lama, aku pun akhirnya..AT LAST mengerti yang aku punya masa sebenarnya terhad. VERY LIMITED actually.

Aku tak pernah bercita-cita nak jadi seorang ahli farmasi. Dulu, cita-cita aku ada 3; doktor, saintis, atau arkitek. (ketawa) Lawak, lawak. Semua tu aku pilih sebab apa tau? Sebab ayah aku cakap semua pekerjaan tu gajinya tinggi. Boleh jadi kaya. Haha..naif betul.

Sekarang, aku terima saja ketentuan. A pharmacist, that's not such a bad job, right? (If i can graduate safely). Aku pun boleh memenuhi cita-cita ayah aku, get paid handsomely. hehehe..(gelak jahat.)

Apa-apa pun, ini menunjukkan sistem pendidikan kita tak bagus. Bersifat mengonkong. (yes! aku dah jumpa perkataan bahasa Malaysia) Memang mengongkong. Sampai mak ayah pun dah terkongkong minda mereka. Asyik mahukan anak mereka dapat 5 A, 8A, 10 A. Lagi banyak lagi bagus. Memanglah, tidak dinafikan, hanya orang yang betul-betul berani saja yang sanggup ambil 20 subjek SPM. Kalau berjaya, lagilah seronok.

Tapi, apa jadi dengan budak tu? Dia tak dapat pilih jalan hidupnya sendiri. Tidak dapat mengejar apa yang dia minat. Apa yang dia suka. Does anyone care about what he wants instead of what they want?

Sebab itulah, lebih baik biarkan anak-anak memilih sendiri. Kalau mereka tiada pendirian, tunjukkan beberapa jalan yang baik, but let the boy..or girl choose. Walaupun mereka mempunyai IQ yang hebat, seperti adik Adi Putra, saya tak rasa mereka patut dipaksa belajar ilmu fizik, kimia dan apa-apa lagi ilmu yang hebat seawal usia 10 tahun. Waktu 10 tahun, saya masih bermain polis entry..Masa tingkatan 4 pun liat nak belajar fizik, 10 tahun? Muntah agaknya. (Tak tahu umur Adi Putra skrg..brp ye?)


Ni dah melalut sebenarnya. Asalnya nak cakap pasal politik je. Ya, aku memang tak suka politik. Politik zaman sekarang. Memang wajar pun dinamakan politik, sebab dah tiada lagi sifat ingin memimpin dalam kalangan 'pemimpin' zaman kini. Kalau boleh, aku nak tukar istilah "politik" dalam subjek agama Islam kepada "kepimpinan" kerana aku merasakan istilah "kepimpinan" lebih sesuai dan tepat pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Itu baru dinamakan kepimpinan.

Semakin lama aku semakin tak suka. Boleh jadi suatu hari nanti aku akan sampai ke tahap benci. Bencikan pemimpin. Kerana mereka tak layak. Tak layak memakai kot yang selesa, naik kereta yang mewah, tinggal di dalam rumah yang besar, di'escort' ke mana sahaja mereka pergi. Mereka tak layak. Jika ada walau seorang pun rakyat yang masih hidup merempat di tepi kaki lima, masih ada orang yang mengemis di pasar-pasar malam, masih ada rakyat yang ditipu, ditindas, sedangkan jenayah manusia juga berleluasa. Bagi saya, mereka bukan pemimpin. Seseorang pernah berkata, "Pemimpin ialah hamba rakyat." Adakah pemimpin hari ini seperti itu? Tidak. Bahkan pemimpin sekarang hanya mahukan status, hanya gelaran yang penting bagi mereka. Siapa tak mahu jadi pemimpin? Semua orang kenal. Popular. Walaupun tak sepopular Mawi. Elaunnya, hanya orang yang berkenaan dan Allah SWT sajalah yang tahu.

Lagi satu, mereka suka berjanji. Janji, huh. Pemimpin sebenar tidak akan berkata sembarangan. Mereka akan berhati-hati dengan apa yang mereka katakan. Kerana mereka bukan orang yang memungkiri janji. Orang mukmin tidak akan sekali-kali memungkiri janji. Sebab itu bukan cara yang diajarkan oleh Allah.

Jadi, aku juga akan turut menanti, bersama-sama penduduk Penanti..apakah akan datang seorang pemimpin? Atau sekadar ahli politik, lagi?

Posted at 1:50pm

5 comments:

khadira said...

aku tau citer ko kne tngglkn lrt..hua3.. ko ni wat lawak tngh mlm tol..nk jaja lah..hehe

GeeHunT DyaNeZ said...

pe yg hg merapu nie timmy oi ? kjap politik kjap sal pengangkutan (lrt) haha. last² politik blk. politic is dirty ! thn dpn xnak mengundi blh x? wawawa

Ummu Hurairah said...

haha, aku mmg kuat merapu pun. tak kan x kenal lagi? hehe, x nak ngundi ke jiji? rugi tau..hoho..w/pun dirty, tp aku stil nak guna hak aku yg 1 tu

Ummu Hurairah said...

To mas, mas..ko jgn..tak ingat aku warning ape? ^-^

khadira said...

alah lau ak jaja kat semua yg dh tau, ak still kne punish ker? wahaha..ak dh lupa kot cite sal lrt tuh yg ko pegi ingtkn balik spe suruh..ha!?