Monday, April 27, 2009

Susah Senang dalam Kematian





Bahagia hidup di dunia...seperti tiada nilainya pabila mengenangkan tujuan seterusnya



Dalam kehidupan adakalanya kita jatuh. Kemudian kita bangun semula. Ada kalanya kita susah dan ada masanya kita senang. Itulah kehidupan.

Ironi sekali, kematian juga begitu.

Sedangkan kehidupan..dan kematian..adalah dua perkara yang bertentangan antara satu sama lain. Malah mereka ini adalah ‘musuh’ sejak azali lagi kerana sifat semula jadi masing-masing yang saling bertentangan.

Hidup. Bererti dapat menarik nafas sedalam-dalam yang kita mahukan. Bererti otak masih sihat mengawal atur proses-proses metabolik dalam badan. Bererti jantung masih kuat mengepam darah dengan kekuatan yang setanding enjin yang memacu kereta-kereta di jalanan.Bererti dapat berjalan, berlari, makan, minum, pendek kata apa sahaja yang kau mahukan, dapat dilakukan!

Oh, hebat bukan kehidupan ini?

Tapi, bagaimana kalau saya beritahu anda bahawa segala keseronokan hidup yang anda kecapi sehinggalah saat ini, akan hilang dalam masa 24 jam lagi?

Saya tidak merepek. Tidak. Malah apa yang saya sedang perkatakan ini telah terjadi, dan mungkin sedang terjadi ketika ini, dan sudah pasti bakal terjadi.

Iaitu semua yang hidup PASTI MATI.

Baiklah, mungkin bukan 24 jam lagi, tapi adakah kita tahu tepat pukul berapakah Izrail akan datang menjemput kita? Lebih tepat lagi, menjemput roh kita ke alam seterusnya? Di mana di sana kita akan menjalani dan ‘menikmati’ suatu lagi tempoh, tempoh penantian, sebelum tiba Hari Yang Dijanjikan itu.

Tidak boleh bukan? Tiada siapa pun yang dapat meramal tentang ajal, baik ajal sendiri, mahupun ajal orang lain.

Bilakah aku akan mati?
Di bumi manakah aku akan disemadikan?
Dalam keadaan apakah aku mati?
Adakah aku mati dalam keadaan yang hina ataupun dimuliakan?
Apakah sebab aku mati? Sakit, ditembak, ditikam, atau mati mempertahankan negara?

Semuanya soalan. Tiada satu pun jawapan.

Tapi, ada satu perkara penting di sini. Iaitu kita semua akan mati.

Senang sahaja kan, untuk sebut “mati”?

“Matilah kau, anak tak guna! Menyusahkan mak bapak! Baik kau tak payah hidup
dalam dunia ni!!” (Contohnya)

“Aah, pergi mampus la dengan kau punya nasihat tu! Yang kau sibuk tu kenapa? Tak ada kerja lain ke?”(Contoh lagi)

Kan, senang sangat kalau hendak sebut perkataan “mati” ini.

Apa lagi yang “senang” kalau disebutkan bab mati ini?

Hendak matilah, senang. (Apa ni??) Tak, maksudnya, mudah sahaja untuk seseorang manusia atau sesiapa sahaja makhluk bernyawa untuk menemui mautnya.
Tarik picu pistol, dah boleh bunuh orang. Ambil parang tetak kepala orang, tambah lagi seorang jenazah. Sampaikan saya pernah terbaca dalam satu buku cerita detektif, pembunuh guna daging lembu yang beku sebagai alat pembunuhan! Keras sangat sampai boleh dibuat pemukul kepala. Kreatif juga, kan pembunuh itu?

Itu baru mati sebab dibunuh. Ada banyak lagi sebab kematian. Misalnya wabak penyakit. Wabak ialah penyakit yang berjangkit, ertinya ia boleh merebak dengan sangat cepat di dalam suatu komuniti itu sebelum kita sempat berbuat apa-apa. Semalam, dalam warta berita dilaporkan tentang kumunculan wabak “selsema babi” di Mexico yang telah pun meragut beberepa puluh nyawa. Sesiapa sahaja yang baru pulang dari melawat Mexico telah disuruh untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di negara masing-masing, untuk mengesan adakah mereka juga terkena wabak itu. Ini merupakan langkah berjaga-jaga kerajaan agar virus selsema itu tidak merebak ke seluruh negara, jika benar ada yang telah membawa masuk virus itu (secara tidak sengaja). Sekarang, satu dunia dalam keadaan berjaga-jaga, terutamanya Asia kerana rantau ini pernah dilanda ‘sepupu’ wabak itu beberapa tahun sebelum ini iaitu selsema burung.(H5NI)

Alangkah mudahnya mati?

Tapi hakikat mati hanya ashab al-kubur sahaja yang tahu. Dan Allah SWT tentunya.

Peritnya rasa apabila roh sedang berpisah dengan jasad, dari kaki, pusat, dada, tekak dan sebagainya, tidak tergambar rasanya. (Maaf, saya kekurangan ilmu) Kita, orang-orang yang menziarahi mereka yang sedang nazak, hanya dapat melihat dari tepi dan tidak mampu hendak memahami keperitan azab yang sedang dilalui. Bukankah ada riwayat mengatakan sakit mati itu hanya satu persepuluh daripada kesakitan melahirkan anak? Jika begitu, dapatkah kita bayangkan apabila sakit ibu-ibu melahirkan digandakan sepuluh kali ganda dan diletakkan atas kita sekaligus pada satu saat, yakni saat malaikat Allah Izrail a.s menarik roh kita? Sedangkan sesetengah lelaki bergelar suami pun pengsan ketika menemani isteri mereka bersalin, inikan pula wanita. Bukan ingin mengatakan wanita lemah, tetapi hakikatnya memang begitu. (Hahaha..ape ni??)

Jadi, untuk mati senang tetapi menghadapi mati..cukup susah. Apakah kita sudah bersedia? Dalam mungkin…24 jam lagi?
Semoga bertemu kembali, dalam 24 jam lagi. Mungkin. (",)

1 comment:

armouris said...

info tentang swine flu kat sini - FAQ on Swine Flu